Tuesday, December 8, 2009

Syahadah

Alhamdulillah, dah ada lebih 100 orang yang melawat blog aku ni. Baca tak baca tu belakang kira ler. Tapi rasanya kalau dah lawat tu, tentu korang baca kan. Sama2 lah kita cari pengetahuan dan ilmu, InsyaAllah. Yang dah otai tu, boleh buat perbandingan. Kita update pengetahuan kita. Ilmu Allah tak semua kita dapat. Kita share ler sama2. Kalau ada cakap2 aku yang tak betul, mohon dibetulkan. Sila lah komen kat blog aku ni. Jangan segan2. Mudah2an Tuhan jadikan kita orang yang beriman kepada Nya.

Aku sedekahkan bacaan Fatihah buat guru pembimbing ku yang dah bertukar alam. Lama aku tak jumpa dia. Bila teringin nak jumpa, ada je halnya. Bila aku dah bertekad benar2 nak pegi rumah dia, tak jumpa jalan ler pulak. Pelik bin ajaib. Padahal dah berpuluh kali ke situ. Makanya, jangan heran bila mengalami perkara2 macam ni. Last sekali, ada kawan aku ni, confirmkan, rupa2nya dia dah bertukar alam. Kembali ke rahmat Allah. Dengan rahmat Nya kita datang ke dunia ini, dengan rahmat Nya juga kita pulang ke sisi Nya. Berbahagia lah abang di sisi Allah.

Syurga Neraka tu hak Allah. Tak usah la kita pertikaikan. Aku perlu sebut, masuknya kita ke Syurga nanti, adalah semata2 di atas hidayah dan rahmat Allah. Bukan sebab kita kuat solat, kuat beribadah, kuat bersedekah, kuat berceramah dan sebagainya. Makanya, dalam lafaz niat segala ibadah kita, kalau korang perasan la, kita kena sebut "Lillahi Ta'ala". Artinya apa? Kerana Allah! Betol tak? Kalau dah semuanya kerana Allah, maknanya apa?

Maknanya kita "IKHLAS". Satu perkataan yang senang di sebut, tapi susah nak paham. Kenapa aku kata susah? Sebab kebanyakan dari kita, bak kata Zainal Abidin dalam lagunya "Ikhlas tapi jauh". Hehehe. Maksudnya tak ikhlas atau kurang ikhlas lah tu. Aku bagi contoh. Masa kecik2 aku di ajar, kalau kita solat sorang2 kat rumah, kita dapat 1 pahala. Tapi, kalau kita solat berjemaah tak kira la kat rumah ke, kat surau atau masjid, kita dapat 27 pahala. Banyak tu! Sapa tak nak! Imbuhan yang berganda. So untuk mengejar imbuhan yang berganda ini, maka kita pun, bila dengar azan je, bergegas untuk solat berjemaah. Ada yang belum azan dah siap beriktikaf di surau2 atau masjid.

Aku nak tanya. Waktu Zohor dan 'Asar, masa tu kita masih kat ofis kan? Ada tanggung jawab yang kita perlu buat kan? Kalau yang kerja sendiri tu, takde hal ler. Sukati korang la nak duduk berapa jam pun. Jadi, kita pun tinggalkan tanggung jawab kita, untuk mengejar solat jemaah. Kerana apa? Yang ni, korang jawab sendiri lah. Kalau aku yang jawab, korang kata, aku salah, bukan sebab itu. Makanya, di mana keikhlasan kita? Kenapa kita kejar pahala? Tentu la, kerana nak masuk Syurga. Nah. Ini lah masalahnya. Ini yang, budak2 kutu kata "Cakap tak serupa bikin". Kata "Lillahi Ta'ala". Tapi dok kejar pahala. Ada paham?

Bila aku cakap macam ni, tentu ada yang marah. Tentu aku ni anti solat berjemaah. Tak suka pegi surau atau masjid. Malah mungkin ada jugak yang kata aku anti-hadis. Memang pun. Hahaha. Aku tak anti semua tu lah. Tapi memang aku jarang pegi surau dan masjid untuk solat. Sebenarnya, aku bukan la nak menggalakkan orang supaya jangan solat jemaah, jangan solat kat surau atau masjid.

Aku cuma nak beri kefahaman. Apa yang kita maksudkan dengan Lillahi Ta'ala. Biar apa yang kita lafaz dan buat, selari. Kalau kita dah faham dan dapat keikhlasan yang hakiki, cewah2 bahasa, hehe, korang buat lah. Cuma jangan kita tinggal tanggung jawab kita dek kerana mengejar pahala. Maksud aku, kita suci murni kan niat kita. Semata2 kerana Allah. Ini lah yang di katakan, apa pun yang kita buat, akan di kira sebagai ibadah kita di sisi Allah. Waima membuang duri di tengah jalan sekali pun. Dah jauh aku melalut ni. Dah ler. Kena jugak aku tulis pasal IKHLAS ni dalam 1 tajuk lain. Sekarang aku nak citer bab Syahadah dulu.

Yang penting, di akhir2 kita di dunia ni nanti, kita kembali ke sisiNya. Nak ikut highway ke, ikut jalan lama yang bengkang-bengkok ke, terserah masing2. Pilihan kita. Allah dah bagi jalan. Nak tak nak, terserah. Dan sekali lagi, Terimakasih di atas salam yang abang sampaikan melalui kawan saya tu. InsyaAllah akan saya buat pesanan abang tu. Hik hik. Sebak la pulak rasanya.

Abang yang aku sebutkan tu lah yang selama ini membimbing aku di jalan ni. Dia lah orang yang aku jumpa di Mekah tu. Dia lah yang mengIslamkan aku dalam erti kata yang sebenarnya. Aku mengambil 2 kalimah syahadah darinya. Walaupun, waktu bertemu dia di Mekah tu, aku dalam keadaan "zauk" (kalau ikut lagu Scorpion tu, "In Trance" la kot, haha), tapi memang aku kenal dia. Sebab aku pernah jumpa dia sebelum tu kat Kg Medan, Jalan Kelang Lama. Dia ni kerja nya mengurut. Tukang urut lah. Masa aku mula2 kenal dia, aku ikut abang ipar aku berurut. Since, aku dah ikut, lepas siap abang ipar aku berurut, aku pun urut la sekali dengan dia.

Masa dia urut aku tu, takde timbol langsung cerita pasal jalan ni. Setakat borak2 kosong je. Cuma dia ada cakap dengan aku, "kau ni 1 hari nanti, tentu pasang 2 ni". Haha. Maksud dia tu kawin 1 lagi la. Aku sengih je dengar cakap dia tu. Apa tak nya. Bini aku dok pasang telinga kat luar bilik. Kang tak pasal2, jadi hal la pulak. Siap je dia urut aku, kita sambung borak lagi dengan yang lain2 kat luar. Tengah borak2 ni la, abang ni cakap kat bini aku " Laki kau ni nanti, kalau dia nak kawin satu lagi, kau jangan marah. Kau setuju je". Hahaha. Mampus aku. Masa tu bini aku senyum je la. On the way balik rumah, hmm, membebel je dia. Memang dia tak bagi lagi aku jumpa abang tu. Kalau nak urut badan, cari je tukang urut lain. Hehehe. So, memang aku tak pernah jumpa abang tu lepas tu, sampai la aku jumpa dia balik kat Mekah, dalam keadaan yang aku dah sebutkan tadi.

Sebelum aku sambung, elok korang baca maksud 2 Kalimah Syahadah ni. Aku bagi dua huraian kalimah ini. Huraian dari segi Syariah siap dengan syarat2 sah nya sekali (susah jugak nak masuk Islam rupanya) korang baca link ni http://tasekpauh.blogspot.com/2009/05/syarat-sah-dua-kalimah-syahadah.html

Lepas tu, untuk memahami apakah 2 Kalimah Syahadah ini dari segi Hakikat, korang baca lah huraian mantap kat link ni. http://www.angelfire.com/journal/suluk/kalimah1.htm

Kita minum dulu.

Alhamdulillah. Esok kita dah nak masuk tahun baru Hijrah 1431. Cepat betul masa berlalu. Sama2lah kita berdoa pada Allah agar sentisa memberi hidayah Nya buat kita untuk mengimani Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Muhammad SAW, juga jangan lupa untuk diri kita sendiri. Fatihah buat ahli keluarga, terutama kedua ibu bapa kita, guru2 yang telah membimbing kita, pendek kata semuanya lah. Kepada yang mungkin jarang atau tak pernah langsung terfikir nak menyambut tahun baru Hijrah ini, mari lah kita sama2 mulakan. Make it a point. Kalau selama ni kita teruja nak menyambut tahun baru Masihi, mari lah kita tukar kepada menyambut tahun baru Hijrah.

Ada kaedah yang di ajarkan untuk kita amalkan setiap menyambut akhir tahun dan awal tahun Hijrah ni. Aku sertakan linknya kat sini. http://matlamat.com/blog/2009/12/azam-tahun-baru-2010/. Buat lah. Jadikan amalan tahunan. InsyaAllah, dapat hidayah.

