Monday, November 8, 2010

Solat @ Sembahyang @ Selawat (6)

Wuduk

Salam buat semua. Segala puji2an bagi Allah Tuhan semesta alam yang menciptakan segala2nya yang ada di alam ini dari yang bernyawa dan tidak bernyawa, dari sebesar2 planet dan sekecil2 hama, semuanya tak terlepas dari pengetahuanNya. Selawat dan salam buat junjungan ku Muhammad SAW, yang telah ditugaskan membawa rahmat ke atas sekeliam alam dan menyempurnakan Islam sebagai agama Tuhan yang benar.

Ceh. Dah macam ustad la pulak pembukaan aku. haha. Malam tadi aku bukak blog ni nak sambung cerita pasal wuduk. Rupanya ada lagi komen dari sahabat aku, mahadaya. So tertangguh la, tulisan aku dek kerana menjawab komen2 dia. Korang baca la jawapan aku kat ruangan komen tajuk yang lepas.

OK. Terus sambung bab wuduk.

Perlu lah kita ketahui, bahawa wuduk ni diperintahkan bukan lah untuk membersihkan diri. Ianya adalah satu syarat untuk membolehkan kita solat. Ni macam pre-requirement la. Kalau tak wuduk tak boleh solat. Kalau nak bersihkan diri, baik la kita mandi, guna sabun Dettol banyak2, lepas tu sapu losyen banyak2, hahaha, baru lah bersih. Begitu lah juga, tayammum. Ianya untuk membolehkan kita masuk kepada solat. So, kalau takde air, gunalah debu tanah ke pasir seperti yang diperintahkan.

Banyak mana air nak guna? Satu kolah? Satu baldi? haha. Buatlah seadanya. Tuan2, zaman Nabi dulu, air amat sukar nak dapat. Dalam perjalanan baginda nak berdagang di atas unta, nak jumpa air di tengah2 gurun pasir tu, korang ingat senang ke nak jumpa air. Makanya, air disimpan macam emas. Dia orang guna sikit2. Reserve untuk minum. Kalau tak minum, 2 3 hari, apa jadi? Mati la beb. Tu baru 2 3 hari. Kalau seminggu macam mana? So, kepada mamat2 yang terer berilmu fekah, yang beriya2 cakap kalau tak basah seluruh tangan la, muka la, tak sah wuduk, sendiri mau ingat la. Tuhan dah kata, Dia bukan nak menyusahkan.

Makanya, Tuhan jugak kata, kalau takde air, guna lah debu untuk tayammum. Sebab kat tengah padang pasir tu, yang banyak debu! Masuk akal tak? Kan senang. Sikit punya hal la. Tak payah gaduh2, pendapat itu pendapat ini. Clean and clear. Dan kalau guna debu, sapu kat muka dengan tangan sekali saja pada dua anggota tu, dah cukup dah. Tuhan tak nak susahkan kita. Korang ingat apa rasanya, kalau sapu debu banyak2 kat muka. Best ke? Makanya, Dia suruh buat sekali je. Tak la, korang meludah2 ceh muka penuh debu. hahaha.

Lawak2 gak. Kita masuk bab serius. Rujuk balik Suruh Al-Maidah Ayat 6 pada baris akhir yang bermaksud "Allah tidak mahu kamu menanggung kepayahan tetapi mahu membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatKU kepada kamu, supaya kamu bersyukur".

Maksud yang lebih tepat di sini adalah "menyucikan kamu". Kalau bersih tentulah kita disuruh mandi. Tapi kalau suci, yang mahu disucikan itu, adalah rahsia hati. Kerana amat lah tidak tepat jika suci itu dimaksudkan sekadar membersihkan diri jasad dengan menyiram dan menuang air sementara batin kita dibiarkan berlumuran dengan barang2 keji dan kotor.

Menurut Al-Ghazali didalam Ihya-Ulumuddin, terdapat 4 tingkat bersuci:

1) suci zahir dari segi hadas, kotoran and benda2 menjijikkan

2) suci anggota badan dari segala perbuatan jahat dan dosa

3) suci hati dari segala pekerti yang tercela & sifat2 rendah yang terkutuk

4) suci sirr (rahsia atau batin) dari sesuatu selain Allah.

