Monday, November 8, 2010

Solat @ Sembahyang @ Selawat (6)

Wuduk

Salam buat semua. Segala puji2an bagi Allah Tuhan semesta alam yang menciptakan segala2nya yang ada di alam ini dari yang bernyawa dan tidak bernyawa, dari sebesar2 planet dan sekecil2 hama, semuanya tak terlepas dari pengetahuanNya. Selawat dan salam buat junjungan ku Muhammad SAW, yang telah ditugaskan membawa rahmat ke atas sekeliam alam dan menyempurnakan Islam sebagai agama Tuhan yang benar.

Ceh. Dah macam ustad la pulak pembukaan aku. haha. Malam tadi aku bukak blog ni nak sambung cerita pasal wuduk. Rupanya ada lagi komen dari sahabat aku, mahadaya. So tertangguh la, tulisan aku dek kerana menjawab komen2 dia. Korang baca la jawapan aku kat ruangan komen tajuk yang lepas.

OK. Terus sambung bab wuduk.

Perlu lah kita ketahui, bahawa wuduk ni diperintahkan bukan lah untuk membersihkan diri. Ianya adalah satu syarat untuk membolehkan kita solat. Ni macam pre-requirement la. Kalau tak wuduk tak boleh solat. Kalau nak bersihkan diri, baik la kita mandi, guna sabun Dettol banyak2, lepas tu sapu losyen banyak2, hahaha, baru lah bersih. Begitu lah juga, tayammum. Ianya untuk membolehkan kita masuk kepada solat. So, kalau takde air, gunalah debu tanah ke pasir seperti yang diperintahkan.

Banyak mana air nak guna? Satu kolah? Satu baldi? haha. Buatlah seadanya. Tuan2, zaman Nabi dulu, air amat sukar nak dapat. Dalam perjalanan baginda nak berdagang di atas unta, nak jumpa air di tengah2 gurun pasir tu, korang ingat senang ke nak jumpa air. Makanya, air disimpan macam emas. Dia orang guna sikit2. Reserve untuk minum. Kalau tak minum, 2 3 hari, apa jadi? Mati la beb. Tu baru 2 3 hari. Kalau seminggu macam mana? So, kepada mamat2 yang terer berilmu fekah, yang beriya2 cakap kalau tak basah seluruh tangan la, muka la, tak sah wuduk, sendiri mau ingat la. Tuhan dah kata, Dia bukan nak menyusahkan.

Makanya, Tuhan jugak kata, kalau takde air, guna lah debu untuk tayammum. Sebab kat tengah padang pasir tu, yang banyak debu! Masuk akal tak? Kan senang. Sikit punya hal la. Tak payah gaduh2, pendapat itu pendapat ini. Clean and clear. Dan kalau guna debu, sapu kat muka dengan tangan sekali saja pada dua anggota tu, dah cukup dah. Tuhan tak nak susahkan kita. Korang ingat apa rasanya, kalau sapu debu banyak2 kat muka. Best ke? Makanya, Dia suruh buat sekali je. Tak la, korang meludah2 ceh muka penuh debu. hahaha.

Lawak2 gak. Kita masuk bab serius. Rujuk balik Suruh Al-Maidah Ayat 6 pada baris akhir yang bermaksud "Allah tidak mahu kamu menanggung kepayahan tetapi mahu membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatKU kepada kamu, supaya kamu bersyukur".

Maksud yang lebih tepat di sini adalah "menyucikan kamu". Kalau bersih tentulah kita disuruh mandi. Tapi kalau suci, yang mahu disucikan itu, adalah rahsia hati. Kerana amat lah tidak tepat jika suci itu dimaksudkan sekadar membersihkan diri jasad dengan menyiram dan menuang air sementara batin kita dibiarkan berlumuran dengan barang2 keji dan kotor.

Menurut Al-Ghazali didalam Ihya-Ulumuddin, terdapat 4 tingkat bersuci:

1) suci zahir dari segi hadas, kotoran and benda2 menjijikkan

2) suci anggota badan dari segala perbuatan jahat dan dosa

3) suci hati dari segala pekerti yang tercela & sifat2 rendah yang terkutuk

4) suci sirr (rahsia atau batin) dari sesuatu selain Allah.