Sempena nak sambut tahun baru ni, aku berazam nak habiskan tajuk Syahadah ni. Dah seminggu lebih aku rehat minum. Haha. Maaf. Agak sebok dengan kerja. Satu lagi sebab ialah aku nak bagi masa kat korang, baca dan fahami maksud Syahadah tu, kat 2 link yang aku letakkan di atas. Harap korang dah baca lah. Ok aku sambung.

Ada pun Syahadah itu terdiri dari 2 kalimah. Kalimah Tauhid dan Kalimah Rasul. Pada syariatnya, Kalimah Tauhid adalah kita percaya bahawa tiada tuhan lain selain Allah. Cuma Allah saja satu2nya Tuhan yang ada. Ini la yang aku dok sebut2kan dalam tajuk "Percaya dulu" dan "Beriman". Pada kalimah Rasul pula, kita percaya Muhammad itu pesuruh Allah. Kata pesuruh di sini bermaksud untuk menyampaikan apa saja syariat yang Allah perintahkan kepadanya untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Pendek kata, tugas Muhammad bila dilantik menjadi Rasul. Makanya, Baginda dilengkapkan dengan sifat2 wajib bagi Rasul iaitu Sidiq, Amanah, Tabligh, Fatanah. Nak tau apa bendanya ni, korang semak balik kat tajuk "Percaya Dulu". Ada aku sebut kat situ. Ini lah makna syahadah untuk orang umum. Maksud orang umum ni, semua orang la.

Tetapi, pada hakikatnya pula, kepada yang mendalami jalan mengenal diri dan seterusnya mengenal Tuhan, maksudnya dah berbeza. Apa perbezaannya? Kalau tadi, tiada tuhan lain hanya Allah, maka pada hakikatnya maksudnya adalah tiada wujud lain, hanya Allah. Pening2. Macam mana tu? Habis kita ni apa? Tak wujud ke?

Memang kita ini hakikatnya tak wujud atau Wujud yang kosong. Atau Wujud Tiada. Makanya perlu kita berguru di sini. Untuk menjelaskan apa yang tak jelas. Kalau kita belajar sifat 20, wujud di situ bererti Wujud Hakiki atau biasa disebut sebagai "Wajibul Wujud" pada "Ghaibul Ghuyub".

Mari kita lihat apa yang terjadi kepada Nabi Musa sewaktu dia memohon pada Allah untuk melihat atau menunjukkan kewujudan Nya. Peristiwa itu jelas sekali untuk menggambarkan kewujudan Allah ini. Untuk memberi kefahaman kepada Nabi Musa, Allah perintahkan beliau untuk melihat gunung yang ada di hadapannya. Sebaik Nabi Musa melihat ke arah gunung itu, tidak semena-mena gunung itu meletup, hancur jadi abu dan Nabi Musa pengsan melihat kejadian itu. Begitu lah yang terjadi. Sekiranya Allah mengambil sifat WujudNYA di alam fana ini, maka hancur lebur lah segala Wujud yang Kosong ini dek kerana segala wujud makhluk adalah bergantung kepada Wujud Hakiki tadi. Makanya, sedar lah kita semua, bahawa wujud kita ini, kosong semata2.

Kalimah "La ila ha illa Allah" itu lah yang dinamakan Nafi dan Isbat. Di dalam "Laila ha" kita menafikan wujud yang lain yakni "wujud makhluk". Manakala, di dalam " illa Allah" kita mengisbatkan yang ada cuba "Wujud Hakiki". Makanya jika kita berzikir kalimah "La ila ha illa Allah" kita sebenarnya membaca zikir Nafi Isbat. Zikir ini lah aku amalkan dulu2 waktu mula2 aku nak masuk jalan ni.

Bagi Kalimah Rasul pula, pada hakikatnya, dia lah perantara di antara Wujud Hakiki dengan wujud makhluk tadi. Aku bagi yang mudah, biar korang senang faham. Wujud Hakiki itu Allah. Pengantaranya atau Rasulnya itu Muhammad. Dan Wujud Makhluk itu Adam. So, amacam. Boleh Faham? Kalau tak faham, aku teruskan lagi.

Allah yang Memerintah. Muhammad yang menyampaikan perintah. Adam yang menjalankan perintah. Tak faham lagi? Aku bagi lagi.

Allah tetap Allah. Tuhan yang Maha Esa.

Pernah dengar Muhammad Awal, Muhammad Akhir? Muhammad Zahir, Muhammad Batin? Tugas Muhammad ialah pesuruh. Pesuruh untuk apa? Untuk menyampaikan. Menyampaikan apa? Perintah dari Allah.

Adam itu apa? Yang Allah jadikan dari tanah. 7 jenis tanah yang di campurkan dan di bentuk menjadi tubuh badan manusia, yang dinamakan Adam. Dan Adam itu bahasa Arab yang bermaksud "tiada". Apa tugas Adam? Menjalankan perintah. Perintah siapa? Perintah Allah. Perintah Allah datang dari siapa? Dari pesuruh atau rasul. Siapa pesuruh? Muhammad!

Masih pening2 lalat? Tak usah pening2. Sebenarnya dah agak jelas aku terangkan ni. Kalau korang baca kitab atau bertanya dengan otai2 ilmu hakikat, takkan sejauh ni dia orang nak cerita. Tapi kalau korang masih pening jugak lagi, makanya cari lah guru. Guru yang dapat mengijazahkan Syahadah kepada korang. Yang boleh mengupas Syahadah sejelas2nya. Maknanya belum ada hidayah dari Allah nak bagi pemahaman.

Aku tak pandai. Aku tukang karut je. Setakat tu je aku boleh cerita. Merepek boleh la. Hahaha. Dan korang kena tau bahwa Syahadah ini lah yang kita wajib faham sefahamnya, kerana hidup dan mati kita bernaung di bawahnya. Kalau korang ada guru, tentu guru2 ni akan cakap, "pegang lah Syahadah ni kemas2. fahami sefaham2nya". Sebab dengan syahadah lah kita ni Islam. Masuk Islam. Jadi, masuk lah Islam dengan kefahaman yang jelas.

Dan jangan lupa, masa kita nak mati, atau nak balik nanti, atau nak bertukar alam, tak kira la korang nak guna term yang mana satu, bini kita, anak2 kita, kawan2 kita, orang sekeliling kita, semuanya sebok suruh kita mengucap. Mengucap apa? Mengucap syahadah. Kenapa? Sebab kita lupa ke? Bukannya susah. Pendek je kalimah nya. Apa yang susah sangat? Tapi kenapa banyak orang yang susah nak ucapkannya waktu itu? Makanya, kita fikir2kan lah. Kenapa boleh susah nak ucap kalimah yang mudah ini.

Awal2 masuk Islam, kita disuruh mengucap Syahadah. Akhir2 kita nak meninggal, orang suruh kita mengucap Syahadah lagi. Begitu lah pentingnya Syahadah kan. Tak percaya lagi? Makanya sekiranya Syahadah itu bukan saja kita ucapkan di bibir, tetapi terpahat teguh di dalam diri sebenar diri kita dengan kefahaman yang jitu, Insya Allah. Tak payah ucap lah.

Dapat je Assalamualaikum, kita pun jawab Waalai kum salam. Sama2 lah kita.











Thursday, November 26, 2009

Beriman

Dalam tajuk “Percaya dulu”, aku ada cerita pasal Rukun Iman. Bagi aku, kalau nak ikut sunnah Rasulullah Muhammad SAW, kita harus mulakan dengan beriman kepada Allah yang Maha Esa. Itu lah yang di ajarkan kepada pengikut2nya waktu itu. Percaya dengan sepenuh hati, sehabis2 percaya bahawa tiada Tuhan lain melainkan Allah. Bukan, tiada Tuhan melainkan Allah. Keyword nya “tiada Tuhan lain”. Yang Satu, Yang Esa pokoknya the One and Only lah cuma Allah SWT.


Kenapa benda ni penting? Pada aku tersangat lah pentingnya. Sebab? Seringkali terlepas dari mulut kita apabila melihat atau bercakap pasal agama2 lain, kita berkata “tengok la Tuhan dia orang tu”. Kadang2 statement yang macam ni pulak, “Biarlah dia orang sembah Tuhan dia orang, kita sembah Tuhan kita”. Kata2 sebegini sekaligus menjerumuskan kita berangggapan bahawa ada Tuhan yang lain selain Allah. Lebih2 lagi kepada anak2 kita yang tak tau apa2 lagi. Nanti budak2 ni ingat betul2 ada Tuhan lain. So hati2.


Dalam tajuk tu jugak aku ada cakap, hati2, supaya jangan kita syirik. Syirik ni dosa yang paling besar beb. Satu2nya dosa yang tidak diampunkan Allah adalah syirik. Apa benda syirik ni? Senang cakap syirik ni adalah menduakan Allah. Kadang2 menigakan dan kadang2 mengempatkan. Haha. Macam poligami la pulak. Boleh sampai 4. Serius beb. Lawak2 jugak. Dah tu, kalau ada 4 agama kita tengok, kata la Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha, dah 4 kali kita kata “tengok la Tuhan dia orang”. Kalau kita semak kitab Tauhid, syirik ni bukan je pada perbuatan. Contoh baik, menurun nombor ekor. Yang ni pada perbuatan la. Syirik juga boleh terjadi pada perkataan. Kata2 kita. Contohnya macam yang aku cakap tadi la.


