Friday, October 30, 2009

Percaya dulu...

Semasa sekolah dulu, aku di ajar Rukun Iman dan Rukun Islam oleh ustaz dan ustazah. Satu benda yang selalu jadi tanda tanya, mana satu dulu. Rukun Iman dulu ke, Rukun Islam dulu?

Rukun Iman biasa la ada 6 perkara. Percaya pada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Akhirat dan Qada dan Qadar. Semuanya bersangkut pada kepercayaan kita atau lebih tepat lagi Akidah. Dalam Rukun Iman ni, 5 dari nya benda yang kita tak nampak dan tak tau. Maknanya benda ghaib la. Macam mana tu? Hehe. Allah dah tentu la Yang Maha Ghaib ('Ghaibul 'Ghuyub). Malaikat pulak ghaib jugak. Rasul2 masa zaman dia tak le ghaib, tapi zaman kita ni kira ghaib ler, kita tak pernah tengok. Akhirat dan Qada' dan Qadar lagi la masalah, benda yang akan datang, nasib kita elok ke tak elok ke. Lagi la tak tau.

Jadi 1 perkara yang kita pasti dalam Rukun Iman, yang boleh kita pegang, boleh lihat dan baca kat sini adalah Kitab. Kitab2 yang terdahulu Taurat, Zabur dan Injil pun banyak yang dah diubah, ditokok tambah dan dipalsukan kecuali AlQuran. Yang ni Allah jamin ketulinannya. Bukan 1 year warranty beb. Sampai kiamat Allah jamin. Kalau yang lain2 tu, aku malas nak cakap la. Hadis kalau yang selari dengan AlQuran, aku setuju. Jangan pulak korang kata aku pengikut Kassim Selamat. Eh sori. Bukan Kassim Selamat. Kassim Ahmad la. Maaf Pak Kassim. Saya tak tuduh bapak macam tu. Bukan keje saya nak hukum2 ni.

Macam mana aku tak cakap macam tu. Kalau baca Quran pun boleh berdosa, sapa nak baca Quran? Kalau lidah Jawa, India, Cina walaupun dah lama ngaji, mana nak dapat pronounce ayat Quran betul2 ikut idhramnya. Mana datang hukum ni? Kalau nak tunggu ada wuduk, baru boleh baca Quran, berapa minit je kita dapat baca Quran dalam sehari? Si mat2 saleh, mem2 saleh yahudi ke nasrani ke komunis macam2 bangsa, macam2 ilmu dia orang dapat dari Quran. Macam2 bahasa dia orang terjemahkan. Yang kita nak baca "life manual" kita sendiri, boleh berdosa? Aku cari dalam Quran, Allah takde pun cakap macam tu.

Rukun Islam pulak ada 5 perkara. Mengucap Syahadah, Sembahyang, Puasa, Zakat dan Haji. Semuanya berkait pada perbuatan. Kita yang kena buat semua kerja2 ni.

Kalau kita tengok di zaman kita ni la, nampak gaya macam Rukun Islam dulu. Aku cakap macam tu sebab, bila orang masuk Islam (yang mualaf la ye, yang semulajadi lahir dalam keluarga Islam aku tak mau sentuh dulu), lepas dia mengucap 2 Kalimah Syahadah, sah ler dia jadi Islam. Maka mula lah dia mengerjakan perbuatan2 tadi iaitu Sembahyang, Puasa, Haji dan Zakat. Adakah dia dah buat Rukun Iman tu percaya kepada semua tu, Allah Hu Alm. Dia dengan Allah je tau.

Kat sini baru aku nak sentuh tentang Sunnah Nabi. Aku dah letak link kat sini tentang maksud As Sunnah ni. Tengok la sendiri. Kat nota Power point tu tertulis "In Islam, the Arabic word As Sunnah has come to denote the way Prophet Muhammad (saw), the Messenger of Allah, lived his life". Bahasa melayu nya "Dalam Islam, perkataan Arab Sunnah itu bermaksud cara Rasulullah Muhammad (SAW) menjalani kehidupannya. Dulu aku sering tertanya2, apakah cara hidup Rasulullah itu dikira bermula dari tarikh dia di angkat menjadi Rasul oleh Allah, ataupun cara hidup itu bermula dari lahirnya beliau.

