Tuesday, January 14, 2014

SOLAT DAIM

Salam tahun baru 2014 buat semua. Pertamanya, ku panjatkan rasa syukur kepada Allah SWT, Zat Yang Maha Indah, atas limpah dan kurniaNya terus membenarkan aku menulis di tahun ini. Maaf buat semua pembaca yang mengikuti blog ini, kerana pada tahun 2013, aku langsung tidak berupaya menulis di blog ini.

Setelah membaca semua komen2 pembaca, sepanjang peninggalan blog ini selama setahun, aku rasa perlu untuk aku menjelaskan tentang Solat Daim ini. Ini kerana ianya amat berkaitan tentang hukum solat fardu itu sendiri.

Antara banyak soalan yang dikemukakan, soalan dari tuan Mohd fouzy ini amat merisaukan. Soalan nya aku “cut and paste” kan di bawah ini:-


SALAM TUAN,BOLEH TANYA SIKIT, ORG YANG DAH TAHU ILMU HAKIKAT, DIA KATA SEMBAHYANG MENYEMBAH DIRI SENDIRI, YANG WAJIB DI BUAT HANYA SOLAT DAIM,SOLAT HATI YANG BERKEKALAN, TOLONG SAYA JAWAB KAN,TOLONG LAH. on Solat @ Sembahyang @ Selawat (3)
Remove content | Delete | Spam

Astaghfirullah. Subhanallah. Begitulah satu soalan yang amat mengelirukan kerana telah terdapat jawapan di dalamnya, oleh orang2 yang tahu ilmu hakikat. Ini menurut  Mohd Fouzy. Kawan kita ni siap mintak tolong tu, dua kali pulak tu. 

Tidaklah aku ketahui, siapa orang yang berkata begitu, dari jenis perguruan mana dan sebagainya. Cukup lah sekadar kita ketahui, perkataan2 yang sebegini bukanlah asing kepada mereka2 yang membincangkan ilmu hakikat ini di kedai2 kopi atau di mana jua.

Bagi menjawab persoalan ini, mari kita perhatikan ayat2 AQ ini.


"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku."

Di dalam ayat di atas Allah SWT mengenalkan diriNya dan sekaligus menegaskan, tiada tuhan selain Dia. Seterusnya, Allah memerintahkan untuk manusia  menyembahNya dan bagaimana cara untuk menyembahNya iaitu dengan mendirikan solat. Aku rasa terjemahan ayat itu amat jelas dan tak susah untuk kita fahami.

Ayat ini juga adalah AYAT PERINTAH dari Allah SWT supaya kita hambaNya yang jenis manusia ini, mengerjakan solat.

Seterusnya, ayat2 ini:-

"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk."

Seterusnya, kalau kita perhatikan ketiga3 ayat dari Surah Al Baqarah dan juga Surah Toha di atas, kita dapati kata sembahyang itu didahului dengan kata “berdiri’ iaitu “mendirikan” atau “dirikanlah”. Ini menunjukkan bahawa pekerjaan solat itu terdapat di dalamnya perbuatan berdiri. Jelas dan nyata kan.

Jadi apabila terdapat kata berdiri, itu menunjukkan bahawa apabila kita solat untuk menyembah Allah SWT, kita perlu berdiri.

Nah, solat yang berdiri ini hanya terdapat di dalam solat fardhu yang lima (5) itu, atau pun solat2 sunat yang lain yang kita lakukan seperti tahajud, dhuha, hajat dan sebagainya seperti mana yang di ajarkan Rasulullah SAW melalui sunnahnya.

Sekarang mari kita lihat pula ayat2 yang dikatakan mengenai solat daim itu.


"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut)(19). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah (20). Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut (21). Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang (22). Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya (23)."

Nah. Sekarang aku nak soal, ada tak AYAT PERINTAH di dalam lima (5) ayat2 di atas ni; seperti apa yang terdapat dalam ayat 14, Surah Toha yang aku bagi mula2 tadi. Cuba korang fikirkan betul2. Ada tak?

Bagi mereka yang berfikiran waras, tentu jawapannya tak ada. Hindustan kata Nehi. Tamil kata Ilek. Cina kata Boliau.

Kelima2 ayat di atas hanya menerangkan tentang bagaimana, kita yang jenis manusia ini Allah jadikan semulajadi bersifat resah gelisah, bakhil dan kedekut. Dan Allah ajarkan bagaimana cara nak hilangkan sifat2 resah dan haji bakhil tu. Macam mana cara? Caranya, dengan mengerjakan solat. 

Dan seterusnya Allah sambung lagi. Solat yang macam mana? Jawapannya solat yang berkekalan. Apa itu solat yang kekal? Solat yang sering2 dibuat lah. Solat yang kita sering buat solat apa? Solat fardhu lah lima (5) waktu. Jadi kena lah buat selalu. Jangan copot sana, copot sini. Baru lah namanya solat yang berkekalan. Solat Daim.

Banyak toke2 dan taiko2 ilmu hakikat  suka mengambil ayat Solat Daim tu sendiri2. Sendiri2 ni maksud aku, mereka cuma ambil ayat 23, Surah Ma’arij tu je. Yang di dalam nya ada disebut “solatihim da’i’mun”. Dorang tak baca macam yang aku taruk kat atas ni lima (5) ayat berturutan.

Pada aku ayat tu tak berdiri dengan sendiri macam tu je. Sebabnya? Sebab bagi aku, Allah bagi masalah2 dalam tiga (3) ayat pertama tu. Kemudian Allah bagi solusi nya dalam dua (2) ayat terakhir tu. Tak begitu? Baru la masuk pada lojik akal. Baru lah ada makna. Kalau korang baca ayat 23 tu je, dan buat kesimpulan sendiri pakai ayat tu je, tentu la mula meraban kemana2.

Nanti ada pulak yang cakap, dulu penulis kata, solat daim tu adalah zikir qalbu “24jam sehari/7hari seminggu” seperti yang tertulis dalam topik  Solat @ Sembahyang @ Selawat (10). Sekarang cakap lain pulak. Nak kona baring ler tu. Hehehehe. J

Takde kona2 baring2 kat sini. Kalau korang baca balik topik tu, dari awal2 lagi aku cerita pasal kenapa kita kena solat. Solat tujuannya adalah “zikrullah” yang bahasa melayu nya bermaksud “ingat Allah”. Makin banyak kita ingat Allah, makin dekat lah kita dengan Allah.