Kalau nak tau lebih lagi, korang baca lah sendiri kitab tu. Letih aku menaip. hehe. So itulah tahap2nya. Jadi, kita cek lah diri kita, kat tahap mana. Sebenarnya kalau kita tengok tahap2 tu, ianya berkaitan dengan susunan tahap peningkatan ilmu musyahadah iaitu:

Syariat -> Tarikat -> Hakikat -> Makrifat

Yang aku nak sebut, pada tahap hakikat dan makrifat la. Yang lain tu korang boleh faham. Hakikat wuduk itu dah tentulah penyucian zahir dan batin. Pada hakikatnya, ialah perbuatan penafian di dalam Syahadah kita pada lafaz "La illa Ha". Apabila kita membasuh muka, kita nafikan ujud kita. Begitu juga membasuh tangan, kita nafikan kudrat kita, basuh kepala kita nafikan kita yang berilmu dan akhirnya, basuh kaki, kita nafikan iradat kita. Pendek kata, menafikan segala sifat2 maknawiyah yang Allah pinjamkan pada kita. Setelah complete segala penafian sifat2 kita, tibalah kita pada tahap makrifat pada lafaz "Illa Allah", iaitu yang wujud sebenar2 wujud "Hanya Allah". Zat yang Maha Esa. Boleh faham?

To complete the penafian, aku selalu melafazkan begini " La Hayyun, La Alimun, La Basirun, La Sami'un, La Qodirun, La Muridun, La Mutakalimun, Bil Haq Illallah", sebelum berwuduk. Lafaz ini dalam hati je. Ni cara aku lah. Cara korang mungkin lain. Aku tak suruh pun kau ikut. Dengan menafikan segala sifat ini, maka fana lah kita, lalu yang wujud ketika itu dah tentu lah, hanya Allah semata2. Pening ke? Jangan pening2 lah. Baca balik semua tajuk2 lepas, insyaAllah boleh faham.

Kita balik kepada soalan aku kenapa rata2 orang kat Malaysia ni wuduk lebih dari 4 anggota. Sebenarnya, it is the wisdom of Rasulullah Muhammad SAW dan para ilmuan arrffin billah sebelum kita; menambah lagi anggota yang nak kita sucikan. Bukan lah memandai2 macam kata mahadaya tu "tak mungkin Nabi akan override perintah Allah".

Brother, Nabi kita bukan bodoh. Baginda cuma UMMI yaitu buta huruf. Ini adalah atas kehendak Allah untuk membuktikan bahawa AQ itu adalah mukjizat yang datang dari Allah. Lojiknya kan mustahil seorang yang buta huruf, tak tau membaca dan menulis, boleh menghasilkan satu buku hebat seperti AQ. Manusia ni memang degil. Dah la bodoh, sombong pulak tu. Kalau tak bagi bukti, tak nak percaya.

Korang baca lah AQ tentang kedegilan kaum2 jenis manusia ni, melawan ajaran2 Rasul2 yang di pilih Allah untuk membetulkan dan menyelamatkan mereka. Macam2 ada. Semua nak tanya. Semua tak puas hati. Sampai ada kaum yang nak suruh Nabi Isa hidupkan orang yang dah mati. Itu pun Tuhan bagi mukjizat pada Nabi Isa untuk buktikan. Last2 apa dia orang buat? Nabi Isa pulak di katakan anak Tuhan. Buat pulak agama baru. Nampak tak?

Jadi jangan la heran, kalau zaman kita ini, ada orang macam mahadaya, nak cuba promosikan agama baru. biarkan la dia dengan dunia dia. jangan la korang mintak simpang malaikat 44 pulak. hahaha. simpang apa? malaikat apa yang 44 tu? Jangan sebut apa yang kita tak tau. Mintak hidayah dari Allah dijauhkan dari godaan dan tipuan iblis syaitan. Itu lebih baik. Benda2 macam ni Allah dah sebut dalam AQ. Korang baca la Surah Al-Mai'dah jugak Ayat 101 dan 102. Kat komen aku tajuk lepas pun ada aku sertakan ayat2 ni.

