Salam tahun baru 2014 buat semua.
Pertamanya, ku panjatkan rasa syukur kepada Allah SWT, Zat Yang Maha Indah,
atas limpah dan kurniaNya terus membenarkan aku menulis di tahun ini. Maaf buat
semua pembaca yang mengikuti blog ini, kerana pada tahun 2013, aku langsung
tidak berupaya menulis di blog ini.
Setelah membaca semua komen2
pembaca, sepanjang peninggalan blog ini selama setahun, aku rasa perlu untuk
aku menjelaskan tentang Solat Daim ini. Ini kerana ianya amat berkaitan tentang
hukum solat fardu itu sendiri.
Antara
banyak soalan yang dikemukakan, soalan dari tuan Mohd fouzy ini amat
merisaukan. Soalan nya aku “cut and paste” kan di bawah ini:-
|
SALAM TUAN,BOLEH TANYA SIKIT, ORG YANG DAH TAHU ILMU HAKIKAT, DIA KATA SEMBAHYANG MENYEMBAH DIRI SENDIRI, YANG WAJIB DI BUAT HANYA SOLAT DAIM,SOLAT HATI YANG BERKEKALAN, TOLONG SAYA JAWAB KAN,TOLONG LAH. on Solat @ Sembahyang @ Selawat (3)
Remove content | Delete | Spam
Astaghfirullah.
Subhanallah. Begitulah satu soalan yang amat mengelirukan kerana telah terdapat
jawapan di dalamnya, oleh orang2 yang tahu ilmu hakikat. Ini menurut Mohd Fouzy. Kawan kita ni siap mintak tolong
tu, dua kali pulak tu.
Tidaklah aku
ketahui, siapa orang yang berkata begitu, dari jenis perguruan mana dan
sebagainya. Cukup lah sekadar kita ketahui, perkataan2 yang sebegini bukanlah
asing kepada mereka2 yang membincangkan ilmu hakikat ini di kedai2 kopi atau di
mana jua.
Bagi
menjawab persoalan ini, mari kita perhatikan ayat2 AQ ini.
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan
Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati
Daku."
Di
dalam ayat di atas Allah SWT mengenalkan diriNya dan sekaligus menegaskan,
tiada tuhan selain Dia. Seterusnya, Allah memerintahkan untuk manusia menyembahNya dan bagaimana cara untuk
menyembahNya iaitu dengan mendirikan solat. Aku rasa terjemahan ayat itu amat
jelas dan tak susah untuk kita fahami.
Ayat
ini juga adalah AYAT PERINTAH dari
Allah SWT supaya kita hambaNya yang jenis manusia ini, mengerjakan solat.
Seterusnya, ayat2 ini:-
"Iaitu orang-orang yang
beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta
membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada
mereka."
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan
keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama
orang-orang yang rukuk."
Seterusnya, kalau kita
perhatikan ketiga3 ayat dari Surah Al Baqarah dan juga Surah Toha di atas, kita
dapati kata sembahyang itu didahului dengan kata “berdiri’ iaitu “mendirikan”
atau “dirikanlah”. Ini menunjukkan bahawa pekerjaan solat itu terdapat di
dalamnya perbuatan berdiri. Jelas dan nyata kan.
Jadi apabila terdapat
kata berdiri, itu menunjukkan bahawa apabila kita solat untuk menyembah Allah
SWT, kita perlu berdiri.
Nah, solat yang berdiri
ini hanya terdapat di dalam solat fardhu yang lima (5) itu, atau pun solat2
sunat yang lain yang kita lakukan seperti tahajud, dhuha, hajat dan sebagainya
seperti mana yang di ajarkan Rasulullah SAW melalui sunnahnya.
Sekarang mari kita lihat
pula ayat2 yang dikatakan mengenai solat daim itu.
"Sesungguhnya manusia itu
dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut)(19). Apabila ia ditimpa
kesusahan, dia sangat resah gelisah (20). Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia
sangat bakhil kedekut (21). Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang (22). Iaitu
mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya (23)."
Nah. Sekarang aku nak
soal, ada tak AYAT PERINTAH di dalam
lima (5) ayat2 di atas ni; seperti apa yang terdapat dalam ayat 14, Surah Toha yang
aku bagi mula2 tadi. Cuba korang fikirkan betul2. Ada tak?
Bagi mereka yang
berfikiran waras, tentu jawapannya tak
ada. Hindustan kata Nehi. Tamil kata Ilek. Cina kata Boliau.
Kelima2 ayat di atas
hanya menerangkan tentang bagaimana, kita yang jenis manusia ini Allah jadikan
semulajadi bersifat resah gelisah, bakhil dan kedekut. Dan Allah ajarkan
bagaimana cara nak hilangkan sifat2 resah dan haji bakhil tu. Macam mana cara?
Caranya, dengan mengerjakan solat.
Dan seterusnya Allah sambung lagi. Solat
yang macam mana? Jawapannya solat yang berkekalan. Apa itu solat yang kekal?
Solat yang sering2 dibuat lah. Solat yang kita sering buat solat apa? Solat
fardhu lah lima (5) waktu. Jadi kena lah buat selalu. Jangan copot sana, copot
sini. Baru lah namanya solat yang berkekalan. Solat Daim.
Banyak toke2 dan taiko2
ilmu hakikat suka mengambil ayat Solat
Daim tu sendiri2. Sendiri2 ni maksud aku, mereka cuma ambil ayat 23, Surah
Ma’arij tu je. Yang di dalam nya ada disebut “solatihim da’i’mun”. Dorang tak baca
macam yang aku taruk kat atas ni lima (5) ayat berturutan.
Pada aku ayat tu tak
berdiri dengan sendiri macam tu je. Sebabnya? Sebab bagi aku, Allah bagi
masalah2 dalam tiga (3) ayat pertama tu. Kemudian Allah bagi solusi nya dalam
dua (2) ayat terakhir tu. Tak begitu? Baru la masuk pada lojik akal. Baru lah
ada makna. Kalau korang baca ayat 23 tu je, dan buat kesimpulan sendiri pakai
ayat tu je, tentu la mula meraban kemana2.