Kalau nak tau lebih lagi, korang baca lah sendiri kitab tu. Letih aku menaip. hehe. So itulah tahap2nya. Jadi, kita cek lah diri kita, kat tahap mana. Sebenarnya kalau kita tengok tahap2 tu, ianya berkaitan dengan susunan tahap peningkatan ilmu musyahadah iaitu:

Syariat -> Tarikat -> Hakikat -> Makrifat

Yang aku nak sebut, pada tahap hakikat dan makrifat la. Yang lain tu korang boleh faham. Hakikat wuduk itu dah tentulah penyucian zahir dan batin. Pada hakikatnya, ialah perbuatan penafian di dalam Syahadah kita pada lafaz "La illa Ha". Apabila kita membasuh muka, kita nafikan ujud kita. Begitu juga membasuh tangan, kita nafikan kudrat kita, basuh kepala kita nafikan kita yang berilmu dan akhirnya, basuh kaki, kita nafikan iradat kita. Pendek kata, menafikan segala sifat2 maknawiyah yang Allah pinjamkan pada kita. Setelah complete segala penafian sifat2 kita, tibalah kita pada tahap makrifat pada lafaz "Illa Allah", iaitu yang wujud sebenar2 wujud "Hanya Allah". Zat yang Maha Esa. Boleh faham?

To complete the penafian, aku selalu melafazkan begini " La Hayyun, La Alimun, La Basirun, La Sami'un, La Qodirun, La Muridun, La Mutakalimun, Bil Haq Illallah", sebelum berwuduk. Lafaz ini dalam hati je. Ni cara aku lah. Cara korang mungkin lain. Aku tak suruh pun kau ikut. Dengan menafikan segala sifat ini, maka fana lah kita, lalu yang wujud ketika itu dah tentu lah, hanya Allah semata2. Pening ke? Jangan pening2 lah. Baca balik semua tajuk2 lepas, insyaAllah boleh faham.

Kita balik kepada soalan aku kenapa rata2 orang kat Malaysia ni wuduk lebih dari 4 anggota. Sebenarnya, it is the wisdom of Rasulullah Muhammad SAW dan para ilmuan arrffin billah sebelum kita; menambah lagi anggota yang nak kita sucikan. Bukan lah memandai2 macam kata mahadaya tu "tak mungkin Nabi akan override perintah Allah".

Brother, Nabi kita bukan bodoh. Baginda cuma UMMI yaitu buta huruf. Ini adalah atas kehendak Allah untuk membuktikan bahawa AQ itu adalah mukjizat yang datang dari Allah. Lojiknya kan mustahil seorang yang buta huruf, tak tau membaca dan menulis, boleh menghasilkan satu buku hebat seperti AQ. Manusia ni memang degil. Dah la bodoh, sombong pulak tu. Kalau tak bagi bukti, tak nak percaya.

Korang baca lah AQ tentang kedegilan kaum2 jenis manusia ni, melawan ajaran2 Rasul2 yang di pilih Allah untuk membetulkan dan menyelamatkan mereka. Macam2 ada. Semua nak tanya. Semua tak puas hati. Sampai ada kaum yang nak suruh Nabi Isa hidupkan orang yang dah mati. Itu pun Tuhan bagi mukjizat pada Nabi Isa untuk buktikan. Last2 apa dia orang buat? Nabi Isa pulak di katakan anak Tuhan. Buat pulak agama baru. Nampak tak?

Jadi jangan la heran, kalau zaman kita ini, ada orang macam mahadaya, nak cuba promosikan agama baru. biarkan la dia dengan dunia dia. jangan la korang mintak simpang malaikat 44 pulak. hahaha. simpang apa? malaikat apa yang 44 tu? Jangan sebut apa yang kita tak tau. Mintak hidayah dari Allah dijauhkan dari godaan dan tipuan iblis syaitan. Itu lebih baik. Benda2 macam ni Allah dah sebut dalam AQ. Korang baca la Surah Al-Mai'dah jugak Ayat 101 dan 102. Kat komen aku tajuk lepas pun ada aku sertakan ayat2 ni.

