Sunday, December 9, 2012

Sembahyang @ Solat @ Selawat (11)


Alhamdulillah. Ku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT, Zat Yang Maha Esa, pemilik awal dan akhir, atas dan bawah, depan dan belakang, utara ke selatan, timur ke barat, malahan apa saja yang terlintas dan tidak terlintas dek kita yang tidak berwujud ini. Selawat dan salam buat Rasulullah Muhammad, keluarganya, khalifah yang empat, sahabat2nya, para tabi’i, guru2 dan ibu bapa kita. Al-Fatihah buat mereka semua.

Dan salam 1Malaysia buat semua teman2, sahabat handai, tuan2, puan2, abang2, kakak2 dan adik2 yang di rahmati Allah sekelian. Alhamdulillah, dengan hidayah dan rahmat Nya jua, kita bertemu lagi di sini, samada dengan sengaja atau tidak disengajakan.

Aku terpanggil untuk menulis di awal pagi Isnin ini, 10 Disember 2012, jam 3.00 pagi. Jap, kita minum kopi dulu. J. Pasang lak lagu P. Ramlee kat youtube “Pukul 3 pagi”. Pehhh. Langsung terlena aku. Selingan je tu.

Sebenarnya, setelah dekat setahun tak menulis, hari ni, dah sampai dah seru….hehe….tett. zip mulut sikit. Terimakasih la aku ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang sudi melawat blog aku yg entah apa2 ni. Semuanya borak dan temberang je. Dah dekat 10,000 hit dah. Sekiranya ada apa2 kebaikan kepada tuan2 semua, bersyukur kita kepada Nya, kerana telah dirahmatiNya. Panjatkan kesyukuran dan rasa terimakasih kepadaNya, kerana diberi pengetahuan, kefahaman atau ilmuNya buat kita mengenal Dia dengan sebenar2 kenal. Yang dah merasa pasti setuju dan yang belum merasa, tak pe beb. Bawak bertenang. Macam orang Jerman cakap, man man. Pelan2. Setidaknya, dapat pengetahuan dulu.

Terimakasih juga pada korang2 yang sudi menulis email pada aku samada untuk berkongsi pendapat, atau memohon izin, atau meminta pendapat, atau mohon belajar dan sebagainya. Kalau ada yang belum aku reply tu, maafkan aku. Mungkin terlepas pandang. Pada aku, ilmu Allah itu hakNya. Kerja Muhammad, menyampaikan. Aku tak tau apa2. Korang nak pakai, silakan. Tak payah nak mintak izin2 dari aku. Takde pantang larangnya. Hambik je la.

Kepada yang mintak aku recommend kan guru tu, maaf sangat2. Aku pun tak tau mana2 guru. Lagi2 guru mursyid. Kalau mursyidul am tu pernah la aku dengar. Tapi aku pun tak tau apa yang diajarnya. Korang usaha la cari sendiri. Kalau betul2 ikhlas, ada la tu nanti dilorongkanNya. Kepada yang mintak aku jadi guru pulak, sekali lagi maaf banyak2. Takde tokoh nak jadi guru. Tulis merapu macam ni, korang nak buat guru buat pe. Silap2 kang, aku yang belajar dengan korang. Haha. Cuma aku nak cakap, kalau ada rezeki korang nanti, ada la. Kalau tak, tak la. Sama2 la kita usaha kan.

Apa yang aku nak tulis malam ni? Bukan malam, dah pagi pun. Aku pun tak tau. Sesuai la dengan keadaan wujud ku yang palsu ni kan. Nak tulis apa pun tak tau. Itu lah ilmu nya, ilmu tak tau. Haha. Mampus. Kena cap sesat jugak aku ni kang. Jap kena rokok sebatang dulu. Eh, rokok pun dah haram sekarang kan. Takpe la. Kalau korang dah haramkan, jangan hisap. Pada sapa yang tak haramkan, hisap je la. Yang penting cari nas dalam AQ, tentang apa2 benda yang Dia haramkan.

Merokok membahayakan kesihatan. Betul la tu. Tapi, aku nak tanya, antara penyakit  kanser paru2 dengan penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung, yang mana lagi banyak kita dengar bawak maut? Aku tak tau la korang. Pada aku, banyak lagi yang mati sebab heart attack. Semuanya, disebabkan oleh makanan. So, boleh tak aku sebut kat sini, makanan membahayakan kesihatan? Korang pikir la sendiri. Lepas ni jangan pulak ada yang haramkan makanan dah ler. Hehe.

Pandai2 korang la. Sendiri nak makan, sendiri tanggung la. Sebab tu dalam AQ di suruh kita berpada2. Jangan keterlaluan atau berlebihan. Ambik jalan tengah. Dalam apa jua perkara, kita di suruh, balance out. Jangan lebih sangat, jangan kurang sangat. Dok tengah2 je la. Agaknya la. Aku belasah je ni.

Ok cukup la tu selingan. Kita masuk balik la bab selawat atau zikir. Ada yang bertanya, apa kah zikir paling baik nak kita buat? Ni yang susah nak jawab. Sebab lain perguruan, lain kriterianya. Aku pernah ditanya oleh seorang sahabat. Dah arwah pun dia. Semoga tenang dia di sana. Setahu aku dia ni memang pengamal Tarikat Naqsyabandiyah. Dia selalu bersuluk di Lenggeng, NS. Hebat orangnya. Sepanjang hayatnya, terkenal alim warak dan zuhud. Di waktu akhirnya pun, pulang dengan senyuman. Bahagian dia. Bahagian kita tak tau lagi macam mana. Sempat juga la aku menghantar nya di awal pagi. Masa tu aku nak ke Singapura paginya. Awal pagi dapat call, dia dah pulang. Setakat hantar kat katil je la yang aku sempat. Eh, panjang la pulak synopsis nya. Hehe.