Kita sumer tau, Rasulullah ni MAKSUM di jamin hidupnya, akhlak keperibadiannya oleh Allah. Makanya ciri2 sifatnya, Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah. Dalam melayunya Benar, Amanah, Menyampaikan dan Bijaksana. Jika kita baca riwayat hidup beliau, sejak lahir lagi beliau telah di jaga oleh malaikat atas perintah Allah. Semuanya untuk melengkapkan peribadi beliau untuk menjadi Rasul yang akhir.

Perkara ini lah yang aku rasa sering kita lupakan di dalam mengambil Sunnah. Nabi Muhammad (SAW) di lantik menjadi Rasul pada umur 40 tahun. Semenjak Baginda menjadi Rasul, apakah yang di ajarkan oleh Baginda kepada pengikut2nya? Tak lain tak bukan, Percaya kepada Allah. Di zaman Arab Jahiliyah yang mana rata2 mereka menyembah berhala, Rasulullah di beri tugas berat oleh Allah untuk menyatakan adanya Tuhan Yang Maha Esa. Lafaz "Ahadun Ahad" adalah yang di ajarkan kepada pengikutnya. Itu lah lafaz atau zikir yang sentiasa di ucapkan oleh mereka masa tu.

Masa tu belum ada Sembahyang lagi. Bila Baginda mula sembahyang? Setelah kematian isterinya Siti Khadijah, yang sentiasa menyokongnya, Baginda berada di dalam kesedihan yang amat sangat. Ketika ini lah, Allah memerintahkan malaikat Jibril untuk membawa Baginda, Israk ke Baitul Muqaddis dan kemudiannya Mikraj ke Sidratul Muntaha untuk mengambil perintah Sembahyang. Waktu itu Rasulullah berumur 53 tahun, genap 13 tahun Baginda menjadi Rasul.

Cerita ni semua ada dalam Quran la. Bukan dongeng. Sapa yang pernah baca Tafsir AlQuran, tentu terjumpa sejarah Rasulullah sebelum bermula Surah AlFatihah. Yang tak pernah baca, pegi la baca. Jangan hafal sejarah melayu je. Selama 13 tahun, Rasulullah dan pengikut2nya beramal dengan zikir dan ayat2 Quran yang di wahyukan Allah kepada Baginda. Semuanya untuk membina dan menguatkan iman mereka terhadap Allah. Belum sembahyang lagi.

Tentu ada yang tanya, hehe, kenapa 13 tahun? Allah Maha Mengetahui. Rasulullah turun ke bumi membawa perintah Sembahyang. Nasib baik cuma 5 waktu. Kalau kena 500 waktu, mampus. Tak payah keje. Sembahyang je la. Ada kawan aku orang Jawa dia susun macam ni. Isya', Subuh, Lohor (ni slang Jawa la), 'Asar dan Magrib. Kita cantumkan huruf2 awal fardu2 sembahyang tu, jadi la ISLAM. Pandai jugak wak jawa ni. Lawak2 jugak. Betul! Kata dia la. Bukan kata aku. Allah Hu Alm. Luas ilmu Allah. Kalau habis air laut di gunakan jadi dakwat untuk menulis ilmu Allah, pun masih tak cukup untuk menulis ilmuNya.

Dan jangan pulak korang heran, kalau ustaz kat sekolah ajar, Rukun Sembahyang ada berapa? Ha, jawab! Biar la aku jawab. TELU LAS kata wong jowo. Melayu cakap 13. Ada betul? Hehe. Dan kalau korang pikir2, rata2 anak2 kita bila umur 13 ni, dah tentu baligh lah. Jarang ada yang tak baligh lagi. Dah wajib kena sembahyang kan! Lepas dah mak bapak nak tanggung2 dosa dah.

