Thursday, April 8, 2010

Mengenal Diri 2

Lama betul aku tak menulis kat blog ni. Last sekali aku tulis pasal Mengenal Diri bulan Febuari lepas. Bulan Mac aku cuti hehe. Maklum lah banyak masalah berbangkit. Alhamdulillah, aku tengok dah ada dekat 500 pelawat kat blog ni. Syukur lah ramai jugak yang minat nak tau pasal ilmu macam ni. Sama2 lah kita belajar untuk meningkatkan iman kita kepada Allah Rabbul Jalil.

Kali ni aku nak sambung bab zikir. Tajuk yang lepas aku anjurkan korang cuba mengamalkan zikir Nafi Isbat sebanyak 313 kali. Pada yang dah mencuba, korang tau lah hasilnya. Yang tak cuba, takde la jadi apa2. Macam aku pernah cakap dalam tajuk2 awal. Kalau tak cuba, tentu tak rasa. Dah cuba, baru tau. Baru dapat rasa. Benda ni ilmu rasa. So, kena lah buat, baru dapat rasa. Rasa yang macam mana? Yang tu, pengalaman masing2. Takde standard atau piawaian nak menentukan.

Bila aku cakap pasal mungkin ada yang nampak ular, harimau, malah mungkin anjing atau babi masa berzikir, mungkin ada yang tak percaya. Itu lah, kalau tak melalui, pasti takkan percaya. Sebenarnya semua tu berkait rapat dengan nafsu. Siapa2 yang pernah baca Ihya Ulumiddin karangan Imam Ghazali, tentu pernah baca perihal nafsu dan tingkatannya. Yang belajar ilmu Usuluddin atau Tauhid, tentu juga tau hal2 nafsu ni. Korang bacalah serba sedikit berkenaan nafsu ni kat blog yang aku dah link kan di atas.

Zikir selain untuk mengingati Allah juga bertujuan untuk memukul nafsu. Kepada golongan Tarikat tak kira la apa saja namanya, zikir ini amat penting. Setiap ahli pasti akan disuruh berzikir sekian2 banyak mengikut tahap peningkatan ahli2 tu. Guru akan sentiasa memantau mereka dan segala pengalaman yang dialami oleh murid akan diberitahu kepada guru. Sesuai dengan pengalaman itu, guru akan memberi zikir yang baru atau murid di suruh meneruskan zikir yang sama, bersesuaian dengan pengalaman yang di lalui nya.

Rata2 cara berzikir bagi mereka dipanggil zikir jahar. Amende pulak ni? Zikir jahar maknanya zikir dengan suara yang keras menjerit2. Biasanya di akhir setiap lafaz tu dihentakkan pada jantung/hati di dada kita sebelah kiri. Kenapa nak hentak kat situ? Sebabnya disitu lah sarang nafsu kita beb. Jadi jangan heran, kalau tengok orang berzikir kuat2. Ada gak yang sambil menari beramai2. Macam2 cara beb. Kadang2 nampak macam konsert rock la pulak. Haha. Jangan heran. Dan yang penting sekali, jangan la korang gelak kata ustad rock la apa la dan kata dia orang tu sesat pulak. Berbaik sangka la. Yang korang tengok konsert Search ke Wings ke tak pulak korang kata sesat. Hangguk2 kepala gak tu. Dalam perjalanan ni, berbaik sangka amat penting. Kalau tak tau, jangan komen. Lebih baik diam. Ingat cerita Nabi Musa dibawa berjalan dengan Nabi Khidir? Ha, macam tu la.

Ceh, dah bunyi macam orang Tarikat pulak aku. Tak lah, yang tu selingan je supaya korang tau kenapa kita berzikir. Sebenarnya pada aku, yang tu cara susah. Guru tak nak cerita dulu. Dia nak semua murid rasa dulu, baru dia cerita apa bendanya. Macam aku ni, cerita dulu. Baru buat. Macam aku cakap kat tajuk lepas, tujuannya nak kenal yang dalam. Ala susah sangat. Nak kenal diri la. Diri yang mana? Diri sebenar diri! Paham kan. Diri kita ni terdiri dari jasad dan roh. Jasad tentu kita dah kenal. Tubuh kita takkan la kita tak kenal kan. Kalau tak kenal lagi, korang tengok la cermin lama2. Hahaha.

Kalau tubuh badan kita, makanannya tentulah benda2 yang kita makan dan minum. Elok benda ko makan, elok la badan. Kalau tak elok, nasib la. Sendiri mau ingat la. Masalahnya, benda2 yang kita makan dan minum ni, berkait rapat la pulak dengan roh. Macam mana tu? Ye la, kalau dah makan minum benda2 yang haram, makin tersorok la roh dari pengetahuan kita.


Selingan.

(Maksud aku haram kat sini, ialah benda2 yang Tuhan larang yang disebut terang2 dalam AlQuran. Bukan benda2 yang ustaz/ustazah/tok guru haramkan ek. Kalau tak sure, belajar. Belajar kat mana? Baca lah AQ. AQ tu mudah je difahami lebih2 lagi ayat2 perintah. Orang bijak pandai kata hijab. Kalau manusia yang haramkan satu benda, tapi tidak diperintahkan Allah dan tak disebut dalam AQ, yang tu aku tak pakai. Kebanyakan kita suka menyebut ustaz tu ustaz ni bagus. Ajar terang, jelas. Semua hukum dia tau. Sampaikan benda2 dan perkara2 yang Tuhan tak sebut pun dia orang haramkan dan sesatkan. Terpulang kat korang. Ada akal gunakan lah. Hari ini, manusia lebih hebat dari Tuhan. Dengan mencipta macam2 hukum, orang ni kata orang tu sesat, dah tentu la orang tu pulak kata orang ni sesat. Habis sapa yang betol dan tak sesat. Makanya dalam AQ, Tuhan berkali2 sebut, "Tidakkah kamu berfikir?" Tuhan dah sebut tu, fikir lah. Berfikir pasti gunakan akal. Jangan ambik bulat2 pendapat, kata2, ajaran dan apa saja yang datang dari manusia. Bila aku cakap macam ni, tentu ada lagi yang akan kata aku anti Hadis. Sori beb. Lu salah. Gua bukan anti-hadis. Yang gua tolak, hadis yang tidak selari dengan AQ. Hadis berfungsi sebagai pelengkap AQ yakni memperjelaskan hukum2 dan cara hidup yang disebut Tuhan dalam AQ. Bukan melebihi dan mengada-adakan apa yang tiada dalam AQ. Tuhan dah jamin, AQ itu lengkap sebagai panduan hidup kita di dunia. Bila lengkap, pasti takkan ada hukum2 baru lagi selepas Tuhan isytiharkan ketika Nabi Muhammad melakukan Haji Perpisahan atau Hujjatul Wida' sebelum Baginda wafat di dalam Surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud: ‘…hari inilah ku sempurnakan agama mu ini untuk kamu sekalian, dengan Ku cukupkan nikmat Ku kepada kamu, dan yang Ku redhai Islam inilah menjadi agama kamu...'. Islam dah sempurna tuan2 dan AQ itu juga sempurna. Tinggalkan buku2 karangan manusia yang tuan2 selalu baca tu dulu. Mula lah baca AQ. Dah habis baca AQ satu round, tuan2 boleh ambik balik buku2 yang tuan2 minat tu, dan cek lah dengan apa saja hukum2 Tuhan yang tuan2 dah baca dalam AQ. Pasti tuan2, menggeleng kepala nanti dan bertanya "kenapa jadi begini ye?".

Benda dan perkara yang Tuhan larang inilah yang membuat kita makin terhijab dari roh tu dan jauh dari pengetahuan kita. Banyak orang lupa betapa pentingnya makanan ni. Ingat tak kisah Tok Nenek kita Adam dan Hawa? Kenapa Tuhan keluarkan dia orang dari syurga? Sebab makanan kan? Dia orang makan buah khuldi biarpun Tuhan kata jangan. Mat saleh kata Adam's apple. Haha. Tak kisah la tu. Nak jadi sebab je tu. Kalau dia orang tak di campak ke dunia ni, takde la kita hari ni kan.

Jadi bagi roh pulak, makanannya ada lah solat kita, zikir, selawat, takbir, tahmid, eh semualah yang membuatkan kita ingat pada Allah. Senang cakap macam ni la. Kalau percentage makanan bagi roh kita, lebih dari makanan untuk tubuh kita, insyaAllah, hijab tadi tu, pasti semakin lama semakin hilang. Sebab tu la orang suruh berzikir banyak2. Akhirnya, bila hijab tu dah hilang, maka makrifat la kita. Iye ke? Hehe. Iye la kot. Pasti ada pengalaman yang pelik bin ajaib yang akan korang tempuhi. Dan pengalaman ni tak sama Tuhan bagi pada semua orang. Pengenalan kepada yang dalam iaitu diri yang sebenar diri. Macam mana nak tau? Tu la aku suruh korang cari guru. Guru je yang tau samada korang dah mencapai makrifat ke apa ke. Entah2 setan iblis mana yang datang. Mana korang tau. Haha. Jangan main2. Jangan panik. Kalau takde guru, korang tumpang tanya la guru2 kawan2, sedara mara ke, macam yang aku buat dulu.