Nanti ada pulak yang
cakap, dulu penulis kata, solat daim tu adalah zikir qalbu “24jam sehari/7hari
seminggu” seperti yang tertulis dalam topik Solat @ Sembahyang @ Selawat (10). Sekarang
cakap lain pulak. Nak kona baring ler tu. Hehehehe. J
Takde kona2 baring2 kat
sini. Kalau korang baca balik topik tu, dari awal2 lagi aku cerita pasal kenapa
kita kena solat. Solat tujuannya adalah “zikrullah” yang bahasa melayu nya
bermaksud “ingat Allah”. Makin banyak kita ingat Allah, makin dekat lah kita
dengan Allah.
Dan selain dari solat
fardhu yang lima (5) waktu tu, Allah juga suruh kita ingat Allah semasa solat, selepas
solat, semasa berdiri, duduk atau berbaring. Maksudnya setiap masa “24jam sehari/7hari seminggu”. Sebab tu lah
kita perlu ada “zikir qalbi” atau “zikir nafas”. Kalau tidak macam mana kita
nak sentiasa ingat Allah sampaikan masa tidur pun boleh ingat Dia?
Ada orang kata “zikir
qalbi” atau “zikir sir”, ni lain dari “zikir nafas”. Lantak korang lah nak
panggil apa pun. Pada aku sama je. Yang penting korang buat. Argue banyak2 pun
tak guna kalau tak buat.
Ada jugak yang kata ingat
Allah tu bukan pakai sebut; samada sebut kuat2 atau sebut dalam hati. Cuma
sekadar ingat je. Kalau sebut tu bukan ingat. Sebut dan ingat dua perbuatan
yang berbeza. Ada gak lojiknya. Pada aku simple je. Kalau aku sebut, tentu
mudah aku nak ingat. Sebab hukum akal ni, benda yang kita selalu sebut, tentu
mudah kita nak ingat.
Masa aku study dulu, macam
tu la cara aku menghafal. Dah aku tulis nota, aku baca balik nota tu. Kadang
baca kuat2, kadang baca dalam hati. Lepas tu, taruk tepi nota tu, aku tuliskan
balik apa yang aku ingat. Cun2 aku boleh ingat apa yang aku baca kat nota tu.
Jadi pada aku, sebut dengan ingat ni bak kata omputeh, comes together. So it
works for me. Dan dalam hal ingat Allah ni, ini pendapat aku.
Jadi, macam aku cakap
tadi, sukati korang lah nak buat macam mana dan nak panggil apa. Tak begitu. Aku
tak suruh ikut aku. Ini cara aku. Pengalaman aku. Ilmu Allah maha luas tak
bertepi. Korang dapat lain cara, aku dapat lain cara. Hidayah dari Allah. Yang
penting, apa pun yang kita dapat, wajib; mesti; harus, kita test balik dengan
AQ. Kerana AQ juga adalah Al Furqan. Yang bermaksud PEMBEDA, antara yang Haq
dengan Bathil. Kalau berlawanan dengan AQ, tolak jauh2.
Sebagai contoh, soalan
yang aku sebut kat atas topik ni lah. Mamat tu sebut,
ORG YANG DAH TAHU ILMU HAKIKAT,DIA KATA SEMBAHYANG MENYEMBAH
DIRI SENDIRI,YANG WAJIB DI BUAT HANYA SOLAT DAIM,SOLAT HATI YANG BERKEKALAN
Setelah korang baca, panjang
lebar aku berceloteh kat atas ni, apa pendapat korang tentang statement kat
atas ni? Benarkah, solat tu menyembah diri sendiri? Aku nak tanya, mana ayat AQ
yang sebutkan macam ni?
Seterusnya kat statement tu
lagi, sebab solat tu adalah menyembah diri sendiri, jadi; solat fardhu tu dah
tak wajib. Yang wajib di buat hanya solat daim, iaitu solat hati yang
berkekalan. Betul ke pendapat ni?
Pandai2 la korang fikir
dan jawab sendiri. Kalau tak terjawab jugak, korang cari lah tok2 guru yang
hebat2 kat luar tu, pegi tanya. Hahahaha J.
Sebenarnya dalam topik2
yang lepas, ada dua tiga kali aku sebutkan tentang geng2 yang berpendapat macam
tu. Dan apa saranan aku bila korang jumpa orang2 yang macam ni? Aku suruh lari kuat2,
jauh2 kan. Kenapa aku suruh korang lari jauh2? Sebab aku cakap, Nabi Muhammad
SAW, sampai akhir hayatnya pun, baginda tetap mendirikan solat.
Ini boleh
dibaca dari riwayat2 hidup baginda. Tak pernah pun baginda Rasulullah
mengajarkan sahabat2 zaman tu, supaya tinggalkan solat fardhu dan buat solat
daim atau solat hati je.
Dan ilmu hakikat ni, ada
ke masa zaman Nabi? Kalau ada, awat yang kalut sangat ni? Jawab lah sendiri.
Ingat terror dan hebat sangat lah iya. Sampai nak lawan Nabi. Hahaha. Nabi pun solat
sampai akhir hayat. Siapa kita2 ni nak bandingkan dengan Nabi Muhammad SAW,
kekasih Allah yang dah dijamin syurga? Sendiri mau ingat la beb. Bawak2 cermin
diri tu balik.
Mana dia diri yang
disembah tu? Ce citer ce citer. Kikikikiki. Aku sebut hahahaha, dengan kikikiki
tu bukan apa. Tu iblis setan yang ketawa tu.
Tuhan suruh sembah Dia. Dia
itu adalah Zat yang bernama Allah. Tu dah terang dan jelas!!! Yang korang nak
sembah diri sendiri tu pasal apa? Cakap je la yang korang dah jadi tuhan, kan senang.
Aku rasa la. Mungkin ada yang dah jadi tuhan. Sebab tu korang sembah diri
sendiri.
Ni yang nak gelak kuat2 ni. Hahahahaha. Panjang sikit gelaknya. Korang tengok
dalam cermin, macam mana rupa tuhan? Macam muka korang ke? KahkahkahkahJ. Kalau korang dah jadi tuhan,
aku nak mintak wang RM1 juta, boleh? Sekarang mintak, sekarang dapat, boleh?
Qun faya qun.
Kenapa boleh jadi macam
ni bro? Jangan macam tu bro. Kalau korang tak nak solat, cakap je la korang
malas. Dosa tinggal solat takde la besar sangat. Tanggung sendiri2. Allah boleh
ampunkan lagi. Jangan la cakap korang dah jadi tuhan pulak. Ni dah syirik bro.
