Sunday, December 9, 2012
Sembahyang @ Solat @ Selawat (11)
Thursday, January 19, 2012
Solat @ Sembahyang @ Selawat (10)
Wednesday, July 6, 2011
Solat @ Sembahyang @ Selawat (9)
Wednesday, June 22, 2011
Solat @ Sembahyang @ Selawat 8
Aku sambung cerita solat yang terbengkalai dekat 6 bulan tu. Setelah siap kita berdiri mengadap kiblat yakni Qiyam, maka sedia lah kita untuk masuk ke dalam pekerjaan solat seterusnya iaitu Takbiratul Ihram. Sebelum tu, elok aku senaraikan Rukun Solat kat sini supaya senang nak kita rujuk.
RUKUN SOLAT ADA 13 PERKARA :
1. Niat
2. Berdiri bagi yang mampu
3. Takbiratul ikhram
4. Membaca Al-fatehah
5. Ruku’
6. I’tidal
7. Sujud
8. Duduk diantara dua sujud
9. Duduk pada tahiyyat akhir
10. Membaca tahiyyat akhir
11. Membaca shalawat Nabi
12. Salam
13. Tertib
Kalau ikut senarai ni, dia kata niat dulu. Betul lah tu. Tapi ada juga senarai yang aku pernah baca yang kata, berdiri dulu baru niat. Tak kisah la tu. Buat lah ikut ilmu yang kau dapat. Kalau kita cari dalam AQ, tak jumpa senarai ni. Hehe. So, tak payah gaduh2. Benda kecik je tu. Nak tau besar kecik, senang je. Kalau benda yang terang2 Tuhan sebut dalam AQ, yang tu besar tu. Kalau takde, kecik la tu. So, gunakan lah akal yang Tuhan bagi bersekali dengan ilmu yang ada.
Sekadar perbincangan, pada aku, niat ni dalam hati. Bila kat dalam hati ni maknanya rahsia la. Bila rahsia, maknanya apa? Kau dengan Tuhan je tau. Setuju? Kalau tak setuju, tolong komen.
Aku nak guna satu ayat yang selalu kita ucapkan bila dengar khabar ada orang meninggal. “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”. Maksudnya apa? Ayat ini adalah sebahagian dari Surah Al-Baqarah, Ayat 156 yang ayat sepenuhnya bermaksud begini.
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Jadi, buat seketika, ramai dari kita, sedar bahawa kita ini semuanya adalah hakmilik Allah dan kepada Allah jua lah kita akan kembali. Aku guna perkataan “buat seketika” ada sebab. Sebabnya, bila orang mati je kita ingat yang kita ini hak milik Allah. Kalau takde orang mati, kita tak ingat. Kenapa perlu begitu? Kenapa tidak kita selalu beringat atau sentiasa ingat bahawa kita ni hak milik Allah? Kan bagus begitu. Kenapa bagus? Sebab bila sentiasa ingat kita ni hak Allah, baru la kita sentiasa ingat Allah. Bila sentiasa ingat Allah, baru la kita sentiasa ingat akan ayat2 Dia. Ajaran2 Dia. Suruhan2 dan tegahan2 Dia. Kan best kalau macam tu. Baru la boleh jadi insan kamil. Kamil mukammil. Dan entah apa lagi yang sama makna dengannya. Jauh dah aku melalut.
Ok la. Balik kita pada cerita niat tadi yang aku cakap hanya kita dengan Tuhan saja yang tau. Rasa2nya, Tuhan tau dulu ke; kita yang tau dulu niat kita? Kat sini aku nak guna ayat ni pulak yang selalu jugak kita gunakan hari2. Ia juga dikatakan salah satu zikir yang amat disarankan oleh Rasulullah Muhammad untuk kita amalkan. Kalau nak tau kenapa Rasulullah rekomen kuat ayat ni, korang cubalah amalkan. Ayat Hawqalah atau kalimah Toyyibah ini ialah:
"“Laa hawla walaaquwwata illa billahil’aliyil’adziim” yang terjemahannya bermaksud lebih kurang begini“ Tiada daya upaya melainkan dengan bantuan Allah dan tiada yang lebih berkuasa selain dia”
Dengan faham akan maksud ayat hawqalah ni, kita berbalik pada soalan aku tadi, sapa yang tau dulu akan niat solat kita, Tuhan atau kita? Tuan2 cuba jawab la sendiri. OK cukup la tu untuk merangsang minda korang.
