Thursday, November 5, 2009

Masuk Islam

Sebelom aku cerita lebih lanjut, elok la aku citer sedikit pengalaman aku mengenal diri ni. Aku mula teringin mencari Tuhan lepas aku dapat anak kedua. Sekitar tahun 1990 - 1991. Mulanya ada sorang kawan aku tunjukkan aku buku karangan Ahmad Laksamana bertajuk Hakikat Insan. Aku pun photostat dan hari2 aku baca buku tu. Tapi biasa la, sepatah haram pun tak faham. Macam2 benda mengarut di sebut kat dalam buku tu. Tapi makin mengarut, makin timbul perasaan ingin tau. Buku ni memang tak dijual kat kedai. Copy yang aku ada pun entah ke mana. Rasanya ada kawan aku pinjam tapi sampai hari ni tak pulang balik.

Sebelum korang cari buku ni, elok la korang tau yang ajaran Hakikat Insan ni dan buku2nya sekali telah diharamkan dah lama dulu oleh JAKIM. Sesat lagi menyesatkan. Hah, ambik kau. Ilmu ni yang korang nak belajar! Baca la sendiri komen2 otai2 yang dah lama mengikut dan mendalami ilmu ni.

Secara diam2, mula la akal aku mempersoalkan benda2 yang disebut dalam buku tu. Seram pun ada, ngeri pun ada. Nak kata aku ni alim masa tu tak ler sangat. Setakat suam2 kuku je. Tapi solat 5 waktu, ok la tak tinggal, masa tu la. Puasa, zakat pun tak susah nak buat kan. Cuma naik Haji je aku belum lagi sampai la ni.

Dalam diam2 aku mula amalkan zikir Nafi Isbat lepas solat Isya'. Mula dengan 100x, lama2 1000x dan lama2 aku dah tak kira dah. Aku pulun je berapa banyak yang termampu. Sepanjang aku amal zikir ni takde apapun yang pelik dan ganjil yang aku dapat. Cuma hidup masa tu rasa lebih tenang, aman dan damai. Satu benda aku nak ingatkan korang, bila dah kita mula berzikir ni, minat kita pada benda lain akan mula berkurang. Jangan sampai orang rumah korang bising nanti dia tak dipedulikan dah ler. Jengok2 la jugak bini tu woi.

Dalam aku amalkan zikir ni, bila hujung minggu aku selalu ke rumah aruah abang ipar aku. Rupa2nya dia ni dah lama jugak belajar ilmu mengenal ni. Dia berguru dengan sorang ni dia orang panggil dia Abang Shaari kat Batu Caves. So, selalu bila aku kerumah dia, selalu la kita berborak pasal benda2 yang di sebut2 dalam buku Hakikat Insan tu. Makin pening kepala aku ada la. Abang ipar aku ni selalu ajak aku join sekali belajar dengan guru dia.

So, one day aku pun ikut la dia ke rumah guru dia. Bila aku masuk je rumah dia, aku dah rasa tak syok dah. Dia ni rupanya mengubat orang. Kalau ikut terma orang sekarang ni, kira rawatan alternatif la. Penyakit yang di ubati dah tentu la pelik2. Kena rasuk la, masuk jin la, kena santau dan macam2 lagi la yang sewaktu dengannya. Kalau nak belajar, kena tunggu dia habis mengubat, baru mula. Korang bayangkan la siksanya nak tunggu orang habis mengubat. Bila dah tinggal sorang pesakit, datang lagi patient yang lain. Kena tunggu lagi. Aku dah mula bosan.

Satu lagi yang aku tak sedap hati, ruangan dia mengubat tu, penuh dengan warna kuning. Kain kuning langsir kuning pendek kata semuanya kuning belaka. Dah jenuh menunggu, akhirnya habis la patient untuk malam tu. Ada la dekat 3 jam duduk borak2 kosong je sambil tengok macam2 gelagat orang di ubatkan. Cara dia mengajar ni, ikut soal jawab. Malam tu, dia ajar bab Syahadah. Apa yang di soal murid, dia jawab la secara yang patut pada fikiran dia. Takde syllabus tetap macam kat sekolah. Pada aku yang baru 1st time dengar, memang ternganga la. Tak tau hujung pangkal. Bila nak tanya bab yang pelik sikit, dia kata tak sampai lagi tahap nak diceritakan. Bila dah 2 3 kali kena macam tu, aku pun diam je la. Memang takde jodoh la aku nak belajar dengan dia, aku cakap dalam hati.

Terus lah aku dengan zikir nafi isbat tu tanpa apa2 pengalaman yang pelik. Di samping tu, sering jugak aku ke rumah abang ipar aku during weekend. Kadang2 ramai kawan2 seguru dengan dia datang. Maka keluarlah cerita2 yang di sebut dalam buku Hakikat Insan dalam borak2 dengan dia orang. Cuma yang aku pelik, ada jugak antara dia orang tu, masa borak2 tu, yang nampak macam2. Nampak orang tua berjubah putih lah. Nampak yang berjubah dengan serban besar di kepala lah. Macam2 lah. Yang aku ni tak nampak apa2, tak leh nak kata apa la kan. Kalau ikut term orang2 sufi ni, kasyaf la maknanya tu kot.