Allah tak ampunkan yang ni. Allah dah sebut dalam AQ yang ni. Bukan aku cakap. Menyatu dengan tuhan ke?
Ada sapa nak bagi
pandangan? Ustad2, Syeikh2, Habib2, Maulana2? Aku tak layak. Aku anak kampong,
tiada apa2. Nyanyi sikit lagu Sabah. Takde kelulusan nak jawab. Astaghfirullah al azim. Bawak mengucap
banyak2. Istighfar banyak2. Masuk Islam balik.
Meh aku citer kan sikit
kenapa. Jom kita tengok ayat2 AQ lagi.
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya (36). Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (37).
(Az-Zukhruf 43:36 & 37)
Itulah kata Allah SWT, kepada mereka2 yang berpaling dari ajaranNya. Apakah ajaranNya? Itulah yang kita sebut ILMU SYARIAT. Solat, puasa, zakat, haji, sedekah, tolong anak yatim, orang miskin. Jangan berjudi, jangan minum arak, jangan berzina, jangan mengumpat, jangan fitnah eh banyak lagi lah. Pendek kata, semuanya lah "amal makruf nahi munkar". Bahasa melayu nya, buat yang disuruh, tinggalkan apa yang ditegah. Kan semua ni ajaran Allah.
Jadi Allah sebut, siapa yang tinggalkan
ajaranNya, Allah akan adakan syaitan bagi nya. Syaitan itu akan menghalang dia
dari jalan yang benar. Yang paling bahaya tu, Allah kata, orang itu menyangka,
dia dapat petunjuk dari Allah. Tapi sebenarnya, tipuan syaitan. Orang tu tak
sedar langsung dia kena tipu. Kalau macam tu jawabnya, susah lah dia. Budak2
kutu cakap naya bro. Macam mana nak buat kalau Allah sendiri yang sesatkan dia?
Bala besar tu bro.
Nauzubillahi min zaliq.
Semoga Allah jauhkan kita dari perkara begini dan terus beri hidayah pada kita
agar jangan termasuk dalam golongan yang macam ni. Insyaallah Amin.
Sebenarnya Allah dah bagi
greenlight kat iblis dan syaitan awal2 lagi. Kita yang selalu terlupa benda ni.
Iblis
berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat
(maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari
menjalani) jalanMu yang lurus (16). Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka
serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan
Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur" (17)
Perhatikan ayat2 ini. Iblis dah mintak
permission awal2 lagi masa zaman Tok Adam kita. Dan Allah perkenankan. Iblis
cakap, dia akan datang dari depan, belakang, kanan dan kiri kita. Kalau kita main
chess ni, kita dah kena check. Tapi jangan risau. Belum check mate lagi!
Kenapa aku kata belum check mate? Boleh jalan lagi.
Sebab ada lagi dua (2) tempat yang iblis lupa
nak mintak dan dia tak datang dari situ. Dari mana? Itu lah dari atas dan
bawah. Betul tak? Cuba korang baca balik ayat2 tu. Kalau ikut ilmu fizik, kita
ada enam (6) sisi di sekeliling kita. Depan, belakang, kanan, kiri, atas dan
bawah. Cukup enam (6). So, dari dua (2) sisi ni, iblis tak boleh datang kat
kita iaitu atas dan bawah. Ada paham? J
Jadi apa kah maksud atas dan bawah ni? Kenapa
iblis terlupa? Kenapa Allah sediakan dua sisi atas dan bawah ni, untuk kita
melepaskan diri dari gangguan iblis?
Makanya
itu lah sebab kenapa kita di perintahkan solat. Subhanallah. Allah Maha
Mengetahui. Semuanya telah disusun begitu rapi dan complete. Jangan lah kita
ragu2 lagi. Yakin lah dengan ilmu Allah. Itu lah Pengajaran Nya yang Allah
sebut jangan kita berpaling darinya.
Bagaimana? Dengan solat itu, kita bergerak
dari atas turun ke bawah, dan naik dari bawah ke atas lagi, berulang2. Tak
betul ke? Siap menonggeng lagi dalam sujud. Subhanallah, Alhamdullah. Thank you
Allah.
Dan
akhirnya, dengan zikrullah, zikir qalbu atau nafas tadi, kita menyedut nafas
dari Allah, ke atas dan ke bawah. Inhale and exhale. Cuba tarik nafas, ke mana
rasanya? Tentu lah ke atas kan. Dan bila kita lepas nafas ke mana? Mesti ke
bawah lah. Jangan
tipu. Hehehehe. Yang ni ketawa aku. J
Jadi, zahir dan batin kita complete/lengkap
menjalani pergerakan atas dan bawah ini.
Solat fardhu, buat lah hari2. Jangan tidak. Kalau tak nak buat atau nak buat sikit2 pun, its ok. Tanggung je la dosanya beb. Tapi, jangan jatuh hukum dah tak wajib solat. Ayat Allah dah jelas. Usah lah kita ubah2.
Bab bernafas pun buat la jugak. Memang
kena buat pun. Boleh ke tak bernafas barang seminit? Kalau kau kata boleh, ok, cuba pulak 5 ke 10 minit. Kalau boleh, wa tabek lu beb. Cuma bezanya, masukkan zikrullah dalam nafas tadi, dengan kesedaran. Tak susah mana pun. Latih hari2 tentu boleh.
Jadi, kepada tuan Mohd Fouzy, jawapan aku kepada
soalan tuan di atas tadi, adalah; semua yang di atas ataupun orang banjar cakap
all the above J. Tuan buat lah kesimpulan sendiri. Boleh
kan? Rasa nya terang dan jelas aku story.
So, masih tak yakin lagi dengan ilmu Allah? Korang
jawab lah sendiri2. Aku tak layak nak jawab. Siapa lah aku, tanpa DiriMu.
Sendiri pakai, sendiri rasa. Pandai2 la korang.
Insyaallah, soalan2 lain yang aku rasa
penting akan aku cuba jawab sekiranya aku mampu dan dapat menerangkan apa yang tak terang
buat semua pembaca blog ini.
Akhir kata, rasanya masih belum lewat untuk aku ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul
Muhammad SAW yang kita kasihi. Selawat lah banyak2, kerana Allah SWT turut
berselawat ke atas baginda.