Dan selain dari solat fardhu yang lima (5) waktu tu, Allah juga suruh kita ingat Allah semasa solat, selepas solat, semasa berdiri, duduk atau berbaring. Maksudnya setiap masa  “24jam sehari/7hari seminggu”. Sebab tu lah kita perlu ada “zikir qalbi” atau “zikir nafas”. Kalau tidak macam mana kita nak sentiasa ingat Allah sampaikan masa tidur pun boleh ingat Dia?

Ada orang kata “zikir qalbi” atau “zikir sir”, ni lain dari “zikir nafas”. Lantak korang lah nak panggil apa pun. Pada aku sama je. Yang penting korang buat. Argue banyak2 pun tak guna kalau tak buat.

Ada jugak yang kata ingat Allah tu bukan pakai sebut; samada sebut kuat2 atau sebut dalam hati. Cuma sekadar ingat je. Kalau sebut tu bukan ingat. Sebut dan ingat dua perbuatan yang berbeza. Ada gak lojiknya. Pada aku simple je. Kalau aku sebut, tentu mudah aku nak ingat. Sebab hukum akal ni, benda yang kita selalu sebut, tentu mudah kita nak ingat.

Masa aku study dulu, macam tu la cara aku menghafal. Dah aku tulis nota, aku baca balik nota tu. Kadang baca kuat2, kadang baca dalam hati. Lepas tu, taruk tepi nota tu, aku tuliskan balik apa yang aku ingat. Cun2 aku boleh ingat apa yang aku baca kat nota tu. Jadi pada aku, sebut dengan ingat ni bak kata omputeh, comes together. So it works for me. Dan dalam hal ingat Allah ni, ini pendapat aku.

Jadi, macam aku cakap tadi, sukati korang lah nak buat macam mana dan nak panggil apa. Tak begitu. Aku tak suruh ikut aku. Ini cara aku. Pengalaman aku. Ilmu Allah maha luas tak bertepi. Korang dapat lain cara, aku dapat lain cara. Hidayah dari Allah. Yang penting, apa pun yang kita dapat, wajib; mesti; harus, kita test balik dengan AQ. Kerana AQ juga adalah Al Furqan. Yang bermaksud PEMBEDA, antara yang Haq dengan Bathil. Kalau berlawanan dengan AQ, tolak jauh2.

Sebagai contoh, soalan yang aku sebut kat atas topik ni lah. Mamat tu sebut,

ORG YANG DAH TAHU ILMU HAKIKAT,DIA KATA SEMBAHYANG MENYEMBAH DIRI SENDIRI,YANG WAJIB DI BUAT HANYA SOLAT DAIM,SOLAT HATI YANG BERKEKALAN

Setelah korang baca, panjang lebar aku berceloteh kat atas ni, apa pendapat korang tentang statement kat atas ni? Benarkah, solat tu menyembah diri sendiri? Aku nak tanya, mana ayat AQ yang sebutkan macam ni?

Seterusnya kat statement tu lagi, sebab solat tu adalah menyembah diri sendiri, jadi; solat fardhu tu dah tak wajib. Yang wajib di buat hanya solat daim, iaitu solat hati yang berkekalan. Betul ke pendapat ni?

Pandai2 la korang fikir dan jawab sendiri. Kalau tak terjawab jugak, korang cari lah tok2 guru yang hebat2 kat luar tu, pegi tanya. Hahahaha J.

Sebenarnya dalam topik2 yang lepas, ada dua tiga kali aku sebutkan tentang geng2 yang berpendapat macam tu. Dan apa saranan aku bila korang jumpa orang2 yang macam ni? Aku suruh lari kuat2, jauh2 kan. Kenapa aku suruh korang lari jauh2? Sebab aku cakap, Nabi Muhammad SAW, sampai akhir hayatnya pun, baginda tetap mendirikan solat. 

Ini boleh dibaca dari riwayat2 hidup baginda. Tak pernah pun baginda Rasulullah mengajarkan sahabat2 zaman tu, supaya tinggalkan solat fardhu dan buat solat daim atau solat hati je.

Dan ilmu hakikat ni, ada ke masa zaman Nabi? Kalau ada, awat yang kalut sangat ni? Jawab lah sendiri. Ingat terror dan hebat sangat lah iya. Sampai nak lawan Nabi. Hahaha. Nabi pun solat sampai akhir hayat. Siapa kita2 ni nak bandingkan dengan Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah yang dah dijamin syurga? Sendiri mau ingat la beb. Bawak2 cermin diri tu balik.

Mana dia diri yang disembah tu? Ce citer ce citer. Kikikikiki. Aku sebut hahahaha, dengan kikikiki tu bukan apa. Tu iblis setan yang ketawa tu.

Tuhan suruh sembah Dia. Dia itu adalah Zat yang bernama Allah. Tu dah terang dan jelas!!! Yang korang nak sembah diri sendiri tu pasal apa? Cakap je la yang korang dah jadi tuhan, kan senang. Aku rasa la. Mungkin ada yang dah jadi tuhan. Sebab tu korang sembah diri sendiri. 

Ni yang nak gelak kuat2 ni. Hahahahaha. Panjang sikit gelaknya. Korang tengok dalam cermin, macam mana rupa tuhan? Macam muka korang ke? KahkahkahkahJ. Kalau korang dah jadi tuhan, aku nak mintak wang RM1 juta, boleh? Sekarang mintak, sekarang dapat, boleh? Qun faya qun.

Kenapa boleh jadi macam ni bro? Jangan macam tu bro. Kalau korang tak nak solat, cakap je la korang malas. Dosa tinggal solat takde la besar sangat. Tanggung sendiri2. Allah boleh ampunkan lagi. Jangan la cakap korang dah jadi tuhan pulak. Ni dah syirik bro. Allah tak ampunkan yang ni. Allah dah sebut dalam AQ yang ni. Bukan aku cakap. Menyatu dengan tuhan ke? 