Apa yang aku nak cakap kat tajuk ni, yakin la. Percaya la dulu. Yakin seyakin2 nya. Ada gak aku dengar orang kata apa, Haqqul Yakin? Macam tu la agaknya. Rasulullah jadi Rasul umur 40 tahun dan baginda ambik masa 13 tahun nak kuatkan keyakinan umatnya masa itu. Cuma percaya kepada Allah Yang Maha Esa. Belum dapat sembahyang lagi.

So, pada hari ni, jangan la kita nak cap orang tak sembahyang tu tak Islam. Itu la ini la. Kalau Rasulullah sendiri umur 40 baru Allah angkat jadi Rasul, agaknya kita ni umur berapa ye Allah nak angkat kita jadi Khalifah? Bukan Khalifah macam Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali tu. Khalifah untuk diri dan keluarga kita cukup la. Umur 53 baru Rasulullah mula sembahyang. Berapa umur kita sekarang? Kita nak jadi lebih hebat dari Rasulullah ke?

So, kalau nak ikut Sunnah, ikut betul2. Omputih kata, life starts at 40. Betul ke? Tapi kalau korang nak jadi ustaz sebelum 40, go ahead. Hidayah Allah yang bagi. Cuma, tak payah la nak hukum orang lain itu ini. Salah ke kalau orang nak cari Tuhan? Kenapa ustaz2 tak nak ajar kat mana nak cari Tuhan? Kenapa nak rahsia2? Macam mana nak sampai tahap benar2 yakin Tuhan tu ada? Ustaz tak nak ajar. Nak belajar dengan sapa? Masuk tarekat, pun kena tuduh macam2. Allah jua lah Yang Maha Mengetahui.

Cuba cek diri sendiri. Benar2 yakin ke Allah itu ada? Allah itu Maha Esa? Malaikat tu ada? Rasul2 tu semua ada dan benar? Dah sampai makam Haqqul Yaqin ke? Kalau yakin kenapa nak ambik alih tugas Allah. Syurga neraka hak siapa? Dosa pahala sapa yang bagi? Kalau yang terang2 sesat, tak betul, akupun boleh guna akal. Tapi kalau benda yang ustaz sendiri tak boleh jawab, tak tau, agak2 la. Jangan main hentam je, kata tak betul. Sesat.

Kalau tak sesat, mana nak jumpa kan! Kalau aku bagi satu adress kata la rumah aku, yang korang tak pernah pegi, agak2 sesat tak nak cari? Tentu sesat lah. paling kurang, dua tiga kali pusing. Tanya orang sana-sini, singgah balai polis ke tanya, macam2 kan. Tapi bila korang dah berjaya sampai rumah aku, dalam sesat2 tu, next time korang nak datang lagi, tentu takde hal kan? Lancar je, terus sampai rumah aku. Silap2 aku pun tak tau jalan short cut yang korang pakai. So pikir2 lah. Jangan lak macam ni, korang dok relax kat rumah sendiri, tak cuba pun nak datang rumah aku, tiba2 ko call aku, ko kata si Mamat tu sesat tak jumpa rumah aku. Padahal, si Mamat dah dok borak minum kopi dengan aku. Ada faham ka?

Satu lagi, betul ke Allah takde bagi ilham kat kita? Pendek betul la pikiran setengah2 orang ni. Aku tak mau cakap sapa la. Memang la Allah bagi wahyu kat Rasul2. Kat kita ni mana la ada wahyu. Tapi, ilham memang ada. Apa korang ingat Allah bagi ilham tu pasal ilmu agama je ke? Ingat Alexander Graham Bell tu cipta talipon, dia pikir sendiri ke? Lupa ke siapa punya Ilmu semua tu?

Yang Maha Pencipta tu sapa? Yang Maha Mengetahui tu siapa? Tuhan mat2 saleh tu lain ke daripada Allah? Kalau korang kata ada Tuhan lain, aku tak leh nak cakap apa dah. Dia orang nak sembah apa, yang tu lantak depa la. Tapi Tuhan cuma satu je. Allah. Full stop. Jangan silap beb. Syirik nanti. Tanggung la sendiri.