Sehingga la, pada 1 hari dalam aku berzikir tu, aku nampak macam ada screen TV depan aku. Lebih kurang tayangan slide la. Kejap je. Apa yang aku nampak kat screen tu? Aku nampak mula2 gambar Otak manusia. Lepas tu, lengkap jadi kepala dan muka. Then, terus turun ke bawah jadi badan lengkap dengan tangan sampai la ke kaki. Maka lengkap lah gambar fizikal seorang manusia. Lepas tu habis lah tayangan slide tu. Screen pun hilang. Termenung aku memikirkan. Apa benda yang aku nampak tadi.

Besoknya, aku pergi jumpa abang ipar aku. Aku cerita la apa yang aku nampak tadi. Dia pun tak tau apa bendanya. Cuma dia ajak aku pergi jumpa satu orang tua kat Kuala Pilah pada hujung minggu tu. So weekend tu, aku pun ikut la dia balik kampung bini dia kat Tanjung Ipoh. Dia bawak aku jumpa Haji Hassan kat sana. Haji Hassan ni, orang2 kampung tu panggil dia Pak Darek (sebutan nogori). Kalau ikut bahasa KL, Pak Darat.

Dia ni ada bela anak2 yatim kat sana. Nama tempatnya Yayasan Haji Hassan. Aku pun cerita la kat dia apa yang aku nampak kat screen TV tu. "Apo bondo eh yang den nampak tu Ji" aku tanya dia? Jawab dia "Itu lah yang di katakan makrifat". Hmm, makrifat. Pening gak aku memikirkannya sebab lepas tu aku tanya dia apa maksud dia, dia cuma jawab, "Tak po. Nanti lamo2 ekau tau la tu". Itu je. Cuma sebelum aku balik tu, ada la dia bagi aku "Lam Jalallah". Dia suruh aku pakai buat pakaian. Den pun bagi salam dan balik.

Lepas tu, as usual la, aku continue dengan zikir nafi isbat tu malam2 lepas Isyak. Sampai la pada 1 malam tu, aku dapat satu pengalaman lagi. Kali ni dalam aku berzikir tu, tak tau la aku tengah hayal ke apa ke, tiba2 aku dah berada kat Mekah. Siap dengan pakaian ihram lagi tu. Macam real je. Yang pelik nya masa tu aku tercari2 sesuatu. Aku pun tak tau apa yang aku cari. Dalam aku berjalan2 tu, aku terjumpa satu orang ni. Nampak je dia, aku terus pergi kat dia. Rasa2 macam aku kenal dia ni. Cuma masa tu, aku tak pasti siapa dia. Aku pun terus tanya dia. "Saya tau abang ada benda nak bagi kat saya, apa bendanya bang?". Dia relax je senyum2. Cukup 3 kali aku tanya dia macam tu, baru la dia hulur tangan dia bersalam dengan aku.

Dia suruh aku baca ikut dia. Korang ingat apa yang dia ajar aku baca? Rupa2nya senang je. Dia baca Dua Kalimah Syahadah. Aku pun ikut je. Siap je aku baca Kalimah Syahadah tu, aku pun tersedar. Rasa2 macam mimpi. Tapi aku tak mimpi. Aku masih lagi bersila kat atas sejadah. Masih sedar. Subhanallah! Maha Suci Allah! Aku pun termenung memikirkan apa benda yang aku baru lalui tadi. Orang tua tu tadi bagi aku Kalimah Syahadah. Padahal, bukan aku tak tau benda tu. Hari2 aku baca syahadah. Cumanya, dalam solat la. Rasa2nya, kalau tak bersolat, takde la aku baca Syahadah ni.

Itu je la ceritanya kat topik ni. Kenapa aku di ajar Kalimah Syahadah? Sedangkan sejak kecil lagi aku dah di ajar baca Syahadah ni. Rupa2nya, senang je. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Macam aku citer kat tajuk "Percaya Dulu". Kalau kita bersungguh2 mencari nak mengenal Dia, pasti dia akan bukakan jalan dengan hidayah Nya. Mulai hari tu, aku di Islam kan. Baru masuk Islam rupanya aku. Istilah Islam keturunan rupanya tak pakai atau tak laku bila kita nak lalui jalan ni.

Bukan la aku nak mengatakan orang yang tak lalui jalan ni belum Islam lagi. Bukan keje aku nak hukum2 orang itu ini. Aku pun entah sapa2. Takde degree, master atau Phd dalam ilmu2 Islam. Kalau nak mengajar kat Selangor, silap2 kena ambush dengan JAIS. Siap kena gari lagi. Hahaha. Jangan main2. Yang ajar ilmu Fekah dan Tauhid pun kena zass, ini kan pulak nak ajar ilmu Hakikat Insan. Dah sah2 kena cap sesat.

