Thursday, April 8, 2010

Mengenal Diri 2

Lama betul aku tak menulis kat blog ni. Last sekali aku tulis pasal Mengenal Diri bulan Febuari lepas. Bulan Mac aku cuti hehe. Maklum lah banyak masalah berbangkit. Alhamdulillah, aku tengok dah ada dekat 500 pelawat kat blog ni. Syukur lah ramai jugak yang minat nak tau pasal ilmu macam ni. Sama2 lah kita belajar untuk meningkatkan iman kita kepada Allah Rabbul Jalil.

Kali ni aku nak sambung bab zikir. Tajuk yang lepas aku anjurkan korang cuba mengamalkan zikir Nafi Isbat sebanyak 313 kali. Pada yang dah mencuba, korang tau lah hasilnya. Yang tak cuba, takde la jadi apa2. Macam aku pernah cakap dalam tajuk2 awal. Kalau tak cuba, tentu tak rasa. Dah cuba, baru tau. Baru dapat rasa. Benda ni ilmu rasa. So, kena lah buat, baru dapat rasa. Rasa yang macam mana? Yang tu, pengalaman masing2. Takde standard atau piawaian nak menentukan.

Bila aku cakap pasal mungkin ada yang nampak ular, harimau, malah mungkin anjing atau babi masa berzikir, mungkin ada yang tak percaya. Itu lah, kalau tak melalui, pasti takkan percaya. Sebenarnya semua tu berkait rapat dengan nafsu. Siapa2 yang pernah baca Ihya Ulumiddin karangan Imam Ghazali, tentu pernah baca perihal nafsu dan tingkatannya. Yang belajar ilmu Usuluddin atau Tauhid, tentu juga tau hal2 nafsu ni. Korang bacalah serba sedikit berkenaan nafsu ni kat blog yang aku dah link kan di atas.

Zikir selain untuk mengingati Allah juga bertujuan untuk memukul nafsu. Kepada golongan Tarikat tak kira la apa saja namanya, zikir ini amat penting. Setiap ahli pasti akan disuruh berzikir sekian2 banyak mengikut tahap peningkatan ahli2 tu. Guru akan sentiasa memantau mereka dan segala pengalaman yang dialami oleh murid akan diberitahu kepada guru. Sesuai dengan pengalaman itu, guru akan memberi zikir yang baru atau murid di suruh meneruskan zikir yang sama, bersesuaian dengan pengalaman yang di lalui nya.

Rata2 cara berzikir bagi mereka dipanggil zikir jahar. Amende pulak ni? Zikir jahar maknanya zikir dengan suara yang keras menjerit2. Biasanya di akhir setiap lafaz tu dihentakkan pada jantung/hati di dada kita sebelah kiri. Kenapa nak hentak kat situ? Sebabnya disitu lah sarang nafsu kita beb. Jadi jangan heran, kalau tengok orang berzikir kuat2. Ada gak yang sambil menari beramai2. Macam2 cara beb. Kadang2 nampak macam konsert rock la pulak. Haha. Jangan heran. Dan yang penting sekali, jangan la korang gelak kata ustad rock la apa la dan kata dia orang tu sesat pulak. Berbaik sangka la. Yang korang tengok konsert Search ke Wings ke tak pulak korang kata sesat. Hangguk2 kepala gak tu. Dalam perjalanan ni, berbaik sangka amat penting. Kalau tak tau, jangan komen. Lebih baik diam. Ingat cerita Nabi Musa dibawa berjalan dengan Nabi Khidir? Ha, macam tu la.

Ceh, dah bunyi macam orang Tarikat pulak aku. Tak lah, yang tu selingan je supaya korang tau kenapa kita berzikir. Sebenarnya pada aku, yang tu cara susah. Guru tak nak cerita dulu. Dia nak semua murid rasa dulu, baru dia cerita apa bendanya. Macam aku ni, cerita dulu. Baru buat. Macam aku cakap kat tajuk lepas, tujuannya nak kenal yang dalam. Ala susah sangat. Nak kenal diri la. Diri yang mana? Diri sebenar diri! Paham kan. Diri kita ni terdiri dari jasad dan roh. Jasad tentu kita dah kenal. Tubuh kita takkan la kita tak kenal kan. Kalau tak kenal lagi, korang tengok la cermin lama2. Hahaha.