M.Nasir dulu tiap2 tahun menang juara lagu, sapa bagi dia ilham cipta lagu? Ada korang pikir tak? Sori ye bang Nasir. Pakai nama abang sikit. Nak bagi paham. Kalau Allah boleh bagi ilham2 ilmu2 yang lain tu, mustahil ke Allah nak bagi ilham tentang ilmu mengenal Dia? Tentu Allah lebih suka, hambaNya nak tau lebih lagi tentang Dia.

Give this a thought, kalau minat aku nak kenal Allah, tentu la aku akan tanya kat Dia macam ni, "Boss ajarkan lah tentang Dirimu". Lepas tu aku duduk berfikir. Konon2nya macam aku yang pikir. Padahal habuk pun tara. Pikir la macam nak rak. Kalau Allah tak bagi ilham, sia2 je. Takde makna pun. Tapi kalau Allah bagi hidayah nak bagi ilham, zass, kejap je aku tersengih2 sendiri. Alhamdulillah Boss, dah tau. Yang tu contoh je la. Bukan aku dapat pun.

Yang aku tak paham, ada orang boleh bagi statement macam ni.

"Tetapi dengan melalui zikir dan wirid yang berat-berat ini, mereka tidak mendakwa dapat mencapai ilmu sains teknologi, sedangkan mereka menggunakannya dengan paling maksimum"


Aku tanya Boss, ilmu tentang Dia, takkan Dia nak bagi aku ilmu macam mana nak buat Apollo 13 kot? M. Nasir keje dia buat lagu, Allah bagi dia ilham cipta lagu. Senang citer, korang baca la kat bawah ni:

Malaysian scientist to patent hydroxene to power motorcars

A car that runs on water and petrol? That would be a breakthrough technology in these times of escalating fuel prices. And one man says it can be done.

Dr Halim Mohammed Ali, 40, claims he can reduce fuel consumption by half with the Hydrogen Fuel Technology (HFT) or hydroxene.

Water molecules are split into hydrogen and oxygen through high compression nano-technology before being pumped into the fuel line, he said.

"The new fuel mixture of petrol or diesel, hydrogen and oxygen is then injected into the engine where combustion takes place," he said at the launch of hybrid cars by a dealer here.

Halim, who has a research centre in Putrajaya, said that he first patented hydroxene four years ago and would be re-filing the patent in the next two months.

He said that although he has received offers to sell the technology, some offers amounting to US$26 million (Bt988 million), he had no intention of letting foreign parties get hold of it.

As simple as it sounds, Halim is quick to add that the technology is difficult to copy, as it has a "secret recipe" which very few people know about.

Halim, who has a doctorate in Physics from Birmingham University, said over 12 million rinngit (Bt125 million) had been spent on hydroxene research and development in the last four years.

Halim said the technology had been tested on some 200 Proton cars, as well as on a vehicle used by Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.

The Star

Asia News Network

Johor Baru, Malaysia

Dr. Halim ni canggih. Orang Malaysia berbangsa Melayu dan aku rasa orang Islam la. Tentu dia percaya Allah. Kalau dia hari2 berdoa pada Allah mintak ilmu hidrogen tu, dan hari2 dok pikir pasal ilmu tu, takkan Allah bagi dia lagu MUSTIKA la pulak. Sesuai la dengan permintaan dia. Dapat la dia ilmu hidrogen.

Jangan la kata, takde orang Islam yang dapat ilmu sains & teknologi. Allah bagi ilham sesuai la dengan permintaan kita. Kalau kita khusyu' dan tawadhuk di atas sesuatu ilmu itu dan bersungguh2 untuk mendapatkannya, pasti Allah bagi. Bahagian masing2 la. Susah ke nak faham?

Tak tau la aku. Rasional la sikit. Cuma satu pesanan, tiada yang mustahil bagi Allah. Apa pun Dia nak buat, sekelip mata je. Kata budak2 sekarang, celah gigi je. QUN FAYA QUN.

