Wednesday, November 25, 2009

Santai2 Aja...

Buat pengetahuan semua yang telah membaca blog ini, mungkin ada yang tergerak di hati mempersoalkan kenapa aku menulis tanpa mengambil dalil2 aqli, naqli dan fakta2 dalam tulisan aku. Sebenarnya, di dalam tajuk2 yang aku tuliskan, ada aku sertakan link2 yang aku "bold" kan dan bergaris dengan warna merah. Begitu juga di bawah kanan blog ini, aku sertakan link2 yang aku kira amat baik sekali untuk pembaca mendapat pengetahuan mengenai ilmu2 Islam dimulai dengan Usul Feqah, Feqah, Tauhid dan akhirnya Tasauf. Di dunia maya ini, ada terdapat berbagai2 catatan dan tulisan yang baik2 yang dengan sendirinya mengemukakan semua dalil2 dan fakta2 yang berbentuk ilmiah. Jadi, adalah kurang bijak jika aku turut menulisnya kembali. Cuma bila perlu akan aku ambil dan sertakan ayat2 AlQuran yang di kira penting dari pemahaman aku buat memahami perjalanan mengenal diri dan seterusnya mengenal Tuhan.

Pertama2nya di link ku, aku sertakan webpage JAKIM iaitu AlQuran (buku pedoman hidup kita) yang kita boleh lihat dan baca ayat2 AlQuran versi Arabnya, beserta terjemahan Bahasa Melayu nya juga Inggeris. Webpage seperti Suluk misalnya, sarat dengan kupasan2 kitab2 Tasauf yang terkenal dan diperakui. Begitu juga webpage Jalan Sufi, penuh dengan nukilan2 ulamak Tasauf yang terkenal dan muktabar. Tak kurang juga blog Shahil, amat jelas sekali kupasannya mengenai Sifat 20 dan beberapa tajuk ilmu Tasauf untuk kita yang "zero" ini, memahaminya. Tak ketinggalan, blog Darul Saka, mengajar ilmu perubatan Islam yang berlandaskan amalan ayat2 suci AlQuran sekaligus di tajuk2 yang tertentu membincangkan tingkatan2 ilmu Tasauf di mana letak dan kegunaannya di dalam pengubatan Islam. Oleh itu, para2 pembaca sekalian, jangan ketinggalan untuk menelaah link2 yang aku sertakan di sini, untuk mendapat pengetahuan ilmu2 ini.

Aku katakan pengetahuan kerana dengan membaca semua article2, nukilan2, tulisan2 ini, kita cuma sekadar "TAHU" akan adanya ilmu tersebut. TAHU dengan ILMU ada lah 2 perkara yang berbeza. Setelah mendapat pengetahuan, pengetahuan itu harus dipraktikkan (practical). Apabila kita menjalani praktikal, kemudian baru kita mendapat ilmunya. Di dalam blog Darul Saka misalnya, banyak amalan2 D.I.Y. di anjurkan oleh penulisnya yang mana semuanya boleh di praktikkan. Setelah di praktikkan, pasti ada hasilnya. Sekiranya, masih belum berhasil seperti yang disebutkan, tentu ada kesilapan2 yang berlaku. Jadi, kita masih belum dapat ilmunya. Lalu kita ulangi lagi, sehingga akhirnya, membuahkan hasil. Nah! Ketika ini barulah kita boleh mengatakan kita sudah "BERILMU". Bukan lagi sekadar "TAHU"

Makanya kita biasa dengar orang menyebut "AMAL TANPA ILMU ITU SIA2" Begitu juga kata2 "ILMU TANPA AMAL ITU BATAL". Sekiranya kita meletakkan kata2 ini dalam konteks ilmu2 Islam tadi, kita biasa mendengar orang2 Tasauf menyebut "SYARIAT TANPA HAKIKAT ITU SIA2". Dan seterusnya, "HAKIKAT TANPA SYARIAT ITU BATAL". Semua ni bukan aku yang kata. Orang2 bijak pandai dulu2 dah kata benda ni. Isy isy isy! Pening aku baca. Hahaha. Betul ke apa yang aku tulis ni. Kalau tak betul, aku mintak sapa2 yang tau, betulkan OK.

Sebenarnya, apa yang aku nak kata ialah, kalau kita tak tau sesuatu perkara itu, kita cuba ambil tau. Macamana nak ambil tau, banyak cara.

1) Surf the web pages. Macam2 ada beb. Ko type aja perkataan apa yang korang nak tau, semua keluar. Budak2 sekarang ni beruntung dah ada internet ni. Masa aku dulu nak cari kitab2 punya la susah. Bila dah jumpa, tulisan jawi lama la pulak. Berpinar biji mata nak baca satu2 perkataan. Tu pun, nasib baik lagi bahasa melayu cuma tulisan je jawi. Kalau bahasa Arab, wassalam je la.