Wassalamu aj’main amin.
Salam,
ReplyDeleteDlm blog tuan ada mention nama Tok Belagak sbg rujukan. Dlm pandangan sy, beliau amal ilmu yg salah. Pada awalnya shj, sy ingat ilmunya dr aliran putih. Sy ingin tanya, apa pendapat tuan tentang beliau?Adakah beliau layak dijadikan tmpt rujuk atau tidak?
salam alaik buat tuan shafri,
Deletetentang tok belagak, tidak dapat saya memberi pendapat akan ilmu yang diamalkannya, kerana saya tidak mendalami ilmu perubatan. saya juga tidak mempunyai kebolehan untuk memandang dari jauh (scan) seperti mereka2 yang mendalami ilmu2 tersebut. layak atau tidak beliau untuk tuan merujuk, terpulang lah kepada ilmu pengetahuan yg tuan pelajari. maaf dari saya.
Thanks bang bedul..sngt jelas info abg..soalan sy,walaupun 'pengakuan' 'senyap didlm' msih perlukah gerakkan dibibir?
ReplyDeletesalam cik/puan yati,
Deletesegala puji hanya bagi Allah SWT, jika diberi kefahaman yg sangat jelas. tentang ""pengakuan", sekiranya pengakuan itu didengar oleh yg diperakukan walaupun tanpa kalam, selesai lah sudah kerjanya. cik/puan tentu faham akan maksud saya.
This comment has been removed by the author.
Deleteya sy faham.. alhamdulillah
Deletemaaf bang bedul.. post abg pd disember 2012 mengenai amalan zikir yg kita sebut tiba-tiba bertukar pd zikir yg lain tu abg belum sambung lgi..sy pun nak tahu mengenainya tu
DeleteTerima kaseh yang tak terhingga kpd tuan bedul kerana telah memberi penerangan yang tak terhingga baik nya,penerangan yang jelas,terima kaseh banyak2 semoga tuan di beri allah akal yang berterusan untuk menulis.
ReplyDeletesalam alaik jua buat tuan fouzy,
Deletemarilah kita berikan segala puji2an kepada Allah SWT yg Maha Indah, insyaallah.
asal mn ya penulis blog,
ReplyDeletesalam tuan muhammad,
Deletesaya dilahirkan di kg baru, kuala lumpur, dibesarkan di ampang jaya dan sekarang menetap di cheras, kuala lumpur.
hebat juga penerangan dari tuan.apa yang nyata ayat2 mutashabihat tidak diperhatikan dengan teliti.disitu ada penjelasan yang tak terungkai tanpa penjelasan dari ayat2 lain .contoh SOLAT adalah skop yang besar.bukan sekadar 5 waktu tetapi hubungan yang tiada batasan sebagaimana saudara mengatakan ilmu ALLAH tiada sempadan.pemikiran yang sempit akan mengubah maksud ayat sebenar
ReplyDeletesalam jua buat tuan blackman,
Deletetiada yg hebat selain dari Allah SWT yang Maha Hebat. benar jua kata2 tuan tentang ayat mutasyabiha. mungkin dapat tuan kongsikan dengan saya juga pembaca2 blog ini, tentang apa yg tuan maksudkan dengan skop yg besar mengenai solat itu. semuga dapat saya berkongsi dan belajar ilmu yang tuan dapat dari Allah SWT itu. insyaallah.
Balckman sila jawap...
DeleteTuan bedul nak tye sikit salah satu ayat diatas iblis ada kata allah yg menyesatkan dia jd boleh tuan hamba terangkan dgn lebih terperinci ayat itu. Kalau tuan bijak pandai tuan mesti tahu kenapa iblis berkata begitu. Sy ada byk soalan nak tye tp sy akan tye satu2. Maaf kalau sy buat anda terasa.cuma ingin jawapan je.
ReplyDeletesalam jua buat tuan dark clown,
Deletekalau dah mendalami ilmu rasa, pasti lah terasa di geletek oleh soalan tuan itu..hehe. jarang sekali, orang menangkap kefahaman bahawa iblis itu disesatkan oleh Allah SWT. biasanya iblis disifatkan sebagai sombong bongkak. tuan salah seorang yg berfikir di luar kotak. tahniah. dan saya pasti, soalan2 tuan yg akan datang, akan lebih merangsang minda.
Yang Maha Bijaksana itu Dia. saya tak tau apa2. bagaimanapun, sesuai dengan ayat Hawqalah "Laa Haula walaa Quwwata illaa Billaah" yg maksudnya kurang lebih "Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah", begitulah rintihan iblis.
Allah Ahad. Runtuh lah Tauhid jika ada yg lain. semuga kita semua terus dirahmati Allah SWT.
Bukankah ada ayat dlm quran ttg hak mutlak yg mengatakan, Allah, Dialah yg menyesatkan dan Dialah jua yg memberi petunjuk...
DeleteJadi apalah salahnya kita jika kita terpesong dari aliran sbenar?
Jika ayat begini, siapa yg harus dipersalahkan atau tiada yg bersalah.......
Maaf...tolong jelaskan pada yg sdg keliru ini...t.k tuan bedul.
maaf ye sy ulang balik soalan sy kenapa iblis itu kata allah itu menyesatkan dia. jawapan awak beri ni kalau di baca oleh org mcm sy yg buta agama ni tidak akan faham.. tolong bagi jawapan yg mudah difahami. andai kata soalan ini ditye oleh org cina adakah serupa ini jawapan yg diberi. sy nak akan jawapan yg nyata dr tuan mengenai soalan sy.
ReplyDeleteAlhamdulillah, saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh abg bedol. Sesungguhnya solat daim ini dilaksanakan setiap masa tanda kita mengingati Allah sentiasa tetapi jangan pandai-pandai kata perintah allah swt itu diketepikan malah wajib kita laksanakan dengan lebih tekun dan bertambah tanda bersyukur dita dilahirkan dalam agamanya yang benar. Jangan meletak hukum sendiri tanpa ada dalil yang menyokong perbuatan kita itu. Apa yang diperkatakan oleh abg bedol sama seperti yang diajarkan kepada saya sebagai hamba Allah SWT. Ingat matlamat kita adalah Allah SWT dan terpelihara orang yang bertakwa kepadanya daripada hasutan dan bisikan syaitan walaupun syaitan akan cuba sedaya upaya menghasut kita. kenapa dan siapa melindungnya??? Jawapannya ALLAH SWT.... Tuhan Seluruh Alam bukan kita nie sebagai hambanya. Ingat ALLAH SWT Tiada yang sama dengan yang baharu... Manusia adalah ciptaannya yang baharu, manakan sama dengan penciptanya. Alampn baharu manakan sama dengan penciptanya. Fikir-fikirkan bersama...
