Thursday, December 23, 2010

Solat @ Sembahyang @ Selawat (7)

Qiyam = Berdiri tegak

Alhamdulillah. Segala puji2an hanya buat Dia yang Maha Agung. Zat yang berdiri dengan sendirinya. Hari ini Jumaat yang berbahgia ini, cukuplah sudah ada 2,000 pembaca yang melihat blog ini. Sama2 lah kita memulakan langkah untuk Dia agar dapat kita terus beriman.

Aku sebenarnya dah berazam untuk menyambung bab Solat ini bila cukup 2,000 visitors kat blog aku ni. So, mau tak mau, aku kena la tulis jugak sikit kat sini. Hahaha. Tapi sebelum aku masuk ke cerita Qiyam ni, aku nak sambung sikit cerita Wuduk pada bab yang lepas. Macam yang aku tulis sebelum ni, wuduk ini pada hakikatnya adalah penafian. Yakni kita menafikan wujud kita seperti yang kita lafazkan di dalam kalimah "La ila ha". Ia juga boleh disebut sebagai penceraian. Penceraian bermakna kita menceraikan wujud kosong diri kita dari Dia yang wajibul wujud iaitu wujud yang hakiki atau wujud yang sebenar2nya yang hadir pada lafaz "illa Allah". Dan setelah bercerai, kita akan masuk kepada penyatuan yakni bersatu dengan Dia.

Cerita mengenai penyatuan ini lah yang sering menjadi perbahasan, kesalah fahaman dan mungkin juga membawa kesesatan di kalangan pencari2 kebenaran yang mahu mengenal Allah. Bermacam2 telah ditulis mengenai perkara ini oleh mereka2 yang telah menempuhinya. Begitu juga berbagai2 perkara lagi telah ditulis oleh mereka2 yang tidak pernah menempuhinya. Jadi berlaku pertentangan pendapat, tuduhan sesat, kafir dan sebagainya. Ada yang menyatakan "aku lah Allah". Ada juga yang menyatakan, "mana ada Tuhan" dan berbagai2 lagi.

Semuanya terhasil dari pengalaman masing2 yang dilalui oleh para salik di dalam perjalanan mengenal Tuhan. Oleh itu, aku ingin berpesan di sini bahawa pengalaman yang kita masing2 lalui adalah PRIVACY = SULIT = RAHSIA. It is meant for you only. Allah beri hidayah buat kita mengenalNya melaluiNya. Ianya tidak mungkin dapat kita ungkapkan dengan tepat melalui kata2. Biarpun kita mencuba menghuraikan dengan beribu patah perkataan. Buat mereka yang telah melalui pengalaman ini, amat mudah untuk difahami. Tetapi bagi mereka2 yang belum melaluinya, pasti timbul tuduhan2 kafir, sesat, dan sebagainya. Makanya, ilmu ini sering dikatakan ilmu rahsia dan cuma boleh di ceritakan kepada yang ahlinya sahaja. Dari sebab ini juga, kebanyakan guru2 mursyid aliran2 tarekat, mendidik para salik berdasarkan pengalaman sendiri anak2 muridnya.

Ok lah. Kita masuk kepada qiyam iaitu berdiri tegak. Untuk memulakan pekerjaan solat kita kena berdiri tegak. Dan berdiri tegak ini mengadap kiblat. Aku akan sentuh bab kiblat kejap lagi. Adapun berdiri ni kena lah tegak2. Jarak antara kedua kaki lebih kurang sejengkal. Chest up (Dada kedepan) dan rasakan tulang belakang kita benar2 lurus. Berat badan kita arahkan ke depan dan di imbangi oleh jari2 kedua belah kaki kita.


Kiblat

Sebenarnya kiblat kita ada 2. Dalil2 mengenai arah kiblat untuk kita mengadap ketika solat adalah:-

Kiblat Syariat

Surah Al-Baqarah, Ayat : 149

"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram; dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan."

Jadi perintah mengadap ke mana dah ada, so cari2 lah kompas ke, matahari ke, untuk dapatkan arah Masjidil Haram. Perlu diketahui bahawa di awal2 Rasulullah Muhammad mengerjakan solat, arah kiblatnya adalah Baitul Muqaddis. Dek kerana ianya diperlecehkan oleh kaum yahudi kerana menurut mereka Rasulullah mengikut arah kiblat mereka, maka baginda berdoa kepada Allah agar kiblat umat Islam ditukarkan ke arah Baitullah. Malah baginda biasa bersolat di penjuru Kaabah, supaya beliau dapat mengadap kepada kedua2 arah iaitu Baitul Muqaddis dan Masjidil Haram sekaligus. Lalu, baginda pun berdoa kepada Allah agar diturunkan perintah untuk menukar arah kiblat. Ini jelas sekali seperti yang dijelaskan Allah dalam ayat berikut.

Surah Al-Baqarah, Ayat 150

"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram (Ka'bah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada mereka, dan takutlah kepada-Ku (semata-mata); dan agar Aku sempurnakan nikmat-Ku kepadamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar)."


Kiblat Hakikat

Surah Al-Baqarah, Ayat: 115

Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Sesungguhnya, inilah kiblat kita yang sebenar2nya. Kemana saja kita memandang atau mengadap, itu lah kiblat kita kerana di situ lah wajah Allah. Benarkah Allah berwajah? Tak payah la korang pikirkan. Ingat lah sifatNya yang "tidak bersamaan dengan sesuatu yang baharu" iaitu "Laisa Kamislihi Syai'un". Pokok perkara, kita mengadap Allah. Ini dinyatakanNya dalam ayat di bawah ini:

Surah Assyura, Ayat 11

"Dialah Pencipta langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan dari binatang ternak pasangan-pasangan; dengan itu dikembangkannya zuriat keturunan kamu. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan zat-Nya, dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat"

Dalam ayat ini, terjemahannya, "tiada sesuatupun yang sebanding dengan zat-Nya". Jadi, usah lah kau fikirkan akan wajah Allah ni. Nanti kalau dah kenal, kau sendiri akan tau dan faham.

Jadi, di antara 2 kiblat ini, sebaik2nya kita hadap la kedua2nya. Tapi kalau tak dapat atau belum dapat mengadap kedua2 sekali, hadap la 1 dulu. Dan kalau kita tak dapat hadap kiblat syariat, jangan risau, kiblat hakikat ada. Jadi maksudnya, kat mana pun kita boleh solat! Ada faham?

Aku bagi contoh. Kata la kau naik kapalterbang, orang Indon kata pesawat, kau solat la mengadap wajah Allah. Begitu jugak kalau korang sesat dalam hutan, nak tengok matahari tak tau. So, hadapkan lah dirimu kepada wajah Allah. Kan senang. Apa nak susah2. Kalau kau baru pindah rumah la katakan, masih tak tau arah kiblat kat mana, gunakan lah kiblat hakikat ni. Aku rasa dah jelas kan.


6 comments:

  1. dah lama tunggu. cepat sambung bro..

    ReplyDelete
  2. thanx bro....
    gua baru je jumpa jalan nie...
    so dengan adanya blog lu nie banyak huraian yang gua dapat...
    jangan peduli ape orang lain nak kate...
    sebab dia orang masih pakai hukum akal...

    yakin..yakin..yakin
    selamat..selamat..selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dimanapon kamu menghadap di situ ada wajah Allah.kan ada ayat tu.

      Delete
  3. Bagus bro atas pencerahan ni.....tk

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. apa daa, kat mana2 la wajahNyatapi tk srupa dgn apa yg ada ni, kena yakin la ayt quran tu ishh

      Delete