2) Ambik kursus atau masuk U untuk dapat degree ke, master ke or PHD. Yang ni kalau korang teringin nak jadi guru ke, ustad ke, penceramah ke. Laku beb. Boleh cari income. Tapi jangan lupa, register dulu dengan JAIS. Kalau tak, masalah nanti. Sekali ceramah masyuk RM50 ke 100 ke. Silap2 dapat masuk TV, lagi hebat. Naik rating tu! Dah tentu la masyuk pun lebih. Dan kalau dah masuk TV tu, tak lama dapat la title "Dato'". Amacam? Not bad kan.

3) Cari tok2 guru yang terkenal, syeikh2, ustaz2 dan yang sewaktu dengannya dan belajar lah dengan dia orang ni. Pendek kata, Guru Mursyid lah. Tapi biasanya, cara ni jangan harap la korang nak dapat peluang berceramah. Kalau ada pun kat kawan2 rapat je la. Takde can nak buat duit beb. Selalunya, cara ni, korang kenalah taat dan patuh dengan ajaran guru. Kalau korang jenis rebellious, pikir la ribu2 kali dulu. Ingat, banyak guru2 ni di beri kelebihan oleh Allah boleh scan perangai kita. Haha. Jangan nak chong la beb. Jangan sampai kena sumpah dek guru kemudian hari dah ler. Silap2 jadi batu beb. Seksa. Hehehe. Aku lawak je la.

4) Ikut macam aku, buat cara sendiri. Belasah je. Tapi hari2 jangan putus doa pada Tuhan, berikan lah aku hidayah Mu ya Allah, untuk mengenal Mu. BOSS, tolong lah hamba Mu yang jahil dan bodoh ini. Ada orang kata, kalau yang macam ni, belajar dengan setan. Lantak pi la apa depa nak kata. Kalau ada setan yang nak ajar pasal mengenal Allah, OK gak. Tapi, sendiri pikir la beb, tugas dia menyesatkan kita untuk mensyirikkan Allah. Caranya macam2. Boleh aja dia merupa sebagai tok syeikh siap pakai jubah dan serban lagi. Kalau ada sapa yang pernah baca riwayat hidup Syeikh Abdul Qadir AlJilani, tentu tau kalau Sultanul Wali ni pun setan cuba test try tengok. Satu hari dia datang pada Syeikh berupa tok syeikh berjubah dan berserban, lalu berkata "Oleh kerana keimanan mu yang terlalu tinggi kepada Allah, maka pada hari ini Allah telah mengecualikan kamu dari tuntutan syariat". Syeikh mendengar kata2 itu secara automatis berkata "Nyah lah kamu setan laknatullah". Hahaha. Wali besar pun dia test beb. So, amacam. Ada berani ambik risiko. Sapa la kita ni kalau nak dibandingkan dengan Sultanul Wali.

So, aku dah bagi dah cara2 korang nak ambik tau. Pilih la cara mana pun. Kalau nak ambik cara aku, sedia lah dengan iman yang tak berbelah bagi pada Allah. Makanya, di awal2 dongeng aku, aku pesan pegang Qul Hu Allah (Surah Al Ikhlas) tu kemas2. Malah kalau korang ambik cara berguru dengan Guru Mursyid pun, awas lah. Akan tiba harinya, kita akan di pisahkan dari guru kita, setelah habis edah kita dengan dia. Maksudnya, dah habis belajar. Takdak apa lagi dah dia nak ajar. Hang dah tau semua! So masa ni, automatik kita akan dipisahkan dari dia. Sendiri2 la beb. Masa sendiri ni la, macam2 setan anak beranak berduyun2 datang menge"test" kita.

Kebiasaannya, testnya mudah aje. Oleh kerana hangpa dah tau semua, dia orang ni test kat perasaan je. Dia bisikkan je, "Kau kan dah hebat. Tinggi dah ilmu. Apahal dia orang ni nak cerita2 benda syariat ni. Kau dah makrifat, dah kenal Tuhan. Sapa dia orang nak dibandingkan dengan kau. Takde class langsung". Hahaha. Maka timbol la cerita2, "Alah, tak sampai lagi tu. Tak usah dok cerita la. Pegi belajaq lagi". Ada faham? Kalau tak faham, aku tulis lagi. Test nya biasanya di sifat sombong, bongkak, ujub, takabbur, bangga diri dan apa2 je la yang sewaktu dengannya.

So apa yang nak aku katakan kat tajuk ni, relax je beb. Kata orang Indon, santai aja pak. Usah ribut2. Ikut rasmi padi, makin tunduk makin berisi. Biar aja deh. Allah yang kasi ilmu. Terserah Dia. Mau syariat kek, mau tarikat kek, mau hakikat kek atau makrifat kek, semua Dia yang punya. Luas ilmu Allah itu tak bertepi. Bukan aku yang punya, Dia yang Maha Empunya.

Renung2kan. Selamat beramal. Hehehe. (pakai tempo Prof Dr. Izi kat Hot FM).


No comments:

Post a Comment