Sebenarnya, masa kita dalam kereta sedang tercari2 surau atau masjid untuk menunaikan solat waktu atau solat apa saja, niat tuan2 dah terpasang dah. Tak begitu? Kalau tak, tak mungkin, tuan2 akan cari masjid kan. Turun dari kereta, tuan2 terus ke tempat wuduk, tak lain tak bukan untuk memenuhi kehendak niat tuan2 tadi. Niatnya apa? Nak tunaikan solat. Jadi akan berturut2an lah segala proses bermula dari drive ke masjid, ambil wuduk, kalau yang bawak kain pelikat, tukar kain dulu, sehinggalah tuan2 berdiri qiyam sebelum mengangkat takbir.
Masih nak berniat lagi? Ingat ya, lafaz niat dengan niat tak sama. Mengikut rukun solat tadi, dia nak yang mana? Niat ke lafaz niat? Hahaha. Jawab jangan tak jawab. Kalau tak tau, biar aku jawab. Cukup lah dengan niat. Kalau lafaz niat yang tu kat mulut. Ambik yang simple je. Maknanya, niat yang terbit di hati sanubari korang tadi masa driving tu, cukup lah. Yang dok sebok nak “usalli usalli” 4 5 kali masa nak takbir tu apahal? Mengacau konsentrasi orang sebelah kau nak solat je. Tak pasal2 kena maki. Ko tau apa orang sebelah tu maki kau dalam hati? Hahaha.
Kalau kau risau sebab tak lafaz “fardhol Zohri atau Asri” maka sebab tu kau nak lafaz niat jugak, ok aku nak tanya. Masa kau masuk masjid tadi waktu apa? Zohor ke asar? Masa niat kau terbit dalam hati sanubari kau tengah drive kereta tadi, masa tu masuk waktu apa dah? Jadi niat dalam hati sanubari kau tadi, tentu ada tercatat “aku nak solat zohor ke asar ke” kan. Tak begitu? So, sekarang kau tengah qiyam ni nak solat apa, tentu kau sendiri dengan Tuhan dah tau kan? Yang kau nak lafaz lagi tu nak bagi sapa tau dan dengar? Tak cukup ke Tuhan tau kau nak solat? Nak bagi tau satu masjid ke? Sebenarnya satu masjid pun dah tau kau nak solat. Kalau tak buat pe kau dah tercongok berdiri qiyam tu. Hahaha. Itu lah yang dinamakan niat. Kalau kau nak tau lebih lagi, bacalah blog2 lain pasal niat solat. Aku gerenti, pening kepala kau. Hahaha.
Tapi kalau korang masih nak “usalli usalli” lagi, terpulang la. Kata nak belajar mengenal diri, hakikat, makrifat. Tapi masih degil kuat dengan syariat yang tak bertempat. Tak berani nak cuba. Buat lah ikut ilmu yang kau dapat. Bukan niat aku nak kutuk syariat ye. Yang ni contoh. Terpulanglah. Boleh je, tapi jangan baca kuat2 dan jangan banyak2 kali. Takut ganggu orang sebelah kau solat.