Sebenarnya, apa saja pengalaman yang korang lalui semasa berzikir tu, adalah manifestasi kepada sifat kebinatangan di dalam diri kita. Kalau sifat buruk kita tebal sangat, banyak la pengalaman2 ngeri. Hehe. Kalau datang anjing masa kita berzikir, itu menunjukkan sifat2 anjing yang ada pada kita dah nak keluar. Apa sifat anjing? Suka menyalak tak tentu pasal kan. Pemarah. Kalau babi pulak, sifat apa? Tengok la, babi. Tamak haloba. Semuanya dia nak bedal. Begitu lah seterusnya. Kalau nak tau lagi macam2 sifat2 kebinatangan yang ada pada kita jenis manusia ni, korang baca lah Ihya Ulumuddin tu. Beli satu set, simpan. Tak mahal mana pun. Tak kuasa la aku nak tulis banyak2 kat sini.

So kalau dah dapat pengalaman2 buruk ni, sendiri mau ingat la. Tuhan dah kasi tunjuk tu. Kalau nak terus meningkat lagi, tinggalkan la sifat2 yang dimaksudkan tu. Macam aku cakap tadi, sehingga lah akhirnya zikir kita dah best, takde lagi binatang2 tu datang tapi dah mula nampak cahaya. Mula2 kelam2. Lepas tu kelabu asap. Lepas tu entah biru ke, merah ke, kuning ke, nasib la beb. Rezeki masing2. Mungkin ada yang lama nak nampak cahaya ni. Ada gak yang cepat. Ikut kesungguhan korang, keikhlasan korang dan yang penting sekali hidayah Allah. Cuma aku nak pesan. Sebenarnya, aku dah pesan awal2 dah dalam tajuk "Jangan sesat jalan beb". Sekiranya apa yang kita nampak atau lihat merupakan sesuatu yang kita kenal atau tau, sudah pastinya itu bukan Tuhan. Jangan sekali2 terpesong. Jauh lagi tu beb. Ingat maksud ayat 4 Surah AlIkhlas yang aku sertakan kat situ. "Dan tidak ada sesuatu pun yang sama dengan Nya". Bukan, bukan, bukan.

Aku bagi peringatan ni bukan apa. Sebab aku dah pernah jumpa, orang yang mengaku dirinya Tuhan. Sambil minum air, dia berkata " Ha, ni dia tuhan minum air". Nauzubillah. Aku tanya kawan2 dia, kenapa dia boleh jadi macam tu. Kata dia orang, dia dah nampak diri sebenar diri dia. Yang dalam tu keluar duduk berdepan dengan dia, saling tak tumpah rupa dia. Dan dia dan kawan2 dia, ingat yang tu Tuhan sebab antara dia orang semua, dia sorang je yang dapat pengalaman paling hebat macam tu. Dan guru dia orang? Entah la. Malas aku nak sebut.

Sebab tu orang2 bijak pandai tu cakap, cari lah guru mursyid. Yang dapat membimbing ke jalan yang benar. So, dah aku bagi peringatan, hati2 lah. Jangan kita tertipu dek bisikan syaitan. Jangan heran kalau korang tiba2 nampak orang berjubah datang tengok korang berzikir. Tak tentu lagi tok wali yang datang beb. Ingat lah. Jin dan syaitan ni boleh merupai apa saja. Kat dalam serban dia orang tu, entah2 tanduk. Hehe. Bunyi macam lawak. Tapi serius ni. Jangan tertipu. Kalau nampak yang macam2 ni, buat tak tau je. Apa saja yang korang nampak pendek kata, pedulikan je. Jangan pulak bangga diri kot2 la ternampak syeikh itu syeikh ini. Cuba korang klik kat link atas tu, pasal benda2 ni lagi.

Akhir kata, kalau ada antara korang yang dah cuba zikir Nafi Isbat tu 313 kali lepas sembahyang, masih takde pengalaman apa2, korang lupakan je lah nombor tu. Stop counting. Korang belasah je berapa banyak yang mampu sampai tertido. Sebenarnya, zikir untuk mengenal ni tak payah pakai nombor2. Bagi aku la. Yang pakai nombor tu untuk tujuan tertentu. Amalan tok2 syeikh yang hebat2 yang bertaraf ahlul bait, para anbiya, wali, ariffin billah dan banyak lagi lah yang sewaktu dengannya. Dan dah terbukti berhasil. Bab ni kemudian lah. Sebab, kalau korang dah syok dengan amalan2 ni, biasanya perubatan la, nanti dok leka kat situ pulak. Lupa dah tujuan asal tadi, nak mengenal diri seterusnya mengenal Tuhan. Biasanya, ini satu lagi cobaan beb. Biasanya bila kita tiba di alam Malakut, banyak kelebihan yang Allah kurniakan yang mencarik adat especially untuk perubatan kita akan alami. Bab alam ni pun, kalau korang nak tau, baca la kat link atas tu. Pada kawan2 teman2 yang buat perubatan Islam, jangan marah beb. Aku tak bermaksud apa2. Yang ni cara aku. Sifu aku pesan, kalau nak mengenal Allah, naik dulu habiskan sampai ke daerah Lahut. Dah sampai ke situ, baru turun balik ke daerah Jabarut. Baru lah sempurna.

Tapi kalau ada sesiapa yang boleh bawak dua2 sekali gus, tentu lah lebih baik sekali. Hantam saja lah. Gua respek lu beb!



Monday, February 8, 2010

Mengenal Diri

Alhamdulillah. Segala pujian hanya bagi Allah yang Maha Sempurna. Biasa orang kata kebetulan apabila berlaku sesuatu yang di anggap baik kepada diri mereka. Kebetulan itu, kebetulan ini.

Aku cakap ni bukan apa. Kebetulan agaknya. Dia nak suruh bukak topik ni la kot. Masa aku bukak blog aku tadi kat ofis, jumlah pembaca yang dah melawat blog aku ni ada 333. Dan mereka yang melawati blog aku datang dari 13 negara. Cantik nombor tu. Kalau dapat kat peminat nombor ekor (4D la maksud aku), tentu dia orang dah chai nombor ni. Kalau ada korang yang main nombor, cuba la. Mana tau kena, menang 1st prize. Hahaha. Kalau kena jangan lupa contact aku. 10 persen ek. Hehe. Rezki Allah yang bagi. Dosa korang tanggung sendiri. Tapi persen kalau nak bagi, aku ambik..hehe. Cukup la selingan.

Bersempena nombor 13 dan 333 ni, aku nak bagi clue sikit pada yang nak mengenal. 13 tu rukun sembahyang. 333 tu buat la zikir nafi isbat. Maknanya, lepas solat tu, kalau ada masa buat la zikir La ila ha ila Allah. Nak buat masa bila? Kalau ikut cara aku, lepas solat Isya. Bila anak2 dah tidor semua, orang rumah pun dah landing, buat la solat sunat 2 rakaat. Tak kira la sunat apa. Witir ke apa ke, buat je la. Yang penting, lillahi Ta'ala.

Habis solat, buat la zikir tu 333 kali. Ada lak yang tanya nanti, nak baca kuat ke atau macam mana? Cara aku, tanpa kalam. Apa maksud tanpa kalam? Tiada bunyi, tiada suara. Orang kata baca dalam hati. Sebenarnya, bukan baca dalam hati. Yang dalam tu yang membaca. Siapa yang dalam tu? Korang buat je la. Baru la nanti dapat kenal yang dalam tu.

Nanti ada pulak yang tanya, nak bukak mata ke tutup mata. Dah tengah malam, sebenarnya mata pun dah layu. Kalau tutup mata, silap2 berdengkur kan. Hahaha. Memang pun. Itu lah cubaannya. Nak mengenal yang dalam, makanya kita menelek yang dalam. Kalau dok asyik tengok luar je, bila nak kenal yang kat dalam tu. So, pejam kan lah mata wahai permaisuri..hehe.

Tak kira la, korang nampak hitam gelap ke, cahaya terang ke, kehijau2an ke, buat lah dulu. Silap2 ada yang nampak pak belang..haha. banyak yang nampak ular..hehe. Rasakan! Pesan aku, nampak ke tak nampak ke, buat je dulu. Kalau nampak apa2, cepat2 bagi tau guru korang. Kan aku dah cakap kat awal2 blog aku, cari la guru.

Pada yang takde guru tu, buat lah solat sunat 2 rakaat lagi. Tanya la pada Maha Guru. Siapa Maha Guru? Sapa lagi. Allah Yang Maha Mengetahui. Tanya direct beb. Boleh ke? Sapa lak kata tak boleh. Cuba dulu, baru tau. Semuanya perlu latihan. Kalau hari2 berlatih berenang, lama2 tentu pandai berenang kan. Sama je beb. Kalau tak dapat jugak, korang komen je la kat sini. InsyaAlah, kalau den dapek cerita nya, den sampaikan. Cuma jangan harap sangat la kat den ni. Mengarut boleh la..hehe.

Selamat mencuba!




Wednesday, January 6, 2010

Syahadah Rasul

Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya' ayat 107:
ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ

"dan tiadalah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam".

