Thursday, July 1, 2010

SOLAT @ SEMBAHYANG @ SELAWAT

Alhamdulillah. Segala puji2an hanya bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bertemu kita kembali. Lama sungguh aku tak menulis kat sini. Dah lebih dari 2 bulan. Bulan May dengan June langsung takde posting kat sini. Bukannya malas. Tapi tak sampai seru. Tak lah. DisebokkanNya kita dengan hal2 keduniaan. Sebagai khalifah kecil kat dunia ni sesuai dengan tahap2 khalifah kita, kenalah kita setllekan benda2 tu dulu. Ye lah jenuh aku pikir nak tulis apa. Kononnya macam aku yang pikir. Macam bagus je. Hehe. Tiada daya upaya aku nak berfikir benda2 tu. La haula wala kuwata illa billa hil ali yil azhim.

Kalau korang perasan, aku memang susun tajuk2 dalam blog ni mengikut susunan Rukun Islam. Aku dah tulis pasal Syahadah. Seterusnya tentu lah pasal Sembahyang. Kalau di lihat tajuk di atas, sengaja aku letak Sembahyang atau solat atau selawat. Sembahyang dengan solat dah agak jelas benda yang sama. Manakala selawat pulak, ada juga golongan yang berpendapat sebenarnya solat itu adalah selawat. Jika kita amati ayat2 AQ yang mengandungi perintah2 solat, korang dapat lihat ejaan Arab solat itu iaitu Sod, Lam, Wau, Ta. Jadi bunyi nya seharusnya So La Wat. Bukan So Lat. Kita lihat di sini huruf Wau itu tidak dibunyikan. Ini lah pendapat golongan tersebut.


Pada aku perbezaan pendapat begini tak seharusnya jadi masalah. Solat ke Solawat ke, yang penting kita buat. Rata2 kebanyakan kita diajar atau belajar dan faham bahawa Solat itu adalah sembahyang. Dan Selawat pula adalah puji2an pada Allah SWT dan Rasulullah Muhammad SAW. Jadi pada aku takde bezanya kerana dalam sembahyang kita juga memuji Allah dan Muhammad. Dalam selawat begitu juga.

Macam aku cakap tadi yang penting kita buat. Kalau kita buat sembahyang dan selawat, kedua2nya, kan lebih baik lagi. Pada yang nak pahala, dah tentu banyak pahala kan kalau buat dua2. Katalah aku ambik maksud itu sebagai solawat, mungkin aku cuma buat selawat je. Jadi aku mungkin tak buat sembahyang.

Aku nak ajak korang berfikir. Kalaulah maksud ayat perintah itu bermaksud selawat dan bukan sembahyang, di mana pulak datangnya perintah sembahyang? Sedangkan sembahyang itu salah satu Rukun Islam.

Malah di dalam Surah Huud ayat 114 ianya begitu spesifik diperintahkan oleh Allah

“Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang dan pada ketka yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. ”

Kata “dirikanlah” di sini bermaksud berdiri. Dan perbuatan berdiri ini hanya ada dalam sembahyang. Tidak dalam selawat. Selawat biasa orang buat lepas sembahyang. Sambil duduk. Sambil baring. Sambil bawak kereta.

Katalah korang mengambil cara aku, iaitu solat itu ialah sembahyang, dah tentu kita akan buat dua2 perbuatan iaitu sembahyang dan selawat kerana selawat itu terdapat di dalam pekerjaan sembahyang.

Now, lets say, korang ambik maksud solat itu adalah selawat, dah tentu korang akan cuma buat selawat kerana dalam selawat tidak terdapat pekerjaan sembahyang.

Nah sekarang, katalah maksud yang sebenar2nya perintah Tuhan di dalam AQ itu ada lah bermaksud sembahyang, mereka yang mengerjakan perbuatan sembahyang telah terselamat kerana menjalankan perintah yang betul. Tetapi, mereka2 yang hanya berselawat dan tidak mengerjakan perbuatan sembahyang tentulah tak selamat kerana tidak menjalankan perintah yang betul.

Seterusnya, katalah maksud yang sebenar2nya perintah Tuhan itu pula, adalah bermaksud selawat, mereka yang mengerjakan perbuatan sembahyang masih tetap terselamat kerana macam aku cakap tadi, di dalam pekerjaan sembahyang juga terdapat selawat. So korang pikir2 lah sendiri, mana yang lebih baik dalam scenario yang aku sebutkan di atas.

Aku sebutkan benda2 ni bukan apa, kerana ada sebahagian golongan yang tidak mahu berpegang kepada hadis (bukan semua) yang menggunakan lojik akal, berpegang kepada definasi solat itu sebagai selawat dan ada yang mengatakan solat atau sembahyang itu tidak perlu. Jadi fikir2kan lah. Cukuplah di situ pasal ni.