ReplyDeleteSaya sangat setuju
DeleteTok guru kata selagi ada sembah menyembah..maknanya ada 2 ujud. Bila ada 2 ujud maka syirik.
ReplyDeleteKenapa tak tanya tok guru sendiri.
DeleteDimana syiriknya, kerana Allah zat yang wajib wujud sedangkan yang menyembah zat yang DI wujudkan. Nampak tak beza antara dua itu..... Pada kalimah DI
DeleteRujuklah pd Arifbillah. Syariat hakikat jngn pisahkan maka Terjawablah kelirauan anda.
ReplyDeleteItulah ysng benar
DeleteSalam semua...to seri dewi malam...maksud tok guru ekau tu ttg solat sembahyang shariat 5 waktu vs solat daim ?...bermakna dlm ilmu tareqat...ilmu mengenal diri...dah kenal nur muhammad dlm diri...kenal qarin dlm diri...kenal Allah ????hujung2nya dtg paham dan tak perlu lagi kpd sembahyang solat shariat....ok...bermakna tok guru ekau lg tinggi pangkat ehh dari RasulAllah...kaji laa ttg peristiwa israk dan Mikraj sampai keluarnya perintah solat 5 waktu tuu...kaji laa perbuatan RasulAllah smpi bengkak kaki dirikan Solat dgn 13 rukun tuu...hebat ker bangang geng2 Tareqat ni smpi tinggalkan solat syariat..buat solat daim jer sampai mati ????
ReplyDeleteSepatutnya dah kenal diri...solat syariat 5 waktu tu dah mampu mencapai tahap hidupnya Taqwa All life Time warranty....utk guide dari terbuat dosa...apa yg dinamakan Islam...Iman dan Taqwa...kenapa bila dah Islam,Iman.Mengenal diri dan Taqwa di sudahi dgn Daim...tolak solat 5 waktu...apa benda ni....???Macam tuu kaabah..masjid...surau...kita kasi bako jerr....dah takde function dlm Islam..sebab semua umat main solat daim jer...kihkihpukih...
Salam tuan bedol..
ReplyDeleteXnak update lg ke?
Kehkehkehkeh
ReplyDeleteTn bedul sy hargai penulisan anda.
Solatul daim jika tak faham...maka rugilah.
Saidina ali pernah berkata..selagi mana aku tak kenal akan tuhanku aku tak akan sembah .betul ker hadis ni atau tidak.
KEnal diri rata2...insyallah.
Yg melihat sapa...
Yg menulis sapa...
Yg membaca sapa...
SOlat awamnya pd perukunan..jika berhujah dgn atheist depa mampu kupas setiap isi intipati al quran dan solat ni.
MAaf.. sy tertarik juga penulisan kamu..heee
Solusinya senang je kawan. Saidina Ali sahabat yang empat paling akrab dengan Rosulullah.
DeleteGurunya siapa? Rosulullah. Dia menuruti sunnah lagi jelas menyaksikannya sendiri perbuatan Rasulullah. Apakah cara Saidina Ali beribadah berlainan dari Rasulullah? Apakah Saidina Ali sudah tidak payah solat lagi seperti Rosulullah? Saudara fikirkan dan bacalah sirah Nabi dan kisah Daidina Ali.
Saya tidak pandai cuma sekadar berpegang kepada AlQuran dan sunnah Nabi.Sesiapa yang berpegang kepada keduanya ini tidak akan tersesat. Itu janji Allah.
Ibarat jalan raye..xde traffic light..pasti kurang lancar perjalanan anda untuk sampai ke destinasi..
ReplyDeleteIbarat jalan raye..xde traffic light..pasti kurang lancar perjalanan anda untuk sampai ke destinasi..
ReplyDeleteSebab guna jalan raya,itulah aturannya.Kalau naik kapal terbang perlu ke semua tu?Destinasi semua manusia sama,tapi kenderaan dan jalan macam2.Hanya sebab jalan tak sama,kita jangan ingat orang lain tak dapat sampai ke destinasi,silap2 lagi laju dia sampai.Sesuai dengan peristiwa Nabi Musa dan Nabi Harun.Sebagaimana hidayah milik Allah,begitu juga ilmu.Allah boleh bagi rahsia dan ilmu dia pada sape saja.Ilmu berguru dgn yg ghaib kau tafsir pakai akal mana boleh.Sama macam AlQuran.Kalau tafsir atas muka surat Quran tu je maka tu je lah yg kau dapat.Allah yg Maha Mengetahui
DeleteSetuju
DeleteIlmu Syariat, Ilmu Tarikat,Ilmu Hakikat,Ilmu Makrifat itu semua betul kalu ngam dengan caranya dan pemahamannya..Allah ciptakan manusia( contohlah begini sipolan cipta telefon itu hak rekacipta dialah takble orang tiru kalu orang tiru dia marah dan sipolan pun saman lah yang meniru hakciptanya)itulah konsep ILMU-ILMU DIATAS..Kita kepunyaan Allah Hak Allah ( contohnya lagi la yer...Cipta Rangkaian Lah..Pemilik Rangkaian Allah Diciptanya Produk Manusia ( telefon )HARDWARENYA @ Panduannya ( ILMU-ILMU DIATAS/RUKUN IMAN/RUKUN ISLAM/AL-QURAN/HADIS DAN SUNNAH RASULLULLAH )( SOFTWARENYA @ Kegunaannya( ada hardware baru baru install software jadi pemilik mahu berfungsi seperti dikehendaki oleh pemilik rangkaian tersebut. fungsinya Ingat ALLAH Taat Pada ALLAH dengan mengerjakan yang diperintahkannya dan meninggalkan yang dilarangnya ) ngamka
ReplyDeletewassalam
Setuju
DeleteAda orang boleh cerita hakikat dalam² seolah² macam dah makrifat walaupun sebenarnya duduk ketat² dalam syariat. Baca jer la
ReplyDelete😊
DeleteAllah tak perlu di sembah
ReplyDeleteTapi kita wajib sembah Allah.