Kalau tubuh badan kita, makanannya tentulah benda2 yang kita makan dan minum. Elok benda ko makan, elok la badan. Kalau tak elok, nasib la. Sendiri mau ingat la. Masalahnya, benda2 yang kita makan dan minum ni, berkait rapat la pulak dengan roh. Macam mana tu? Ye la, kalau dah makan minum benda2 yang haram, makin tersorok la roh dari pengetahuan kita.


Selingan.

(Maksud aku haram kat sini, ialah benda2 yang Tuhan larang yang disebut terang2 dalam AlQuran. Bukan benda2 yang ustaz/ustazah/tok guru haramkan ek. Kalau tak sure, belajar. Belajar kat mana? Baca lah AQ. AQ tu mudah je difahami lebih2 lagi ayat2 perintah. Orang bijak pandai kata hijab. Kalau manusia yang haramkan satu benda, tapi tidak diperintahkan Allah dan tak disebut dalam AQ, yang tu aku tak pakai. Kebanyakan kita suka menyebut ustaz tu ustaz ni bagus. Ajar terang, jelas. Semua hukum dia tau. Sampaikan benda2 dan perkara2 yang Tuhan tak sebut pun dia orang haramkan dan sesatkan. Terpulang kat korang. Ada akal gunakan lah. Hari ini, manusia lebih hebat dari Tuhan. Dengan mencipta macam2 hukum, orang ni kata orang tu sesat, dah tentu la orang tu pulak kata orang ni sesat. Habis sapa yang betol dan tak sesat. Makanya dalam AQ, Tuhan berkali2 sebut, "Tidakkah kamu berfikir?" Tuhan dah sebut tu, fikir lah. Berfikir pasti gunakan akal. Jangan ambik bulat2 pendapat, kata2, ajaran dan apa saja yang datang dari manusia. Bila aku cakap macam ni, tentu ada lagi yang akan kata aku anti Hadis. Sori beb. Lu salah. Gua bukan anti-hadis. Yang gua tolak, hadis yang tidak selari dengan AQ. Hadis berfungsi sebagai pelengkap AQ yakni memperjelaskan hukum2 dan cara hidup yang disebut Tuhan dalam AQ. Bukan melebihi dan mengada-adakan apa yang tiada dalam AQ. Tuhan dah jamin, AQ itu lengkap sebagai panduan hidup kita di dunia. Bila lengkap, pasti takkan ada hukum2 baru lagi selepas Tuhan isytiharkan ketika Nabi Muhammad melakukan Haji Perpisahan atau Hujjatul Wida' sebelum Baginda wafat di dalam Surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud: ‘…hari inilah ku sempurnakan agama mu ini untuk kamu sekalian, dengan Ku cukupkan nikmat Ku kepada kamu, dan yang Ku redhai Islam inilah menjadi agama kamu...'. Islam dah sempurna tuan2 dan AQ itu juga sempurna. Tinggalkan buku2 karangan manusia yang tuan2 selalu baca tu dulu. Mula lah baca AQ. Dah habis baca AQ satu round, tuan2 boleh ambik balik buku2 yang tuan2 minat tu, dan cek lah dengan apa saja hukum2 Tuhan yang tuan2 dah baca dalam AQ. Pasti tuan2, menggeleng kepala nanti dan bertanya "kenapa jadi begini ye?".

Benda dan perkara yang Tuhan larang inilah yang membuat kita makin terhijab dari roh tu dan jauh dari pengetahuan kita. Banyak orang lupa betapa pentingnya makanan ni. Ingat tak kisah Tok Nenek kita Adam dan Hawa? Kenapa Tuhan keluarkan dia orang dari syurga? Sebab makanan kan? Dia orang makan buah khuldi biarpun Tuhan kata jangan. Mat saleh kata Adam's apple. Haha. Tak kisah la tu. Nak jadi sebab je tu. Kalau dia orang tak di campak ke dunia ni, takde la kita hari ni kan.