(Sila rujuk Al Quran JAKIM untuk melihat ayat di atas)

Aku terpanggil untuk menyambung tulisan aku mengenai Syahadah terutamanya Syahadah Rasul. Kenapa? Kepada sesiapa yang dah baca tajuk "Syahadah" tentu ada melihat komen dari seorang blogger yang menggelar dirinya "Kebenaran Asalama" di akhir tajuk ini. Ada baiknya aku sertakan link ke blognya mengenai Asalama ini buat tatapan korang. Korang buat lah penilaian sendiri sebab aku ni memang sentiasa berlapang dada dengan pendapat2 siapa pun. Tak pernah terfikir di benak hati aku nak menghukum sesiapa pun waima ke atas orang2 yang mengaku diri bukan Islam sekalipun. Bab tu kerja Tuhan. Bukan kerja aku. Dan aku tidak akan sekali2 termampu nak berlagak bijak nak menghukum sesiapa pun. Untuk memudahkan pembacaan, aku copy dan pastekan komen beliau di bawah ini dalam warna merah sebijik seperti komennya tanpa di edit:

Kebenaran Asalama said:

Tuan hamba,
Nabi di suruh menyampaikan perintah tuhan. Apa dia perintah tuhan tu? Jawabnya ialah al quran kerana ianya adalah segala hukum dan ketetapan tuhan. Mengenal tuhan juga melalui kitabnya, jadi jika tuan hamba katakan tuan hamba mengenal tuhan melalui tulisan manusia, hamba katakan itu suatu dusta. Jika segala hukum terdpt di dlm al quran, nabi tidak akan menambah selain dari itu. Tunjukkan hamba di dlm al quran, tuhan benarkan mengucap kalimah syirik iaitu men2kan tuhan dgn nabi dan rasul yg tuhan sendiri ciptakan dari tiada. Apakah nabi boleh mengeluarkan sesuatu hukum yg bercanggah dgn al quran? Jika demikian, siapakah yg tuan hamba ambil menjadi tuhan? Nabi atau Tuhan? Kebenaran itu adalah hak dan ianya tidak selari dgn hawa nafsu dan apa yg manusia mahu. Manusia tidak berfikir untuk mengetahui apa kehendak tuhan dan tidak memerhatikan perintahnya dari itu dptkah keredhaan tuhan? Jadi, bolehkah di salahkan tuhan apabila azab di turunkan padahal petunjuk dan kitabnya ada bersama manusia?

Makanya, biar lah aku mulakan tajuk ini dengan menjawab soalan tuan "Kebenaran Asalama" di atas. Buat pengetahuan korang juga "Kebenaran Asalama" tidak percaya akan tulisan manusia seperti hasil2 karya imam2 terdahulu dan ini termasuk lah hadis2 yang dikumpul oleh para sahabat dulu. Dia hanya berpegang kepada Al Quran yang di panggilnya Al Qurana kerana dia berkebolehan membaca AQ tanpa baris. Nama Tuhan Allah menurutnya adalah Alaha dan Islam padanya ada lah Asalama. Oleh itu, aku gunakan ayat AQ saja untuk menjawab. Aku cuba jawab satu persatu soalan yang di timbulkan nya di bawah:

Tunjukkan hamba di dlm al quran, tuhan benarkan mengucap kalimah syirik iaitu men2kan tuhan dgn nabi dan rasul yg tuhan sendiri ciptakan dari tiada.

Jawapan aku Ayat Al Quran di bawah ini menjawab soalan tuan dengan mudah, terang dan jelas sekali. Tak perlu lah aku bagi penjelasan yang berjela2 sebab maksud ayat tersebut yang di beri oleh JAKIM, anak2 kita pun boleh faham.

Surah Al Imran ayat 81
ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ

"Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firman-Nya): Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan kamu bersungguh-sungguh menolongnya. Allah berfirman (bertanya kepada mereka): Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu? Mereka menjawab: Kami beriqrar (mengakui dan menerimanya). Allah berfirman lagi: Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu".

Perhatikan ayat terakhir di atas. Bukan saja Nabi2 di suruh beriman kepada Rasul Muhammad (jangan lupa bahwa AQ diturunkan melalui Muhammad, jadi yang dimaksudkan di sini tentu saja Muhammad), malah Tuhan sendiri turut menjadi saksi bersama2 Nabi2 itu. Dan oleh kerana Muhammad itu Rasul yang akhir, cuba kita fikirkan waktu dan ketikanya Tuhan mengambil perjanjian setia ini dari Nabi2. Masa bila? Nabi ada banyak beb. Bermulanya dari Adam sampai lah kepada Isa, semuanya Nabi belaka. Muhammad belum dizahirkan lagi la tuan2 dan puan2. Ni citer sapa ni? Citer katun ke? Ayat AQ beb. Tak percaya lagi? Terpulang la. Subhanallah! Maha Suci Allah dan Maha Bijaksana Nya Dia yang mengajar manusia samada secara tersurat dan tersirat kecuali kepada mereka yang tidak mahu berfikir atau pun yang rajin berfikir tapi suka berfikir ke lain.

Terang2 Tuhan tanya pada manusia (Nabi2 pun manusia ma) sudahkah kamu mengakui keRasulan Muhammad. Sekarang, aku pulak nak soal tuan "Kebenaran Asalama". Kalau Tuhan dah suruh Nabi2 beriman sungguh2 dengan Muhammad malah Dia suruh sungguh2 tolong Muhammad lagi; dan Tuhan sendiri turut menjadi saksi kepada keRasulan Muhammad, apakah aku menjadi syirik kerana menjadi saksi kepada keRasulan Muhammad dengan mengucapkan Syahadah Rasul? Aku harap ko pikirkan la sendiri termasuk la korang semua. Ini bukan kata2 aku, bukan kata2 Imam Bukhari, bukan juga kata2 Muhammad, Isa, Ibrahim, Musa atau Daud. Ini lah firman Tuhan yang aku panggil Allah di dalam kitab yang aku panggil Al Quran. Terpulang lah pada korang nak cakap apa pun. Ko gantung aku sekalipun, ini lah pegangan aku dan aku tetap beriman dengan nya sehingga lah Muhammad ku di jemput Nya. Subhanallah! Alhamdulillah!

Apakah nabi boleh mengeluarkan sesuatu hukum yg bercanggah dgn al quran? Jika demikian, siapakah yg tuan hamba ambil menjadi tuhan? Nabi atau Tuhan?

Untuk soalan ni, aku terpaksa jawab dengan soalan jugak. Nabi mana yang tuan kata dan maksudkan mengeluarkan hukum yang bercanggah dengan Al Quran? Dan untuk soalan yang satu lagi, sudah tentu lah Tuhan aku bernama ALLAH bukan Alaha bukan Jesus bukan Krishna...bukan..bukan...bukan. Malah blog aku ni pun menceritakan pasal pengalaman aku mencari dan mengenal Tuhan aku yang bernama ALLAH. Terang dan jelas kan!

Aku nak pesan lagi, untuk korang yang benar2 nak mengenal diri dan seterusnya mengenal Tuhan, pesan aku, jangan lah ada perasaan buruk sangka terhadap siapa pun. Terutamanya kepada para ilmuwan Islam dahulu kala, imam2, wali2, para sahabat Nabi dan khalifah2 yang 4. Sentiasa lah berbaik sangka, InsyaAllah kita selamat. Aku dah bagi guide di awal2 blog aku lagi. Pegang lah Qul Hu Allah tu kemas2. Secondly, pegang Syahadah kemas2. Kalau ada apa2 ilham yang bertentangan dengan 2 perkara tu, korang abaikan je la. Tuhan nak test je tu. Jangan korang layan dengan berfikir benda2 karut tu. Dan perlu diingat, Tuhan test guna apa? Dah tentu la guna iblis syaitan beb. Yang tu memang job description dia orang. Sudahnya meraban tak tentu pasal.

Akhir kata, aku nak bagi pencerahan lagi. Kat atas tadi aku ada tanya, masa bila Tuhan mintak perjanjian setia dari Nabi2 tu (Adam hingga lah ke Isa) ? Ada sebab aku mulakan tajuk ni dengan ayat AQ Surah Al-Anbiya' ayat 10.

Sekali lagi aku nak mengajak korang berfikir. "Muhammad itu di utuskan sebagai rahmat untuk sekelian alam". Bukan saja untuk umat manusia. Dia adalah rahmat untuk segala apa jua yang ada di alam ini. Termasuk malaikat, manusia, jin, iblis, syaitan, binatang, tumbuh2an, langit, matahari, bulan, bintang, laut, dan ..... eh apa saja la yang boleh kita fikirkan yang ada di alam ini.

Apa ke bendanya yang segala makhluk, benda, perkara yang ada di sekelian alam ini perlukan? Apa rahmat yang Muhammad bagi pada semua benda2 ni? Kalau nak tau, hehehe, kita minum dulu.

Jam dah pukul 5.16 pagi la. Besok aku keje. Rehat dulu jap ye. Sementara tu, korang baca la ayat tu berkali2 dan pikirkan lah. Kalau rajin ko baca la pasal Hakikat Muhammad atau Nur Muhammad. Klik je kat link tu. Selamat membaca!


Tuesday, December 8, 2009

Syahadah

Alhamdulillah, dah ada lebih 100 orang yang melawat blog aku ni. Baca tak baca tu belakang kira ler. Tapi rasanya kalau dah lawat tu, tentu korang baca kan. Sama2 lah kita cari pengetahuan dan ilmu, InsyaAllah. Yang dah otai tu, boleh buat perbandingan. Kita update pengetahuan kita. Ilmu Allah tak semua kita dapat. Kita share ler sama2. Kalau ada cakap2 aku yang tak betul, mohon dibetulkan. Sila lah komen kat blog aku ni. Jangan segan2. Mudah2an Tuhan jadikan kita orang yang beriman kepada Nya.