Ada sapa nak bagi pandangan? Ustad2, Syeikh2, Habib2, Maulana2? Aku tak layak. Aku anak kampong, tiada apa2. Nyanyi sikit lagu Sabah. Takde kelulusan nak jawab. Astaghfirullah al azim. Bawak mengucap banyak2. Istighfar banyak2. Masuk Islam balik.

Meh aku citer kan sikit kenapa. Jom kita tengok ayat2 AQ lagi.

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya (36). Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (37).
(Az-Zukhruf 43:36 & 37)

Itulah kata Allah SWT, kepada mereka2 yang berpaling dari ajaranNya. Apakah ajaranNya? Itulah yang kita sebut ILMU SYARIAT. Solat, puasa, zakat, haji, sedekah, tolong anak yatim, orang miskin. Jangan berjudi, jangan minum arak, jangan berzina, jangan mengumpat, jangan fitnah eh banyak lagi lah. Pendek kata, semuanya lah "amal makruf nahi munkar". Bahasa melayu nya, buat yang disuruh, tinggalkan apa yang ditegah. Kan semua ni ajaran Allah. 

Jadi Allah sebut, siapa yang tinggalkan ajaranNya, Allah akan adakan syaitan bagi nya. Syaitan itu akan menghalang dia dari jalan yang benar. Yang paling bahaya tu, Allah kata, orang itu menyangka, dia dapat petunjuk dari Allah. Tapi sebenarnya, tipuan syaitan. Orang tu tak sedar langsung dia kena tipu. Kalau macam tu jawabnya, susah lah dia. Budak2 kutu cakap naya bro. Macam mana nak buat kalau Allah sendiri yang sesatkan dia? Bala besar tu bro.

Nauzubillahi min zaliq. Semoga Allah jauhkan kita dari perkara begini dan terus beri hidayah pada kita agar jangan termasuk dalam golongan yang macam ni. Insyaallah Amin.

Sebenarnya Allah dah bagi greenlight kat iblis dan syaitan awal2 lagi. Kita yang selalu terlupa benda ni.

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus (16). Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur" (17)
  
Perhatikan ayat2 ini. Iblis dah mintak permission awal2 lagi masa zaman Tok Adam kita. Dan Allah perkenankan. Iblis cakap, dia akan datang dari depan, belakang, kanan dan kiri kita. Kalau kita main chess ni, kita dah kena check. Tapi jangan risau. Belum check mate lagi! Kenapa aku kata belum check mate? Boleh jalan lagi.

Sebab ada lagi dua (2) tempat yang iblis lupa nak mintak dan dia tak datang dari situ. Dari mana? Itu lah dari atas dan bawah. Betul tak? Cuba korang baca balik ayat2 tu. Kalau ikut ilmu fizik, kita ada enam (6) sisi di sekeliling kita. Depan, belakang, kanan, kiri, atas dan bawah. Cukup enam (6). So, dari dua (2) sisi ni, iblis tak boleh datang kat kita iaitu atas dan bawah. Ada paham? J

Jadi apa kah maksud atas dan bawah ni? Kenapa iblis terlupa? Kenapa Allah sediakan dua sisi atas dan bawah ni, untuk kita melepaskan diri dari gangguan iblis?

Makanya itu lah sebab kenapa kita di perintahkan solat. Subhanallah. Allah Maha Mengetahui. Semuanya telah disusun begitu rapi dan complete. Jangan lah kita ragu2 lagi. Yakin lah dengan ilmu Allah. Itu lah Pengajaran Nya yang Allah sebut jangan kita berpaling darinya.

Bagaimana? Dengan solat itu, kita bergerak dari atas turun ke bawah, dan naik dari bawah ke atas lagi, berulang2. Tak betul ke? Siap menonggeng lagi dalam sujud. Subhanallah, Alhamdullah. Thank you Allah.

Dan akhirnya, dengan zikrullah, zikir qalbu atau nafas tadi, kita menyedut nafas dari Allah, ke atas dan ke bawah. Inhale and exhale. Cuba tarik nafas, ke mana rasanya? Tentu lah ke atas kan. Dan bila kita lepas nafas ke mana? Mesti ke bawah lah. Jangan tipu. Hehehehe. Yang ni ketawa aku. J 

Jadi, zahir dan batin kita complete/lengkap menjalani pergerakan atas dan bawah ini. 

Solat fardhu, buat lah hari2. Jangan tidak. Kalau tak nak buat atau nak buat sikit2 pun, its ok. Tanggung je la dosanya beb. Tapi, jangan jatuh hukum dah tak wajib solat. Ayat Allah dah jelas. Usah lah kita ubah2. 

Bab bernafas pun buat la jugak. Memang kena buat pun. Boleh ke tak bernafas barang seminit? Kalau kau kata boleh, ok, cuba pulak 5 ke 10 minit. Kalau boleh, wa tabek lu beb. Cuma bezanya, masukkan zikrullah dalam nafas tadi, dengan kesedaran. Tak susah mana pun. Latih hari2 tentu boleh.

Jadi, kepada tuan Mohd Fouzy, jawapan aku kepada soalan tuan di atas tadi, adalah; semua yang di atas ataupun orang banjar cakap all the above J. Tuan buat lah kesimpulan sendiri. Boleh kan? Rasa nya terang dan jelas aku story.

So, masih tak yakin lagi dengan ilmu Allah? Korang jawab lah sendiri2. Aku tak layak nak jawab. Siapa lah aku, tanpa DiriMu. Sendiri pakai, sendiri rasa. Pandai2 la korang.

Insyaallah, soalan2 lain yang aku rasa penting akan aku cuba jawab sekiranya aku mampu dan dapat menerangkan apa yang tak terang buat semua pembaca blog ini.

Akhir kata, rasanya masih belum lewat untuk aku ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul Muhammad SAW yang kita kasihi. Selawat lah banyak2, kerana Allah SWT turut berselawat ke atas baginda.

Wassalamu aj’main amin.