Jadi bagi roh pulak, makanannya ada lah solat kita, zikir, selawat, takbir, tahmid, eh semualah yang membuatkan kita ingat pada Allah. Senang cakap macam ni la. Kalau percentage makanan bagi roh kita, lebih dari makanan untuk tubuh kita, insyaAllah, hijab tadi tu, pasti semakin lama semakin hilang. Sebab tu la orang suruh berzikir banyak2. Akhirnya, bila hijab tu dah hilang, maka makrifat la kita. Iye ke? Hehe. Iye la kot. Pasti ada pengalaman yang pelik bin ajaib yang akan korang tempuhi. Dan pengalaman ni tak sama Tuhan bagi pada semua orang. Pengenalan kepada yang dalam iaitu diri yang sebenar diri. Macam mana nak tau? Tu la aku suruh korang cari guru. Guru je yang tau samada korang dah mencapai makrifat ke apa ke. Entah2 setan iblis mana yang datang. Mana korang tau. Haha. Jangan main2. Jangan panik. Kalau takde guru, korang tumpang tanya la guru2 kawan2, sedara mara ke, macam yang aku buat dulu.

Sebenarnya, apa saja pengalaman yang korang lalui semasa berzikir tu, adalah manifestasi kepada sifat kebinatangan di dalam diri kita. Kalau sifat buruk kita tebal sangat, banyak la pengalaman2 ngeri. Hehe. Kalau datang anjing masa kita berzikir, itu menunjukkan sifat2 anjing yang ada pada kita dah nak keluar. Apa sifat anjing? Suka menyalak tak tentu pasal kan. Pemarah. Kalau babi pulak, sifat apa? Tengok la, babi. Tamak haloba. Semuanya dia nak bedal. Begitu lah seterusnya. Kalau nak tau lagi macam2 sifat2 kebinatangan yang ada pada kita jenis manusia ni, korang baca lah Ihya Ulumuddin tu. Beli satu set, simpan. Tak mahal mana pun. Tak kuasa la aku nak tulis banyak2 kat sini.

So kalau dah dapat pengalaman2 buruk ni, sendiri mau ingat la. Tuhan dah kasi tunjuk tu. Kalau nak terus meningkat lagi, tinggalkan la sifat2 yang dimaksudkan tu. Macam aku cakap tadi, sehingga lah akhirnya zikir kita dah best, takde lagi binatang2 tu datang tapi dah mula nampak cahaya. Mula2 kelam2. Lepas tu kelabu asap. Lepas tu entah biru ke, merah ke, kuning ke, nasib la beb. Rezeki masing2. Mungkin ada yang lama nak nampak cahaya ni. Ada gak yang cepat. Ikut kesungguhan korang, keikhlasan korang dan yang penting sekali hidayah Allah. Cuma aku nak pesan. Sebenarnya, aku dah pesan awal2 dah dalam tajuk "Jangan sesat jalan beb". Sekiranya apa yang kita nampak atau lihat merupakan sesuatu yang kita kenal atau tau, sudah pastinya itu bukan Tuhan. Jangan sekali2 terpesong. Jauh lagi tu beb. Ingat maksud ayat 4 Surah AlIkhlas yang aku sertakan kat situ. "Dan tidak ada sesuatu pun yang sama dengan Nya". Bukan, bukan, bukan.

Aku bagi peringatan ni bukan apa. Sebab aku dah pernah jumpa, orang yang mengaku dirinya Tuhan. Sambil minum air, dia berkata " Ha, ni dia tuhan minum air". Nauzubillah. Aku tanya kawan2 dia, kenapa dia boleh jadi macam tu. Kata dia orang, dia dah nampak diri sebenar diri dia. Yang dalam tu keluar duduk berdepan dengan dia, saling tak tumpah rupa dia. Dan dia dan kawan2 dia, ingat yang tu Tuhan sebab antara dia orang semua, dia sorang je yang dapat pengalaman paling hebat macam tu. Dan guru dia orang? Entah la. Malas aku nak sebut.

Sebab tu orang2 bijak pandai tu cakap, cari lah guru mursyid. Yang dapat membimbing ke jalan yang benar. So, dah aku bagi peringatan, hati2 lah. Jangan kita tertipu dek bisikan syaitan. Jangan heran kalau korang tiba2 nampak orang berjubah datang tengok korang berzikir. Tak tentu lagi tok wali yang datang beb. Ingat lah. Jin dan syaitan ni boleh merupai apa saja. Kat dalam serban dia orang tu, entah2 tanduk. Hehe. Bunyi macam lawak. Tapi serius ni. Jangan tertipu. Kalau nampak yang macam2 ni, buat tak tau je. Apa saja yang korang nampak pendek kata, pedulikan je. Jangan pulak bangga diri kot2 la ternampak syeikh itu syeikh ini. Cuba korang klik kat link atas tu, pasal benda2 ni lagi.