Ini cuma pendapat aku. Pada aku, kalau nak betul2 kenal Tuhan, masuk la Islam balik. Start from scratch, orang Jawa kata la. Kalau ada sapa2 yang mengikuti jalan2 Tarikat, ada satu proses yang di namakan Bai'ah atau Talkin atau Ijazah. Itu cuma 3 terma yang aku pernah dengar. Mungkin ada term lain lagi. Proses ni adalah proses awal sebelum korang diterima jadi murid oleh guru2 tarikat. Rata2 dalam proses ni, korang akan berjabat tangan dengan guru atau murid tua dan kena lafaz apa? Tentunya, korang kena lafaz Kalimah Syahadah! Baru masuk Islam ler tu namanya.

So, kesimpulannya, masuk la Islam. Nak masuk Islam dengan sapa? Guru mana? Entah. Aku pun tak tau. Cuma ramai orang kata, cari lah Guru Mursyid. So, korang cari la sendiri. Kalau betul2 ikhlas, tentu jumpa. Kalau tak jumpa jugak, korang tanya la Tok Belagak. Jangan tanya aku. Aku rasa dia tau. Hehe. Sori Bro. Sebut nama kau lagi.




11 comments:

  1. salam,bro bc kisah mcm best,aku ade gak bku 2 dh lama aku smpn n katam,cm x jma gru sbnar2 gru..kalu de rezki bleh jmp,bleh add ym deven04@yahoo.com(aku bkn india noh)bleh sembng pnjg.k

    ReplyDelete
  2. salam juga buat buh. aku dah baca blog kau. tapi blom ada apa2 yg boleh aku komen. tahniah atas minat yg mendalam di jalan ini. syukur lah pada Allah yg bagi hidayah membukakan minat kau pada ilmuNya semuda ini. guru ada banyak kalau rajin mencari terutamanya guru2 tarikat. terpulang kau nak ikut jalan mana. yg penting pasang niat, kuatkan azam dan tujuan nak mengenal Dia. InsyaAllah jalan kot mana pun, Dia bagi. Setakat nak tanya aku apa2, boleh la aku cuba2 jawab, benda2 yg aku tau la. x tau apa pun aku ni. selebihnya, tanya lah org2 bijak pandai kat universiti tu..hehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Maaf menganggu. Saya terjumpa blog encik sewaktu search tajuk buku Khasaf Al-Haq. Ada perkara yang saya ingin tanyakan. Boleh bagi email address?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Ttg kitab hakikat insan tu, bolehkah diamalkan zikir2 pdnya, sebab sy ni msih bru nk mgenal diri, guru pn xda nk jd pmbimbing. ada kwn yg amal zikir nafas, dia ckp bsn jd panas, then diri rasa tenang n rilek, tpp xtau la sbb xpnah cuba.

    satu lagi, abang shaari yg disebutkan tu, adakah hj shaari yg terbitkan buku mengenal diri tok kenali (makrifattokkenali.com) ?

    sekian, tq :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum
    Tuan.. boleh tuan terangkan apa asas untuk sy belajar mengenal diri. contohnya zikir ka solat ka.. apa2 ja la

    ReplyDelete
  6. Zikir ni ibadah...ibadah ada dua syarat utk diterima ..ikhlas dan berzikir ikut cara nabiSAW..antara zikir2 yg diajar rasulullah SAW dgn cara tertentu dgn zikir tg kita amalkan dgn cara yg tak ikut nabiSAW mana yg lebih baik?apakah kita berada diatas petunjuk lebih drp Nabi SAW atau kita nembuka pintu2 kesesatan???...Nasihatku..baliklah kepada sunnah...amalkan zikir yg warid drp nabiSAW dgn cara yg nabi tentukan bukan dgn mengoter-oter ikut kehendak kita ...
    Kalau nak oter jugak..oterlah perkara bukan agama..banyak..buat aircraft..kereta terbang ke..macam2 dlm urusan dunia ni..tapi bukan oter dlm urusan agama...itu namanya mengada adakan perkara baru dlm agama..

    ReplyDelete
  7. bang, zikir nafi isbat gunakan lisan or hati

    ReplyDelete
  8. Cari la guru yg sebenar guru...wafi am fusikum afala tubsirun"Dan dalam diri kamu mengapa kamu tidak lihat"cari lah guru yg ada wasilah sampi ke nabi muhammad...dan jika anda nak dptkan zikir...perlu ada guru yg mengijazah(Talkin) sebaik2 zikir itu....zikir khafi yg tersembunyi....laa harifin walau sautin....tiada huruf dan tiada suara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jadi kawan nie
      01120500925
      Jom kenal..

      Delete
  9. Assalamu 'alaikum warohmatullohi wabarokatuh. slam kenal, saya sunardi mau berkawan nich n boleh ga saya pinta file kitab ana al haq. kalau boleh, dikirim alamat saya ardy.bore83@gmail.com.

    ReplyDelete