Wednesday, October 13, 2010

Solat @ Sembahyang @ Selawat (5)

Wudhu' (wuduk atau ambik air sembahyang la senang :))

Bertemu lagi kita di sini. Maaf la, lama betul tak menulis. Sepanjang Ramadan, langsung takde panggilan nak suruh tulis. Kenapa entah, aku pun tak tau. Aku lebih banyak membaca posting yang bagus2 dari saudara Ismail di blognya Hakikat Insan, Hakikat Penciptaan. Jelas dan padat. Aku dah masukkan blog dia sebagai salah satu blog yang aku ikuti kat internet ni. Cuba lah korang baca, pelan2. Orang putih kata man man. Dapatkan pengetahuannya dulu. Ilmu nya, korang lalui la sendiri nanti. Tak cubo, mano nak raso.

Ok lah kita sambung topik Solat balik. Jadi, selepas mendengar laungan azan (kepada yang mereka2 yang tinggal atau bekerja dekat dengan masjid atau surau la atau yang rajin dengar radio RTM atau IKIM, hehe), sebelum nak solat, kita wajib ambik wudhu' dulu.

Al-Maidah Ayat 6

"Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang, maka basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah kepalamu, dan basuhlah kedua belah kakimu meliputi buku lali; dan jika kamu junub maka bersucilah; dan jika kamu sakit, atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan sedang kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah dengan debu yang bersih, sapulah mukamu dan kedua tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kepayahan, tetapi Ia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Dah aku letakkan, terjemahan ayat AQ kat atas ni, kenapa kita kena berwudhu' sebelum solat. Yang ni perintah. Tak boleh tak buat. Bukan hadis ye. Dalam ayat ni, Allah SWT suruh kita basuh 4 anggota tubuh kita, yaitu muka, tangan, kepala dan kaki.

Akan tetapi, pada hari ini, rata2 di antara kita akan basuh atau basahkan 5 anggota. Tambahan pada telinga. Kenapa ya? Boleh sapa2 bagi tau?

Kita terus baca ayat tu lagi. Kalau takde air masa tu, Allah kata, boleh bertayamum iaitu gunakan debu yang bersih. So, kalau bertayamum, kita cuma perlu sapukan debu pada 2 anggota saja, yaitu muka dan tangan saja. Allah juga kata, Dia tak nak kita tanggung kepayahan kalau nak sapu kat 4 anggota tadi seperti wudhu' gunakan air.

Bab tayamum ni, aku tak sure, rata2 org2 Malaysia sapu berapa anggota. Apakah lebih dari 2 anggota atau lebih? Aku tak tau. Seumur hidup aku dah 47 tahun ni, baru sekali je aku pernah tayamum. Itu pun masa kecik dulu sekolah rendah, ikut2 bapak aku buat. Masa tu solat Jumaat. Kat masjid hari tu kering takde air. Bapak aku bawak aku pegi dekat kubur opah aku kat depan masjid tu, cari tanah debu. Masa dulu2, kubur banyak dalam kawasan masjid. Sapa duduk Kg Melayu Ampang, tentu tau. Masjid jamek lama Ampang ada kubur kat depan masjid tu. Dengan cara ni, takde la cerita pelik2 timbul pasal kubur. Hantu la apa la. Aman je, Takde apa pun. So, aku pun ikut je la macam yang bapak aku buat masa tu, ambik debu tanah kat tepi kubur opah aku tu, sapu kat muka sikit, kat tangan sikit. Settle! Ada la jugak pengalaman sebenar. Korang ada? hehe. Berlagak.

Gua ingat, gua rehat dulu la. Biar korang pikir2kan soalan2 aku tadi. Nanti sambung lagi.