Aku baru jumpa blog2 ni yang menerangkan pertikaian pasal ayat AQ kenapa dibariskan seperti. yang diperjuangkan oleh mahadaya. Satu lagi pasal percanggahan ayat2 Taurat dan Injil yang ada pada hari ini yang dikatakan firman Tuhan. Klik je kat perkataan2 merah kat bawah ni.

Sistem Fitnah

Percanggahan ayat di dalam Taurat dan Injil

Korang layan dulu. Nanti aku sambung topik wuduk ni.

Salam buat semua. Aku sambung lagi bab wuduk ni. Tapi sebelom tu, biar aku jawab persoalan sahabat ku mahadaya. Dia bertanya, tahu kah kita maksud Allah. Sapa nak jawab. Korang jawab lah. Allah iaitu Zat Yang Maha Esa. Yang Maha Empunya. Yang Memiliki Segalanya. Termasuk engkau, aku, dia dan mereka2 itu. Tak kira lah engkau bangsa apa, agama apa, semuanya Dia yang punya. Pendek kata, apa saja yang terlintas, semuanya Dia. Dari yang sebaik2nya dan seburuk2nya, tak terkecuali. Dan oleh itu, siapa kita? Makanya lah kita belajar mengenal diri supaya kita kenal, siapa Dia.

Mari kita cuba test fakta yang mahadaya cakap. Dia kata nabi yang terima AQ adalah Raja Ahmad berketurunan raja melayu. Kalau melayu sure bermastautin di Tanah Melayu. Dan sekitarnya lah seperti Indonesia, Filipina, Cambodia, Thailand dan sebagainya. Dah tentu dia bertutur bahasa melayu. Soalan aku, kenapa Tuhan turunkan AQ dalam bahasa Aramaya (ni kata mahadaya). Kenapa tak dalam bahawa melayu. Kita tengok kitab2 yang dahulu, semua di Tuhan turunkan dalam bahasa yang difahami oleh rasulNya ketika itu.

Kedua, berbalik kita kepada ayat wuduk ini. Kalau kat tanah melayu la, kita ada banyak sungai2 dan mata air. Kita tak pernah kekurangan air. Makna kata, kita sentiasa ada air. Pada aku mungkin tak logik Tuhan nak suruh guna debu untuk bersuci. Rasa aku lah. Mungkin ada sebab tersendiri, ini cuma logik akal. Tapi akal bukan segala2nya, makanya kita diberi hati. Hati yang ikhlas akan dapat memahami, kerna di situ lah contact point kita dengan Tuhan. Dan ayat2 AQ, kita baca dan fahami dengan hati yang 'mutmainah'. Bersih dari nafsu2 amarah. Hati yang tenang. Selebihnya, aku serahkan kat kamu semua untuk memikirkan nya.

Cukuplah setakat tu bab mahadaya. Jom teruskan. Macam aku cakap kat atas, anggota2 yang wajib tayang (hehe), wajib basuh la, cuma 4 je. Muka, 2 tangan, kepala dan kaki. Selebihnya tu, penambahan. Korang nak buat 4 tu je, cukup dah. Nak buat lebih, terpulang. Asal korang tau mana asalnya dan kenapa dan yang lebih penting, boleh ke. Boleh ni kena la balik pada hati. Tanya lah Tuhan boleh ke. Kalau Dia kata ok, buat lah. Kalau kataNya jangan, jangan lah. Tapi kalau kau nak ikut ustad ke sapa ke, jugak terpulang. Sendiri pakai, sendiri tanggung.

Bak kata saudara Ismail kat komen dia bawah ni, Tuhan tak redha kalau kita bawa diri kita bertemu Dia. Aku tak bercadang nak komen benda ni sebab banyak lagi cerita aku. Tak sampai lagi ke situ. Entah2 ilmu aku tak sampai ke situ lagi kot. Haha. Mungkin korang boleh la muzakarah dengan Ismail directly, kalau hang tak sabar.

Dan setelah, siap kita berwuduk, maka sedia lah kita untuk memasuki perbuatan solat. Masih guna ayat yang sama, Tuhan kata "Aku mahu menyempurnakan nikmatKu supaya kamu bersyukur". Nikmat apa yang mahu Tuhan sempurnakan? Kita sambung dalam topik perbuatan2 dalam solat.

Wassalam.






