Kalau kita nak ikut disiplin ilmu Tasauf la pulak, lagi haru. Tasauf ni ilmu rasa. Yang ni korang tanya la otai2 dan pakar2 PHD di bidang Tasauf apa yang di rasa nya. Aku ni mengarut je. Asal terdetik je di hati, dah di kira beb. Sebab tu aku tak nak jadi pakar Tasauf. Hehe. Tapi jangan la risau sangat. Kita ambik kaedah Fekah. Niat saja kalau tidak diikuti dengan kata2 atau perbuatan tidak lah menjadi kesalahan. Maknanya kalau cuma di hati terdetik atau terniat, aku nak bunuh si Mamat tu, tapi kita tak berani pun nak bunuh, maka tidak lah menjadi kesalahan. Malaikat tak tulis lagi benda tu sebagai dosa.


Macam tu la jugak dengan sembahyang atau solat. Kalau kita berniat je “Sahaja aku sembahyang Zohor kerana Allah Ta’ala” tapi kita tak kerjakan perbuatan sembahyang tu, mana ada kira beb. Haha. Jangan heran! Ada juga ilmu yang macam ni. Aku tak nak hukum sebab bukan keje aku. Cuma ada di kalangan mereka yang dapat ilmu ni, hebat2 belaka. Kadang2 otai2 ilmu hakikat. Biar la depa. Ilmu depa. Depa yang nak pakai. Cuma pada aku, kalau korang jumpa yang macam ni, elok la korang lari kuat2. Kenapa? Nanti la kalau ada umur, aku citer kan dalam tajuk Sembahyang. Sabar ek. Satu2. Kalau tak, tak habis la pulak tajuk ni.


Balik pada tuhan lain. Dalam hal ni pada agama2 lain la. 1st skali, Kristian. Menurut ajarannya, tuhan itu terdiri dari tuhan bapak, anak tuhan dan ruhul kudus. Senang cakap triniti lah. Ini lah konsepnya. Jadi keesaan tuhan pada mereka adalah 3-in-1. Macam kopi tongkat ali la pulak. Maaf ya bapak2 yang beragama Kristian. Ini cara saya menulis. Bukan mau menjelekin agama siapa2 juga. Kalau mau berdebat, ya sama Pak Shahil aja. Bisa aja. Dia senang sekali tuh. Argument yang biasa dia orang kemukakan adalah rajah segitiga (triangle). Kata mereka, segitiga itu adalah 1. Tapi didokong oleh 3 unsur tadi. Jadi esa nya tuhan itu, tetap satu sebab segitiga itu cuma 1. Nah, cuba korang pikir, logik tak?


Kalau korang kata logik, OK. Mari berfikir. Tak payah aku pakai ayat2 Quran ke Injil ke lah. Aku pakai rajah jugak. Apa kata aku bagi korang rajah segi empat. Aku tambah satu lagi unsur, katalah cucu tuhan. Macam mana? Boleh jugak kan. Yang esa iaitu rajah segiempat tu, tetap 1. Cuma beza sekarang didokong oleh 4 unsur. Bisa aja deh nanti di bikin segi lima, segi enam, malah kalau mau segi infiniti juga bisa. Korang pikir lah sendiri pakai logik akal je. Tak yah la dalil2 naqli. Dah terang2 mengarut. Sebab tu aku tak nak berdebat. Benda yang dah terang2 tak betul. Nak didebatkan buat apa. Takde faedahnya.


Then kita cuba agama Hindu. Ada berapa tuhan? Kalau dia orang tak kata tuhan pun takpe la. Panggil la dewa. Its ok. Cumanya kita lihat perbuatan mereka, mereka menyembah patung dewa tu. Kalau dah di sembah, apa benda tu? Kira tuhan ler. So sah ler tak betul. Lagi banyak tuhan. Berhala la beb.


Kita cuba pulak agama Buddha. Dia orang ni lain sikit. Dia tak cari tuhan. Dia orang cari nirvana. Nirvana ni maknanya “kebenaran mutlak” atau biasa disebut dalam english “enlightenment”. So kat sini je dah la. Bila tak cari tuhan, makna tak yah la kita panjangkan lagi kerana dalam ajaran ini tuhan takde. Cuma, pada perbuatan mereka, sekali lagi kita lihat, mereka menyembah patung Buddha. Menurut mereka, bukan menyembah patung Buddha itu, tapi sekadar memberi penghormatan kepada objek tersebut. Pada aku, kalau dah sembah patung tu, berhala la.


Aku citer bab agama2 lain ni, bukan apa. Cuma nak korang lihat dan kalau boleh faham, bahawa Tuhan itu sifatNya yang penting sekali adalah Esa. Satu. The One and Absolute. Ini ciri terpenting untuk kita percaya Tuhan. Dalam Islam, melalui Surah Al-Ikhlas, terang2 menyatakan bahawa Tuhan itu Ahad. Ahad bermakna Esa. Dan Tuhan jugak tidak beranak dan di peranakkan. Ada paham? Cukup la kat situ. Aku rasa dah terang tu.


Dalam tajuk “Percaya dulu” aku jugak ada cakap bahawa di antara 6 rukun Iman tu, 5 daripadanya ghaib atau tak nampak. Baca balik la tajuk tu. Yang kita boleh nampak, boleh pegang, boleh baca adalah Kitab2. Malangnya, kitab2 yang Allah turunkan kepada Rasul2 yang tetap genuine atau asli tanpa diubah sana sini dan dipalsukan cuma AlQuran je. So kita sebenarnya takde choice. Ini lah satu2nya kitab yang kita kena dan wajib percaya.


Di dalam Quran ada apa? Cerita2 mengenai Allah, Malaikat, Rasul2, Kiamat dan Qada dan Qadar. Jadi apa yang aku nak cakap kat sini, dengan Quran lah kita mengetahui cerita2 tentang semua ini yang mana semua ini lah yang kita diwajibkan beriman dengannya. So pada sapa2 yang belum baca Quran, baca lah sampai habis. Aku rasa rata2 kita yang Islam ni, orang Melayu la, banyak yang dah khatam Quran masa kecik2 dulu. Pada aku yang tu bagus. Tapi malangnya yang ni tak di ambil kira beb. Sebab kita tak faham apa yang kita baca. Kalau tak faham, jadi lah kita macam burung kakak tua. Pandai bercakap siap berlagu, tapi tak tau makna.


So mulai hari ni, korang baca la tafsir AlQuran. Tak susah la. Aku dah siapkan link untuk korang tengok. Yang bagus, beli 1 untuk setiap ahli keluarga. Bapak 1, mak 1 dan anak2 sorang 1. Baru best. Dan baca la bila saja ada masa lapang. Jangan lepas solat baru nak baca. Bila terkentut, batal wuduk, korang stop. Penghormatan kepada AlQuran jangan lah sampai ianya di cium2 dan diletakkan di atas almari saja. Baca tiap masa. Kalau korang tanya aku, takpe ke baca Tafsir Quran tanpa wuduk. Jawab aku, boleh aja Pak!


Kalau nak baca Quran pun berdosa, lama2 nanti takde orang Islam yang baca Quran. Yang untung dapat mengambil berbagai ilmu dari Quran selama ni pun orang2 bukan Islam sebab bagi dia orang takde berdosanya baca Quran. Tiap masa dia orang buka Quran. Tapi kalau ada kemampuan dan kesempatan nak membaharui wuduk setiap kali ianya batal, yah silakan aja. Terpulang deh.


Begitu juga kalau ada yang berkemampuan dan kesempatan belajar dan faham bahasa Arab, lagi cun. Dah tak payah baca tafsir lagi. Tapi jangan la korang hukumkan kalau baca tak betul idhram dan panjang pendeknya berdosa. Nanti lama2 takde orang nak baca AlQuran original. Sumer baca terjemahan je nanti.


Sambil baca tu minta pada Allah, jadikan lah aku orang yang beriman ya Allah. Kalau dah hari2 baca Quran, insyaAllah Tuhan bagi tu. Macam mana nak test? Senang je. Korang takut Tuhan ke hantu? Dua benda ni berlawanan sama sekali. Kalau masih takut hantu, belom lagi la tu. Kuatkan lagi. Kalau dah sampai kita boleh dok relax je dok dalam hutan sorang2 diri dalam seminggu ke, maknanya dah ok la tu. Haha. Ada berani ke? Susah nya!!! Cuba lah. Yang ni dah standard kawan aku. Hehe. Bukan aku. Ambik kata2 Tok Belagak, kayuh pelan2. Dapat la tu nanti.

Wednesday, November 25, 2009

Santai2 Aja...