73 comments:

  1. Salam,
    Dlm blog tuan ada mention nama Tok Belagak sbg rujukan. Dlm pandangan sy, beliau amal ilmu yg salah. Pada awalnya shj, sy ingat ilmunya dr aliran putih. Sy ingin tanya, apa pendapat tuan tentang beliau?Adakah beliau layak dijadikan tmpt rujuk atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam alaik buat tuan shafri,

      tentang tok belagak, tidak dapat saya memberi pendapat akan ilmu yang diamalkannya, kerana saya tidak mendalami ilmu perubatan. saya juga tidak mempunyai kebolehan untuk memandang dari jauh (scan) seperti mereka2 yang mendalami ilmu2 tersebut. layak atau tidak beliau untuk tuan merujuk, terpulang lah kepada ilmu pengetahuan yg tuan pelajari. maaf dari saya.

      Delete
  2. Thanks bang bedul..sngt jelas info abg..soalan sy,walaupun 'pengakuan' 'senyap didlm' msih perlukah gerakkan dibibir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cik/puan yati,

      segala puji hanya bagi Allah SWT, jika diberi kefahaman yg sangat jelas. tentang ""pengakuan", sekiranya pengakuan itu didengar oleh yg diperakukan walaupun tanpa kalam, selesai lah sudah kerjanya. cik/puan tentu faham akan maksud saya.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. maaf bang bedul.. post abg pd disember 2012 mengenai amalan zikir yg kita sebut tiba-tiba bertukar pd zikir yg lain tu abg belum sambung lgi..sy pun nak tahu mengenainya tu

      Delete
  3. Terima kaseh yang tak terhingga kpd tuan bedul kerana telah memberi penerangan yang tak terhingga baik nya,penerangan yang jelas,terima kaseh banyak2 semoga tuan di beri allah akal yang berterusan untuk menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam alaik jua buat tuan fouzy,

      marilah kita berikan segala puji2an kepada Allah SWT yg Maha Indah, insyaallah.

      Delete
  4. Replies
    1. salam tuan muhammad,

      saya dilahirkan di kg baru, kuala lumpur, dibesarkan di ampang jaya dan sekarang menetap di cheras, kuala lumpur.

      Delete
  5. hebat juga penerangan dari tuan.apa yang nyata ayat2 mutashabihat tidak diperhatikan dengan teliti.disitu ada penjelasan yang tak terungkai tanpa penjelasan dari ayat2 lain .contoh SOLAT adalah skop yang besar.bukan sekadar 5 waktu tetapi hubungan yang tiada batasan sebagaimana saudara mengatakan ilmu ALLAH tiada sempadan.pemikiran yang sempit akan mengubah maksud ayat sebenar

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jua buat tuan blackman,

      tiada yg hebat selain dari Allah SWT yang Maha Hebat. benar jua kata2 tuan tentang ayat mutasyabiha. mungkin dapat tuan kongsikan dengan saya juga pembaca2 blog ini, tentang apa yg tuan maksudkan dengan skop yg besar mengenai solat itu. semuga dapat saya berkongsi dan belajar ilmu yang tuan dapat dari Allah SWT itu. insyaallah.

      Delete
  6. Tuan bedul nak tye sikit salah satu ayat diatas iblis ada kata allah yg menyesatkan dia jd boleh tuan hamba terangkan dgn lebih terperinci ayat itu. Kalau tuan bijak pandai tuan mesti tahu kenapa iblis berkata begitu. Sy ada byk soalan nak tye tp sy akan tye satu2. Maaf kalau sy buat anda terasa.cuma ingin jawapan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jua buat tuan dark clown,

      kalau dah mendalami ilmu rasa, pasti lah terasa di geletek oleh soalan tuan itu..hehe. jarang sekali, orang menangkap kefahaman bahawa iblis itu disesatkan oleh Allah SWT. biasanya iblis disifatkan sebagai sombong bongkak. tuan salah seorang yg berfikir di luar kotak. tahniah. dan saya pasti, soalan2 tuan yg akan datang, akan lebih merangsang minda.

      Yang Maha Bijaksana itu Dia. saya tak tau apa2. bagaimanapun, sesuai dengan ayat Hawqalah "Laa Haula walaa Quwwata illaa Billaah" yg maksudnya kurang lebih "Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah", begitulah rintihan iblis.

      Allah Ahad. Runtuh lah Tauhid jika ada yg lain. semuga kita semua terus dirahmati Allah SWT.

      Delete
    2. Bukankah ada ayat dlm quran ttg hak mutlak yg mengatakan, Allah, Dialah yg menyesatkan dan Dialah jua yg memberi petunjuk...
      Jadi apalah salahnya kita jika kita terpesong dari aliran sbenar?
      Jika ayat begini, siapa yg harus dipersalahkan atau tiada yg bersalah.......
      Maaf...tolong jelaskan pada yg sdg keliru ini...t.k tuan bedul.

      Delete
  7. maaf ye sy ulang balik soalan sy kenapa iblis itu kata allah itu menyesatkan dia. jawapan awak beri ni kalau di baca oleh org mcm sy yg buta agama ni tidak akan faham.. tolong bagi jawapan yg mudah difahami. andai kata soalan ini ditye oleh org cina adakah serupa ini jawapan yg diberi. sy nak akan jawapan yg nyata dr tuan mengenai soalan sy.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh abg bedol. Sesungguhnya solat daim ini dilaksanakan setiap masa tanda kita mengingati Allah sentiasa tetapi jangan pandai-pandai kata perintah allah swt itu diketepikan malah wajib kita laksanakan dengan lebih tekun dan bertambah tanda bersyukur dita dilahirkan dalam agamanya yang benar. Jangan meletak hukum sendiri tanpa ada dalil yang menyokong perbuatan kita itu. Apa yang diperkatakan oleh abg bedol sama seperti yang diajarkan kepada saya sebagai hamba Allah SWT. Ingat matlamat kita adalah Allah SWT dan terpelihara orang yang bertakwa kepadanya daripada hasutan dan bisikan syaitan walaupun syaitan akan cuba sedaya upaya menghasut kita. kenapa dan siapa melindungnya??? Jawapannya ALLAH SWT.... Tuhan Seluruh Alam bukan kita nie sebagai hambanya. Ingat ALLAH SWT Tiada yang sama dengan yang baharu... Manusia adalah ciptaannya yang baharu, manakan sama dengan penciptanya. Alampn baharu manakan sama dengan penciptanya. Fikir-fikirkan bersama...