Aku sedekahkan bacaan Fatihah buat guru pembimbing ku yang dah bertukar alam. Lama aku tak jumpa dia. Bila teringin nak jumpa, ada je halnya. Bila aku dah bertekad benar2 nak pegi rumah dia, tak jumpa jalan ler pulak. Pelik bin ajaib. Padahal dah berpuluh kali ke situ. Makanya, jangan heran bila mengalami perkara2 macam ni. Last sekali, ada kawan aku ni, confirmkan, rupa2nya dia dah bertukar alam. Kembali ke rahmat Allah. Dengan rahmat Nya kita datang ke dunia ini, dengan rahmat Nya juga kita pulang ke sisi Nya. Berbahagia lah abang di sisi Allah.

Syurga Neraka tu hak Allah. Tak usah la kita pertikaikan. Aku perlu sebut, masuknya kita ke Syurga nanti, adalah semata2 di atas hidayah dan rahmat Allah. Bukan sebab kita kuat solat, kuat beribadah, kuat bersedekah, kuat berceramah dan sebagainya. Makanya, dalam lafaz niat segala ibadah kita, kalau korang perasan la, kita kena sebut "Lillahi Ta'ala". Artinya apa? Kerana Allah! Betol tak? Kalau dah semuanya kerana Allah, maknanya apa?

Maknanya kita "IKHLAS". Satu perkataan yang senang di sebut, tapi susah nak paham. Kenapa aku kata susah? Sebab kebanyakan dari kita, bak kata Zainal Abidin dalam lagunya "Ikhlas tapi jauh". Hehehe. Maksudnya tak ikhlas atau kurang ikhlas lah tu. Aku bagi contoh. Masa kecik2 aku di ajar, kalau kita solat sorang2 kat rumah, kita dapat 1 pahala. Tapi, kalau kita solat berjemaah tak kira la kat rumah ke, kat surau atau masjid, kita dapat 27 pahala. Banyak tu! Sapa tak nak! Imbuhan yang berganda. So untuk mengejar imbuhan yang berganda ini, maka kita pun, bila dengar azan je, bergegas untuk solat berjemaah. Ada yang belum azan dah siap beriktikaf di surau2 atau masjid.

Aku nak tanya. Waktu Zohor dan 'Asar, masa tu kita masih kat ofis kan? Ada tanggung jawab yang kita perlu buat kan? Kalau yang kerja sendiri tu, takde hal ler. Sukati korang la nak duduk berapa jam pun. Jadi, kita pun tinggalkan tanggung jawab kita, untuk mengejar solat jemaah. Kerana apa? Yang ni, korang jawab sendiri lah. Kalau aku yang jawab, korang kata, aku salah, bukan sebab itu. Makanya, di mana keikhlasan kita? Kenapa kita kejar pahala? Tentu la, kerana nak masuk Syurga. Nah. Ini lah masalahnya. Ini yang, budak2 kutu kata "Cakap tak serupa bikin". Kata "Lillahi Ta'ala". Tapi dok kejar pahala. Ada paham?

Bila aku cakap macam ni, tentu ada yang marah. Tentu aku ni anti solat berjemaah. Tak suka pegi surau atau masjid. Malah mungkin ada jugak yang kata aku anti-hadis. Memang pun. Hahaha. Aku tak anti semua tu lah. Tapi memang aku jarang pegi surau dan masjid untuk solat. Sebenarnya, aku bukan la nak menggalakkan orang supaya jangan solat jemaah, jangan solat kat surau atau masjid.

Aku cuma nak beri kefahaman. Apa yang kita maksudkan dengan Lillahi Ta'ala. Biar apa yang kita lafaz dan buat, selari. Kalau kita dah faham dan dapat keikhlasan yang hakiki, cewah2 bahasa, hehe, korang buat lah. Cuma jangan kita tinggal tanggung jawab kita dek kerana mengejar pahala. Maksud aku, kita suci murni kan niat kita. Semata2 kerana Allah. Ini lah yang di katakan, apa pun yang kita buat, akan di kira sebagai ibadah kita di sisi Allah. Waima membuang duri di tengah jalan sekali pun. Dah jauh aku melalut ni. Dah ler. Kena jugak aku tulis pasal IKHLAS ni dalam 1 tajuk lain. Sekarang aku nak citer bab Syahadah dulu.

Yang penting, di akhir2 kita di dunia ni nanti, kita kembali ke sisiNya. Nak ikut highway ke, ikut jalan lama yang bengkang-bengkok ke, terserah masing2. Pilihan kita. Allah dah bagi jalan. Nak tak nak, terserah. Dan sekali lagi, Terimakasih di atas salam yang abang sampaikan melalui kawan saya tu. InsyaAllah akan saya buat pesanan abang tu. Hik hik. Sebak la pulak rasanya.

Abang yang aku sebutkan tu lah yang selama ini membimbing aku di jalan ni. Dia lah orang yang aku jumpa di Mekah tu. Dia lah yang mengIslamkan aku dalam erti kata yang sebenarnya. Aku mengambil 2 kalimah syahadah darinya. Walaupun, waktu bertemu dia di Mekah tu, aku dalam keadaan "zauk" (kalau ikut lagu Scorpion tu, "In Trance" la kot, haha), tapi memang aku kenal dia. Sebab aku pernah jumpa dia sebelum tu kat Kg Medan, Jalan Kelang Lama. Dia ni kerja nya mengurut. Tukang urut lah. Masa aku mula2 kenal dia, aku ikut abang ipar aku berurut. Since, aku dah ikut, lepas siap abang ipar aku berurut, aku pun urut la sekali dengan dia.

Masa dia urut aku tu, takde timbol langsung cerita pasal jalan ni. Setakat borak2 kosong je. Cuma dia ada cakap dengan aku, "kau ni 1 hari nanti, tentu pasang 2 ni". Haha. Maksud dia tu kawin 1 lagi la. Aku sengih je dengar cakap dia tu. Apa tak nya. Bini aku dok pasang telinga kat luar bilik. Kang tak pasal2, jadi hal la pulak. Siap je dia urut aku, kita sambung borak lagi dengan yang lain2 kat luar. Tengah borak2 ni la, abang ni cakap kat bini aku " Laki kau ni nanti, kalau dia nak kawin satu lagi, kau jangan marah. Kau setuju je". Hahaha. Mampus aku. Masa tu bini aku senyum je la. On the way balik rumah, hmm, membebel je dia. Memang dia tak bagi lagi aku jumpa abang tu. Kalau nak urut badan, cari je tukang urut lain. Hehehe. So, memang aku tak pernah jumpa abang tu lepas tu, sampai la aku jumpa dia balik kat Mekah, dalam keadaan yang aku dah sebutkan tadi.

Sebelum aku sambung, elok korang baca maksud 2 Kalimah Syahadah ni. Aku bagi dua huraian kalimah ini. Huraian dari segi Syariah siap dengan syarat2 sah nya sekali (susah jugak nak masuk Islam rupanya) korang baca link ni http://tasekpauh.blogspot.com/2009/05/syarat-sah-dua-kalimah-syahadah.html

Lepas tu, untuk memahami apakah 2 Kalimah Syahadah ini dari segi Hakikat, korang baca lah huraian mantap kat link ni. http://www.angelfire.com/journal/suluk/kalimah1.htm

Kita minum dulu.

Alhamdulillah. Esok kita dah nak masuk tahun baru Hijrah 1431. Cepat betul masa berlalu. Sama2lah kita berdoa pada Allah agar sentisa memberi hidayah Nya buat kita untuk mengimani Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Muhammad SAW, juga jangan lupa untuk diri kita sendiri. Fatihah buat ahli keluarga, terutama kedua ibu bapa kita, guru2 yang telah membimbing kita, pendek kata semuanya lah. Kepada yang mungkin jarang atau tak pernah langsung terfikir nak menyambut tahun baru Hijrah ini, mari lah kita sama2 mulakan. Make it a point. Kalau selama ni kita teruja nak menyambut tahun baru Masihi, mari lah kita tukar kepada menyambut tahun baru Hijrah.

Ada kaedah yang di ajarkan untuk kita amalkan setiap menyambut akhir tahun dan awal tahun Hijrah ni. Aku sertakan linknya kat sini. http://matlamat.com/blog/2009/12/azam-tahun-baru-2010/. Buat lah. Jadikan amalan tahunan. InsyaAllah, dapat hidayah.

Sempena nak sambut tahun baru ni, aku berazam nak habiskan tajuk Syahadah ni. Dah seminggu lebih aku rehat minum. Haha. Maaf. Agak sebok dengan kerja. Satu lagi sebab ialah aku nak bagi masa kat korang, baca dan fahami maksud Syahadah tu, kat 2 link yang aku letakkan di atas. Harap korang dah baca lah. Ok aku sambung.

Ada pun Syahadah itu terdiri dari 2 kalimah. Kalimah Tauhid dan Kalimah Rasul. Pada syariatnya, Kalimah Tauhid adalah kita percaya bahawa tiada tuhan lain selain Allah. Cuma Allah saja satu2nya Tuhan yang ada. Ini la yang aku dok sebut2kan dalam tajuk "Percaya dulu" dan "Beriman". Pada kalimah Rasul pula, kita percaya Muhammad itu pesuruh Allah. Kata pesuruh di sini bermaksud untuk menyampaikan apa saja syariat yang Allah perintahkan kepadanya untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Pendek kata, tugas Muhammad bila dilantik menjadi Rasul. Makanya, Baginda dilengkapkan dengan sifat2 wajib bagi Rasul iaitu Sidiq, Amanah, Tabligh, Fatanah. Nak tau apa bendanya ni, korang semak balik kat tajuk "Percaya Dulu". Ada aku sebut kat situ. Ini lah makna syahadah untuk orang umum. Maksud orang umum ni, semua orang la.