Entah la. Tepuk dada tanya la diri sendiri. Kalau tak tau, belajar lagi. Macam mana cara nak bagi dapat Haqqul Yaqin, korang tanya Tok Belagak. Nak belajar, cari dia, jangan cari aku. Aku tukang karut je. Hehe.

Allah Hu Alm.








Thursday, October 29, 2009

Manusia - Engkau, Aku, Dia


Di bawah tajuk Basmalah, ada aku sebutkan mengenai angka 19. Aku katakan Basmalah itu terdiri daripada 19 huruf. 19 huruf ini terlupus di dalam Alif iaitu 1 lagi huruf. Lalu jika aku gabung semuanya maka jadilah Alif Basmalah = 20 huruf. Sekali lagi, aku tak nak pening2kan kepala kau orang. Yang belajar bab ni, dia faham lah. Terpulang lah, faham masing2. Aku tak heran pun. Ustaz lain2. Guru lain2. Ilmu Allah luas. Bukan ustaz2 dan tok2 guru je Allah bagi ilmu.

Ahli Sunnah Wal Jamaah pun ada 4 mazhab. Apa nak heran. Itu belum lagi Syiah. Ada banyak mazhab lagi. Wahabi lagi. Tu belum lagi masuk ajaran2 yang di hukumkan sesat oleh sesetengah pihak. Malas nak cakap la pihak mana. Ada banyak lagi tu. Nak kata dia orang tak betul, tak Islam? Nanti dulu brother. Pikir masak2. Lu sapa nak cakap macam tu.

Pada aku, yang penting aku tau apa jalan aku. Masa nak balik nanti, Boss tak tanya bini aku, anak aku, cikgu aku, ustaz aku malahan mak bapak aku. Yang Boss akan tanya, adalah aku. Yang nak tanggung siksa kubur ke; aku. Panas tak panas padang Mahsyar pun aku yang kena rasa. Yang nak lalu titian Siratal Mustaqim pun aku. Yang nak masuk neraka pun aku. Yang nak masuk syurga pun aku jugak. So sendiri mau ingat la kan.

Yang penting pada aku, jangan mengata atau menghukum antara satu sama lain. Ingat kita hidup ni tak lama. Entah besok lusa kita mati. Sultanul Wali Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani pernah jadi Mufti Besar masa zaman dia dulu. Last2 dia resign kerana tak mau terus menghukum. Ceritanya, bila dia solat, habis satu badan dia penuh dengan darah. Kenapa? Rupanya dalam dia bersolat itu, dia masih memikirkan akan hukum perempuan yang sedang haid. Allah beri hidayah. Lalu dia terus mengasingkan diri tak mau lagi jadi Mufti. So, fikir2kan lah. Jangan senang2 kita nak menuduh dan menghukum orang itu ini. Ilmu masing2. Pinjam kata Tok Belagak, kalau tak tau, belajar lagi. Moga2 Allah bagi hidayah. Dah melalut pulak aku.

Aku tadi nak bercakap pasal angka 20. Sifat 20. Nak kenal Tuhan, kena la tau sifat2 Dia. Dalam kitab Tauhid, pasti akan di ajarkan pasal Sifat 20. Yang belajar, tentu di bagi tau benda2 kat bawah ni:-

Zat - Sifat - Asma - Af 'Al

Aku sebenar malas nak sentuh bab2 ni. Bila kita dah mula ambik jalan ni, nanti faham lah sendiri. Baca lah blog2 atau web2 page lain yang banyak cerita pasal benda2 ni. Mana2 blog atau website yang aku terjumpa kat dunia maya ni yang ada cerita pasal bab2 ni, aku dah link kan kat sini. Sayang, aku tak tau macam mana nak add file kat sini, kalau tak ada dua tiga pdf file yang baik dapat aku add kat sini. Boleh ke? Sapa2 yang tau, tolong kasi ilmu.