16 comments:

  1. Agama nabi Ibrahim dinyatakan di dlm al quran dan nabi yg membawa al quran menganut agama nabi Ibrahim iaitu Alif Sin Lam Mim (Asalama) dan bukan Islam selepas bubuh baris. Tuhan telah nyatakan kebanyakan manusia akan mendustakan nabi yg sebenar iaitu Ahmad yg gelaran kenabiannya Mahamada. Mereka mengikuti nabi palsu Muhammad dan berhukum dgn hadis yg dikaitkan dgn Muhammad. Tuan hamba tidak mahu mengikuti agama nabi Ibrahim pun tuhan tidak rugi, namun hamba ini hanyalah menyampaikan agar nanti tuan hamba tiada alasan berhadapan dgn hari cubaan yg bakal tiba beberapa waktu dari sekarang.

    ReplyDelete
  2. mahadaya, lakum dinukum wali yadin atau lakama danakama wala yadana (mengikut bacaan kau). kau dengan agama kau dan aku dengan agama aku. aku beragama Islam, iaitu agama yang di ajarkan oleh Tuhan kepada semua rasul dari Adam, juga Ibrahim sampai lah Muhammad.

    Rasulullah Ibrahim tak bersalah apa2 dalam hal mengarut kau ni. jangan nanti ada yang tersalah anggap pulak dan mengutuk Ibrahim. Muhammad atau Ahmad, sama je orangnya. x payah la kau susah2 nak bezakan. Satu hari nanti bila kau ditakdirkan bertemu Muhammad, mungkin cerita kau masa tu akan berbeza. tapi aku rasa kalau kau terus mengarut dengan khayalan kau ni, x mungkin kau jumpa Muhammad.

    jalan aku untuk kembali bertemu Tuhanku dah amat terang dan jelas. kenapa pulak aku nak rasa rugi kerana Dia lah yang membimbing dan mengajar aku dengan hidayah nya untuk kembali pada Nya. aku dah tulis kat tajuk2 awal aku lagi, kalau seluruh manusia di dunia ni tak nak solat dan x menyembah Tuhan pun, Dia x rugi apa2. aku tetap dengan Tuhan aku dan rasul2Nya adalah pembimbing ku.

    faktanya, kau tolak hadis yg kau kata ciptaan manusia tetapi at the same time kau menjadikan taurat dan injil ciptaan manusia2 tu sumber penting kau, malah lebih hebat lagi, kau juga mencipta 1 kitab lagi yang kononnya kitab Nabi Daud dgn alasan yg penting mesejnya. betapa gusar dan x konsistennya pendirian kau. aku sengaja menguji segala cerita kau dgn AQ. x pernah aku guna hadis. dan ternyata, semuanya palsu.

    aku x rugi apa pun kalau kau nak terus begitu. Tuhan lagi la x rugi. yg pasti, hidayah dari Dia. kau nak agama apa pun sukati kau lah. wa x campur. aku cuma ada Allah. hanya dia yg Haq.

    ReplyDelete
  3. Tuan hamba sudah kalah apabila berhujjah menggunakan hadis. Di dlm al quran, tuhan perintah ikut agama nabi Ibrahim dan nabi yg bawa al quran sudah tentu tidak bercanggah dgn al quran. Jadi, nabi yg bawa tidak bawa Islam yg dicipta lepas letak baris dan tanda. Jika tuan hamba tidak mahu beriman (percaya) kpd kitab2 yg terdahulu sahlah tuan hamba kafir kerana melanggar perintah tuhan di dlm al quran. Yg tuan hamba ada iaitu Allah yg jika hamba tanya apa maksud Allah? Tuan hamba tiada jawapannya kerana semua org Islam menyembah tuhan yg tidak bermakna sama spt berhala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba terus terang..nak kata diri tu Mahdi kan? Mana..2021 dah ni...sehat lagi? Masih ade lagi? Cuba munculkan diri. Mahdi ape tak buat pape pon..

      Delete
  4. mahadaya, DONT BE SO IGNORANT. read my lips. tunjukkan kitab yg asli, aku xde problem. without that, gi la main layang2. jgn kau nak pusing2 ckp aku. jika kamu ikuti blog aku, kamu dah dapat jawapannya. bukan saja, maksud, siapa, apa dan kenapa Allah. sudah sememangnya, org yg mengaku Islam akan ckp org agama lain kafir. org kristian akan ckp org islam kafir. apa ada hal kalau kau pulak nak ckp aku kafir. x menggugat iman aku langsung.