Delete
DeleteHadist Qudsi:
Sembahlah AKU
Jangan kau sembah Dzat-Ku
Jangan kau sembah Sifat-Ku
Jangan kau sembah Asma-Ku(Nama2 Ku)
Jangan kau sembah afal-Ku
TAPI SEMBAHLAH AKU
Pada hakikatnya
Jika pangetahuan seseorang hanya sampai pada Afal Allah,
sampailah ia hanya pada Perbuatan-perbuatan Allah sahaja.
Jika pengetahuan seseorang hanya sampai pada asma Allah,
Maka sampailah ia hanya pada nama-nama Allah sahaja.
Jika pengetahuan seseorang sampai hanya pada sifat Allah,
Sampailah ia hanya pada Sifat-sifat Allah Sahaja.
Jika pengetahuan seseorang hanya sampai pada Dzat Allah,
Sampailah ia hanya pada Dzat Allah sahaja.
Jika pengetahuan sampai kepada Empunya Diri(Allah)
Maka sampailah ia pada Empunya Diri(Dia Allah)
Dzat Allah=Nur Ilahi=Cahaya Tuhan
#Cahaya Tuhan adalah bukan Tuhan
Tuhan bukan berupa cahaya.
Dzat Allah=ruh pada manusia
Allah bukan berupa ruh.
Pada manusia itu terdapat Dzat Allah,tapi manusia bukan Allah.
Allah tak perlu di sembah
ReplyDeletehati2 dengan kata2 sdr
DeleteSaya sangat setuju dengan saudara bedul katakan itu. Ilmu Tauhid, fiqh dan tasauf tiga serangkai. Yang pertama dan kedua mesti cukup asas namun terus ditingkatkan sebelum masuk ke Ilmu tasauf untuk pengamalan.Setakat nak baca sebagai kuliah tak mengapa tetapi ia berbeda dengan berenang di dalamnya. Bila berenang ,nasihat saudara bedul kena diberi perhatian agar tak tersesat jalan. Itu Tauhid payung segalanya.
ReplyDeleteMacam macam yang dihidang di maya sekarang
Silap langkah bawa padah
Wallahu 'alam.
Fikirkan dan ambil i'tibar daripada sabda Rasulullah s.a.w. walaupun kita ini belum mengentahui cara(methodologi) solaltu-daim atau solat berkekalan yg di sekilas saja dibicarakan ini.Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya ada sebahagian ilmu yang di ibaratkan permata yang terpendam,tidak dapat mengentahuinya kecuali Ulama Billah. Apabila mereka mengungkapkan ilmu tersebut maka tidak seorang pun yang membantahnya kecuali orang orang yang tidak faham tentang Allah"(HR.Imam Tirmizi RA).
ReplyDeleteCheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Assalamualaikum buat kalian serta seisi alam...
ReplyDeleteSesungguhnya Allah berfirman " akan Ku ampunkan segala dosa kecuali satu yakni Syirik kpd Aku.."
Tuan2 dan puan2 sekalian.. Bab solat ni sbnarnya ada dua hal.. 1. Solat 2. Sembahyang.. ( sembah dan Yang)
Solat adalah mengikut sunnah..
Bagaimana nabi buat.? Cerita bermula sbelum israk mikraj lagi.. Yakni solat itu belum di rukun kan 13 perkara.. Ia masih di dlm tauhid turun temurun dr Nabi Adam A. S
Ia terletak dlm rukun Iman yg mana mengikut cerita2 Nabi.. Rasullullah pernah solat katakan dia sedang solat ketika di panggil oleh sahabatnya dan Rasullullah x menjawab selama 3 kali panghilan.. Selepas itu baru Rasullullah menerangkan bahawa sebentar tadi dia sedang Solat.. Yg mana ketika itu Nabi di atas Unta..
Byk lagi yg lain cerita nabi solat.. Ada satu peristiwa nabi melakukan sujud dgn lama..
Ada yg ketika dia sedang berdiri dan berkiam..
Maka inilah antara contoh2 solat nabi yg sebelum di rukun kan 13 perkara yakni sblum israk mikraj..
Di sinilah wujudnya ape yg dikatakan solat Daim itu tadi..
Yakni solat yg tidak ber hala ( arah ) kiblat. Dan di lakukan dlm keadaan aoe sekalipon.. Ini termasuk dlm sunnah baginda.
Sahabat2 nabi lah yg merekodkan setiap tingkah laku baginda utk di rukun kan menjadi rukun 13 perkara.. Hingga kpd Imam2 besar spt Imam safie yg mencantik kan lagi solat fardu itu dgn bacaan2 yg di susun.
Haruslah ingat.. Ape pon peringkat Ilmu.. Hakikat ke.. Tharikat ke.. Makrifat ke.. Tiada lain hanya utk meng Esa kan Allah..
Berbalik kpd perihal sembah yang ( yang ape..? ) jgn lah kita sembahyang spt kefahaman agama budha dan sbgai nya. Yakni menyembah dari aku ( diri) kpd Tuhan di luar sana.. Sama ada membayangkan Allah itu di kaabah ke.. Atas langit ke.. Atau kosong ke.. Maka itu lah salah nya dan boleh mendatangkan syirik.. Kerana kita melakukan perbuatan itu dgn sifat ke Akuan diri..
Di sini menjadi kan Diri dan Allah.. Maka kita telah mendua kan Allah dgn diri sendiri.. Kalau budha dan sebagai nya.. Bukan lagi menduakan Allah.. Tapi dh men Tiga kan Allah.. ( diri.. Patong.. TUHAN )
Tak pe lah.. Kalau nk teruskan bab ni sangat panjang cerita nya..
Kesimpulan nya.. Antara solat Daim dan solat fardu itu adalah sunnah baginda..
Cuma kesan nya berbeza kerana solat daim itu dlm rukun Iman dan solat fardu itu dlm rukun Islam..