Buat pengetahuan semua yang telah membaca blog ini, mungkin ada yang tergerak di hati mempersoalkan kenapa aku menulis tanpa mengambil dalil2 aqli, naqli dan fakta2 dalam tulisan aku. Sebenarnya, di dalam tajuk2 yang aku tuliskan, ada aku sertakan link2 yang aku "bold" kan dan bergaris dengan warna merah. Begitu juga di bawah kanan blog ini, aku sertakan link2 yang aku kira amat baik sekali untuk pembaca mendapat pengetahuan mengenai ilmu2 Islam dimulai dengan Usul Feqah, Feqah, Tauhid dan akhirnya Tasauf. Di dunia maya ini, ada terdapat berbagai2 catatan dan tulisan yang baik2 yang dengan sendirinya mengemukakan semua dalil2 dan fakta2 yang berbentuk ilmiah. Jadi, adalah kurang bijak jika aku turut menulisnya kembali. Cuma bila perlu akan aku ambil dan sertakan ayat2 AlQuran yang di kira penting dari pemahaman aku buat memahami perjalanan mengenal diri dan seterusnya mengenal Tuhan.

Pertama2nya di link ku, aku sertakan webpage JAKIM iaitu AlQuran (buku pedoman hidup kita) yang kita boleh lihat dan baca ayat2 AlQuran versi Arabnya, beserta terjemahan Bahasa Melayu nya juga Inggeris. Webpage seperti Suluk misalnya, sarat dengan kupasan2 kitab2 Tasauf yang terkenal dan diperakui. Begitu juga webpage Jalan Sufi, penuh dengan nukilan2 ulamak Tasauf yang terkenal dan muktabar. Tak kurang juga blog Shahil, amat jelas sekali kupasannya mengenai Sifat 20 dan beberapa tajuk ilmu Tasauf untuk kita yang "zero" ini, memahaminya. Tak ketinggalan, blog Darul Saka, mengajar ilmu perubatan Islam yang berlandaskan amalan ayat2 suci AlQuran sekaligus di tajuk2 yang tertentu membincangkan tingkatan2 ilmu Tasauf di mana letak dan kegunaannya di dalam pengubatan Islam. Oleh itu, para2 pembaca sekalian, jangan ketinggalan untuk menelaah link2 yang aku sertakan di sini, untuk mendapat pengetahuan ilmu2 ini.

Aku katakan pengetahuan kerana dengan membaca semua article2, nukilan2, tulisan2 ini, kita cuma sekadar "TAHU" akan adanya ilmu tersebut. TAHU dengan ILMU ada lah 2 perkara yang berbeza. Setelah mendapat pengetahuan, pengetahuan itu harus dipraktikkan (practical). Apabila kita menjalani praktikal, kemudian baru kita mendapat ilmunya. Di dalam blog Darul Saka misalnya, banyak amalan2 D.I.Y. di anjurkan oleh penulisnya yang mana semuanya boleh di praktikkan. Setelah di praktikkan, pasti ada hasilnya. Sekiranya, masih belum berhasil seperti yang disebutkan, tentu ada kesilapan2 yang berlaku. Jadi, kita masih belum dapat ilmunya. Lalu kita ulangi lagi, sehingga akhirnya, membuahkan hasil. Nah! Ketika ini barulah kita boleh mengatakan kita sudah "BERILMU". Bukan lagi sekadar "TAHU"

Makanya kita biasa dengar orang menyebut "AMAL TANPA ILMU ITU SIA2" Begitu juga kata2 "ILMU TANPA AMAL ITU BATAL". Sekiranya kita meletakkan kata2 ini dalam konteks ilmu2 Islam tadi, kita biasa mendengar orang2 Tasauf menyebut "SYARIAT TANPA HAKIKAT ITU SIA2". Dan seterusnya, "HAKIKAT TANPA SYARIAT ITU BATAL". Semua ni bukan aku yang kata. Orang2 bijak pandai dulu2 dah kata benda ni. Isy isy isy! Pening aku baca. Hahaha. Betul ke apa yang aku tulis ni. Kalau tak betul, aku mintak sapa2 yang tau, betulkan OK.

Sebenarnya, apa yang aku nak kata ialah, kalau kita tak tau sesuatu perkara itu, kita cuba ambil tau. Macamana nak ambil tau, banyak cara.

1) Surf the web pages. Macam2 ada beb. Ko type aja perkataan apa yang korang nak tau, semua keluar. Budak2 sekarang ni beruntung dah ada internet ni. Masa aku dulu nak cari kitab2 punya la susah. Bila dah jumpa, tulisan jawi lama la pulak. Berpinar biji mata nak baca satu2 perkataan. Tu pun, nasib baik lagi bahasa melayu cuma tulisan je jawi. Kalau bahasa Arab, wassalam je la.

2) Ambik kursus atau masuk U untuk dapat degree ke, master ke or PHD. Yang ni kalau korang teringin nak jadi guru ke, ustad ke, penceramah ke. Laku beb. Boleh cari income. Tapi jangan lupa, register dulu dengan JAIS. Kalau tak, masalah nanti. Sekali ceramah masyuk RM50 ke 100 ke. Silap2 dapat masuk TV, lagi hebat. Naik rating tu! Dah tentu la masyuk pun lebih. Dan kalau dah masuk TV tu, tak lama dapat la title "Dato'". Amacam? Not bad kan.

3) Cari tok2 guru yang terkenal, syeikh2, ustaz2 dan yang sewaktu dengannya dan belajar lah dengan dia orang ni. Pendek kata, Guru Mursyid lah. Tapi biasanya, cara ni jangan harap la korang nak dapat peluang berceramah. Kalau ada pun kat kawan2 rapat je la. Takde can nak buat duit beb. Selalunya, cara ni, korang kenalah taat dan patuh dengan ajaran guru. Kalau korang jenis rebellious, pikir la ribu2 kali dulu. Ingat, banyak guru2 ni di beri kelebihan oleh Allah boleh scan perangai kita. Haha. Jangan nak chong la beb. Jangan sampai kena sumpah dek guru kemudian hari dah ler. Silap2 jadi batu beb. Seksa. Hehehe. Aku lawak je la.

4) Ikut macam aku, buat cara sendiri. Belasah je. Tapi hari2 jangan putus doa pada Tuhan, berikan lah aku hidayah Mu ya Allah, untuk mengenal Mu. BOSS, tolong lah hamba Mu yang jahil dan bodoh ini. Ada orang kata, kalau yang macam ni, belajar dengan setan. Lantak pi la apa depa nak kata. Kalau ada setan yang nak ajar pasal mengenal Allah, OK gak. Tapi, sendiri pikir la beb, tugas dia menyesatkan kita untuk mensyirikkan Allah. Caranya macam2. Boleh aja dia merupa sebagai tok syeikh siap pakai jubah dan serban lagi. Kalau ada sapa yang pernah baca riwayat hidup Syeikh Abdul Qadir AlJilani, tentu tau kalau Sultanul Wali ni pun setan cuba test try tengok. Satu hari dia datang pada Syeikh berupa tok syeikh berjubah dan berserban, lalu berkata "Oleh kerana keimanan mu yang terlalu tinggi kepada Allah, maka pada hari ini Allah telah mengecualikan kamu dari tuntutan syariat". Syeikh mendengar kata2 itu secara automatis berkata "Nyah lah kamu setan laknatullah". Hahaha. Wali besar pun dia test beb. So, amacam. Ada berani ambik risiko. Sapa la kita ni kalau nak dibandingkan dengan Sultanul Wali.

So, aku dah bagi dah cara2 korang nak ambik tau. Pilih la cara mana pun. Kalau nak ambik cara aku, sedia lah dengan iman yang tak berbelah bagi pada Allah. Makanya, di awal2 dongeng aku, aku pesan pegang Qul Hu Allah (Surah Al Ikhlas) tu kemas2. Malah kalau korang ambik cara berguru dengan Guru Mursyid pun, awas lah. Akan tiba harinya, kita akan di pisahkan dari guru kita, setelah habis edah kita dengan dia. Maksudnya, dah habis belajar. Takdak apa lagi dah dia nak ajar. Hang dah tau semua! So masa ni, automatik kita akan dipisahkan dari dia. Sendiri2 la beb. Masa sendiri ni la, macam2 setan anak beranak berduyun2 datang menge"test" kita.

Kebiasaannya, testnya mudah aje. Oleh kerana hangpa dah tau semua, dia orang ni test kat perasaan je. Dia bisikkan je, "Kau kan dah hebat. Tinggi dah ilmu. Apahal dia orang ni nak cerita2 benda syariat ni. Kau dah makrifat, dah kenal Tuhan. Sapa dia orang nak dibandingkan dengan kau. Takde class langsung". Hahaha. Maka timbol la cerita2, "Alah, tak sampai lagi tu. Tak usah dok cerita la. Pegi belajaq lagi". Ada faham? Kalau tak faham, aku tulis lagi. Test nya biasanya di sifat sombong, bongkak, ujub, takabbur, bangga diri dan apa2 je la yang sewaktu dengannya.