Soalan dia pada aku. Antara zikir nafi isbat “La illaha illa Allah” dengan zikir “Allah Allah” yang mana lebih baik. Aku pun heran, kenapa tiba2 dia tanya benda ni pada aku. Sedangkan aku tak pernah pun cerita apa2 pasal benda2 ni pada dia. Masa tu aku drive kereta dari KL nak ke Perak nak pergi tengok satu projek pelabuhan. Kitorang sama2 keje bank masa tu. Dia dok sebelah aku
.
Aku pun dalam bodoh2, boleh lak menjawab tu. Aku kata “Ji (dia dah haji), dalam nafi isbat tu, apa yang di nafikan adalah benda2 selain Allah. Yang di isbatkan pulak adalah Allah. Jadi benda yang kita nak nafikan tu, dah sememangnya sah2 takde. Jadi nak nafi buat pe lagi. Yang kita isbatkan tu pulak, itu lah yang sememangnya WAJIB ADA. So, benda takde nak disebut2 buat pe. Kita sebut je la benda yang ada”. Bila dia dengar aku jawab macam tu, dia macam termanggu2. Tak tau apa nak cakap. Padahal masa dia soal aku mula2 tadi, cara soalan tu macam tak puas hati je. Aku pun tak tau macam mana yang aku ni pulak boleh jawab macam tu. Hehe.

Jadi, kalau korang tanya aku, zikir apa nak pakai, tu lah jawapannya. Simple and clear. Nak sebut pun senang. Dalam tajuk lepas, aku ada cakap synchronize kan zikir dengan denyut nadi kan. Sangat sesuai dengan denyut nadi kita. Ngam2 je. Itu pendapat aku la. Namun korang tentu ada zikir masing2 yang guru2 korang bagi. Jadi pakai je la apa yang guru suruh buat. Aku tak suruh ikut aku. Nak pakai nafi isbat ke, takbir ke, tasbih ke, tahmid ke, malah nak pakai semua sekali ke, pakai lah. Yang penting korang tau apa maksud dan asal usulnya. Pada aku, yang ni mudah nak explain. Allah itu nama Zat yang Wajibul Wujud. Jadi takkan lari ke mana. Ada juga yang pakai “Hu Hu” atau “Ah Ah” dan macam2 lagi. Pakailah mengikut keselesaan dan kesesuaian masing2. Macam aku selalu cakap, yang penting buat. Argue2 banyak mana pun, kalau tak buat, tak guna beb. J

So berapa kali pulak nak buat? Yang tu tak payah tanya la. Buat je la banyak mana yang termampu. Macam aku cakap dulu, belasah je. Jangan ada dusta diantara kita, hahaha. Oopss..silap. jangan ada kiraan berapa2. Cara aku, buat je sampai terlelap. Ada gak yang berdengkur. Nasib masing2. Cuma dalam dengkur tu pun, ada yang dah sampai ke bulan ke bintang. Kalau tak percaya, cuba la. Hehe.

Namun harus di ingat, bukan itu tujuan kita. Apa juga pengalaman di beriNya, Alhamdulillah. Niat dan tujuan kita, untuk mengenal Dia. Untuk sampai ke Dia. Kalau ada apa2 yang di bagi Nya rasa ke, melawat ke, apa ke, dah kira bonus la tu. Tapi yang bab tu, zip mulut korang. Kecuali la kalau kamu berguru. Harus kamu ceritakan padanya. Bukan apa, dikhuatiri akan jadi fitnah nanti. Syok sendiri je dah la. Tak yah bising2. Tak hebat pun kamu. Allah lagi hebat. Ingat tu
.
Begitu juga, bukan mustahil kalau tadi kamu mula berzikir dengan “Allah Allah” tiba2 bila kamu sedar, kamu dah pula menyebut “Alhamdulillah” atau “Subhanallah” atau zikir2 yang lain. Kepada yang biasa berzikir, pasti pernah ada pengalaman ini. Kenapa jadi macam tu? Korang fikir2kan la dulu. Aku stop dulu kat sini. Mata pun dah layu. Sebelum aku merapu, elok aku berhenti. Insyaallah, nanti aku sambung lagi ini ceritaJ.

12 comments:

  1. salam abg bedol, takde facebook ke..

    senang la nak in touch..

    :)

    ReplyDelete
  2. hihihii..jawabnye zikir tu x penting..zikirlah ape pun tapi kalo lupe Tuhan..same jgk kan..

    ReplyDelete
  3. salam saudara bedol, bila lagi nak sambung?

    ReplyDelete
  4. Salam abg bedol. Xde no enset ke nak wassap

    ReplyDelete
  5. ye la bang bedul..bila nak smbung ni..da lama sy tggu tau

    ReplyDelete
  6. Salam best laa baca blog merapu meraban abg ni tapi dia punya touching tangkap dalam owhh...gua tabik spring lu bro...kihkihkih..semoga tuhan rahmati mu bro dgn ilmu yg sedikit tapi membukit ni bro...heheee

    ReplyDelete
  7. Apabila Sang Penzikir menjadi zikir itu sendiri. Maka tiada lagi yg berzikir hanya DIA..

    ReplyDelete
  8. kalau minum di perigi, terjun terus je kt dlm perigi tu... habis basah semua, sedang yg diinginkannya itu bukanlah sang air, melainkan zat, khasiat atau untuk hilangkan dahaga semata2... insyaAllah... semoga ditunjukkan jalan bersama2... assalam

    ReplyDelete