Iman - ghaib, rohani, batin
Islam - nyata, jasmani, zahir
Dlm pengkhususan ilmu tasawuf tidak ada mengatakan tinggal lah solat fardu.. Ini kerana Ilmu tasawur yg sbnar tidak akan lari dr Esa Allah, Sunnah dan AlQuran
Andai di akhir zaman nanti dgn ujian dr Dajjal.. Maka solat yg berkekalan ( daim ) akan menjitukan Iman.. Manakala andai amal yg baik dr tetapnya solat fardu itu tanpa kekuatan Iman maka akan lucut lah segala perhiasan diri.
Kerana Allah berfirman " sembahyang kamu itu bukan utk Aku.. Tetapi hanya utk diri mu"
Hamba cuba pendekkan moga tetap jelas pencerahan ini.. Selebih nya kalian cari lah sendiri.
Akhir kata solat fardu ini tiada lain hanya utk menjadi perisai dan semoga kita sentiasa dlm akhlak yg baik demi menjaga ke utuhan Iman di dalam jiwa..
" aku lebih menghargai org yg beradab ( akhlak) dari org yg berilmu.. Kerana jika hanya berilmu.. Iblis lebih tinggi ilmu nya dari manusia" Syekh Abdul Qadir Jailani.
In Shaa Allah.. Segala gerak hanya dr Nya
Wallahualam
Boleh saya dapatkan email saudara saya nk tnya secara private
DeleteSaya paham apa yang saudara nyatakan cuma mahu penjelesan yang lebih sedikit harap saudara dapat membantu saya dalam perjalanan saya ini
Delete1.solat 5 waktu adalah ritual, tapi harus mengetahui makna asas dan simbolik adab perlakuannya..
Delete2.solat daim adalah actual/praktik, berasaskan simbolik tadi dilaksanakan kesempurnaanya didalam semua aktiviti2 untuk kehidupan hari2 kita, untuk mencapai hak sebenar, hakkulminallah dan hakkulminanas,,, berpandukan quran teori dan sunnah praktis... wallahualam
Sangat setuju...Allahu Akhbar
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDoakan kita sendiri dan org yg merasa benar spy mendapatkan hidayah dr Allah swt.... Amien yra
ReplyDeleteSALAM SHBT...
ReplyDeleteBERMULA SOLAT DGN NIAT
AKHIRI SOLAT DGN SALAM
BERMULA SOLAT DGN MEMBACA
AKHIRI SOLAT DGN MEMAHAMI
BERMULA SOLAT DGN TARIKAT (PENGALAMAN)
AKHIRI SOLAT DGN HAKIKAT (ZAUK)
BERMULA SOLAT DGN SAHABAT NABI
AKHIRI SOLAT DGN NABI
BERMULA SYAHADAH DGN NABI...
TIADA TUHAN SELAIN AKU
AKHIRI SYAHADAH DGN KATA NABI...
AKU PESURUH ALLAH.
TIADA BERCERAI NIAT DAN SALAM
TIADA BERCERAI AWAL DAN AKHIR
TIADA BERCERAI ZAT DAN SIFAT
PUTUSNYA MAKRIFAT MENGIKUT ILMU,AMAL,HAKIKAT TUHANMU SEKADAR YG ENGKAU TAHU DAN 4 PERKARA INILAH YG AKU ADILI.
Mcm mne nk ckp ye..klw solat tp x khusyuk atau lalai, tuhan ckp neraka wail iaitu neraka paling dlm.. Mean org kafir pun x dduk kt neraka tu beb.. Then alquran ckp "jika kamu takut, boleh la kamu solat sambil berjalan dan berkenderaan" kira mcm tula.. Ilmu makrifat ni klw x blajar depa suka kutuk2 ja.. Tp dlm ilmu tu mmg sangat2 detail dari alquran beb.. Tok kenali dan para2 wali yg ade karomah pun ikut ilmu ni kot.. 🤷🏻♂️
ReplyDeleteBerilmu dengan ilmu mengenal Allah. Carilah guru arifinbillah yang mengajar ilmu ketuhanan. Awaludin Makrifatullah barulah hidup tenang dan tiada ketakutan dan keraguan.
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt..
ReplyDeleteYg dikatakn solat itu mnyembah diri, bermakna seseorg x rasa mnyembah Allah ketika solat, yg membezakan solat mnyembah diri & solat mnyembah Allah ialah hati..
Dr segi fizikal kelihatan sama ketika solat, tapi yg berbeza ialah hati, sama ada mngenal Allah atau tidak..
Ilmu makrifat n hakikat ialah 1 cabang ilmu utk kita melihat, menghakimi, menilai diri sendiri.. Tapi ramai yg belajar ilmu ini utk menilai org lain, lagi teruk ada yg menilai org yg mereka tak kenal pun..
Bila kita guna ilmu ini utk menilai org lain, maka kita berada di jalan yg salah.. Hanya ilmu feqah bleh menentukan ibadat org lain sah @ batal. Tapi ilmu makrifat n hakikat jgn sesekali guna utk nilai org lain berdosa @ berpahala....
Setuju
DeleteAssalamualaikum wbt..
ReplyDeleteYg dikatakn solat itu mnyembah diri, bermakna seseorg x rasa mnyembah Allah ketika solat, yg membezakan solat mnyembah diri & solat mnyembah Allah ialah hati..
Dr segi fizikal kelihatan sama ketika solat, tapi yg berbeza ialah hati, sama ada mngenal Allah atau tidak..
Ilmu makrifat n hakikat ialah 1 cabang ilmu utk kita melihat, menghakimi, menilai diri sendiri.. Tapi ramai yg belajar ilmu ini utk menilai org lain, lagi teruk ada yg menilai org yg mereka tak kenal pun..
Bila kita guna ilmu ini utk menilai org lain, maka kita berada di jalan yg salah.. Hanya ilmu feqah bleh menentukan ibadat org lain sah @ batal. Tapi ilmu makrifat n hakikat jgn sesekali guna utk nilai org lain berdosa @ berpahala....
Salam...mulailah dengan islam,iman,ehsan..selesaikan dulu rukun islam,rukun iman,baru masuk rukun ehsan..jangan langkau melangkau..insyaalah selamat.memegang hakikat tanpa melalui rukun islam iman tarekat punahlah,perlu ada bimbingan guru kerohanian yang murshid sehingga silsilahnya sampai pd rasul s.a.w,janganlah kita pegang hakikat syaiton yg menyesatkan, bermujahadahlah...