Akhir kata, kalau ada antara korang yang dah cuba zikir Nafi Isbat tu 313 kali lepas sembahyang, masih takde pengalaman apa2, korang lupakan je lah nombor tu. Stop counting. Korang belasah je berapa banyak yang mampu sampai tertido. Sebenarnya, zikir untuk mengenal ni tak payah pakai nombor2. Bagi aku la. Yang pakai nombor tu untuk tujuan tertentu. Amalan tok2 syeikh yang hebat2 yang bertaraf ahlul bait, para anbiya, wali, ariffin billah dan banyak lagi lah yang sewaktu dengannya. Dan dah terbukti berhasil. Bab ni kemudian lah. Sebab, kalau korang dah syok dengan amalan2 ni, biasanya perubatan la, nanti dok leka kat situ pulak. Lupa dah tujuan asal tadi, nak mengenal diri seterusnya mengenal Tuhan. Biasanya, ini satu lagi cobaan beb. Biasanya bila kita tiba di alam Malakut, banyak kelebihan yang Allah kurniakan yang mencarik adat especially untuk perubatan kita akan alami. Bab alam ni pun, kalau korang nak tau, baca la kat link atas tu. Pada kawan2 teman2 yang buat perubatan Islam, jangan marah beb. Aku tak bermaksud apa2. Yang ni cara aku. Sifu aku pesan, kalau nak mengenal Allah, naik dulu habiskan sampai ke daerah Lahut. Dah sampai ke situ, baru turun balik ke daerah Jabarut. Baru lah sempurna.

Tapi kalau ada sesiapa yang boleh bawak dua2 sekali gus, tentu lah lebih baik sekali. Hantam saja lah. Gua respek lu beb!



8 comments:

  1. Salam Sdr Bedol,

    Seronok baca ante punya pengalaman mengenal diri. Saya menulis di hakikatinsanmakrifat.blogspot.com.

    Bab zikir ni mesti bawa sampai kepada penyaksian hati kepada Wujud yang Mutlak supaya zikir tu tak terputus dan mendapat status solatul wusto.

    Slam perkenalan dari saya.

    ReplyDelete
  2. w.salam en. ismail,

    syukur lah tuan sudi membaca. saya dah pun melawat blog tuan. alhamdulillah,ada teman2 seperjuangan. cuma, komen saya terlalu ilmiah. cuma yg faham dapat memahami.

    tentang solat wustho atau solat daim, insyaallah nanti akan saya sentuh dalam tajuk sembahyang.

    yang kat sini, baru intro tuan.

    salam kenal juga dari saya.

    ReplyDelete
  3. Salam Saudara Bedol,

    Dah berbulan saya mengamalkan zikir nafi isbat tapi masih belum berhasil apa2. Adakah cara saya salah ?

    ReplyDelete
  4. tuan azmi,

    salam perkenalan. sebenarnya sy tak tau cara apa yg tuan buat. jadi tak dpt nak sy komen cara tuan tu betul atau salah. satu lagi tuan mengharapkan hasil yg mcm mana?

    ReplyDelete
  5. bile dah dapat solat daim..baru syok solat 5 waktu nih..x gitu encik bedol?

    ReplyDelete
  6. Saudara Azmi, sy serupa dgn tn, sy amik zikir TQN dr wakil talkin,sy juga belum berhasil,yakni bermaksud tiada mendapat pengalaman ghaib seperti yg tn gambarkn itu,juga seperti yg kitab2 gambarkan, apa yg sy dpt cuma gelap sebab mata pejam. serigkali jugak sy cuba merasa getaran zikir, membayang cahaya dari pusat ke dahi,then turun ke atas susu kanan dan ke bawah susu kiri, namun gagal,begitu juga zikir khofi,so adakah kaedah zikir sy salah? mohon tn bagitau kaedah yg benar,adakah dengan membayangkan zikir pukul ke hati?atau disetakan dengan memahami maksud zikir satu satu?,kalo tn dr TQN lagi bgs,sy dh blank tn

    ReplyDelete
  7. Sume bgntung kpd kurniaan allh n rasulnya bg ssiapa yg dkhndaki nya.....jln paling awal ialh bertobat sbnr2 tobat n carilh guru2 murabbi ke..mualim ke....muadib ke..atsu apa2 mu lh.....waallhualm

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum saudara bedol...saya sangat tertarik dengan blog tuan ni...terima kaseh diatas ilmunya walau pun saya tak paham...sedang melangkah perlahan2...

    ReplyDelete