Dan kepada mereka2 yang juga menolak hadis dan hanya berpegang kepada AQ, yang berpendapat bahawa fardhu sembahyang itu cuma 3 waktu sahaja (iaitu dua tepi siang dan satu bahagian malam – zohor, asar dan isya’, cuba2 lah baca link yang aku sertakan di sini. Aku harap mereka berpuas hati dan benda ni tak dijadikan isu lagi. Dah terang dan jelas bahawa sembahyang itu 5 waktu. Macam aku tulis dalam topic yang lalu, wak jowo kata Isya’, Subuh, Lohor, Asar dan Magrib maka jadi lah ISLAM. Betul ke? Korang tanya la wak2 jowo dan ustaz2 yang bijak pandai. Aku tak tau.

Kalau korang nak tau, sebenar2nya, 5 waktu ini dah Allah perintahkan di awal2 kejadian Adam AS lagi di mana sebaik saja roh dimasukkan ke dalam jasad Adam, dan tiba di bahagian hidung dan mulutnya, maka bersin lah Adam dan menyebut “Alhamdulillah”. Seterusnya apabila merata roh itu di seluruh jasad Adam, dia pun menelek akan dirinya yang sempurna itu lalu sujud kepada Allah sebanyak 5 kali sebagai tanda taat dan syukur terhadap kejadiannya. Daripada peristiwa ini kemudian makhluk yang berbangsa "Mim Ha Mim Dal (Muhammad) di syariatkan pekerjaan 5 waktu ini yang dinamakan "Alif Lam Ha Mim Dal" (Alhamdu) iaitu perkataan pertama yang disebutkan Adam sebaik saja roh dimasukkan ke dalam jasadnya. Betul ke apa yang aku cakap ni? Entah. Aku temberang je. Korang tanya lah ustaz2 dan tuan2 guru yang bijak pandai. Aku ni bodoh dan jahil bab2 ni.

Ok lah aku teruskan lagi. Ada cerita baik beb. Kepada peminat2 buku Hakikat Insan, aku dah jumpa buku aku. Aku jugak jumpa buku Ana-al-Haq sekali. Rupa2nya bini aku simpan. Bukan la hilang ke mana2. Bersempena penemuan semula ini, insyaAllah akan aku ungkapkan, serba sedikit ilmu2 yang di tuliskan dalam buku itu sewaktu aku menulis topic sembahyang ini. Sekadar pada pemahaman aku yang tak tau apa2 ni la. Selebihnya korang cari la guru mursyid yang dapat membimbing korang.

Sebenarnya memang sukar nak tulis bab sembahyang ni. Bukan apa, teramatlah panjang nya bab ni kerana apabila habis aku sentuh bab sembahyang ni, maka habis lah dongeng2 aku kat blog ni. Kenapa pulak? Mungkin ada korang yang bertanya. Ini kerana, boleh di katakana segala2nya intipati ilmu hakikat atau mengenal diri/mengenal Tuhan atau ilmu musyahadah, ada terkandung di dalam sembahyang. Kalau aku sentuh syariatnya tanpa cerita hakikatnya, tentu tak lengkap kan. InsyaAllah aku cuba ceritakan serba sedikit pengalaman dan pemahaman aku akan bab sembahyang ni. Makanya, sembahyang itu di katakan oleh bijak pandai dahulu kala Tiang Agama.

Kalau orang nak buat rumah dah tentu kena dirikan tiang dulu. Tiang kayu ke, konkrit ke, besi ke, tak kira lah yang pasti kena ada tiang dulu. Kalau tak macam mana nak pasang alang rumah, pasang dinding, atap, siling, dan lain2 lagi. Dan tiang ni kena di pasang kuat2, kalau tidak roboh rumah tu nanti. Ini penting sebab, bila dah siap rumah, macam mana nak betulkan tiang lagi. Sebab tiang2 ni biasanya duduk dalam dinding dah. Yang tinggal kat luar biasanya cuma tiang2 depan rumah kat kawasan porch kereta tu. Aku nak korang pikir lagi. Setelah siap rumah, perlu tak kita nak buat tiang lagi? Kalau tak perlu buat tiang baru, perlu tak kita kuatkan tiang2 yang lama? Terpulang lah jawapan masing2.