Tetapi, pada hakikatnya pula, kepada yang mendalami jalan mengenal diri dan seterusnya mengenal Tuhan, maksudnya dah berbeza. Apa perbezaannya? Kalau tadi, tiada tuhan lain hanya Allah, maka pada hakikatnya maksudnya adalah tiada wujud lain, hanya Allah. Pening2. Macam mana tu? Habis kita ni apa? Tak wujud ke?

Memang kita ini hakikatnya tak wujud atau Wujud yang kosong. Atau Wujud Tiada. Makanya perlu kita berguru di sini. Untuk menjelaskan apa yang tak jelas. Kalau kita belajar sifat 20, wujud di situ bererti Wujud Hakiki atau biasa disebut sebagai "Wajibul Wujud" pada "Ghaibul Ghuyub".

Mari kita lihat apa yang terjadi kepada Nabi Musa sewaktu dia memohon pada Allah untuk melihat atau menunjukkan kewujudan Nya. Peristiwa itu jelas sekali untuk menggambarkan kewujudan Allah ini. Untuk memberi kefahaman kepada Nabi Musa, Allah perintahkan beliau untuk melihat gunung yang ada di hadapannya. Sebaik Nabi Musa melihat ke arah gunung itu, tidak semena-mena gunung itu meletup, hancur jadi abu dan Nabi Musa pengsan melihat kejadian itu. Begitu lah yang terjadi. Sekiranya Allah mengambil sifat WujudNYA di alam fana ini, maka hancur lebur lah segala Wujud yang Kosong ini dek kerana segala wujud makhluk adalah bergantung kepada Wujud Hakiki tadi. Makanya, sedar lah kita semua, bahawa wujud kita ini, kosong semata2.

Kalimah "La ila ha illa Allah" itu lah yang dinamakan Nafi dan Isbat. Di dalam "Laila ha" kita menafikan wujud yang lain yakni "wujud makhluk". Manakala, di dalam " illa Allah" kita mengisbatkan yang ada cuba "Wujud Hakiki". Makanya jika kita berzikir kalimah "La ila ha illa Allah" kita sebenarnya membaca zikir Nafi Isbat. Zikir ini lah aku amalkan dulu2 waktu mula2 aku nak masuk jalan ni.

Bagi Kalimah Rasul pula, pada hakikatnya, dia lah perantara di antara Wujud Hakiki dengan wujud makhluk tadi. Aku bagi yang mudah, biar korang senang faham. Wujud Hakiki itu Allah. Pengantaranya atau Rasulnya itu Muhammad. Dan Wujud Makhluk itu Adam. So, amacam. Boleh Faham? Kalau tak faham, aku teruskan lagi.

Allah yang Memerintah. Muhammad yang menyampaikan perintah. Adam yang menjalankan perintah. Tak faham lagi? Aku bagi lagi.

Allah tetap Allah. Tuhan yang Maha Esa.

Pernah dengar Muhammad Awal, Muhammad Akhir? Muhammad Zahir, Muhammad Batin? Tugas Muhammad ialah pesuruh. Pesuruh untuk apa? Untuk menyampaikan. Menyampaikan apa? Perintah dari Allah.

Adam itu apa? Yang Allah jadikan dari tanah. 7 jenis tanah yang di campurkan dan di bentuk menjadi tubuh badan manusia, yang dinamakan Adam. Dan Adam itu bahasa Arab yang bermaksud "tiada". Apa tugas Adam? Menjalankan perintah. Perintah siapa? Perintah Allah. Perintah Allah datang dari siapa? Dari pesuruh atau rasul. Siapa pesuruh? Muhammad!

Masih pening2 lalat? Tak usah pening2. Sebenarnya dah agak jelas aku terangkan ni. Kalau korang baca kitab atau bertanya dengan otai2 ilmu hakikat, takkan sejauh ni dia orang nak cerita. Tapi kalau korang masih pening jugak lagi, makanya cari lah guru. Guru yang dapat mengijazahkan Syahadah kepada korang. Yang boleh mengupas Syahadah sejelas2nya. Maknanya belum ada hidayah dari Allah nak bagi pemahaman.

Aku tak pandai. Aku tukang karut je. Setakat tu je aku boleh cerita. Merepek boleh la. Hahaha. Dan korang kena tau bahwa Syahadah ini lah yang kita wajib faham sefahamnya, kerana hidup dan mati kita bernaung di bawahnya. Kalau korang ada guru, tentu guru2 ni akan cakap, "pegang lah Syahadah ni kemas2. fahami sefaham2nya". Sebab dengan syahadah lah kita ni Islam. Masuk Islam. Jadi, masuk lah Islam dengan kefahaman yang jelas.

Dan jangan lupa, masa kita nak mati, atau nak balik nanti, atau nak bertukar alam, tak kira la korang nak guna term yang mana satu, bini kita, anak2 kita, kawan2 kita, orang sekeliling kita, semuanya sebok suruh kita mengucap. Mengucap apa? Mengucap syahadah. Kenapa? Sebab kita lupa ke? Bukannya susah. Pendek je kalimah nya. Apa yang susah sangat? Tapi kenapa banyak orang yang susah nak ucapkannya waktu itu? Makanya, kita fikir2kan lah. Kenapa boleh susah nak ucap kalimah yang mudah ini.

Awal2 masuk Islam, kita disuruh mengucap Syahadah. Akhir2 kita nak meninggal, orang suruh kita mengucap Syahadah lagi. Begitu lah pentingnya Syahadah kan. Tak percaya lagi? Makanya sekiranya Syahadah itu bukan saja kita ucapkan di bibir, tetapi terpahat teguh di dalam diri sebenar diri kita dengan kefahaman yang jitu, Insya Allah. Tak payah ucap lah.

Dapat je Assalamualaikum, kita pun jawab Waalai kum salam. Sama2 lah kita.











Thursday, November 26, 2009

Beriman

Dalam tajuk “Percaya dulu”, aku ada cerita pasal Rukun Iman. Bagi aku, kalau nak ikut sunnah Rasulullah Muhammad SAW, kita harus mulakan dengan beriman kepada Allah yang Maha Esa. Itu lah yang di ajarkan kepada pengikut2nya waktu itu. Percaya dengan sepenuh hati, sehabis2 percaya bahawa tiada Tuhan lain melainkan Allah. Bukan, tiada Tuhan melainkan Allah. Keyword nya “tiada Tuhan lain”. Yang Satu, Yang Esa pokoknya the One and Only lah cuma Allah SWT.


Kenapa benda ni penting? Pada aku tersangat lah pentingnya. Sebab? Seringkali terlepas dari mulut kita apabila melihat atau bercakap pasal agama2 lain, kita berkata “tengok la Tuhan dia orang tu”. Kadang2 statement yang macam ni pulak, “Biarlah dia orang sembah Tuhan dia orang, kita sembah Tuhan kita”. Kata2 sebegini sekaligus menjerumuskan kita berangggapan bahawa ada Tuhan yang lain selain Allah. Lebih2 lagi kepada anak2 kita yang tak tau apa2 lagi. Nanti budak2 ni ingat betul2 ada Tuhan lain. So hati2.


Dalam tajuk tu jugak aku ada cakap, hati2, supaya jangan kita syirik. Syirik ni dosa yang paling besar beb. Satu2nya dosa yang tidak diampunkan Allah adalah syirik. Apa benda syirik ni? Senang cakap syirik ni adalah menduakan Allah. Kadang2 menigakan dan kadang2 mengempatkan. Haha. Macam poligami la pulak. Boleh sampai 4. Serius beb. Lawak2 jugak. Dah tu, kalau ada 4 agama kita tengok, kata la Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha, dah 4 kali kita kata “tengok la Tuhan dia orang”. Kalau kita semak kitab Tauhid, syirik ni bukan je pada perbuatan. Contoh baik, menurun nombor ekor. Yang ni pada perbuatan la. Syirik juga boleh terjadi pada perkataan. Kata2 kita. Contohnya macam yang aku cakap tadi la.


Kalau kita nak ikut disiplin ilmu Tasauf la pulak, lagi haru. Tasauf ni ilmu rasa. Yang ni korang tanya la otai2 dan pakar2 PHD di bidang Tasauf apa yang di rasa nya. Aku ni mengarut je. Asal terdetik je di hati, dah di kira beb. Sebab tu aku tak nak jadi pakar Tasauf. Hehe. Tapi jangan la risau sangat. Kita ambik kaedah Fekah. Niat saja kalau tidak diikuti dengan kata2 atau perbuatan tidak lah menjadi kesalahan. Maknanya kalau cuma di hati terdetik atau terniat, aku nak bunuh si Mamat tu, tapi kita tak berani pun nak bunuh, maka tidak lah menjadi kesalahan. Malaikat tak tulis lagi benda tu sebagai dosa.