ReplyDeleteX ikut rasul camne nak bersatu ngan rasul x ikut tuhan camana nak bersatu ngan tuhan...ikutlah rasul ikutlah tuhan insyaallah kata2 kelakuan semuanya dari allah
ReplyDeleteAs'salam tuan Admin.
ReplyDeleteTerima kasih luangkan masa berikn kephman/ pndngn pnglman tntng solat syariat dan hati. Olih kerna rasulullah pun dah suruh kita menuntut ilmu dri yg dkt hinggalah yg jauh, dari tak tahu menjadi tahu, dari tak phm sampai phm,dari tak ingat sampai ingat,dari salah sampai jdi benar,dari keliru sampai tak keliru dan dri kecik smpai akhir hayat pun msihjuga dlm.proses belajar, maka Allah itu pula maha pengampun ,pengasih penyayang.maka apax yg salah klu kita mintak ampun Allah ampunkn andai kita tak sengajakn dan.bkn sebaliknya.Apa yg nk kusampaikan ini sikit je, stlh lalui setiap proses setiap peringkat itu kita tlh pun menjadi semakin tahu dan.phm terutama tntng solat syariat dan solat hati,sujud dan taat akn segala perintahnya.klu tk.taat /ingkar pun sdh jelas dpt kita kthui maka terpulanglah kpd kita nak laksanaknya.sbb itu Allah sediakn adanya syurga dan neraka.
Wallahualam..
SaLaM Ya habibullah...
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/groups/987375718027062/permalink/1950698538361437/?app=fbl...
Astarafirullah Subahanallah MasYa allaH tabarakallahu taAla
Assalam. Tahniah atas perkongsian yang baik. Benar ada zikir ala dawam atau atau zikir nafas atau zaikir tersembunyi/zikur rahsia atau zikir sir.
ReplyDeleteDalilnya Qs 7:205 .
Allah SWT berfirman:
وَاذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْأَاصَالِ وَلَا تَكُنْ مِّنَ الْغٰفِلِينَ
"Dan sebutlah serta ingatlah akan Robbmu dalam Dirimu(lisan,hati,akal,nafas,roh dan sirrmu), dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai."
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 205)
* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com
Assalam. Tahniah atas perkongsian yang baik. Benar ada zikir ala dawam atau atau zikir nafas atau zaikir tersembunyi/zikur rahsia atau zikir sir.
ReplyDeleteDalilnya Qs 7:205 .
Allah SWT berfirman:
وَاذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْأَاصَالِ وَلَا تَكُنْ مِّنَ الْغٰفِلِينَ
"Dan sebutlah serta ingatlah akan Robbmu dalam Dirimu(lisan,hati,akal,nafas,roh dan sirrmu), dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai."
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 205)
* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com
Assalam. Tahniah atas perkongsian yang baik. Benar ada zikir ala dawam atau atau zikir nafas atau zaikir tersembunyi/zikur rahsia atau zikir sir.
ReplyDeleteDalilnya Qs 7:205 .
Allah SWT berfirman:
وَاذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْأَاصَالِ وَلَا تَكُنْ مِّنَ الْغٰفِلِينَ
"Dan sebutlah serta ingatlah akan Robbmu dalam Dirimu(lisan,hati,akal,nafas,roh dan sirrmu), dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai."
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 205)
* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com
Assalam. Tahniah atas perkongsian yang baik. Benar ada zikir ala dawam atau atau zikir nafas atau zaikir tersembunyi/zikur rahsia atau zikir sir.
ReplyDeleteDalilnya Qs 7:205 .
Allah SWT berfirman:
وَاذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْأَاصَالِ وَلَا تَكُنْ مِّنَ الْغٰفِلِينَ
"Dan sebutlah serta ingatlah akan Robbmu dalam Dirimu(lisan,hati,akal,nafas,roh dan sirrmu), dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai."
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 205)
* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com
Wahai kekasih KU..
ReplyDeleteJika engkau datang kepada KU dengan AMAL, maka engkau akan AKU timbang akan segala amalan yang baik dan buruk itu..
Jika engkau datang kepada KU dengan ILMU, maka engkau akan AKU pertanggungjawabkan atas ilmu yang engkau miliki itu...
Jika engkau datang kepada KU dengan MA'RIFAT, maka engkau akan AKU hujahi sebatas mana kau mengenal AKU...
Namun, jika engkau datang kepada KU dengan AKU, maka itu urusan KU...
🤣🤣🤣
ReplyDeleteJangan sombong kalau xtahu
ReplyDelete"Nah, solat yang berdiri ini hanya terdapat di dalam solat fardhu yang lima (5) itu, atau pun solat2 sunat yang lain yang kita lakukan seperti tahajud, dhuha, hajat dan sebagainya seperti mana yang di ajarkan Rasulullah SAW melalui sunnahnya". Rujuk surah toha ayat 14. Dan umum semua kita tahu dan paham surah toha ayat 9-99 adalah perihal kisah zaman nabi musa dan firaun iaitu zaman sebelum kelahiran Rasulullah SAW yg telah memperkenal kan solat fardhu 5 waktu kepada kita. Soalannya "BAGAIMANA MUSA DIRIKAN SOLAT" sedangkan belum wujudnya solat fardhu. Walaupun kita paham lain2 akan tetapi al Quran tidak berubah dan tetap sama. Salah kan kita berlainan kefahaman akan tetapi yg bagi kita faham adalah Allah SWT jua.
ReplyDeleteKita umat nabi Muhammad jadi solat ikut cara nabi Muhammad
Deletesolat Rasulullah ada pada syariat dan hakikat.. barulah sempurna.
Deletecamne plak solat 5 waktu dikatakan kekal.. sbb 5 waktu je.. berkekalan bermaksud tidak terputus.. yg dikatakan dirikan atau berdiri atau mendirikan itu adalah diri kamu yg berdiri ngan benar, amanah, bijaksana dan menyampaikan pada setiap detik tanpa batas ruang dan waktu kerana Allah semata-mata.. Hidup dan mati kerana Allah maknanya makan, minum, bekerja, beriadah dan sebagainya kekal di dalam dirinya yg menyerah semata2 kpd Allah. Tiada daya upaya melainkan Dia..
ReplyDeleteSetuju sangat.. Tidak ada yg lebih tinggi melainkan berserah diri kepada yg Maha Esa
Delete