Aku mulakan dengan bacaan Al-Fatihah setiap satunya kepada the magnificent 7. Bukan super heroes tu la. Korang cari la sendiri kepada siapa2 kah yang biasa kita hadiahkan Fatihah mengikut turutan ke-afdhal-an nya. Fuh. Susah betul nak sebut. Betul ke sebutan tu hehe. Juga Fatihah buat Tuan Hj Ahmad Laksamana, juga datoknya Allahyarham Tuan Guru Haji Othman Yaakub @ Raden Purba Jaya, juga moyangnya Aruah Raden Warjono, serta Allahyarham Tok Kenali dan Tok Kemuning yang mana mereka lah yang mengajar ilmu musyahadah kepada Tn Hj Ahmad Laksamana. Kepada mereka2 yang otai dalam ilmu ini, sudah tentu nama2 yang aku sebutkan ni tidak asing kepada mereka. Al-Fatihah.

11 comments:

  1. Tuan hamba,

    Org Islamlah sebenarnya yg solat 3 waktu. Perintah solat 5 waktu terdpt di dlm al quran jika tuan hamba benar2 berilmu. Waktu2nya ialah Fajar(Pagi), Tergelincir matahari (zohor), petang, terbenam matahari (senja) dan gelap malam (isyak).

    Orang Islam solat Subuh padahal subuh ini bukan waktu kerana hari masih gelap. Mlm itu menutupi bermaksud subuh adalah sebahagian dari malam. Kemudian solat maghrib padahal maghrib ini bermaksud barat, maka tidak sah solatnya kerana solat berkait rapat dgn waktu bukan arah. Perintah 5 waktu solat ini di rosakkan oleh hadis2 kerana al quran telah lengkap menceritakan ttg hukum2 agama.

    ReplyDelete
  2. Solawat bermaksud sembahyang. Maka jika tuan hamba katakan bersolawat kpd nabi bermaksud tuan hamba menyembah nabi sebagai tuhan. Ini mmg hamba tidak hairan kerana semua hukum2 agama diambil dari Muhammad bukan sebagaimana di firmankan tuhan. Orang Islam mempunyai 2 tuhan yg disembah iaitu Allah Muhammad, jelas syiriknya.

    ReplyDelete
  3. mahadaya...jgn begitu jgn cepat menuduh...

    ReplyDelete
  4. Mahadaya,

    Terimakasih kerana masih mengikuti blog aku. At least, aku tau kau sentiasa mengikuti dan berminat dengan tulisan aku. Semuga Allah sentiasa memberi hidayah pada kita semua.

    Bagus lah kalau kau ni tergolong dalam golongan yang tak mempertikai solat itu 5 waktu. Memang itu lah tujuan aku sentuh pasal solat 3 waktu. Untuk pengetahuan engkau, aku beragama Islam dan aku solat 5 waktu. Dari kecil bapak aku ajar, guru2 aku ajar, solat 5 waktu. Malah akhirnya, Tuhan aku jugak mengajar aku dengan jelas bahawa solat itu 5 waktu dan bagaimana solat itu di kerjakan.

    Aku memang tak berilmu. Malah kat atas ni pun awal2 aku dah tulis aku ni bodoh dan jahil pasal benda2 ni. Tak payah kau risau pasal tu. Cuma kalau kau kata solat fajar itu bukan subuh, itu adalah pemahaman dan tafsiran kau. Jadi kau kerjakan lah solat kau sesuai dengan ilmu yang Tuhan aku bagi kat engkau. Aku cakap Tuhan aku sebab tiada Tuhan lain melainkan Allah. Jadi Tuhan engkau ke Tuhan aku ke Tuhan Cina ke, hanya Allah semata-mata.

    Dan kalau kau kata selawat atas nabi itu bermaksud menyembah nabi sebagai Tuhan, sekali lagi itu pendapat kau semata-mata. Aku tak heran pun. Malah aku dah jawab pasal hal ni masa kau timbulkan dalam topik yang lepas. Cuma aku heran, kau tidak pula menjawab soalan aku kat situ, secara ilmiah. Mungkin kau belum dapat jawapannya lagi. Takpe, aku tunggu.

    Akhirnya, kalau kau kata solat itu kerana waktu dan sembahyang itu adalah kerana menyembah Tuhan aku Allah, itu juga hanya pemahaman dan tafsiran kau juga.

    Dulu2, waktu zaman jahiliah aku, aku sembah Tuhan. Sekarang, Alhamdulillah, aku tak sembah Tuhan lagi. Aku solat. Takde yang menyembah dan takde yang disembah. Pokoknya takde persembahan. Nak tengok persembahan, baik pergi tengok konsert. Lagi best bro.

    Jom kita kongsi apa Tuhan kata dalam Surah Al-Imran Ayat 7-9. Kau baca la sendiri. Dalam ayat ni Tuhan cerita akan adanya 2 jenis ayat yang ada dalam AQ. 1) yang terang dan jelas (2) yang tak berapa jelas.