So apa yang nak aku katakan kat tajuk ni, relax je beb. Kata orang Indon, santai aja pak. Usah ribut2. Ikut rasmi padi, makin tunduk makin berisi. Biar aja deh. Allah yang kasi ilmu. Terserah Dia. Mau syariat kek, mau tarikat kek, mau hakikat kek atau makrifat kek, semua Dia yang punya. Luas ilmu Allah itu tak bertepi. Bukan aku yang punya, Dia yang Maha Empunya.

Renung2kan. Selamat beramal. Hehehe. (pakai tempo Prof Dr. Izi kat Hot FM).


Thursday, November 5, 2009

Masuk Islam

Sebelom aku cerita lebih lanjut, elok la aku citer sedikit pengalaman aku mengenal diri ni. Aku mula teringin mencari Tuhan lepas aku dapat anak kedua. Sekitar tahun 1990 - 1991. Mulanya ada sorang kawan aku tunjukkan aku buku karangan Ahmad Laksamana bertajuk Hakikat Insan. Aku pun photostat dan hari2 aku baca buku tu. Tapi biasa la, sepatah haram pun tak faham. Macam2 benda mengarut di sebut kat dalam buku tu. Tapi makin mengarut, makin timbul perasaan ingin tau. Buku ni memang tak dijual kat kedai. Copy yang aku ada pun entah ke mana. Rasanya ada kawan aku pinjam tapi sampai hari ni tak pulang balik.

Sebelum korang cari buku ni, elok la korang tau yang ajaran Hakikat Insan ni dan buku2nya sekali telah diharamkan dah lama dulu oleh JAKIM. Sesat lagi menyesatkan. Hah, ambik kau. Ilmu ni yang korang nak belajar! Baca la sendiri komen2 otai2 yang dah lama mengikut dan mendalami ilmu ni.

Secara diam2, mula la akal aku mempersoalkan benda2 yang disebut dalam buku tu. Seram pun ada, ngeri pun ada. Nak kata aku ni alim masa tu tak ler sangat. Setakat suam2 kuku je. Tapi solat 5 waktu, ok la tak tinggal, masa tu la. Puasa, zakat pun tak susah nak buat kan. Cuma naik Haji je aku belum lagi sampai la ni.

Dalam diam2 aku mula amalkan zikir Nafi Isbat lepas solat Isya'. Mula dengan 100x, lama2 1000x dan lama2 aku dah tak kira dah. Aku pulun je berapa banyak yang termampu. Sepanjang aku amal zikir ni takde apapun yang pelik dan ganjil yang aku dapat. Cuma hidup masa tu rasa lebih tenang, aman dan damai. Satu benda aku nak ingatkan korang, bila dah kita mula berzikir ni, minat kita pada benda lain akan mula berkurang. Jangan sampai orang rumah korang bising nanti dia tak dipedulikan dah ler. Jengok2 la jugak bini tu woi.

Dalam aku amalkan zikir ni, bila hujung minggu aku selalu ke rumah aruah abang ipar aku. Rupa2nya dia ni dah lama jugak belajar ilmu mengenal ni. Dia berguru dengan sorang ni dia orang panggil dia Abang Shaari kat Batu Caves. So, selalu bila aku kerumah dia, selalu la kita berborak pasal benda2 yang di sebut2 dalam buku Hakikat Insan tu. Makin pening kepala aku ada la. Abang ipar aku ni selalu ajak aku join sekali belajar dengan guru dia.

So, one day aku pun ikut la dia ke rumah guru dia. Bila aku masuk je rumah dia, aku dah rasa tak syok dah. Dia ni rupanya mengubat orang. Kalau ikut terma orang sekarang ni, kira rawatan alternatif la. Penyakit yang di ubati dah tentu la pelik2. Kena rasuk la, masuk jin la, kena santau dan macam2 lagi la yang sewaktu dengannya. Kalau nak belajar, kena tunggu dia habis mengubat, baru mula. Korang bayangkan la siksanya nak tunggu orang habis mengubat. Bila dah tinggal sorang pesakit, datang lagi patient yang lain. Kena tunggu lagi. Aku dah mula bosan.

Satu lagi yang aku tak sedap hati, ruangan dia mengubat tu, penuh dengan warna kuning. Kain kuning langsir kuning pendek kata semuanya kuning belaka. Dah jenuh menunggu, akhirnya habis la patient untuk malam tu. Ada la dekat 3 jam duduk borak2 kosong je sambil tengok macam2 gelagat orang di ubatkan. Cara dia mengajar ni, ikut soal jawab. Malam tu, dia ajar bab Syahadah. Apa yang di soal murid, dia jawab la secara yang patut pada fikiran dia. Takde syllabus tetap macam kat sekolah. Pada aku yang baru 1st time dengar, memang ternganga la. Tak tau hujung pangkal. Bila nak tanya bab yang pelik sikit, dia kata tak sampai lagi tahap nak diceritakan. Bila dah 2 3 kali kena macam tu, aku pun diam je la. Memang takde jodoh la aku nak belajar dengan dia, aku cakap dalam hati.

Terus lah aku dengan zikir nafi isbat tu tanpa apa2 pengalaman yang pelik. Di samping tu, sering jugak aku ke rumah abang ipar aku during weekend. Kadang2 ramai kawan2 seguru dengan dia datang. Maka keluarlah cerita2 yang di sebut dalam buku Hakikat Insan dalam borak2 dengan dia orang. Cuma yang aku pelik, ada jugak antara dia orang tu, masa borak2 tu, yang nampak macam2. Nampak orang tua berjubah putih lah. Nampak yang berjubah dengan serban besar di kepala lah. Macam2 lah. Yang aku ni tak nampak apa2, tak leh nak kata apa la kan. Kalau ikut term orang2 sufi ni, kasyaf la maknanya tu kot.

Sehingga la, pada 1 hari dalam aku berzikir tu, aku nampak macam ada screen TV depan aku. Lebih kurang tayangan slide la. Kejap je. Apa yang aku nampak kat screen tu? Aku nampak mula2 gambar Otak manusia. Lepas tu, lengkap jadi kepala dan muka. Then, terus turun ke bawah jadi badan lengkap dengan tangan sampai la ke kaki. Maka lengkap lah gambar fizikal seorang manusia. Lepas tu habis lah tayangan slide tu. Screen pun hilang. Termenung aku memikirkan. Apa benda yang aku nampak tadi.

Besoknya, aku pergi jumpa abang ipar aku. Aku cerita la apa yang aku nampak tadi. Dia pun tak tau apa bendanya. Cuma dia ajak aku pergi jumpa satu orang tua kat Kuala Pilah pada hujung minggu tu. So weekend tu, aku pun ikut la dia balik kampung bini dia kat Tanjung Ipoh. Dia bawak aku jumpa Haji Hassan kat sana. Haji Hassan ni, orang2 kampung tu panggil dia Pak Darek (sebutan nogori). Kalau ikut bahasa KL, Pak Darat.

Dia ni ada bela anak2 yatim kat sana. Nama tempatnya Yayasan Haji Hassan. Aku pun cerita la kat dia apa yang aku nampak kat screen TV tu. "Apo bondo eh yang den nampak tu Ji" aku tanya dia? Jawab dia "Itu lah yang di katakan makrifat". Hmm, makrifat. Pening gak aku memikirkannya sebab lepas tu aku tanya dia apa maksud dia, dia cuma jawab, "Tak po. Nanti lamo2 ekau tau la tu". Itu je. Cuma sebelum aku balik tu, ada la dia bagi aku "Lam Jalallah". Dia suruh aku pakai buat pakaian. Den pun bagi salam dan balik.

Lepas tu, as usual la, aku continue dengan zikir nafi isbat tu malam2 lepas Isyak. Sampai la pada 1 malam tu, aku dapat satu pengalaman lagi. Kali ni dalam aku berzikir tu, tak tau la aku tengah hayal ke apa ke, tiba2 aku dah berada kat Mekah. Siap dengan pakaian ihram lagi tu. Macam real je. Yang pelik nya masa tu aku tercari2 sesuatu. Aku pun tak tau apa yang aku cari. Dalam aku berjalan2 tu, aku terjumpa satu orang ni. Nampak je dia, aku terus pergi kat dia. Rasa2 macam aku kenal dia ni. Cuma masa tu, aku tak pasti siapa dia. Aku pun terus tanya dia. "Saya tau abang ada benda nak bagi kat saya, apa bendanya bang?". Dia relax je senyum2. Cukup 3 kali aku tanya dia macam tu, baru la dia hulur tangan dia bersalam dengan aku.

Dia suruh aku baca ikut dia. Korang ingat apa yang dia ajar aku baca? Rupa2nya senang je. Dia baca Dua Kalimah Syahadah. Aku pun ikut je. Siap je aku baca Kalimah Syahadah tu, aku pun tersedar. Rasa2 macam mimpi. Tapi aku tak mimpi. Aku masih lagi bersila kat atas sejadah. Masih sedar. Subhanallah! Maha Suci Allah! Aku pun termenung memikirkan apa benda yang aku baru lalui tadi. Orang tua tu tadi bagi aku Kalimah Syahadah. Padahal, bukan aku tak tau benda tu. Hari2 aku baca syahadah. Cumanya, dalam solat la. Rasa2nya, kalau tak bersolat, takde la aku baca Syahadah ni.