    ReplyDelete
  5. Salam Sdr Bedol, apa khabar? Topik wuduk ini penting sekali hikmahnya utk difahami. Saya
    suka berkata - mengadap Allah tidak boleh bawa dunia kerna Allah tak ridho. Dan diri kita ini adalah bahagian dunia jua. Apa pun, terimakasih.

    ReplyDelete
  6. salam jua sdr ismail. sememangnya amat penting makanya saya sentuh satu persatu semuanya dalam bab solat ini. dan benar jua perkataan tuan, pada tahap pemahaman tuan. namun buat faedah target audience saya yg baru menjinakkan diri dalam ilmu ini, sayugia ianya disusun begitu. dgn izinNya, saya akan menulis sekadar pemahaman saya yg tak seberapa ini, yg mungkin hampir dengan pemahaman tuan. dan mungkin jua, tuan boleh kupas bab wuduk ini pada tahap Dia Dia, di blog tuan. apa pun terimakasih jua atas kesudian tuan, menulis di sini.

    ReplyDelete
  7. Dah nak akhir zaman, org Islam masih nak citer pasal amik air sembahyang. Patutla tak kemana. Tuhan menyuruh menegakkan agamanya dgn hukum2nya dan dinyatakan agama itu mudah. Namun, kebanyakan manusia mengambil mudah bertaklid buta dgn agama ciptaan manusia. Kejatuhan bangsa Melayu adalah kerana mempercayai pembohongan musuh2 tuhan. Di dlm al quran menyatakan kebykan manusia itu kafir, fasik dan munafik. Jadi, sesiapa yg mencari kebenaran dan meninggalkan ikutan kebykan manusia, beroleh jalan keselamatan.

    ReplyDelete
  8. salam sahabat ku mahadaya. sekarang nick kau dah ada al pulak. org yg sama atau lain? xpe lah. apa2 pun,time kasih sudi menjenguk lagi blog ni. kau ni pelik. x bagi salam xde apa, terus2 nak menghentam. macam ni nak jadi rasul melayu? hehe.

    sesuai dgn status rasul kau, memang la kau x heran pasal wuduk. tapi pada kami orang biasa yg x tau apa2 ni, penting. agama bukan untuk bangsa melayu je beb. mungkin kau terlupa nak baca ayat ni.

    Surah Ali Imran Ayat 26
    Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    Jadi, apa yang kauan kecoh2 pasal Melayu jatuh ni? Ni, baru aku cuba nak tunjukkan pembohongan fakta yg kau lakukan, kau dah kecoh. Belum pegi berperang lagi. Baru perang perkataan, kau dah melalut.

    Apa pun, terimakasih sekali lagi kerana rajin membaca. Semuga Tuhan bagi hidayah. Salam.

    ReplyDelete
  9. Al Mahadaya.. Minta maaf.. Kalau u rasa u betul.. Sampai nk kafir mengkafir kt sini sy rasa baik saudara bukak blog sendiri.. Bukan x boleh berhujah.. Tp dgn cara yg berhemah.. Bila saudara Bedol kita ni ckp bab wuduk.. Kita bincang la 1 persatu.. Bab wuduk.. kalau rasa x mau terima penjelasan Saudara Bedol.. Saudara blh berhujah dgn hujah2 berserta bukti. Tp mau kena dgn topic la..maaf sy tidak menyebelahi sesiapa disini. pendapat kedua2nya saya fikirkan.. Dan saya kaji.. Al-Quran sendiri pun suruh kita baca dan berfikir.. Ada ke Al-Quran tu paksa kita percaya bulat2 tanpa mengunakan akal? Kalau ada pendapat kemukakan hujah.. Bukan hentam.. X semestinya pendapat org lain salah.. Dan x semestinya kita semua betul..