Bertahun la nampaknya nak baca bab solat kat blog aku ni kan. Baru qiyam nak takbir. Tak jugak masuk2 solat lagi. Pasal niat je pun, berjela2. Sebenarnya, ni lah yang di katakan cubaan. Hehehe. Nak dapat ilmu kena la bersabar. Kalau nak cepat, banyak lagi blog2 pasal solat yang korang boleh baca. Kat blog aku ni, slow. Sebabnya, bila aku sentuh je bab niat ni tadi, dah macam2 Dia hantar kat kepala hotak aku ni. Takde maknanya aku memerah otak, sebab takde apa dalam otak aku pun. Korang dah baca ayat hawqalah tadi kan. Apa maksudnya? Tiada daya upaya aku, kecuali Dia.
Aku sambung lain kali la...bab qiyam ni.
Akhir kata aku sertakan sedikit kata2 ini yang aku jumpa bila aku revised kitab Ihya Ulumuddin. Terpulang kat korang nak cuba, try, tengok.
Berkata Imam Ghazali :
Aku berhasil terbuka segala hal serta mendapat barokah kerana aku melakukan wirid ini :
1. Hari jumaat membaca “YA ALLAH” 1,000 kali.
2. Hari sabtu membaca “LAA ILAAHA ILLALLAH” 1,000 kali.
3. Hari minggu membaca “YAA HAYYU YAA QAYYUM” 1,000 kali.
4. Hari isnin membaca “LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLA BILLAHIL ’ALIYIL’ ADZIIM” 1,000 kali.
5. Hari selasa membaca Selawat 1,000 kali.
6. Hari rabu membaca Istighfar 1,000 kali.
7. Hari kamis membaca “SUBHAANALLAHIL’ADZIIM WABIHAMDIHI” 1,000 kali.
Untuk mensucikan niat, mulakan dengan “Ilahi anta maksudi, wa ilahi anta maksudi”. Semuanya ke Dia. Kalau dapat apa2, 10 persen ek. Hehehe.
Thursday, December 23, 2010
Solat @ Sembahyang @ Selawat (7)
"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram; dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan."
Jadi perintah mengadap ke mana dah ada, so cari2 lah kompas ke, matahari ke, untuk dapatkan arah Masjidil Haram. Perlu diketahui bahawa di awal2 Rasulullah Muhammad mengerjakan solat, arah kiblatnya adalah Baitul Muqaddis. Dek kerana ianya diperlecehkan oleh kaum yahudi kerana menurut mereka Rasulullah mengikut arah kiblat mereka, maka baginda berdoa kepada Allah agar kiblat umat Islam ditukarkan ke arah Baitullah. Malah baginda biasa bersolat di penjuru Kaabah, supaya beliau dapat mengadap kepada kedua2 arah iaitu Baitul Muqaddis dan Masjidil Haram sekaligus. Lalu, baginda pun berdoa kepada Allah agar diturunkan perintah untuk menukar arah kiblat. Ini jelas sekali seperti yang dijelaskan Allah dalam ayat berikut.
Surah Al-Baqarah, Ayat 150
"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram (Ka'bah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada mereka, dan takutlah kepada-Ku (semata-mata); dan agar Aku sempurnakan nikmat-Ku kepadamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar)."
Kiblat Hakikat
Surah Al-Baqarah, Ayat: 115
Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui.
Sesungguhnya, inilah kiblat kita yang sebenar2nya. Kemana saja kita memandang atau mengadap, itu lah kiblat kita kerana di situ lah wajah Allah. Benarkah Allah berwajah? Tak payah la korang pikirkan. Ingat lah sifatNya yang "tidak bersamaan dengan sesuatu yang baharu" iaitu "Laisa Kamislihi Syai'un". Pokok perkara, kita mengadap Allah. Ini dinyatakanNya dalam ayat di bawah ini:
Dalam ayat ini, terjemahannya, "tiada sesuatupun yang sebanding dengan zat-Nya". Jadi, usah lah kau fikirkan akan wajah Allah ni. Nanti kalau dah kenal, kau sendiri akan tau dan faham.