    ReplyDelete
  9. Tok guru kata selagi ada sembah menyembah..maknanya ada 2 ujud. Bila ada 2 ujud maka syirik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak tanya tok guru sendiri.

      Delete
    2. Dimana syiriknya, kerana Allah zat yang wajib wujud sedangkan yang menyembah zat yang DI wujudkan. Nampak tak beza antara dua itu..... Pada kalimah DI

      Delete
  10. Rujuklah pd Arifbillah. Syariat hakikat jngn pisahkan maka Terjawablah kelirauan anda.

    ReplyDelete
  11. Salam semua...to seri dewi malam...maksud tok guru ekau tu ttg solat sembahyang shariat 5 waktu vs solat daim ?...bermakna dlm ilmu tareqat...ilmu mengenal diri...dah kenal nur muhammad dlm diri...kenal qarin dlm diri...kenal Allah ????hujung2nya dtg paham dan tak perlu lagi kpd sembahyang solat shariat....ok...bermakna tok guru ekau lg tinggi pangkat ehh dari RasulAllah...kaji laa ttg peristiwa israk dan Mikraj sampai keluarnya perintah solat 5 waktu tuu...kaji laa perbuatan RasulAllah smpi bengkak kaki dirikan Solat dgn 13 rukun tuu...hebat ker bangang geng2 Tareqat ni smpi tinggalkan solat syariat..buat solat daim jer sampai mati ????
    Sepatutnya dah kenal diri...solat syariat 5 waktu tu dah mampu mencapai tahap hidupnya Taqwa All life Time warranty....utk guide dari terbuat dosa...apa yg dinamakan Islam...Iman dan Taqwa...kenapa bila dah Islam,Iman.Mengenal diri dan Taqwa di sudahi dgn Daim...tolak solat 5 waktu...apa benda ni....???Macam tuu kaabah..masjid...surau...kita kasi bako jerr....dah takde function dlm Islam..sebab semua umat main solat daim jer...kihkihpukih...

    ReplyDelete
  12. Salam tuan bedol..
    Xnak update lg ke?

    ReplyDelete
  13. Kehkehkehkeh
    Tn bedul sy hargai penulisan anda.
    Solatul daim jika tak faham...maka rugilah.
    Saidina ali pernah berkata..selagi mana aku tak kenal akan tuhanku aku tak akan sembah .betul ker hadis ni atau tidak.

    KEnal diri rata2...insyallah.
    Yg melihat sapa...
    Yg menulis sapa...
    Yg membaca sapa...

    SOlat awamnya pd perukunan..jika berhujah dgn atheist depa mampu kupas setiap isi intipati al quran dan solat ni.

    MAaf.. sy tertarik juga penulisan kamu..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Solusinya senang je kawan. Saidina Ali sahabat yang empat paling akrab dengan Rosulullah.
      Gurunya siapa? Rosulullah. Dia menuruti sunnah lagi jelas menyaksikannya sendiri perbuatan Rasulullah. Apakah cara Saidina Ali beribadah berlainan dari Rasulullah? Apakah Saidina Ali sudah tidak payah solat lagi seperti Rosulullah? Saudara fikirkan dan bacalah sirah Nabi dan kisah Daidina Ali.
      Saya tidak pandai cuma sekadar berpegang kepada AlQuran dan sunnah Nabi.Sesiapa yang berpegang kepada keduanya ini tidak akan tersesat. Itu janji Allah.

      Delete
  14. Ibarat jalan raye..xde traffic light..pasti kurang lancar perjalanan anda untuk sampai ke destinasi..

    ReplyDelete
  15. Ibarat jalan raye..xde traffic light..pasti kurang lancar perjalanan anda untuk sampai ke destinasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab guna jalan raya,itulah aturannya.Kalau naik kapal terbang perlu ke semua tu?Destinasi semua manusia sama,tapi kenderaan dan jalan macam2.Hanya sebab jalan tak sama,kita jangan ingat orang lain tak dapat sampai ke destinasi,silap2 lagi laju dia sampai.Sesuai dengan peristiwa Nabi Musa dan Nabi Harun.Sebagaimana hidayah milik Allah,begitu juga ilmu.Allah boleh bagi rahsia dan ilmu dia pada sape saja.Ilmu berguru dgn yg ghaib kau tafsir pakai akal mana boleh.Sama macam AlQuran.Kalau tafsir atas muka surat Quran tu je maka tu je lah yg kau dapat.Allah yg Maha Mengetahui

      Delete
  16. Ilmu Syariat, Ilmu Tarikat,Ilmu Hakikat,Ilmu Makrifat itu semua betul kalu ngam dengan caranya dan pemahamannya..Allah ciptakan manusia( contohlah begini sipolan cipta telefon itu hak rekacipta dialah takble orang tiru kalu orang tiru dia marah dan sipolan pun saman lah yang meniru hakciptanya)itulah konsep ILMU-ILMU DIATAS..Kita kepunyaan Allah Hak Allah ( contohnya lagi la yer...Cipta Rangkaian Lah..Pemilik Rangkaian Allah Diciptanya Produk Manusia ( telefon )HARDWARENYA @ Panduannya ( ILMU-ILMU DIATAS/RUKUN IMAN/RUKUN ISLAM/AL-QURAN/HADIS DAN SUNNAH RASULLULLAH )( SOFTWARENYA @ Kegunaannya( ada hardware baru baru install software jadi pemilik mahu berfungsi seperti dikehendaki oleh pemilik rangkaian tersebut. fungsinya Ingat ALLAH Taat Pada ALLAH dengan mengerjakan yang diperintahkannya dan meninggalkan yang dilarangnya ) ngamka
    wassalam

    ReplyDelete
  17. Ada orang boleh cerita hakikat dalam² seolah² macam dah makrifat walaupun sebenarnya duduk ketat² dalam syariat. Baca jer la

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. Tapi kita wajib sembah Allah.

      Delete


    2. Hadist Qudsi:

      Sembahlah AKU

      Jangan kau sembah Dzat-Ku

      Jangan kau sembah Sifat-Ku

      Jangan kau sembah Asma-Ku(Nama2 Ku)

      Jangan kau sembah afal-Ku

      TAPI SEMBAHLAH AKU

      Pada hakikatnya

      Jika pangetahuan seseorang hanya sampai pada Afal Allah,
      sampailah ia hanya pada Perbuatan-perbuatan Allah sahaja.