    ReplyDelete
  10. saudara Bedol.. Mohon maaf sy ingim bertanya.. Sy ada baca saudara tulis mengenai menyucikan zahir dan batin.. Saya faham saudara terangkan diatas menyuci zahir sahaja.. Tp saudara x terangkan bagaimana menyucikan batin? Sebelum kita ambil wuduk.. Mgkin saudara tertinggal bab yg lebih penting dari wuduk.. Kerana kalau tidak lakukan..semua perbuatan dan ibadah kita akan jd terbatal atau haram.. Iaitu istinja' juga mestilah menyucikan zahir dan batin.. Bab zahir tu sy faham.. Tp batin..mcmana nk cuci batin? Sbb kalau x lakukan kedua2nya maka terbatal semua amalan.. Mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  11. tuan pencinta ilmu,

    salam perkenalan dari saya. mengenai komen tuan kepada sahabat saya, Al Mahadaya, sebenarnya beliau mempunyai beberapa blog tulisannya. sila klik pada ID nya dan tuan akan dapat lihat beberapa blog tulisannya di profilenya. saya tidak bermusuh dgn beliau bahkan saya mengalu2kan komen2 dari beliau. jika tuan telah membaca semua tulisan dan komen2 saya di blog ini, pasti tuan dapat membuat kesimpulan itu.

    Kenapa saya mengalu2kan komen2 beliau? Kerana pendapat dan aliran beliau, jauh berbeza dari kalangan umat Islam yg lain. Malangnya, saya dapati, blog terawal miliknya telah pun ditutup. Samada beliau sendiri yg menutupnya atau oleh pihak berkuasa, tidaklah sy ketahui. Beliau membawa agama yg bernama Assalama dan tuhan beliau bernama Allaha. Menurut beliau, beliau berkebolehan membaca AQ tanpa baris yg menurutnya itu lah cara yg betul sebelum AQ itu dibariskan oleh penyesat2 agama. Sayang sungguh kerana tuan tidak berpeluang membaca tulisan2 beliau yg terawal.

    Dulu beliau sering komen di blog sy, dan dengan berhujah dgn beliau melalui blog ini, banyak kebenaran semakin terserlah tentang agama Islam ini. Itulah kebaikan di dalam berbincang, berhujah dan sebagainya, yg mana akhirnya kebenaran akan terserlah.

    Mengenai cuci batin yg tuan tanyakan, sy harap tuan dapat membaca sekali lagi tulisan di atas. Ada sy sebutkan tentang hakikat wuduk iaitu penafian segala sifat2 ma'anawiyah kembali kepada sifat ma'ani yg bermaksud perceraian dari wujud adam kembali kpd wujud mutlak. mudah2an ada pencerahan disitu.

    semoga tuan sentiasa di rahmati Allah jua.

    ReplyDelete
  12. Saya tak faham mengapa ada blog sebegini. Telah berkata Ibnuatho'illah As-Sakandari - orang yang menjaja ilmu (hakikat) wal hal orang tak bertanya pun adalah tanda orang yang jahil. Berkata pula al-Banjarie - tidak ada sebab lain apa bila seseorang menyampai-nyampaikan ilmu (hakikat)nya kecuali sebab riak. Dzun-Nun Al Masri pula berkata - orang yang menunjukkan kelebihan ilmunya adalah orang yang tak sampai ilmunya. Sebab kalau sampai ilmunya maka dia tahu bahawa yang mengilhamkan ilmu kepada manusia ialah Allah s.w.t. Wallahualam

    ReplyDelete
  13. laaaa, bro kita ni menyampaikan tu adalah dari keizinan Allah la tu, keizinanNya tu ada 2, yg baik pun Dia izin & buruk pu jgk, kan banyak pncerahan kita sama2 dapat, ce baca ce baca plahan2 ce rasa dalam2,,,ada kbenarannyaaaa tuuuu, rase rase raseeee dalam dalam. tq bro bedul.

    ReplyDelete
  14. Salam...to Arshad Ihsan...ada org kebulur cari kefahaman ilmu...ko apahal ? mabuk ketum ker ?x molek laa besarkan setan dlm diri tuu...kesian sketlaa kat setan dlm diri tu...heheee

    ReplyDelete
  15. Al mahadaya... Jgn sombong sangat.nanti makan diri. Jgn takbur dgn ilmu yg ada... Iblis kerena sifat takburlah Allah murka.

    ReplyDelete