Aku baru jumpa blog2 ni yang menerangkan pertikaian pasal ayat AQ kenapa dibariskan seperti. yang diperjuangkan oleh mahadaya. Satu lagi pasal percanggahan ayat2 Taurat dan Injil yang ada pada hari ini yang dikatakan firman Tuhan. Klik je kat perkataan2 merah kat bawah ni.

Sistem Fitnah

Percanggahan ayat di dalam Taurat dan Injil

Korang layan dulu. Nanti aku sambung topik wuduk ni.

Salam buat semua. Aku sambung lagi bab wuduk ni. Tapi sebelom tu, biar aku jawab persoalan sahabat ku mahadaya. Dia bertanya, tahu kah kita maksud Allah. Sapa nak jawab. Korang jawab lah. Allah iaitu Zat Yang Maha Esa. Yang Maha Empunya. Yang Memiliki Segalanya. Termasuk engkau, aku, dia dan mereka2 itu. Tak kira lah engkau bangsa apa, agama apa, semuanya Dia yang punya. Pendek kata, apa saja yang terlintas, semuanya Dia. Dari yang sebaik2nya dan seburuk2nya, tak terkecuali. Dan oleh itu, siapa kita? Makanya lah kita belajar mengenal diri supaya kita kenal, siapa Dia.

Mari kita cuba test fakta yang mahadaya cakap. Dia kata nabi yang terima AQ adalah Raja Ahmad berketurunan raja melayu. Kalau melayu sure bermastautin di Tanah Melayu. Dan sekitarnya lah seperti Indonesia, Filipina, Cambodia, Thailand dan sebagainya. Dah tentu dia bertutur bahasa melayu. Soalan aku, kenapa Tuhan turunkan AQ dalam bahasa Aramaya (ni kata mahadaya). Kenapa tak dalam bahawa melayu. Kita tengok kitab2 yang dahulu, semua di Tuhan turunkan dalam bahasa yang difahami oleh rasulNya ketika itu.

Kedua, berbalik kita kepada ayat wuduk ini. Kalau kat tanah melayu la, kita ada banyak sungai2 dan mata air. Kita tak pernah kekurangan air. Makna kata, kita sentiasa ada air. Pada aku mungkin tak logik Tuhan nak suruh guna debu untuk bersuci. Rasa aku lah. Mungkin ada sebab tersendiri, ini cuma logik akal. Tapi akal bukan segala2nya, makanya kita diberi hati. Hati yang ikhlas akan dapat memahami, kerna di situ lah contact point kita dengan Tuhan. Dan ayat2 AQ, kita baca dan fahami dengan hati yang 'mutmainah'. Bersih dari nafsu2 amarah. Hati yang tenang. Selebihnya, aku serahkan kat kamu semua untuk memikirkan nya.

Cukuplah setakat tu bab mahadaya. Jom teruskan. Macam aku cakap kat atas, anggota2 yang wajib tayang (hehe), wajib basuh la, cuma 4 je. Muka, 2 tangan, kepala dan kaki. Selebihnya tu, penambahan. Korang nak buat 4 tu je, cukup dah. Nak buat lebih, terpulang. Asal korang tau mana asalnya dan kenapa dan yang lebih penting, boleh ke. Boleh ni kena la balik pada hati. Tanya lah Tuhan boleh ke. Kalau Dia kata ok, buat lah. Kalau kataNya jangan, jangan lah. Tapi kalau kau nak ikut ustad ke sapa ke, jugak terpulang. Sendiri pakai, sendiri tanggung.

Bak kata saudara Ismail kat komen dia bawah ni, Tuhan tak redha kalau kita bawa diri kita bertemu Dia. Aku tak bercadang nak komen benda ni sebab banyak lagi cerita aku. Tak sampai lagi ke situ. Entah2 ilmu aku tak sampai ke situ lagi kot. Haha. Mungkin korang boleh la muzakarah dengan Ismail directly, kalau hang tak sabar.

Dan setelah, siap kita berwuduk, maka sedia lah kita untuk memasuki perbuatan solat. Masih guna ayat yang sama, Tuhan kata "Aku mahu menyempurnakan nikmatKu supaya kamu bersyukur". Nikmat apa yang mahu Tuhan sempurnakan? Kita sambung dalam topik perbuatan2 dalam solat.

Wassalam.