Antara 4 perkara di atas tu, aku cuma nak cerita bab Sifat je kat tajuk ni. Sifat Allah yang kita pelajari ada 20 dan sifat2 ini pula di bahagi kepada 4 iaitu Nafsiyah, Salbiyah, Ma'ani dan Ma'anawiyah. Dan daripada 4 bahagian ni pulak, aku cuma nak sentuh Sifat Ma'nawiyah. Kenapa cuma yang ni aku sentuh? Sebabnya adalah kerana sifat ini lah yang dipinjamkan Allah kepada kita yang bernama Manusia buat menjalankan hidup kita hari2 kat dunia ni.

Sifat Ma'nawiyah ni ada 7 iaitu Haiyun, 'Alimun, Basirun, Sami'un, Qodirun, Muridun dan Mutakallimun. Senang cerita dalam Bahasa Melayu 7 sifat ini adalah Hidup, Berilmu, Melihat, Mendengar, Berdaya (Berkuasa), Berkehendak dan Berkata2. Macam aku cakap tadi, Allah bagi pinjam je. Rasa macam kita punya. Sebenarnya tidak. Cuma di pinjamkan je.

Sengaja aku susun 7 sifat tu macam tu sesuai dengan susunan sifat2 tu pada tubuh badan Manusia. Dengan Hidup, kita tegak bernafas dan berdiri. Mula dari atas, iaitu pada kepala otak kita, Allah pinjamkan ilmu2Nya. Bawah sikit pada mata kita, Allah benarkan kita melihat. Bawah lagi, kita mendengar melalui telinga. Turun lagi sampai ke tangan, kita berdaya (berkuasa) nak buat itu ini. Turun lagi pada hati, perut dan kemaluan kita, Allah letakkan nafsu supaya kita berkehendak pada makan minum, pakaian, kereta, sex dan macam2 lagi. Akhir sekali, bila kita berkehendak maka terlafaz la kata2 dari mulut kita mintak itu ini. Ngam2 Allah bagi kita 7 sifat tu untuk kita guna pakai.

So, pakai la dengan sebaik2nya. Kalau tak nak pakai pun takpe. Nak pakai buat benda tak elok pun boleh. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Nak buat apa pun boleh. Dia perkenankan. Cuma, tanggung je la sendiri nanti bila final chapter, Allah ambik balik semua sifat tu. Sendiri mau ingat la. Jawab sendiri beb!

Kalau nak tau kenapa aku letak Surah AlFatihah di awal tajuk ni, sebab Fatihah ni pun terdiri dari 7 ayat. 7 lagi. Kenapa 7? Yang tu korang kena tanya Allah sendiri. Macamana nak tanya Allah? Kena la belajar kan. Langit pun 7 lapis. Bumi 7 lapis. Nak cakap apa lagi. Kalau korang banyak belajar, mungkin pernah dengar ilmu Martabat 7. 7 jugak. Pening2. Tak usah pening2.

Apa yang aku nak cakapkan kat sini ialah, Fatihah itu lah yang perlu kita pakai untuk tubuh badan kita ni. Untuk menghidupkan rohani kita. Ada yang kata batin kita. Tak kisah la apa pun korang nak panggil yang di dalam tu. Yang penting pakai. Nak tau macam mana cara nak pakai, korang tanya Tok Belagak. Haha. Aku rasa dia tau. Lepas tanggung jawab aku.

Fatihah itu Ummul Kitab. Dalam English di sebut "the essence of Quran". Dalam bahasa Melayu agak2nya "intipati Quran" la ye. Sehingga ada hadis menyebutkan (yang ni korang kena tanya ustaz2 pakar hadis la) membaca Fatihah itu seolah2 membaca habis semua ayat dalam AlQuran. Ada faham? Begitu lah kekuatan Fatihah itu. Makanya sewaktu solat, kita kena baca Fatihah pada setiap raka'at. Tak faham lagi? Cukup2 la tu.