Macam tu la jugak dengan sembahyang atau solat. Kalau kita berniat je “Sahaja aku sembahyang Zohor kerana Allah Ta’ala” tapi kita tak kerjakan perbuatan sembahyang tu, mana ada kira beb. Haha. Jangan heran! Ada juga ilmu yang macam ni. Aku tak nak hukum sebab bukan keje aku. Cuma ada di kalangan mereka yang dapat ilmu ni, hebat2 belaka. Kadang2 otai2 ilmu hakikat. Biar la depa. Ilmu depa. Depa yang nak pakai. Cuma pada aku, kalau korang jumpa yang macam ni, elok la korang lari kuat2. Kenapa? Nanti la kalau ada umur, aku citer kan dalam tajuk Sembahyang. Sabar ek. Satu2. Kalau tak, tak habis la pulak tajuk ni.


Balik pada tuhan lain. Dalam hal ni pada agama2 lain la. 1st skali, Kristian. Menurut ajarannya, tuhan itu terdiri dari tuhan bapak, anak tuhan dan ruhul kudus. Senang cakap triniti lah. Ini lah konsepnya. Jadi keesaan tuhan pada mereka adalah 3-in-1. Macam kopi tongkat ali la pulak. Maaf ya bapak2 yang beragama Kristian. Ini cara saya menulis. Bukan mau menjelekin agama siapa2 juga. Kalau mau berdebat, ya sama Pak Shahil aja. Bisa aja. Dia senang sekali tuh. Argument yang biasa dia orang kemukakan adalah rajah segitiga (triangle). Kata mereka, segitiga itu adalah 1. Tapi didokong oleh 3 unsur tadi. Jadi esa nya tuhan itu, tetap satu sebab segitiga itu cuma 1. Nah, cuba korang pikir, logik tak?


Kalau korang kata logik, OK. Mari berfikir. Tak payah aku pakai ayat2 Quran ke Injil ke lah. Aku pakai rajah jugak. Apa kata aku bagi korang rajah segi empat. Aku tambah satu lagi unsur, katalah cucu tuhan. Macam mana? Boleh jugak kan. Yang esa iaitu rajah segiempat tu, tetap 1. Cuma beza sekarang didokong oleh 4 unsur. Bisa aja deh nanti di bikin segi lima, segi enam, malah kalau mau segi infiniti juga bisa. Korang pikir lah sendiri pakai logik akal je. Tak yah la dalil2 naqli. Dah terang2 mengarut. Sebab tu aku tak nak berdebat. Benda yang dah terang2 tak betul. Nak didebatkan buat apa. Takde faedahnya.


Then kita cuba agama Hindu. Ada berapa tuhan? Kalau dia orang tak kata tuhan pun takpe la. Panggil la dewa. Its ok. Cumanya kita lihat perbuatan mereka, mereka menyembah patung dewa tu. Kalau dah di sembah, apa benda tu? Kira tuhan ler. So sah ler tak betul. Lagi banyak tuhan. Berhala la beb.


Kita cuba pulak agama Buddha. Dia orang ni lain sikit. Dia tak cari tuhan. Dia orang cari nirvana. Nirvana ni maknanya “kebenaran mutlak” atau biasa disebut dalam english “enlightenment”. So kat sini je dah la. Bila tak cari tuhan, makna tak yah la kita panjangkan lagi kerana dalam ajaran ini tuhan takde. Cuma, pada perbuatan mereka, sekali lagi kita lihat, mereka menyembah patung Buddha. Menurut mereka, bukan menyembah patung Buddha itu, tapi sekadar memberi penghormatan kepada objek tersebut. Pada aku, kalau dah sembah patung tu, berhala la.


Aku citer bab agama2 lain ni, bukan apa. Cuma nak korang lihat dan kalau boleh faham, bahawa Tuhan itu sifatNya yang penting sekali adalah Esa. Satu. The One and Absolute. Ini ciri terpenting untuk kita percaya Tuhan. Dalam Islam, melalui Surah Al-Ikhlas, terang2 menyatakan bahawa Tuhan itu Ahad. Ahad bermakna Esa. Dan Tuhan jugak tidak beranak dan di peranakkan. Ada paham? Cukup la kat situ. Aku rasa dah terang tu.


Dalam tajuk “Percaya dulu” aku jugak ada cakap bahawa di antara 6 rukun Iman tu, 5 daripadanya ghaib atau tak nampak. Baca balik la tajuk tu. Yang kita boleh nampak, boleh pegang, boleh baca adalah Kitab2. Malangnya, kitab2 yang Allah turunkan kepada Rasul2 yang tetap genuine atau asli tanpa diubah sana sini dan dipalsukan cuma AlQuran je. So kita sebenarnya takde choice. Ini lah satu2nya kitab yang kita kena dan wajib percaya.


Di dalam Quran ada apa? Cerita2 mengenai Allah, Malaikat, Rasul2, Kiamat dan Qada dan Qadar. Jadi apa yang aku nak cakap kat sini, dengan Quran lah kita mengetahui cerita2 tentang semua ini yang mana semua ini lah yang kita diwajibkan beriman dengannya. So pada sapa2 yang belum baca Quran, baca lah sampai habis. Aku rasa rata2 kita yang Islam ni, orang Melayu la, banyak yang dah khatam Quran masa kecik2 dulu. Pada aku yang tu bagus. Tapi malangnya yang ni tak di ambil kira beb. Sebab kita tak faham apa yang kita baca. Kalau tak faham, jadi lah kita macam burung kakak tua. Pandai bercakap siap berlagu, tapi tak tau makna.


So mulai hari ni, korang baca la tafsir AlQuran. Tak susah la. Aku dah siapkan link untuk korang tengok. Yang bagus, beli 1 untuk setiap ahli keluarga. Bapak 1, mak 1 dan anak2 sorang 1. Baru best. Dan baca la bila saja ada masa lapang. Jangan lepas solat baru nak baca. Bila terkentut, batal wuduk, korang stop. Penghormatan kepada AlQuran jangan lah sampai ianya di cium2 dan diletakkan di atas almari saja. Baca tiap masa. Kalau korang tanya aku, takpe ke baca Tafsir Quran tanpa wuduk. Jawab aku, boleh aja Pak!


Kalau nak baca Quran pun berdosa, lama2 nanti takde orang Islam yang baca Quran. Yang untung dapat mengambil berbagai ilmu dari Quran selama ni pun orang2 bukan Islam sebab bagi dia orang takde berdosanya baca Quran. Tiap masa dia orang buka Quran. Tapi kalau ada kemampuan dan kesempatan nak membaharui wuduk setiap kali ianya batal, yah silakan aja. Terpulang deh.


Begitu juga kalau ada yang berkemampuan dan kesempatan belajar dan faham bahasa Arab, lagi cun. Dah tak payah baca tafsir lagi. Tapi jangan la korang hukumkan kalau baca tak betul idhram dan panjang pendeknya berdosa. Nanti lama2 takde orang nak baca AlQuran original. Sumer baca terjemahan je nanti.


Sambil baca tu minta pada Allah, jadikan lah aku orang yang beriman ya Allah. Kalau dah hari2 baca Quran, insyaAllah Tuhan bagi tu. Macam mana nak test? Senang je. Korang takut Tuhan ke hantu? Dua benda ni berlawanan sama sekali. Kalau masih takut hantu, belom lagi la tu. Kuatkan lagi. Kalau dah sampai kita boleh dok relax je dok dalam hutan sorang2 diri dalam seminggu ke, maknanya dah ok la tu. Haha. Ada berani ke? Susah nya!!! Cuba lah. Yang ni dah standard kawan aku. Hehe. Bukan aku. Ambik kata2 Tok Belagak, kayuh pelan2. Dapat la tu nanti.

Wednesday, November 25, 2009

Santai2 Aja...

Buat pengetahuan semua yang telah membaca blog ini, mungkin ada yang tergerak di hati mempersoalkan kenapa aku menulis tanpa mengambil dalil2 aqli, naqli dan fakta2 dalam tulisan aku. Sebenarnya, di dalam tajuk2 yang aku tuliskan, ada aku sertakan link2 yang aku "bold" kan dan bergaris dengan warna merah. Begitu juga di bawah kanan blog ini, aku sertakan link2 yang aku kira amat baik sekali untuk pembaca mendapat pengetahuan mengenai ilmu2 Islam dimulai dengan Usul Feqah, Feqah, Tauhid dan akhirnya Tasauf. Di dunia maya ini, ada terdapat berbagai2 catatan dan tulisan yang baik2 yang dengan sendirinya mengemukakan semua dalil2 dan fakta2 yang berbentuk ilmiah. Jadi, adalah kurang bijak jika aku turut menulisnya kembali. Cuma bila perlu akan aku ambil dan sertakan ayat2 AlQuran yang di kira penting dari pemahaman aku buat memahami perjalanan mengenal diri dan seterusnya mengenal Tuhan.

Pertama2nya di link ku, aku sertakan webpage JAKIM iaitu AlQuran (buku pedoman hidup kita) yang kita boleh lihat dan baca ayat2 AlQuran versi Arabnya, beserta terjemahan Bahasa Melayu nya juga Inggeris. Webpage seperti Suluk misalnya, sarat dengan kupasan2 kitab2 Tasauf yang terkenal dan diperakui. Begitu juga webpage Jalan Sufi, penuh dengan nukilan2 ulamak Tasauf yang terkenal dan muktabar. Tak kurang juga blog Shahil, amat jelas sekali kupasannya mengenai Sifat 20 dan beberapa tajuk ilmu Tasauf untuk kita yang "zero" ini, memahaminya. Tak ketinggalan, blog Darul Saka, mengajar ilmu perubatan Islam yang berlandaskan amalan ayat2 suci AlQuran sekaligus di tajuk2 yang tertentu membincangkan tingkatan2 ilmu Tasauf di mana letak dan kegunaannya di dalam pengubatan Islam. Oleh itu, para2 pembaca sekalian, jangan ketinggalan untuk menelaah link2 yang aku sertakan di sini, untuk mendapat pengetahuan ilmu2 ini.