Jadi, di antara 2 kiblat ini, sebaik2nya kita hadap la kedua2nya. Tapi kalau tak dapat atau belum dapat mengadap kedua2 sekali, hadap la 1 dulu. Dan kalau kita tak dapat hadap kiblat syariat, jangan risau, kiblat hakikat ada. Jadi maksudnya, kat mana pun kita boleh solat! Ada faham?
Aku bagi contoh. Kata la kau naik kapalterbang, orang Indon kata pesawat, kau solat la mengadap wajah Allah. Begitu jugak kalau korang sesat dalam hutan, nak tengok matahari tak tau. So, hadapkan lah dirimu kepada wajah Allah. Kan senang. Apa nak susah2. Kalau kau baru pindah rumah la katakan, masih tak tau arah kiblat kat mana, gunakan lah kiblat hakikat ni. Aku rasa dah jelas kan.
Monday, November 8, 2010
Solat @ Sembahyang @ Selawat (6)
Ceh. Dah macam ustad la pulak pembukaan aku. haha. Malam tadi aku bukak blog ni nak sambung cerita pasal wuduk. Rupanya ada lagi komen dari sahabat aku, mahadaya. So tertangguh la, tulisan aku dek kerana menjawab komen2 dia. Korang baca la jawapan aku kat ruangan komen tajuk yang lepas.
OK. Terus sambung bab wuduk.
Perlu lah kita ketahui, bahawa wuduk ni diperintahkan bukan lah untuk membersihkan diri. Ianya adalah satu syarat untuk membolehkan kita solat. Ni macam pre-requirement la. Kalau tak wuduk tak boleh solat. Kalau nak bersihkan diri, baik la kita mandi, guna sabun Dettol banyak2, lepas tu sapu losyen banyak2, hahaha, baru lah bersih. Begitu lah juga, tayammum. Ianya untuk membolehkan kita masuk kepada solat. So, kalau takde air, gunalah debu tanah ke pasir seperti yang diperintahkan.
Banyak mana air nak guna? Satu kolah? Satu baldi? haha. Buatlah seadanya. Tuan2, zaman Nabi dulu, air amat sukar nak dapat. Dalam perjalanan baginda nak berdagang di atas unta, nak jumpa air di tengah2 gurun pasir tu, korang ingat senang ke nak jumpa air. Makanya, air disimpan macam emas. Dia orang guna sikit2. Reserve untuk minum. Kalau tak minum, 2 3 hari, apa jadi? Mati la beb. Tu baru 2 3 hari. Kalau seminggu macam mana? So, kepada mamat2 yang terer berilmu fekah, yang beriya2 cakap kalau tak basah seluruh tangan la, muka la, tak sah wuduk, sendiri mau ingat la. Tuhan dah kata, Dia bukan nak menyusahkan.
Makanya, Tuhan jugak kata, kalau takde air, guna lah debu untuk tayammum. Sebab kat tengah padang pasir tu, yang banyak debu! Masuk akal tak? Kan senang. Sikit punya hal la. Tak payah gaduh2, pendapat itu pendapat ini. Clean and clear. Dan kalau guna debu, sapu kat muka dengan tangan sekali saja pada dua anggota tu, dah cukup dah. Tuhan tak nak susahkan kita. Korang ingat apa rasanya, kalau sapu debu banyak2 kat muka. Best ke? Makanya, Dia suruh buat sekali je. Tak la, korang meludah2 ceh muka penuh debu. hahaha.
Lawak2 gak. Kita masuk bab serius. Rujuk balik Suruh Al-Maidah Ayat 6 pada baris akhir yang bermaksud "Allah tidak mahu kamu menanggung kepayahan tetapi mahu membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatKU kepada kamu, supaya kamu bersyukur".