Tak tau la pada korang macam mana. Pada aku, pemahaman aku, 7 ayat dalam Fatihah ini lah yang perlu kita pakai bersekali dengan 7 sifat yang Allah pinjamkan tadi. Baru lah sempurna, zahir dan batin. Aku ada gak dengar orang cakap, Diri Zahir dan Diri Batin? Macam tu la agak2nya. Kalau yang kat luar macam2 kehendaknya, yang kat dalam tu nak jugak makan, tak begitu? Kalau dah dua2nya cukup makan, baru lah ngam boleh di panggil Manusia macam Aku dan Engkau dan mereka2 itu dan kawan2 mereka. Belum boleh panggil Insan lagi. Hehe.

Akhir kata, aku nak pinjam lagi kata Tok Belagak, kita "jazamkan" (susah aku nak guna perkataan ni) Fatihah ke dalam diri kita sebelum kita pergi jauh lagi ke langit ke 7 ke atau ke bumi ke 7 ke atau nak best lagi jumpa putri 7 ke...hehe

Allah Hu Alm.


Jangan sesat jalan beb

Surah Al Ikhlas

1. Katakanlah Allah Yang Maha Esa.

2. Allah tempat memohon sebarang hajat

3. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan.

4. Dan tidak ada sesuatu pun yang sama dengan-Nya.


Satu nasihat kepada sesiapa yang ingin memulakan perjalanan mencari Tuhan. Baca dan fahami benar2 ayat2 ini. Kerana, di dalam perjalanan nanti, pasti akan tiba suatu ketika, kita akan termanggu-manggu dek kehairanan. Apakah yang aku temui ini Tuhan? Apakah yang berkata2 kepada ku ini Tuhan? Apakah dia yang duduk di hadapan ku ini yang berwajah seperti aku ini Tuhan?

Makanya jangan hairan kalau ada yang mengatakan dia dah jumpa Tuhan. Ada juga yang berkata, Tuhan bercakap dengan aku tadi. Ada juga yang berkata, Aku lah Tuhan.

Jadi, fahami lah benar2 ayat2 di dalam Surah Ikhlas ini (terutamanya Ayat 4) dan pegang kemas2. Jangan mudah terpedaya dek hasutan iblis dan syaitan. Jangan lah berasa bangga kerana terlihat sesuatu yang tidak pernah kita lihat. Dan jangan terpedaya dek guru yang kurang faham dan pendek akal. Bertanya lah dengan guru2 mursyid yang benar2 faham.

Mengenal Allah bukan dan tidak pernah bermaksud kita ini bertemu dan berhadapan dengan Allah, apa lagi menyatu denganNya. Awas! Perhatikan Ayat 4 di atas.

Dan tidak ada sesuatu pun yang sama dengan-Nya.”

Sekiranya apa yang kita lihat dan jumpa itu berupa seperti sesuatu yang kita kenal dan tau; sudah pasti ianya bukan Allah. Jangan terperdaya. Makanya Allah itu Maha Esa dan tiada sesuatu pun yang sama dengan Nya.

Allahu Alm.

Saturday, October 10, 2009

Basmalah


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani.



Sesungguhnya bermula Al Quran itu dengan ayat Basmalah iaitu ayat pertama dari Surah Al Fatihah. Mudah kata, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Kerana pemurah dan pengasih Nya Allah, maka segalanya dizahirkan dan dinyatakan Nya di alam ini sehingga Dia Nya tiada nyata.

Dan adalah lahirnya aku di dunia ini, bersabit dari kasih sayang ibu dan bapaku di atas perkenan Pemurah dan Kasih dari Allah. Dari perlakuan kedua ibu bapa ku, maka lahir lah aku.

Basmalah terdiri dari 19 huruf. Banyak yang telah di perkatakan mengenai angka 19 ini. Terpulang lah pada ilmu yang kita semua pelajari dan fahami. Kepada yang belajar ilmu usul, pasti mendalami.

Buat aku, Basmalah terlupus di dalam Alif yang tersembunyi. Dan Alif pula hilang di dalam titik. Tak usah pening2. Apa pun yang tersurat atau tersirat, intipati Basmalah ini adalah Kasih Sayang. Kenapa kasih sayang? Kerana dengan kasih sayang ini lah, manusia di bumi ini dapat hidup harmoni. Jika ada kasih sayang antara suami isteri, pasti bahgia kan. Kalau antara adik beradik berkasih sayang, tentu seronok. Juga antara kawan dan teman, pasti gembira dan berkekalan dengan kasih sayang.