Aku katakan pengetahuan kerana dengan membaca semua article2, nukilan2, tulisan2 ini, kita cuma sekadar "TAHU" akan adanya ilmu tersebut. TAHU dengan ILMU ada lah 2 perkara yang berbeza. Setelah mendapat pengetahuan, pengetahuan itu harus dipraktikkan (practical). Apabila kita menjalani praktikal, kemudian baru kita mendapat ilmunya. Di dalam blog Darul Saka misalnya, banyak amalan2 D.I.Y. di anjurkan oleh penulisnya yang mana semuanya boleh di praktikkan. Setelah di praktikkan, pasti ada hasilnya. Sekiranya, masih belum berhasil seperti yang disebutkan, tentu ada kesilapan2 yang berlaku. Jadi, kita masih belum dapat ilmunya. Lalu kita ulangi lagi, sehingga akhirnya, membuahkan hasil. Nah! Ketika ini barulah kita boleh mengatakan kita sudah "BERILMU". Bukan lagi sekadar "TAHU"

Makanya kita biasa dengar orang menyebut "AMAL TANPA ILMU ITU SIA2" Begitu juga kata2 "ILMU TANPA AMAL ITU BATAL". Sekiranya kita meletakkan kata2 ini dalam konteks ilmu2 Islam tadi, kita biasa mendengar orang2 Tasauf menyebut "SYARIAT TANPA HAKIKAT ITU SIA2". Dan seterusnya, "HAKIKAT TANPA SYARIAT ITU BATAL". Semua ni bukan aku yang kata. Orang2 bijak pandai dulu2 dah kata benda ni. Isy isy isy! Pening aku baca. Hahaha. Betul ke apa yang aku tulis ni. Kalau tak betul, aku mintak sapa2 yang tau, betulkan OK.

Sebenarnya, apa yang aku nak kata ialah, kalau kita tak tau sesuatu perkara itu, kita cuba ambil tau. Macamana nak ambil tau, banyak cara.

1) Surf the web pages. Macam2 ada beb. Ko type aja perkataan apa yang korang nak tau, semua keluar. Budak2 sekarang ni beruntung dah ada internet ni. Masa aku dulu nak cari kitab2 punya la susah. Bila dah jumpa, tulisan jawi lama la pulak. Berpinar biji mata nak baca satu2 perkataan. Tu pun, nasib baik lagi bahasa melayu cuma tulisan je jawi. Kalau bahasa Arab, wassalam je la.

2) Ambik kursus atau masuk U untuk dapat degree ke, master ke or PHD. Yang ni kalau korang teringin nak jadi guru ke, ustad ke, penceramah ke. Laku beb. Boleh cari income. Tapi jangan lupa, register dulu dengan JAIS. Kalau tak, masalah nanti. Sekali ceramah masyuk RM50 ke 100 ke. Silap2 dapat masuk TV, lagi hebat. Naik rating tu! Dah tentu la masyuk pun lebih. Dan kalau dah masuk TV tu, tak lama dapat la title "Dato'". Amacam? Not bad kan.

3) Cari tok2 guru yang terkenal, syeikh2, ustaz2 dan yang sewaktu dengannya dan belajar lah dengan dia orang ni. Pendek kata, Guru Mursyid lah. Tapi biasanya, cara ni jangan harap la korang nak dapat peluang berceramah. Kalau ada pun kat kawan2 rapat je la. Takde can nak buat duit beb. Selalunya, cara ni, korang kenalah taat dan patuh dengan ajaran guru. Kalau korang jenis rebellious, pikir la ribu2 kali dulu. Ingat, banyak guru2 ni di beri kelebihan oleh Allah boleh scan perangai kita. Haha. Jangan nak chong la beb. Jangan sampai kena sumpah dek guru kemudian hari dah ler. Silap2 jadi batu beb. Seksa. Hehehe. Aku lawak je la.

4) Ikut macam aku, buat cara sendiri. Belasah je. Tapi hari2 jangan putus doa pada Tuhan, berikan lah aku hidayah Mu ya Allah, untuk mengenal Mu. BOSS, tolong lah hamba Mu yang jahil dan bodoh ini. Ada orang kata, kalau yang macam ni, belajar dengan setan. Lantak pi la apa depa nak kata. Kalau ada setan yang nak ajar pasal mengenal Allah, OK gak. Tapi, sendiri pikir la beb, tugas dia menyesatkan kita untuk mensyirikkan Allah. Caranya macam2. Boleh aja dia merupa sebagai tok syeikh siap pakai jubah dan serban lagi. Kalau ada sapa yang pernah baca riwayat hidup Syeikh Abdul Qadir AlJilani, tentu tau kalau Sultanul Wali ni pun setan cuba test try tengok. Satu hari dia datang pada Syeikh berupa tok syeikh berjubah dan berserban, lalu berkata "Oleh kerana keimanan mu yang terlalu tinggi kepada Allah, maka pada hari ini Allah telah mengecualikan kamu dari tuntutan syariat". Syeikh mendengar kata2 itu secara automatis berkata "Nyah lah kamu setan laknatullah". Hahaha. Wali besar pun dia test beb. So, amacam. Ada berani ambik risiko. Sapa la kita ni kalau nak dibandingkan dengan Sultanul Wali.

So, aku dah bagi dah cara2 korang nak ambik tau. Pilih la cara mana pun. Kalau nak ambik cara aku, sedia lah dengan iman yang tak berbelah bagi pada Allah. Makanya, di awal2 dongeng aku, aku pesan pegang Qul Hu Allah (Surah Al Ikhlas) tu kemas2. Malah kalau korang ambik cara berguru dengan Guru Mursyid pun, awas lah. Akan tiba harinya, kita akan di pisahkan dari guru kita, setelah habis edah kita dengan dia. Maksudnya, dah habis belajar. Takdak apa lagi dah dia nak ajar. Hang dah tau semua! So masa ni, automatik kita akan dipisahkan dari dia. Sendiri2 la beb. Masa sendiri ni la, macam2 setan anak beranak berduyun2 datang menge"test" kita.

Kebiasaannya, testnya mudah aje. Oleh kerana hangpa dah tau semua, dia orang ni test kat perasaan je. Dia bisikkan je, "Kau kan dah hebat. Tinggi dah ilmu. Apahal dia orang ni nak cerita2 benda syariat ni. Kau dah makrifat, dah kenal Tuhan. Sapa dia orang nak dibandingkan dengan kau. Takde class langsung". Hahaha. Maka timbol la cerita2, "Alah, tak sampai lagi tu. Tak usah dok cerita la. Pegi belajaq lagi". Ada faham? Kalau tak faham, aku tulis lagi. Test nya biasanya di sifat sombong, bongkak, ujub, takabbur, bangga diri dan apa2 je la yang sewaktu dengannya.

So apa yang nak aku katakan kat tajuk ni, relax je beb. Kata orang Indon, santai aja pak. Usah ribut2. Ikut rasmi padi, makin tunduk makin berisi. Biar aja deh. Allah yang kasi ilmu. Terserah Dia. Mau syariat kek, mau tarikat kek, mau hakikat kek atau makrifat kek, semua Dia yang punya. Luas ilmu Allah itu tak bertepi. Bukan aku yang punya, Dia yang Maha Empunya.

Renung2kan. Selamat beramal. Hehehe. (pakai tempo Prof Dr. Izi kat Hot FM).


Thursday, November 5, 2009

Masuk Islam

Sebelom aku cerita lebih lanjut, elok la aku citer sedikit pengalaman aku mengenal diri ni. Aku mula teringin mencari Tuhan lepas aku dapat anak kedua. Sekitar tahun 1990 - 1991. Mulanya ada sorang kawan aku tunjukkan aku buku karangan Ahmad Laksamana bertajuk Hakikat Insan. Aku pun photostat dan hari2 aku baca buku tu. Tapi biasa la, sepatah haram pun tak faham. Macam2 benda mengarut di sebut kat dalam buku tu. Tapi makin mengarut, makin timbul perasaan ingin tau. Buku ni memang tak dijual kat kedai. Copy yang aku ada pun entah ke mana. Rasanya ada kawan aku pinjam tapi sampai hari ni tak pulang balik.

Sebelum korang cari buku ni, elok la korang tau yang ajaran Hakikat Insan ni dan buku2nya sekali telah diharamkan dah lama dulu oleh JAKIM. Sesat lagi menyesatkan. Hah, ambik kau. Ilmu ni yang korang nak belajar! Baca la sendiri komen2 otai2 yang dah lama mengikut dan mendalami ilmu ni.

Secara diam2, mula la akal aku mempersoalkan benda2 yang disebut dalam buku tu. Seram pun ada, ngeri pun ada. Nak kata aku ni alim masa tu tak ler sangat. Setakat suam2 kuku je. Tapi solat 5 waktu, ok la tak tinggal, masa tu la. Puasa, zakat pun tak susah nak buat kan. Cuma naik Haji je aku belum lagi sampai la ni.