Jadi jangan la heran, kalau zaman kita ini, ada orang macam mahadaya, nak cuba promosikan agama baru. biarkan la dia dengan dunia dia. jangan la korang mintak simpang malaikat 44 pulak. hahaha. simpang apa? malaikat apa yang 44 tu? Jangan sebut apa yang kita tak tau. Mintak hidayah dari Allah dijauhkan dari godaan dan tipuan iblis syaitan. Itu lebih baik. Benda2 macam ni Allah dah sebut dalam AQ. Korang baca la Surah Al-Mai'dah jugak Ayat 101 dan 102. Kat komen aku tajuk lepas pun ada aku sertakan ayat2 ni.
Aku baru jumpa blog2 ni yang menerangkan pertikaian pasal ayat AQ kenapa dibariskan seperti. yang diperjuangkan oleh mahadaya. Satu lagi pasal percanggahan ayat2 Taurat dan Injil yang ada pada hari ini yang dikatakan firman Tuhan. Klik je kat perkataan2 merah kat bawah ni.
Sistem Fitnah
Percanggahan ayat di dalam Taurat dan Injil
Korang layan dulu. Nanti aku sambung topik wuduk ni.
Wednesday, October 13, 2010
Solat @ Sembahyang @ Selawat (5)
Ok lah kita sambung topik Solat balik. Jadi, selepas mendengar laungan azan (kepada yang mereka2 yang tinggal atau bekerja dekat dengan masjid atau surau la atau yang rajin dengar radio RTM atau IKIM, hehe), sebelum nak solat, kita wajib ambik wudhu' dulu.
Al-Maidah Ayat 6
"Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang, maka basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah kepalamu, dan basuhlah kedua belah kakimu meliputi buku lali; dan jika kamu junub maka bersucilah; dan jika kamu sakit, atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan sedang kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah dengan debu yang bersih, sapulah mukamu dan kedua tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kepayahan, tetapi Ia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
Dah aku letakkan, terjemahan ayat AQ kat atas ni, kenapa kita kena berwudhu' sebelum solat. Yang ni perintah. Tak boleh tak buat. Bukan hadis ye. Dalam ayat ni, Allah SWT suruh kita basuh 4 anggota tubuh kita, yaitu muka, tangan, kepala dan kaki.
Akan tetapi, pada hari ini, rata2 di antara kita akan basuh atau basahkan 5 anggota. Tambahan pada telinga. Kenapa ya? Boleh sapa2 bagi tau?
Kita terus baca ayat tu lagi. Kalau takde air masa tu, Allah kata, boleh bertayamum iaitu gunakan debu yang bersih. So, kalau bertayamum, kita cuma perlu sapukan debu pada 2 anggota saja, yaitu muka dan tangan saja. Allah juga kata, Dia tak nak kita tanggung kepayahan kalau nak sapu kat 4 anggota tadi seperti wudhu' gunakan air.
Bab tayamum ni, aku tak sure, rata2 org2 Malaysia sapu berapa anggota. Apakah lebih dari 2 anggota atau lebih? Aku tak tau. Seumur hidup aku dah 47 tahun ni, baru sekali je aku pernah tayamum. Itu pun masa kecik dulu sekolah rendah, ikut2 bapak aku buat. Masa tu solat Jumaat. Kat masjid hari tu kering takde air. Bapak aku bawak aku pegi dekat kubur opah aku kat depan masjid tu, cari tanah debu. Masa dulu2, kubur banyak dalam kawasan masjid. Sapa duduk Kg Melayu Ampang, tentu tau. Masjid jamek lama Ampang ada kubur kat depan masjid tu. Dengan cara ni, takde la cerita pelik2 timbul pasal kubur. Hantu la apa la. Aman je, Takde apa pun. So, aku pun ikut je la macam yang bapak aku buat masa tu, ambik debu tanah kat tepi kubur opah aku tu, sapu kat muka sikit, kat tangan sikit. Settle! Ada la jugak pengalaman sebenar. Korang ada? hehe. Berlagak.
Gua ingat, gua rehat dulu la. Biar korang pikir2kan soalan2 aku tadi. Nanti sambung lagi.