    Tuhan juga menerangkan bahawa manusia akan suka untuk memikirkan akan ayat2 yang tak berapa jelas ni dan mereka akan sedaya-upaya mengatakan tafsiran atau pemahaman mereka lah yang betul. Tapi, Tuhan jugak bagi warning, semua tu tak betul. Cuma Tuhan saja yang tau akan maksud sebenar2nya ayat2 itu. Ini lah "Rule of Interpretation" yang Tuhan dah bagi awal2 akan perkara2 yang melibatkan ketidak sama fahaman ini. Jadi, pada aku, aku tak perlu nak kata engkau salah ke aku betul, sebab Tuhan dah cakap awal2, hanya Dia saja yang tau akan maksud sebenar2 ayat2 Nya.

    So, macam yang aku tulis kat tajuk atas ni, yang penting, buat. Jangan tak buat. Kau buat cara kau, aku buat cara aku. Aku amat yakin Tuhan aku Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Kalau aku salah, Tuhan aku akan mengampuni aku. Begitu juga kalau kau salah, pasti Tuhan aku juga ampunkan kau. Dan aku juga amat yakin dan pasti, Tuhan aku akan mengajarkan akan arti dan maksud sebenar2nya, ayat2 Nya. Mohon limpah kurnia Mu Boss. Dengan izin.

    ReplyDelete
  5. Namun yg nyata ialah agama bukan tentang pendpt manusia. Agama ialah melakukan apa yg diperintahkan dan di sebabkan inilah juga tuhan menurunkan perintah dan hukum2nya supaya ditaati. Apabila manusia melakukan sesuatu mengikut pendpt sendiri2 disinilah berlaku penyimpangan yg dinyatakan tuhan iaitu mereka memecah2 agama sehingga setiap golongan berbangga dgn apa yg mereka ikuti.

    ReplyDelete
  6. Bagaimana pula di dlm al quran, tuhan menyuruh mengikuti agama nabi Ibrahim yg lurus. Jika firman tuhan begitu, sudah tentu al quran itu membawa semula syariat agama yg telah dirosakkan musuh2 tuhan dan nabi hanya membawa al quran sebagai membetulkan syariat dan bukan membawa agama baru. Dan agama yg tuhan redha menurut al quran ialah agama nabi ibrahim dan agama selain agama nabi ibrahim tidak akan diterima.

    ReplyDelete
  7. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

    (a) SIFAT 20 - http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
    (h) TAJUK KHAS - BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    ReplyDelete
  8. Ada 2 soalan..

    1) Bukan ke tok kenali dan tok kemuning tu guru kpd datuk tuan haji laksamana tu.. tuan haji laksamana pula berguru dgn datuk beliau.. tlg btolkan jika salah..

    2) jalan musyahadah tu sama ke dgn jalan hakikat? mcm mana nak tau?

    ReplyDelete
  9. ransaturn,

    benar tu. mereka2 tu semasa hayat mereka, adalah guru2 kepada datok, hj ahmad laksamana. cuma, dalam jalan ni, bukanlah suatu yg aneh, sekiranya kamu sendiri satu hari nanti akan berguru sendiri dengan tok kenali atau tok kemuning. bagaimana caranya, bergantung anugerah Allah buat kamu. kebiasaannya, apabila ada persambungan (hirearchy dgn guru2), insyaAllah ada.

    ye dua2 tu sama je. cuma nama je lain dan mungkin syllabus lain2. ikut pemimpin. mcm mana nak tau? diri yg sebenar diri, pasti tau. jangan risau. hehe. cuma mungkin, musyahadah akan bermula dengan pemahaman syahadah itu sendiri lalu dipecah kepada hakikat insan terus kepada hakikat ketuhanan. dan hakikat pula, mungkin bermula dengan asal usul kejadian dulu, hakikat insan lalu mencari dalil dari syahadah, kemudiannya. lebih kurangnya, yg 1 mula dari atas ke bawah dan 1 lagi dari bawah ke atas. akhir kalam, tujuan sama. Allah Hu Alm.

    ReplyDelete
  10. haji ahmad laksamana tu yg tulis buku hakikat insan tu kan?

    ReplyDelete
  11. Pencerahan ;
    1. Solat disyariatkan 50 wakt semasa mikraj Muhammad SAW, akhirnya menjadi 5 shj. Bagaimana pula disyariatkan 5 semasa Adam dimasukkan ruh..
    2. Adam berdiri & menilik dirinya...seolah adam ada qudrat & iradat sendiri utk berdiri

    ReplyDelete