Itu je la ceritanya kat topik ni. Kenapa aku di ajar Kalimah Syahadah? Sedangkan sejak kecil lagi aku dah di ajar baca Syahadah ni. Rupa2nya, senang je. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Macam aku citer kat tajuk "Percaya Dulu". Kalau kita bersungguh2 mencari nak mengenal Dia, pasti dia akan bukakan jalan dengan hidayah Nya. Mulai hari tu, aku di Islam kan. Baru masuk Islam rupanya aku. Istilah Islam keturunan rupanya tak pakai atau tak laku bila kita nak lalui jalan ni.

Bukan la aku nak mengatakan orang yang tak lalui jalan ni belum Islam lagi. Bukan keje aku nak hukum2 orang itu ini. Aku pun entah sapa2. Takde degree, master atau Phd dalam ilmu2 Islam. Kalau nak mengajar kat Selangor, silap2 kena ambush dengan JAIS. Siap kena gari lagi. Hahaha. Jangan main2. Yang ajar ilmu Fekah dan Tauhid pun kena zass, ini kan pulak nak ajar ilmu Hakikat Insan. Dah sah2 kena cap sesat.

Ini cuma pendapat aku. Pada aku, kalau nak betul2 kenal Tuhan, masuk la Islam balik. Start from scratch, orang Jawa kata la. Kalau ada sapa2 yang mengikuti jalan2 Tarikat, ada satu proses yang di namakan Bai'ah atau Talkin atau Ijazah. Itu cuma 3 terma yang aku pernah dengar. Mungkin ada term lain lagi. Proses ni adalah proses awal sebelum korang diterima jadi murid oleh guru2 tarikat. Rata2 dalam proses ni, korang akan berjabat tangan dengan guru atau murid tua dan kena lafaz apa? Tentunya, korang kena lafaz Kalimah Syahadah! Baru masuk Islam ler tu namanya.

So, kesimpulannya, masuk la Islam. Nak masuk Islam dengan sapa? Guru mana? Entah. Aku pun tak tau. Cuma ramai orang kata, cari lah Guru Mursyid. So, korang cari la sendiri. Kalau betul2 ikhlas, tentu jumpa. Kalau tak jumpa jugak, korang tanya la Tok Belagak. Jangan tanya aku. Aku rasa dia tau. Hehe. Sori Bro. Sebut nama kau lagi.




Friday, October 30, 2009

Percaya dulu...

Semasa sekolah dulu, aku di ajar Rukun Iman dan Rukun Islam oleh ustaz dan ustazah. Satu benda yang selalu jadi tanda tanya, mana satu dulu. Rukun Iman dulu ke, Rukun Islam dulu?

Rukun Iman biasa la ada 6 perkara. Percaya pada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Akhirat dan Qada dan Qadar. Semuanya bersangkut pada kepercayaan kita atau lebih tepat lagi Akidah. Dalam Rukun Iman ni, 5 dari nya benda yang kita tak nampak dan tak tau. Maknanya benda ghaib la. Macam mana tu? Hehe. Allah dah tentu la Yang Maha Ghaib ('Ghaibul 'Ghuyub). Malaikat pulak ghaib jugak. Rasul2 masa zaman dia tak le ghaib, tapi zaman kita ni kira ghaib ler, kita tak pernah tengok. Akhirat dan Qada' dan Qadar lagi la masalah, benda yang akan datang, nasib kita elok ke tak elok ke. Lagi la tak tau.

Jadi 1 perkara yang kita pasti dalam Rukun Iman, yang boleh kita pegang, boleh lihat dan baca kat sini adalah Kitab. Kitab2 yang terdahulu Taurat, Zabur dan Injil pun banyak yang dah diubah, ditokok tambah dan dipalsukan kecuali AlQuran. Yang ni Allah jamin ketulinannya. Bukan 1 year warranty beb. Sampai kiamat Allah jamin. Kalau yang lain2 tu, aku malas nak cakap la. Hadis kalau yang selari dengan AlQuran, aku setuju. Jangan pulak korang kata aku pengikut Kassim Selamat. Eh sori. Bukan Kassim Selamat. Kassim Ahmad la. Maaf Pak Kassim. Saya tak tuduh bapak macam tu. Bukan keje saya nak hukum2 ni.

Macam mana aku tak cakap macam tu. Kalau baca Quran pun boleh berdosa, sapa nak baca Quran? Kalau lidah Jawa, India, Cina walaupun dah lama ngaji, mana nak dapat pronounce ayat Quran betul2 ikut idhramnya. Mana datang hukum ni? Kalau nak tunggu ada wuduk, baru boleh baca Quran, berapa minit je kita dapat baca Quran dalam sehari? Si mat2 saleh, mem2 saleh yahudi ke nasrani ke komunis macam2 bangsa, macam2 ilmu dia orang dapat dari Quran. Macam2 bahasa dia orang terjemahkan. Yang kita nak baca "life manual" kita sendiri, boleh berdosa? Aku cari dalam Quran, Allah takde pun cakap macam tu.

Rukun Islam pulak ada 5 perkara. Mengucap Syahadah, Sembahyang, Puasa, Zakat dan Haji. Semuanya berkait pada perbuatan. Kita yang kena buat semua kerja2 ni.

Kalau kita tengok di zaman kita ni la, nampak gaya macam Rukun Islam dulu. Aku cakap macam tu sebab, bila orang masuk Islam (yang mualaf la ye, yang semulajadi lahir dalam keluarga Islam aku tak mau sentuh dulu), lepas dia mengucap 2 Kalimah Syahadah, sah ler dia jadi Islam. Maka mula lah dia mengerjakan perbuatan2 tadi iaitu Sembahyang, Puasa, Haji dan Zakat. Adakah dia dah buat Rukun Iman tu percaya kepada semua tu, Allah Hu Alm. Dia dengan Allah je tau.

Kat sini baru aku nak sentuh tentang Sunnah Nabi. Aku dah letak link kat sini tentang maksud As Sunnah ni. Tengok la sendiri. Kat nota Power point tu tertulis "In Islam, the Arabic word As Sunnah has come to denote the way Prophet Muhammad (saw), the Messenger of Allah, lived his life". Bahasa melayu nya "Dalam Islam, perkataan Arab Sunnah itu bermaksud cara Rasulullah Muhammad (SAW) menjalani kehidupannya. Dulu aku sering tertanya2, apakah cara hidup Rasulullah itu dikira bermula dari tarikh dia di angkat menjadi Rasul oleh Allah, ataupun cara hidup itu bermula dari lahirnya beliau.

Kita sumer tau, Rasulullah ni MAKSUM di jamin hidupnya, akhlak keperibadiannya oleh Allah. Makanya ciri2 sifatnya, Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah. Dalam melayunya Benar, Amanah, Menyampaikan dan Bijaksana. Jika kita baca riwayat hidup beliau, sejak lahir lagi beliau telah di jaga oleh malaikat atas perintah Allah. Semuanya untuk melengkapkan peribadi beliau untuk menjadi Rasul yang akhir.

Perkara ini lah yang aku rasa sering kita lupakan di dalam mengambil Sunnah. Nabi Muhammad (SAW) di lantik menjadi Rasul pada umur 40 tahun. Semenjak Baginda menjadi Rasul, apakah yang di ajarkan oleh Baginda kepada pengikut2nya? Tak lain tak bukan, Percaya kepada Allah. Di zaman Arab Jahiliyah yang mana rata2 mereka menyembah berhala, Rasulullah di beri tugas berat oleh Allah untuk menyatakan adanya Tuhan Yang Maha Esa. Lafaz "Ahadun Ahad" adalah yang di ajarkan kepada pengikutnya. Itu lah lafaz atau zikir yang sentiasa di ucapkan oleh mereka masa tu.

Masa tu belum ada Sembahyang lagi. Bila Baginda mula sembahyang? Setelah kematian isterinya Siti Khadijah, yang sentiasa menyokongnya, Baginda berada di dalam kesedihan yang amat sangat. Ketika ini lah, Allah memerintahkan malaikat Jibril untuk membawa Baginda, Israk ke Baitul Muqaddis dan kemudiannya Mikraj ke Sidratul Muntaha untuk mengambil perintah Sembahyang. Waktu itu Rasulullah berumur 53 tahun, genap 13 tahun Baginda menjadi Rasul.

Cerita ni semua ada dalam Quran la. Bukan dongeng. Sapa yang pernah baca Tafsir AlQuran, tentu terjumpa sejarah Rasulullah sebelum bermula Surah AlFatihah. Yang tak pernah baca, pegi la baca. Jangan hafal sejarah melayu je. Selama 13 tahun, Rasulullah dan pengikut2nya beramal dengan zikir dan ayat2 Quran yang di wahyukan Allah kepada Baginda. Semuanya untuk membina dan menguatkan iman mereka terhadap Allah. Belum sembahyang lagi.