Dalam diam2 aku mula amalkan zikir Nafi Isbat lepas solat Isya'. Mula dengan 100x, lama2 1000x dan lama2 aku dah tak kira dah. Aku pulun je berapa banyak yang termampu. Sepanjang aku amal zikir ni takde apapun yang pelik dan ganjil yang aku dapat. Cuma hidup masa tu rasa lebih tenang, aman dan damai. Satu benda aku nak ingatkan korang, bila dah kita mula berzikir ni, minat kita pada benda lain akan mula berkurang. Jangan sampai orang rumah korang bising nanti dia tak dipedulikan dah ler. Jengok2 la jugak bini tu woi.

Dalam aku amalkan zikir ni, bila hujung minggu aku selalu ke rumah aruah abang ipar aku. Rupa2nya dia ni dah lama jugak belajar ilmu mengenal ni. Dia berguru dengan sorang ni dia orang panggil dia Abang Shaari kat Batu Caves. So, selalu bila aku kerumah dia, selalu la kita berborak pasal benda2 yang di sebut2 dalam buku Hakikat Insan tu. Makin pening kepala aku ada la. Abang ipar aku ni selalu ajak aku join sekali belajar dengan guru dia.

So, one day aku pun ikut la dia ke rumah guru dia. Bila aku masuk je rumah dia, aku dah rasa tak syok dah. Dia ni rupanya mengubat orang. Kalau ikut terma orang sekarang ni, kira rawatan alternatif la. Penyakit yang di ubati dah tentu la pelik2. Kena rasuk la, masuk jin la, kena santau dan macam2 lagi la yang sewaktu dengannya. Kalau nak belajar, kena tunggu dia habis mengubat, baru mula. Korang bayangkan la siksanya nak tunggu orang habis mengubat. Bila dah tinggal sorang pesakit, datang lagi patient yang lain. Kena tunggu lagi. Aku dah mula bosan.

Satu lagi yang aku tak sedap hati, ruangan dia mengubat tu, penuh dengan warna kuning. Kain kuning langsir kuning pendek kata semuanya kuning belaka. Dah jenuh menunggu, akhirnya habis la patient untuk malam tu. Ada la dekat 3 jam duduk borak2 kosong je sambil tengok macam2 gelagat orang di ubatkan. Cara dia mengajar ni, ikut soal jawab. Malam tu, dia ajar bab Syahadah. Apa yang di soal murid, dia jawab la secara yang patut pada fikiran dia. Takde syllabus tetap macam kat sekolah. Pada aku yang baru 1st time dengar, memang ternganga la. Tak tau hujung pangkal. Bila nak tanya bab yang pelik sikit, dia kata tak sampai lagi tahap nak diceritakan. Bila dah 2 3 kali kena macam tu, aku pun diam je la. Memang takde jodoh la aku nak belajar dengan dia, aku cakap dalam hati.

Terus lah aku dengan zikir nafi isbat tu tanpa apa2 pengalaman yang pelik. Di samping tu, sering jugak aku ke rumah abang ipar aku during weekend. Kadang2 ramai kawan2 seguru dengan dia datang. Maka keluarlah cerita2 yang di sebut dalam buku Hakikat Insan dalam borak2 dengan dia orang. Cuma yang aku pelik, ada jugak antara dia orang tu, masa borak2 tu, yang nampak macam2. Nampak orang tua berjubah putih lah. Nampak yang berjubah dengan serban besar di kepala lah. Macam2 lah. Yang aku ni tak nampak apa2, tak leh nak kata apa la kan. Kalau ikut term orang2 sufi ni, kasyaf la maknanya tu kot.

Sehingga la, pada 1 hari dalam aku berzikir tu, aku nampak macam ada screen TV depan aku. Lebih kurang tayangan slide la. Kejap je. Apa yang aku nampak kat screen tu? Aku nampak mula2 gambar Otak manusia. Lepas tu, lengkap jadi kepala dan muka. Then, terus turun ke bawah jadi badan lengkap dengan tangan sampai la ke kaki. Maka lengkap lah gambar fizikal seorang manusia. Lepas tu habis lah tayangan slide tu. Screen pun hilang. Termenung aku memikirkan. Apa benda yang aku nampak tadi.

Besoknya, aku pergi jumpa abang ipar aku. Aku cerita la apa yang aku nampak tadi. Dia pun tak tau apa bendanya. Cuma dia ajak aku pergi jumpa satu orang tua kat Kuala Pilah pada hujung minggu tu. So weekend tu, aku pun ikut la dia balik kampung bini dia kat Tanjung Ipoh. Dia bawak aku jumpa Haji Hassan kat sana. Haji Hassan ni, orang2 kampung tu panggil dia Pak Darek (sebutan nogori). Kalau ikut bahasa KL, Pak Darat.

Dia ni ada bela anak2 yatim kat sana. Nama tempatnya Yayasan Haji Hassan. Aku pun cerita la kat dia apa yang aku nampak kat screen TV tu. "Apo bondo eh yang den nampak tu Ji" aku tanya dia? Jawab dia "Itu lah yang di katakan makrifat". Hmm, makrifat. Pening gak aku memikirkannya sebab lepas tu aku tanya dia apa maksud dia, dia cuma jawab, "Tak po. Nanti lamo2 ekau tau la tu". Itu je. Cuma sebelum aku balik tu, ada la dia bagi aku "Lam Jalallah". Dia suruh aku pakai buat pakaian. Den pun bagi salam dan balik.

Lepas tu, as usual la, aku continue dengan zikir nafi isbat tu malam2 lepas Isyak. Sampai la pada 1 malam tu, aku dapat satu pengalaman lagi. Kali ni dalam aku berzikir tu, tak tau la aku tengah hayal ke apa ke, tiba2 aku dah berada kat Mekah. Siap dengan pakaian ihram lagi tu. Macam real je. Yang pelik nya masa tu aku tercari2 sesuatu. Aku pun tak tau apa yang aku cari. Dalam aku berjalan2 tu, aku terjumpa satu orang ni. Nampak je dia, aku terus pergi kat dia. Rasa2 macam aku kenal dia ni. Cuma masa tu, aku tak pasti siapa dia. Aku pun terus tanya dia. "Saya tau abang ada benda nak bagi kat saya, apa bendanya bang?". Dia relax je senyum2. Cukup 3 kali aku tanya dia macam tu, baru la dia hulur tangan dia bersalam dengan aku.

Dia suruh aku baca ikut dia. Korang ingat apa yang dia ajar aku baca? Rupa2nya senang je. Dia baca Dua Kalimah Syahadah. Aku pun ikut je. Siap je aku baca Kalimah Syahadah tu, aku pun tersedar. Rasa2 macam mimpi. Tapi aku tak mimpi. Aku masih lagi bersila kat atas sejadah. Masih sedar. Subhanallah! Maha Suci Allah! Aku pun termenung memikirkan apa benda yang aku baru lalui tadi. Orang tua tu tadi bagi aku Kalimah Syahadah. Padahal, bukan aku tak tau benda tu. Hari2 aku baca syahadah. Cumanya, dalam solat la. Rasa2nya, kalau tak bersolat, takde la aku baca Syahadah ni.

Itu je la ceritanya kat topik ni. Kenapa aku di ajar Kalimah Syahadah? Sedangkan sejak kecil lagi aku dah di ajar baca Syahadah ni. Rupa2nya, senang je. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Macam aku citer kat tajuk "Percaya Dulu". Kalau kita bersungguh2 mencari nak mengenal Dia, pasti dia akan bukakan jalan dengan hidayah Nya. Mulai hari tu, aku di Islam kan. Baru masuk Islam rupanya aku. Istilah Islam keturunan rupanya tak pakai atau tak laku bila kita nak lalui jalan ni.

Bukan la aku nak mengatakan orang yang tak lalui jalan ni belum Islam lagi. Bukan keje aku nak hukum2 orang itu ini. Aku pun entah sapa2. Takde degree, master atau Phd dalam ilmu2 Islam. Kalau nak mengajar kat Selangor, silap2 kena ambush dengan JAIS. Siap kena gari lagi. Hahaha. Jangan main2. Yang ajar ilmu Fekah dan Tauhid pun kena zass, ini kan pulak nak ajar ilmu Hakikat Insan. Dah sah2 kena cap sesat.

Ini cuma pendapat aku. Pada aku, kalau nak betul2 kenal Tuhan, masuk la Islam balik. Start from scratch, orang Jawa kata la. Kalau ada sapa2 yang mengikuti jalan2 Tarikat, ada satu proses yang di namakan Bai'ah atau Talkin atau Ijazah. Itu cuma 3 terma yang aku pernah dengar. Mungkin ada term lain lagi. Proses ni adalah proses awal sebelum korang diterima jadi murid oleh guru2 tarikat. Rata2 dalam proses ni, korang akan berjabat tangan dengan guru atau murid tua dan kena lafaz apa? Tentunya, korang kena lafaz Kalimah Syahadah! Baru masuk Islam ler tu namanya.

So, kesimpulannya, masuk la Islam. Nak masuk Islam dengan sapa? Guru mana? Entah. Aku pun tak tau. Cuma ramai orang kata, cari lah Guru Mursyid. So, korang cari la sendiri. Kalau betul2 ikhlas, tentu jumpa. Kalau tak jumpa jugak, korang tanya la Tok Belagak. Jangan tanya aku. Aku rasa dia tau. Hehe. Sori Bro. Sebut nama kau lagi.