Lawan kepada kasih sayang adalah benci, hasad dengki, cemburu, tamak, haloba, khianat, bangga diri, ujub, takabur dan berbagai lagi sifat2 buruk yang diberi oleh Allah kepada kita bersekali dengan sifat2 yang baik. Cuba perhatikan kenapa hidup manusia ini penuh pancaroba? Tiada sebab lain! Manusia lebih suka melayan sifat2 buruk ini daripada hidup dengan kasih sayang. Maka berbangkit dari sifat2 buruk ini, lahirlah perbuatan sakit menyakiti, bunuh membunuh, bomoh membomoh dan macam2 lagi.

Lalu, iblis ketika bermohon tangguh kepada Allah, meminta agar diberi peluang untuk menyesatkan umat Adam. Permintaan yang di luluskan oleh Allah sehingga hari Kiamat nanti. Apakah sasaran utama iblis dan puak2nya dalam tugasnya menyesatkan manusia? Dah pasti, melalui sifat2 buruk manusia ini. Di mana duduknya sifat2 ini di dalam manusia? Jawapannya adalah hati. Di hati lah tempat segala sifat manusia itu bermukim. Jadi tumpuan iblis dan anak cucunya, tentu lah hati manusia.

Makanya, untuk mula menempuh jalan mengenal Tuhan, sudah pasti tuan2 akan di suruh mengamalkan zikir2 terpulang kepada guru2 tuan2. Kenapa zikir? Ya sudah tentu buat memukul hati. Zikir lazimnya di gunakan untuk memukul nafsu yang berpusat di hati. Mereka yang belajar, pasti tau akan tingkatan2 nafsu ini. Terus lah kita berzikir untuk memukul nafsu, sehingga berjaya mencapai tingkat nafsu yang paling aman.

Mereka yang berjaya menguasai nafsu, pasti lah hidupnya akan aman tenteram, walau apa jua melanda hidupnya. Di akhir2 bab memukul nafsu ini, kita akan merasa satu keinginan untuk hidup dengan penuh kasih sayang. Sayang pada isteri, anak2, kawan2, jiran2, dan siapa saja yang kita temui.

Akhir bicara, buat aku, Tuhan mahu kita berkasih sayang walau dengan siapa saja malah dengan binatang, pokok, tumbuh2an sekali pun. Dengan kasih sayang, segalanya akan aman. Dan fahami lah, tugas iblis dan puak2nya sebenarnya adalah untuk menghalang manusia daripada hidup dengan kasih sayang. Apabila timbul perasaan benci, cemburu, dengki dan sebagainya ini di dalam diri kita, maka bermula lah episod perbuatan2 keji seperti maki hamun, pukul memukul, bunuh membunuh, perang antara umat manusia, bomoh membomoh dan macam2 ada.

So, mari lah kita berkasih sayang. Akan lebih enak hidup ini. Allah Hu Alm.

Kasih Sayang

Malam tadi, selepas selesai aku berzikir, aku pun terus berbaring di katil. Sambil cuba melelapkan mata, fikiranku menerawang jauh. Semakin aku cuba lelap, semakin jauh ia menerawang. Akhirnya, aku akur dan penuhi fikiranku dengan persoalan2 yang dah lama aku tinggalkan. Begitu juga, setiap persoalan yang aku fikirkan, terus terjawab secara spontan. Sehingga lah aku mengambil keputusan, aku harus meluahkan semua yang ada di dada ku, di blog ini.

Harus aku nyatakan di sini, ucapan terima kasih ku buat teman sekolah ku (yang sehingga kini aku pun tak tau siapa dia). Haha. Nama blognya "Tok Belagak". Setelah membaca postingnya di blognya "http://darulsaka.blogspot.com/", makanya aku terdetik untuk menulis di sini.

BOSS!!!!!!! Dengan izin.

Aku bermula dengan Kasih Sayang Mu.