Tentu ada yang tanya, hehe, kenapa 13 tahun? Allah Maha Mengetahui. Rasulullah turun ke bumi membawa perintah Sembahyang. Nasib baik cuma 5 waktu. Kalau kena 500 waktu, mampus. Tak payah keje. Sembahyang je la. Ada kawan aku orang Jawa dia susun macam ni. Isya', Subuh, Lohor (ni slang Jawa la), 'Asar dan Magrib. Kita cantumkan huruf2 awal fardu2 sembahyang tu, jadi la ISLAM. Pandai jugak wak jawa ni. Lawak2 jugak. Betul! Kata dia la. Bukan kata aku. Allah Hu Alm. Luas ilmu Allah. Kalau habis air laut di gunakan jadi dakwat untuk menulis ilmu Allah, pun masih tak cukup untuk menulis ilmuNya.

Dan jangan pulak korang heran, kalau ustaz kat sekolah ajar, Rukun Sembahyang ada berapa? Ha, jawab! Biar la aku jawab. TELU LAS kata wong jowo. Melayu cakap 13. Ada betul? Hehe. Dan kalau korang pikir2, rata2 anak2 kita bila umur 13 ni, dah tentu baligh lah. Jarang ada yang tak baligh lagi. Dah wajib kena sembahyang kan! Lepas dah mak bapak nak tanggung2 dosa dah.

Apa yang aku nak cakap kat tajuk ni, yakin la. Percaya la dulu. Yakin seyakin2 nya. Ada gak aku dengar orang kata apa, Haqqul Yakin? Macam tu la agaknya. Rasulullah jadi Rasul umur 40 tahun dan baginda ambik masa 13 tahun nak kuatkan keyakinan umatnya masa itu. Cuma percaya kepada Allah Yang Maha Esa. Belum dapat sembahyang lagi.

So, pada hari ni, jangan la kita nak cap orang tak sembahyang tu tak Islam. Itu la ini la. Kalau Rasulullah sendiri umur 40 baru Allah angkat jadi Rasul, agaknya kita ni umur berapa ye Allah nak angkat kita jadi Khalifah? Bukan Khalifah macam Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali tu. Khalifah untuk diri dan keluarga kita cukup la. Umur 53 baru Rasulullah mula sembahyang. Berapa umur kita sekarang? Kita nak jadi lebih hebat dari Rasulullah ke?

So, kalau nak ikut Sunnah, ikut betul2. Omputih kata, life starts at 40. Betul ke? Tapi kalau korang nak jadi ustaz sebelum 40, go ahead. Hidayah Allah yang bagi. Cuma, tak payah la nak hukum orang lain itu ini. Salah ke kalau orang nak cari Tuhan? Kenapa ustaz2 tak nak ajar kat mana nak cari Tuhan? Kenapa nak rahsia2? Macam mana nak sampai tahap benar2 yakin Tuhan tu ada? Ustaz tak nak ajar. Nak belajar dengan sapa? Masuk tarekat, pun kena tuduh macam2. Allah jua lah Yang Maha Mengetahui.

Cuba cek diri sendiri. Benar2 yakin ke Allah itu ada? Allah itu Maha Esa? Malaikat tu ada? Rasul2 tu semua ada dan benar? Dah sampai makam Haqqul Yaqin ke? Kalau yakin kenapa nak ambik alih tugas Allah. Syurga neraka hak siapa? Dosa pahala sapa yang bagi? Kalau yang terang2 sesat, tak betul, akupun boleh guna akal. Tapi kalau benda yang ustaz sendiri tak boleh jawab, tak tau, agak2 la. Jangan main hentam je, kata tak betul. Sesat.

Kalau tak sesat, mana nak jumpa kan! Kalau aku bagi satu adress kata la rumah aku, yang korang tak pernah pegi, agak2 sesat tak nak cari? Tentu sesat lah. paling kurang, dua tiga kali pusing. Tanya orang sana-sini, singgah balai polis ke tanya, macam2 kan. Tapi bila korang dah berjaya sampai rumah aku, dalam sesat2 tu, next time korang nak datang lagi, tentu takde hal kan? Lancar je, terus sampai rumah aku. Silap2 aku pun tak tau jalan short cut yang korang pakai. So pikir2 lah. Jangan lak macam ni, korang dok relax kat rumah sendiri, tak cuba pun nak datang rumah aku, tiba2 ko call aku, ko kata si Mamat tu sesat tak jumpa rumah aku. Padahal, si Mamat dah dok borak minum kopi dengan aku. Ada faham ka?

Satu lagi, betul ke Allah takde bagi ilham kat kita? Pendek betul la pikiran setengah2 orang ni. Aku tak mau cakap sapa la. Memang la Allah bagi wahyu kat Rasul2. Kat kita ni mana la ada wahyu. Tapi, ilham memang ada. Apa korang ingat Allah bagi ilham tu pasal ilmu agama je ke? Ingat Alexander Graham Bell tu cipta talipon, dia pikir sendiri ke? Lupa ke siapa punya Ilmu semua tu?

Yang Maha Pencipta tu sapa? Yang Maha Mengetahui tu siapa? Tuhan mat2 saleh tu lain ke daripada Allah? Kalau korang kata ada Tuhan lain, aku tak leh nak cakap apa dah. Dia orang nak sembah apa, yang tu lantak depa la. Tapi Tuhan cuma satu je. Allah. Full stop. Jangan silap beb. Syirik nanti. Tanggung la sendiri.

M.Nasir dulu tiap2 tahun menang juara lagu, sapa bagi dia ilham cipta lagu? Ada korang pikir tak? Sori ye bang Nasir. Pakai nama abang sikit. Nak bagi paham. Kalau Allah boleh bagi ilham2 ilmu2 yang lain tu, mustahil ke Allah nak bagi ilham tentang ilmu mengenal Dia? Tentu Allah lebih suka, hambaNya nak tau lebih lagi tentang Dia.

Give this a thought, kalau minat aku nak kenal Allah, tentu la aku akan tanya kat Dia macam ni, "Boss ajarkan lah tentang Dirimu". Lepas tu aku duduk berfikir. Konon2nya macam aku yang pikir. Padahal habuk pun tara. Pikir la macam nak rak. Kalau Allah tak bagi ilham, sia2 je. Takde makna pun. Tapi kalau Allah bagi hidayah nak bagi ilham, zass, kejap je aku tersengih2 sendiri. Alhamdulillah Boss, dah tau. Yang tu contoh je la. Bukan aku dapat pun.

Yang aku tak paham, ada orang boleh bagi statement macam ni.

"Tetapi dengan melalui zikir dan wirid yang berat-berat ini, mereka tidak mendakwa dapat mencapai ilmu sains teknologi, sedangkan mereka menggunakannya dengan paling maksimum"


Aku tanya Boss, ilmu tentang Dia, takkan Dia nak bagi aku ilmu macam mana nak buat Apollo 13 kot? M. Nasir keje dia buat lagu, Allah bagi dia ilham cipta lagu. Senang citer, korang baca la kat bawah ni:

Malaysian scientist to patent hydroxene to power motorcars

A car that runs on water and petrol? That would be a breakthrough technology in these times of escalating fuel prices. And one man says it can be done.

Dr Halim Mohammed Ali, 40, claims he can reduce fuel consumption by half with the Hydrogen Fuel Technology (HFT) or hydroxene.

Water molecules are split into hydrogen and oxygen through high compression nano-technology before being pumped into the fuel line, he said.

"The new fuel mixture of petrol or diesel, hydrogen and oxygen is then injected into the engine where combustion takes place," he said at the launch of hybrid cars by a dealer here.

Halim, who has a research centre in Putrajaya, said that he first patented hydroxene four years ago and would be re-filing the patent in the next two months.

He said that although he has received offers to sell the technology, some offers amounting to US$26 million (Bt988 million), he had no intention of letting foreign parties get hold of it.

As simple as it sounds, Halim is quick to add that the technology is difficult to copy, as it has a "secret recipe" which very few people know about.

Halim, who has a doctorate in Physics from Birmingham University, said over 12 million rinngit (Bt125 million) had been spent on hydroxene research and development in the last four years.

Halim said the technology had been tested on some 200 Proton cars, as well as on a vehicle used by Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.

The Star

Asia News Network

Johor Baru, Malaysia

Dr. Halim ni canggih. Orang Malaysia berbangsa Melayu dan aku rasa orang Islam la. Tentu dia percaya Allah. Kalau dia hari2 berdoa pada Allah mintak ilmu hidrogen tu, dan hari2 dok pikir pasal ilmu tu, takkan Allah bagi dia lagu MUSTIKA la pulak. Sesuai la dengan permintaan dia. Dapat la dia ilmu hidrogen.

Jangan la kata, takde orang Islam yang dapat ilmu sains & teknologi. Allah bagi ilham sesuai la dengan permintaan kita. Kalau kita khusyu' dan tawadhuk di atas sesuatu ilmu itu dan bersungguh2 untuk mendapatkannya, pasti Allah bagi. Bahagian masing2 la. Susah ke nak faham?