      Jika pengetahuan seseorang hanya sampai pada asma Allah,
      Maka sampailah ia hanya pada nama-nama Allah sahaja.

      Jika pengetahuan seseorang sampai hanya pada sifat Allah,
      Sampailah ia hanya pada Sifat-sifat Allah Sahaja.

      Jika pengetahuan seseorang hanya sampai pada Dzat Allah,
      Sampailah ia hanya pada Dzat Allah sahaja.

      Jika pengetahuan sampai kepada Empunya Diri(Allah)
      Maka sampailah ia pada Empunya Diri(Dia Allah)

      Dzat Allah=Nur Ilahi=Cahaya Tuhan
      #Cahaya Tuhan adalah bukan Tuhan
      Tuhan bukan berupa cahaya.

      Dzat Allah=ruh pada manusia
      Allah bukan berupa ruh.
      Pada manusia itu terdapat Dzat Allah,tapi manusia bukan Allah.


      Delete
  19. Saya sangat setuju dengan saudara bedul katakan itu. Ilmu Tauhid, fiqh dan tasauf tiga serangkai. Yang pertama dan kedua mesti cukup asas namun terus ditingkatkan sebelum masuk ke Ilmu tasauf untuk pengamalan.Setakat nak baca sebagai kuliah tak mengapa tetapi ia berbeda dengan berenang di dalamnya. Bila berenang ,nasihat saudara bedul kena diberi perhatian agar tak tersesat jalan. Itu Tauhid payung segalanya.
    Macam macam yang dihidang di maya sekarang
    Silap langkah bawa padah
    Wallahu 'alam.

    ReplyDelete
  20. Fikirkan dan ambil i'tibar daripada sabda Rasulullah s.a.w. walaupun kita ini belum mengentahui cara(methodologi) solaltu-daim atau solat berkekalan yg di sekilas saja dibicarakan ini.Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya ada sebahagian ilmu yang di ibaratkan permata yang terpendam,tidak dapat mengentahuinya kecuali Ulama Billah. Apabila mereka mengungkapkan ilmu tersebut maka tidak seorang pun yang membantahnya kecuali orang orang yang tidak faham tentang Allah"(HR.Imam Tirmizi RA).

    Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum buat kalian serta seisi alam...
    Sesungguhnya Allah berfirman " akan Ku ampunkan segala dosa kecuali satu yakni Syirik kpd Aku.."

    Tuan2 dan puan2 sekalian.. Bab solat ni sbnarnya ada dua hal.. 1. Solat 2. Sembahyang.. ( sembah dan Yang)

    Solat adalah mengikut sunnah..
    Bagaimana nabi buat.? Cerita bermula sbelum israk mikraj lagi.. Yakni solat itu belum di rukun kan 13 perkara.. Ia masih di dlm tauhid turun temurun dr Nabi Adam A. S
    Ia terletak dlm rukun Iman yg mana mengikut cerita2 Nabi.. Rasullullah pernah solat katakan dia sedang solat ketika di panggil oleh sahabatnya dan Rasullullah x menjawab selama 3 kali panghilan.. Selepas itu baru Rasullullah menerangkan bahawa sebentar tadi dia sedang Solat.. Yg mana ketika itu Nabi di atas Unta..
    Byk lagi yg lain cerita nabi solat.. Ada satu peristiwa nabi melakukan sujud dgn lama..
    Ada yg ketika dia sedang berdiri dan berkiam..
    Maka inilah antara contoh2 solat nabi yg sebelum di rukun kan 13 perkara yakni sblum israk mikraj..
    Di sinilah wujudnya ape yg dikatakan solat Daim itu tadi..
    Yakni solat yg tidak ber hala ( arah ) kiblat. Dan di lakukan dlm keadaan aoe sekalipon.. Ini termasuk dlm sunnah baginda.

    Sahabat2 nabi lah yg merekodkan setiap tingkah laku baginda utk di rukun kan menjadi rukun 13 perkara.. Hingga kpd Imam2 besar spt Imam safie yg mencantik kan lagi solat fardu itu dgn bacaan2 yg di susun.

    Haruslah ingat.. Ape pon peringkat Ilmu.. Hakikat ke.. Tharikat ke.. Makrifat ke.. Tiada lain hanya utk meng Esa kan Allah..

    Berbalik kpd perihal sembah yang ( yang ape..? ) jgn lah kita sembahyang spt kefahaman agama budha dan sbgai nya. Yakni menyembah dari aku ( diri) kpd Tuhan di luar sana.. Sama ada membayangkan Allah itu di kaabah ke.. Atas langit ke.. Atau kosong ke.. Maka itu lah salah nya dan boleh mendatangkan syirik.. Kerana kita melakukan perbuatan itu dgn sifat ke Akuan diri..
    Di sini menjadi kan Diri dan Allah.. Maka kita telah mendua kan Allah dgn diri sendiri.. Kalau budha dan sebagai nya.. Bukan lagi menduakan Allah.. Tapi dh men Tiga kan Allah.. ( diri.. Patong.. TUHAN )

    Tak pe lah.. Kalau nk teruskan bab ni sangat panjang cerita nya..

    Kesimpulan nya.. Antara solat Daim dan solat fardu itu adalah sunnah baginda..
    Cuma kesan nya berbeza kerana solat daim itu dlm rukun Iman dan solat fardu itu dlm rukun Islam..
    Iman - ghaib, rohani, batin
    Islam - nyata, jasmani, zahir

    Dlm pengkhususan ilmu tasawuf tidak ada mengatakan tinggal lah solat fardu.. Ini kerana Ilmu tasawur yg sbnar tidak akan lari dr Esa Allah, Sunnah dan AlQuran

    Andai di akhir zaman nanti dgn ujian dr Dajjal.. Maka solat yg berkekalan ( daim ) akan menjitukan Iman.. Manakala andai amal yg baik dr tetapnya solat fardu itu tanpa kekuatan Iman maka akan lucut lah segala perhiasan diri.
    Kerana Allah berfirman " sembahyang kamu itu bukan utk Aku.. Tetapi hanya utk diri mu"

    Hamba cuba pendekkan moga tetap jelas pencerahan ini.. Selebih nya kalian cari lah sendiri.

