Thursday, October 29, 2009

Jangan sesat jalan beb

Surah Al Ikhlas

1. Katakanlah Allah Yang Maha Esa.

2. Allah tempat memohon sebarang hajat

3. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan.

4. Dan tidak ada sesuatu pun yang sama dengan-Nya.


Satu nasihat kepada sesiapa yang ingin memulakan perjalanan mencari Tuhan. Baca dan fahami benar2 ayat2 ini. Kerana, di dalam perjalanan nanti, pasti akan tiba suatu ketika, kita akan termanggu-manggu dek kehairanan. Apakah yang aku temui ini Tuhan? Apakah yang berkata2 kepada ku ini Tuhan? Apakah dia yang duduk di hadapan ku ini yang berwajah seperti aku ini Tuhan?

Makanya jangan hairan kalau ada yang mengatakan dia dah jumpa Tuhan. Ada juga yang berkata, Tuhan bercakap dengan aku tadi. Ada juga yang berkata, Aku lah Tuhan.

Jadi, fahami lah benar2 ayat2 di dalam Surah Ikhlas ini (terutamanya Ayat 4) dan pegang kemas2. Jangan mudah terpedaya dek hasutan iblis dan syaitan. Jangan lah berasa bangga kerana terlihat sesuatu yang tidak pernah kita lihat. Dan jangan terpedaya dek guru yang kurang faham dan pendek akal. Bertanya lah dengan guru2 mursyid yang benar2 faham.

Mengenal Allah bukan dan tidak pernah bermaksud kita ini bertemu dan berhadapan dengan Allah, apa lagi menyatu denganNya. Awas! Perhatikan Ayat 4 di atas.

Dan tidak ada sesuatu pun yang sama dengan-Nya.”

Sekiranya apa yang kita lihat dan jumpa itu berupa seperti sesuatu yang kita kenal dan tau; sudah pasti ianya bukan Allah. Jangan terperdaya. Makanya Allah itu Maha Esa dan tiada sesuatu pun yang sama dengan Nya.

Allahu Alm.

Saturday, October 10, 2009

Basmalah


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani.



Sesungguhnya bermula Al Quran itu dengan ayat Basmalah iaitu ayat pertama dari Surah Al Fatihah. Mudah kata, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Kerana pemurah dan pengasih Nya Allah, maka segalanya dizahirkan dan dinyatakan Nya di alam ini sehingga Dia Nya tiada nyata.

Dan adalah lahirnya aku di dunia ini, bersabit dari kasih sayang ibu dan bapaku di atas perkenan Pemurah dan Kasih dari Allah. Dari perlakuan kedua ibu bapa ku, maka lahir lah aku.

Basmalah terdiri dari 19 huruf. Banyak yang telah di perkatakan mengenai angka 19 ini. Terpulang lah pada ilmu yang kita semua pelajari dan fahami. Kepada yang belajar ilmu usul, pasti mendalami.

Buat aku, Basmalah terlupus di dalam Alif yang tersembunyi. Dan Alif pula hilang di dalam titik. Tak usah pening2. Apa pun yang tersurat atau tersirat, intipati Basmalah ini adalah Kasih Sayang. Kenapa kasih sayang? Kerana dengan kasih sayang ini lah, manusia di bumi ini dapat hidup harmoni. Jika ada kasih sayang antara suami isteri, pasti bahgia kan. Kalau antara adik beradik berkasih sayang, tentu seronok. Juga antara kawan dan teman, pasti gembira dan berkekalan dengan kasih sayang.

Lawan kepada kasih sayang adalah benci, hasad dengki, cemburu, tamak, haloba, khianat, bangga diri, ujub, takabur dan berbagai lagi sifat2 buruk yang diberi oleh Allah kepada kita bersekali dengan sifat2 yang baik. Cuba perhatikan kenapa hidup manusia ini penuh pancaroba? Tiada sebab lain! Manusia lebih suka melayan sifat2 buruk ini daripada hidup dengan kasih sayang. Maka berbangkit dari sifat2 buruk ini, lahirlah perbuatan sakit menyakiti, bunuh membunuh, bomoh membomoh dan macam2 lagi.

Lalu, iblis ketika bermohon tangguh kepada Allah, meminta agar diberi peluang untuk menyesatkan umat Adam. Permintaan yang di luluskan oleh Allah sehingga hari Kiamat nanti. Apakah sasaran utama iblis dan puak2nya dalam tugasnya menyesatkan manusia? Dah pasti, melalui sifat2 buruk manusia ini. Di mana duduknya sifat2 ini di dalam manusia? Jawapannya adalah hati. Di hati lah tempat segala sifat manusia itu bermukim. Jadi tumpuan iblis dan anak cucunya, tentu lah hati manusia.

Makanya, untuk mula menempuh jalan mengenal Tuhan, sudah pasti tuan2 akan di suruh mengamalkan zikir2 terpulang kepada guru2 tuan2. Kenapa zikir? Ya sudah tentu buat memukul hati. Zikir lazimnya di gunakan untuk memukul nafsu yang berpusat di hati. Mereka yang belajar, pasti tau akan tingkatan2 nafsu ini. Terus lah kita berzikir untuk memukul nafsu, sehingga berjaya mencapai tingkat nafsu yang paling aman.

Mereka yang berjaya menguasai nafsu, pasti lah hidupnya akan aman tenteram, walau apa jua melanda hidupnya. Di akhir2 bab memukul nafsu ini, kita akan merasa satu keinginan untuk hidup dengan penuh kasih sayang. Sayang pada isteri, anak2, kawan2, jiran2, dan siapa saja yang kita temui.

Akhir bicara, buat aku, Tuhan mahu kita berkasih sayang walau dengan siapa saja malah dengan binatang, pokok, tumbuh2an sekali pun. Dengan kasih sayang, segalanya akan aman. Dan fahami lah, tugas iblis dan puak2nya sebenarnya adalah untuk menghalang manusia daripada hidup dengan kasih sayang. Apabila timbul perasaan benci, cemburu, dengki dan sebagainya ini di dalam diri kita, maka bermula lah episod perbuatan2 keji seperti maki hamun, pukul memukul, bunuh membunuh, perang antara umat manusia, bomoh membomoh dan macam2 ada.

So, mari lah kita berkasih sayang. Akan lebih enak hidup ini. Allah Hu Alm.

Kasih Sayang

Malam tadi, selepas selesai aku berzikir, aku pun terus berbaring di katil. Sambil cuba melelapkan mata, fikiranku menerawang jauh. Semakin aku cuba lelap, semakin jauh ia menerawang. Akhirnya, aku akur dan penuhi fikiranku dengan persoalan2 yang dah lama aku tinggalkan. Begitu juga, setiap persoalan yang aku fikirkan, terus terjawab secara spontan. Sehingga lah aku mengambil keputusan, aku harus meluahkan semua yang ada di dada ku, di blog ini.

Harus aku nyatakan di sini, ucapan terima kasih ku buat teman sekolah ku (yang sehingga kini aku pun tak tau siapa dia). Haha. Nama blognya "Tok Belagak". Setelah membaca postingnya di blognya "http://darulsaka.blogspot.com/", makanya aku terdetik untuk menulis di sini.

BOSS!!!!!!! Dengan izin.

Aku bermula dengan Kasih Sayang Mu.