Tak tau la aku. Rasional la sikit. Cuma satu pesanan, tiada yang mustahil bagi Allah. Apa pun Dia nak buat, sekelip mata je. Kata budak2 sekarang, celah gigi je. QUN FAYA QUN.

Entah la. Tepuk dada tanya la diri sendiri. Kalau tak tau, belajar lagi. Macam mana cara nak bagi dapat Haqqul Yaqin, korang tanya Tok Belagak. Nak belajar, cari dia, jangan cari aku. Aku tukang karut je. Hehe.

Allah Hu Alm.








Thursday, October 29, 2009

Manusia - Engkau, Aku, Dia


Di bawah tajuk Basmalah, ada aku sebutkan mengenai angka 19. Aku katakan Basmalah itu terdiri daripada 19 huruf. 19 huruf ini terlupus di dalam Alif iaitu 1 lagi huruf. Lalu jika aku gabung semuanya maka jadilah Alif Basmalah = 20 huruf. Sekali lagi, aku tak nak pening2kan kepala kau orang. Yang belajar bab ni, dia faham lah. Terpulang lah, faham masing2. Aku tak heran pun. Ustaz lain2. Guru lain2. Ilmu Allah luas. Bukan ustaz2 dan tok2 guru je Allah bagi ilmu.

Ahli Sunnah Wal Jamaah pun ada 4 mazhab. Apa nak heran. Itu belum lagi Syiah. Ada banyak mazhab lagi. Wahabi lagi. Tu belum lagi masuk ajaran2 yang di hukumkan sesat oleh sesetengah pihak. Malas nak cakap la pihak mana. Ada banyak lagi tu. Nak kata dia orang tak betul, tak Islam? Nanti dulu brother. Pikir masak2. Lu sapa nak cakap macam tu.

Pada aku, yang penting aku tau apa jalan aku. Masa nak balik nanti, Boss tak tanya bini aku, anak aku, cikgu aku, ustaz aku malahan mak bapak aku. Yang Boss akan tanya, adalah aku. Yang nak tanggung siksa kubur ke; aku. Panas tak panas padang Mahsyar pun aku yang kena rasa. Yang nak lalu titian Siratal Mustaqim pun aku. Yang nak masuk neraka pun aku. Yang nak masuk syurga pun aku jugak. So sendiri mau ingat la kan.

Yang penting pada aku, jangan mengata atau menghukum antara satu sama lain. Ingat kita hidup ni tak lama. Entah besok lusa kita mati. Sultanul Wali Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani pernah jadi Mufti Besar masa zaman dia dulu. Last2 dia resign kerana tak mau terus menghukum. Ceritanya, bila dia solat, habis satu badan dia penuh dengan darah. Kenapa? Rupanya dalam dia bersolat itu, dia masih memikirkan akan hukum perempuan yang sedang haid. Allah beri hidayah. Lalu dia terus mengasingkan diri tak mau lagi jadi Mufti. So, fikir2kan lah. Jangan senang2 kita nak menuduh dan menghukum orang itu ini. Ilmu masing2. Pinjam kata Tok Belagak, kalau tak tau, belajar lagi. Moga2 Allah bagi hidayah. Dah melalut pulak aku.

Aku tadi nak bercakap pasal angka 20. Sifat 20. Nak kenal Tuhan, kena la tau sifat2 Dia. Dalam kitab Tauhid, pasti akan di ajarkan pasal Sifat 20. Yang belajar, tentu di bagi tau benda2 kat bawah ni:-

Zat - Sifat - Asma - Af 'Al

Aku sebenar malas nak sentuh bab2 ni. Bila kita dah mula ambik jalan ni, nanti faham lah sendiri. Baca lah blog2 atau web2 page lain yang banyak cerita pasal benda2 ni. Mana2 blog atau website yang aku terjumpa kat dunia maya ni yang ada cerita pasal bab2 ni, aku dah link kan kat sini. Sayang, aku tak tau macam mana nak add file kat sini, kalau tak ada dua tiga pdf file yang baik dapat aku add kat sini. Boleh ke? Sapa2 yang tau, tolong kasi ilmu.

Antara 4 perkara di atas tu, aku cuma nak cerita bab Sifat je kat tajuk ni. Sifat Allah yang kita pelajari ada 20 dan sifat2 ini pula di bahagi kepada 4 iaitu Nafsiyah, Salbiyah, Ma'ani dan Ma'anawiyah. Dan daripada 4 bahagian ni pulak, aku cuma nak sentuh Sifat Ma'nawiyah. Kenapa cuma yang ni aku sentuh? Sebabnya adalah kerana sifat ini lah yang dipinjamkan Allah kepada kita yang bernama Manusia buat menjalankan hidup kita hari2 kat dunia ni.

Sifat Ma'nawiyah ni ada 7 iaitu Haiyun, 'Alimun, Basirun, Sami'un, Qodirun, Muridun dan Mutakallimun. Senang cerita dalam Bahasa Melayu 7 sifat ini adalah Hidup, Berilmu, Melihat, Mendengar, Berdaya (Berkuasa), Berkehendak dan Berkata2. Macam aku cakap tadi, Allah bagi pinjam je. Rasa macam kita punya. Sebenarnya tidak. Cuma di pinjamkan je.

Sengaja aku susun 7 sifat tu macam tu sesuai dengan susunan sifat2 tu pada tubuh badan Manusia. Dengan Hidup, kita tegak bernafas dan berdiri. Mula dari atas, iaitu pada kepala otak kita, Allah pinjamkan ilmu2Nya. Bawah sikit pada mata kita, Allah benarkan kita melihat. Bawah lagi, kita mendengar melalui telinga. Turun lagi sampai ke tangan, kita berdaya (berkuasa) nak buat itu ini. Turun lagi pada hati, perut dan kemaluan kita, Allah letakkan nafsu supaya kita berkehendak pada makan minum, pakaian, kereta, sex dan macam2 lagi. Akhir sekali, bila kita berkehendak maka terlafaz la kata2 dari mulut kita mintak itu ini. Ngam2 Allah bagi kita 7 sifat tu untuk kita guna pakai.

So, pakai la dengan sebaik2nya. Kalau tak nak pakai pun takpe. Nak pakai buat benda tak elok pun boleh. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Nak buat apa pun boleh. Dia perkenankan. Cuma, tanggung je la sendiri nanti bila final chapter, Allah ambik balik semua sifat tu. Sendiri mau ingat la. Jawab sendiri beb!

Kalau nak tau kenapa aku letak Surah AlFatihah di awal tajuk ni, sebab Fatihah ni pun terdiri dari 7 ayat. 7 lagi. Kenapa 7? Yang tu korang kena tanya Allah sendiri. Macamana nak tanya Allah? Kena la belajar kan. Langit pun 7 lapis. Bumi 7 lapis. Nak cakap apa lagi. Kalau korang banyak belajar, mungkin pernah dengar ilmu Martabat 7. 7 jugak. Pening2. Tak usah pening2.

Apa yang aku nak cakapkan kat sini ialah, Fatihah itu lah yang perlu kita pakai untuk tubuh badan kita ni. Untuk menghidupkan rohani kita. Ada yang kata batin kita. Tak kisah la apa pun korang nak panggil yang di dalam tu. Yang penting pakai. Nak tau macam mana cara nak pakai, korang tanya Tok Belagak. Haha. Aku rasa dia tau. Lepas tanggung jawab aku.

Fatihah itu Ummul Kitab. Dalam English di sebut "the essence of Quran". Dalam bahasa Melayu agak2nya "intipati Quran" la ye. Sehingga ada hadis menyebutkan (yang ni korang kena tanya ustaz2 pakar hadis la) membaca Fatihah itu seolah2 membaca habis semua ayat dalam AlQuran. Ada faham? Begitu lah kekuatan Fatihah itu. Makanya sewaktu solat, kita kena baca Fatihah pada setiap raka'at. Tak faham lagi? Cukup2 la tu.

Tak tau la pada korang macam mana. Pada aku, pemahaman aku, 7 ayat dalam Fatihah ini lah yang perlu kita pakai bersekali dengan 7 sifat yang Allah pinjamkan tadi. Baru lah sempurna, zahir dan batin. Aku ada gak dengar orang cakap, Diri Zahir dan Diri Batin? Macam tu la agak2nya. Kalau yang kat luar macam2 kehendaknya, yang kat dalam tu nak jugak makan, tak begitu? Kalau dah dua2nya cukup makan, baru lah ngam boleh di panggil Manusia macam Aku dan Engkau dan mereka2 itu dan kawan2 mereka. Belum boleh panggil Insan lagi. Hehe.

Akhir kata, aku nak pinjam lagi kata Tok Belagak, kita "jazamkan" (susah aku nak guna perkataan ni) Fatihah ke dalam diri kita sebelum kita pergi jauh lagi ke langit ke 7 ke atau ke bumi ke 7 ke atau nak best lagi jumpa putri 7 ke...hehe

Allah Hu Alm.