    Akhir kata solat fardu ini tiada lain hanya utk menjadi perisai dan semoga kita sentiasa dlm akhlak yg baik demi menjaga ke utuhan Iman di dalam jiwa..

    " aku lebih menghargai org yg beradab ( akhlak) dari org yg berilmu.. Kerana jika hanya berilmu.. Iblis lebih tinggi ilmu nya dari manusia" Syekh Abdul Qadir Jailani.

    In Shaa Allah.. Segala gerak hanya dr Nya
    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saya dapatkan email saudara saya nk tnya secara private

      Delete
    2. Saya paham apa yang saudara nyatakan cuma mahu penjelesan yang lebih sedikit harap saudara dapat membantu saya dalam perjalanan saya ini

      Delete
    3. 1.solat 5 waktu adalah ritual, tapi harus mengetahui makna asas dan simbolik adab perlakuannya..
      2.solat daim adalah actual/praktik, berasaskan simbolik tadi dilaksanakan kesempurnaanya didalam semua aktiviti2 untuk kehidupan hari2 kita, untuk mencapai hak sebenar, hakkulminallah dan hakkulminanas,,, berpandukan quran teori dan sunnah praktis... wallahualam

      Delete
    4. Sangat setuju...Allahu Akhbar

      Delete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Doakan kita sendiri dan org yg merasa benar spy mendapatkan hidayah dr Allah swt.... Amien yra

    ReplyDelete
  24. SALAM SHBT...
    BERMULA SOLAT DGN NIAT
    AKHIRI SOLAT DGN SALAM
    BERMULA SOLAT DGN MEMBACA
    AKHIRI SOLAT DGN MEMAHAMI
    BERMULA SOLAT DGN TARIKAT (PENGALAMAN)
    AKHIRI SOLAT DGN HAKIKAT (ZAUK)
    BERMULA SOLAT DGN SAHABAT NABI
    AKHIRI SOLAT DGN NABI
    BERMULA SYAHADAH DGN NABI...
    TIADA TUHAN SELAIN AKU
    AKHIRI SYAHADAH DGN KATA NABI...
    AKU PESURUH ALLAH.

    TIADA BERCERAI NIAT DAN SALAM
    TIADA BERCERAI AWAL DAN AKHIR
    TIADA BERCERAI ZAT DAN SIFAT
    PUTUSNYA MAKRIFAT MENGIKUT ILMU,AMAL,HAKIKAT TUHANMU SEKADAR YG ENGKAU TAHU DAN 4 PERKARA INILAH YG AKU ADILI.

    ReplyDelete
  25. Mcm mne nk ckp ye..klw solat tp x khusyuk atau lalai, tuhan ckp neraka wail iaitu neraka paling dlm.. Mean org kafir pun x dduk kt neraka tu beb.. Then alquran ckp "jika kamu takut, boleh la kamu solat sambil berjalan dan berkenderaan" kira mcm tula.. Ilmu makrifat ni klw x blajar depa suka kutuk2 ja.. Tp dlm ilmu tu mmg sangat2 detail dari alquran beb.. Tok kenali dan para2 wali yg ade karomah pun ikut ilmu ni kot.. 🤷🏻‍♂️

    ReplyDelete
  26. Berilmu dengan ilmu mengenal Allah. Carilah guru arifinbillah yang mengajar ilmu ketuhanan. Awaludin Makrifatullah barulah hidup tenang dan tiada ketakutan dan keraguan.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum wbt..

    Yg dikatakn solat itu mnyembah diri, bermakna seseorg x rasa mnyembah Allah ketika solat, yg membezakan solat mnyembah diri & solat mnyembah Allah ialah hati..

    Dr segi fizikal kelihatan sama ketika solat, tapi yg berbeza ialah hati, sama ada mngenal Allah atau tidak..

    Ilmu makrifat n hakikat ialah 1 cabang ilmu utk kita melihat, menghakimi, menilai diri sendiri.. Tapi ramai yg belajar ilmu ini utk menilai org lain, lagi teruk ada yg menilai org yg mereka tak kenal pun..

    Bila kita guna ilmu ini utk menilai org lain, maka kita berada di jalan yg salah.. Hanya ilmu feqah bleh menentukan ibadat org lain sah @ batal. Tapi ilmu makrifat n hakikat jgn sesekali guna utk nilai org lain berdosa @ berpahala....

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum wbt..

    Yg dikatakn solat itu mnyembah diri, bermakna seseorg x rasa mnyembah Allah ketika solat, yg membezakan solat mnyembah diri & solat mnyembah Allah ialah hati..

    Dr segi fizikal kelihatan sama ketika solat, tapi yg berbeza ialah hati, sama ada mngenal Allah atau tidak..

    Ilmu makrifat n hakikat ialah 1 cabang ilmu utk kita melihat, menghakimi, menilai diri sendiri.. Tapi ramai yg belajar ilmu ini utk menilai org lain, lagi teruk ada yg menilai org yg mereka tak kenal pun..

    Bila kita guna ilmu ini utk menilai org lain, maka kita berada di jalan yg salah.. Hanya ilmu feqah bleh menentukan ibadat org lain sah @ batal. Tapi ilmu makrifat n hakikat jgn sesekali guna utk nilai org lain berdosa @ berpahala....

    ReplyDelete
  29. Salam...mulailah dengan islam,iman,ehsan..selesaikan dulu rukun islam,rukun iman,baru masuk rukun ehsan..jangan langkau melangkau..insyaalah selamat.memegang hakikat tanpa melalui rukun islam iman tarekat punahlah,perlu ada bimbingan guru kerohanian yang murshid sehingga silsilahnya sampai pd rasul s.a.w,janganlah kita pegang hakikat syaiton yg menyesatkan, bermujahadahlah...

    ReplyDelete
  30. X ikut rasul camne nak bersatu ngan rasul x ikut tuhan camana nak bersatu ngan tuhan...ikutlah rasul ikutlah tuhan insyaallah kata2 kelakuan semuanya dari allah

    ReplyDelete
  31. As'salam tuan Admin.
    Terima kasih luangkan masa berikn kephman/ pndngn pnglman tntng solat syariat dan hati. Olih kerna rasulullah pun dah suruh kita menuntut ilmu dri yg dkt hinggalah yg jauh, dari tak tahu menjadi tahu, dari tak phm sampai phm,dari tak ingat sampai ingat,dari salah sampai jdi benar,dari keliru sampai tak keliru dan dri kecik smpai akhir hayat pun msihjuga dlm.proses belajar, maka Allah itu pula maha pengampun ,pengasih penyayang.maka apax yg salah klu kita mintak ampun Allah ampunkn andai kita tak sengajakn dan.bkn sebaliknya.Apa yg nk kusampaikan ini sikit je, stlh lalui setiap proses setiap peringkat itu kita tlh pun menjadi semakin tahu dan.phm terutama tntng solat syariat dan solat hati,sujud dan taat akn segala perintahnya.klu tk.taat /ingkar pun sdh jelas dpt kita kthui maka terpulanglah kpd kita nak laksanaknya.sbb itu Allah sediakn adanya syurga dan neraka.
    Wallahualam..

    ReplyDelete
  32. SaLaM Ya habibullah...
    https://www.facebook.com/groups/987375718027062/permalink/1950698538361437/?app=fbl...
    Astarafirullah Subahanallah MasYa allaH tabarakallahu taAla

    ReplyDelete
  33. Assalam. Tahniah atas perkongsian yang baik. Benar ada zikir ala dawam atau atau zikir nafas atau zaikir tersembunyi/zikur rahsia atau zikir sir.

    Dalilnya Qs 7:205 .
    Allah SWT berfirman:

    وَاذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْأَاصَالِ وَلَا تَكُنْ مِّنَ الْغٰفِلِينَ
    "Dan sebutlah serta ingatlah akan Robbmu dalam Dirimu(lisan,hati,akal,nafas,roh dan sirrmu), dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai."
    (QS. Al-A'raf 7: Ayat 205)

    * Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com

    ReplyDelete
  34. Assalam. Tahniah atas perkongsian yang baik. Benar ada zikir ala dawam atau atau zikir nafas atau zaikir tersembunyi/zikur rahsia atau zikir sir.

    Dalilnya Qs 7:205 .
    Allah SWT berfirman:

    وَاذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْأَاصَالِ وَلَا تَكُنْ مِّنَ الْغٰفِلِينَ
    "Dan sebutlah serta ingatlah akan Robbmu dalam Dirimu(lisan,hati,akal,nafas,roh dan sirrmu), dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai."
    (QS. Al-A'raf 7: Ayat 205)

    * Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com

    ReplyDelete
  35. Assalam. Tahniah atas perkongsian yang baik. Benar ada zikir ala dawam atau atau zikir nafas atau zaikir tersembunyi/zikur rahsia atau zikir sir.

    Dalilnya Qs 7:205 .
    Allah SWT berfirman:

    وَاذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْأَاصَالِ وَلَا تَكُنْ مِّنَ الْغٰفِلِينَ
    "Dan sebutlah serta ingatlah akan Robbmu dalam Dirimu(lisan,hati,akal,nafas,roh dan sirrmu), dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai."
    (QS. Al-A'raf 7: Ayat 205)

    * Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com

    ReplyDelete
  36. Assalam. Tahniah atas perkongsian yang baik. Benar ada zikir ala dawam atau atau zikir nafas atau zaikir tersembunyi/zikur rahsia atau zikir sir.

    Dalilnya Qs 7:205 .
    Allah SWT berfirman:

    وَاذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْأَاصَالِ وَلَا تَكُنْ مِّنَ الْغٰفِلِينَ
    "Dan sebutlah serta ingatlah akan Robbmu dalam Dirimu(lisan,hati,akal,nafas,roh dan sirrmu), dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai."
    (QS. Al-A'raf 7: Ayat 205)

    * Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com

    ReplyDelete
  37. Wahai kekasih KU..

    Jika engkau datang kepada KU dengan AMAL, maka engkau akan AKU timbang akan segala amalan yang baik dan buruk itu..

    Jika engkau datang kepada KU dengan ILMU, maka engkau akan AKU pertanggungjawabkan atas ilmu yang engkau miliki itu...

    Jika engkau datang kepada KU dengan MA'RIFAT, maka engkau akan AKU hujahi sebatas mana kau mengenal AKU...

    Namun, jika engkau datang kepada KU dengan AKU, maka itu urusan KU...

    ReplyDelete
  38. "Nah, solat yang berdiri ini hanya terdapat di dalam solat fardhu yang lima (5) itu, atau pun solat2 sunat yang lain yang kita lakukan seperti tahajud, dhuha, hajat dan sebagainya seperti mana yang di ajarkan Rasulullah SAW melalui sunnahnya". Rujuk surah toha ayat 14. Dan umum semua kita tahu dan paham surah toha ayat 9-99 adalah perihal kisah zaman nabi musa dan firaun iaitu zaman sebelum kelahiran Rasulullah SAW yg telah memperkenal kan solat fardhu 5 waktu kepada kita. Soalannya "BAGAIMANA MUSA DIRIKAN SOLAT" sedangkan belum wujudnya solat fardhu. Walaupun kita paham lain2 akan tetapi al Quran tidak berubah dan tetap sama. Salah kan kita berlainan kefahaman akan tetapi yg bagi kita faham adalah Allah SWT jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita umat nabi Muhammad jadi solat ikut cara nabi Muhammad

      Delete
    2. solat Rasulullah ada pada syariat dan hakikat.. barulah sempurna.

      Delete
  39. camne plak solat 5 waktu dikatakan kekal.. sbb 5 waktu je.. berkekalan bermaksud tidak terputus.. yg dikatakan dirikan atau berdiri atau mendirikan itu adalah diri kamu yg berdiri ngan benar, amanah, bijaksana dan menyampaikan pada setiap detik tanpa batas ruang dan waktu kerana Allah semata-mata.. Hidup dan mati kerana Allah maknanya makan, minum, bekerja, beriadah dan sebagainya kekal di dalam dirinya yg menyerah semata2 kpd Allah. Tiada daya upaya melainkan Dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat.. Tidak ada yg lebih tinggi melainkan berserah diri kepada yg Maha Esa

      Delete