9 comments:

  1. Sapa yg ikut hadis ttg cara wudhu jelas langgar perintah tuhan. Ada ke logik, nabi boleh overwrite perintah tuhan. Yg nyata, nabi palsu yg diagungkan manusia melebihi tuhan dan hukum nabi di junjung serta meninggalkan perintah tuhan. http://mahadaya-asalama.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hehehe akhirnya Mahapedaya ni mengaku juga tolak hadis. bahasa arab pun fail, ada hati nak tafsir al-Qur'an sendiri. sapa yang kau nak perdayakan, Mahadaya? diri kau sendiri ke?

    apasal kau suka kacau blog orang, Mahapedaya? aku pergi ke blog darulsaka, darulmanzil, urutbatinrawatsihir dll, ada aje muka kau menempek. blog kau dah tak laku ke?

    amacam agama nabi Ibrahim kau tu? banyak pengikut kau dapat, Mahapedaya? sampai sekarang kau tak jawab siapa guru2 kau tu.

    bertaubatlah Mahapedaya oii.. esok lusa kalau kau mati, kena gelek lori tengah jalan ke, eksiden ke, jangan pulak kau kata tak ada sapa2 bagi kau nasihat.

    ReplyDelete
  3. Bahasa A'rabaya adalah bahasa syurga, jadi semua nabi2 dan rasul2 tahu bahasa ini. Di zaman nabi Musa, tidak wujud bangsa Arab. Nabi Ismael berkahwin dgn perempuan Mesir. Arab Saudi ditubuhkan dlm tahun 1900+ dgn menggabungkan bangsa2 di benua tersebut. Bangsa Melayu mewarisi tulisan jawi yg merupakan tulisan tertua di dunia di mana semua kitab2 di tulis. Hamba beriman dgn semua nabi dan kitab2. Hamba telah berhijrah ke agama nenek moyang hamba iaitu Asalama dan hamba memahami bahasa A'rabaya yg diturunkan melalui nenek moyang hamba nabi2. Tuan hamba faham ke bila baca al quran itu? Hamba telah uji pegawai agama di JAIM yg mengatakan beliau faham bahasa Arab, tetapi beliau sendiri gagal apabila ditanya apa maksud ayat al quran yg dibacanya. Detik kebangkitan pasti tiba sebagai janji tuhan membangkitkan kembali agama yg diredhainya. Al quran menyatakan kebanyakan manusia itu fasik, jadi ada hamba peduli ttg kebanyakan manusia.

    ReplyDelete
  4. Tuan hamba, baca surat Al Maeda tu sampai kat ayat ni.
    Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan Al Qur’an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu". Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu. (68)
    Nabi hamba sudah tentu bijaksana dan memahami ktab2 terdahulu dan jika tidak maka tidak dikira beragama. Jadi, nabi hamba bukan Muhammad yg bodoh dan tak tahu membaca tu.

    ReplyDelete
  5. salam mahadaya dan selamat kembali. syukur, kau masih berminat membaca blog ni. insyaAllah sooner or later Allah beri hidayah. kepada darul semangka, selamat datang.

    benarkah bahasa aramaya, bahasa syurga? any reference? kalau takde, tolong jangan buat andaian. kalau kau buat some simple research kat wikipedia je, kau akan tau bahwa bangsa arab ni dah wujud sejak zaman 9SM (sebelum masehi) lagi. bangsa ini terdiri drpd beberapa kabilah yg bertaburan di semenanjung arab yg menggunakan bahasa yg lebih kurang sama. aku sertakan di sini beberapa link supaya senang di lihat.

    Jadi adalah satu pembohongan jika dikatakan Arab Saudi itu bangsa Arab. bangsa Arab yg menggunakan bahasa Arab bertaburan di beberapa negara di dalam Jazirah Arab seperti Arab Saudi, Kuwait, Yaman, Oman, United Arab Emirate, Qatar dan Bahrain. Nabi Muhammad yg berbangsa Arab adalah dizahirkan untuk umat Arab yg bertaburan ini selain utk semua umat manusia.

    http://id.wikipedia.org/wiki/Bangsa_Arab#Arab_Awal

    http://en.wikipedia.org/wiki/Nabi_Musa
    http://id.wikipedia.org/wiki/Musa


    http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad
    http://id.wikipedia.org/wiki/Muhammad

    http://blog.upsi.edu.my/blog/2008/08/25/mengembalikan-kegemilangan-tulisan-jawi/

    Nabi Musa yg dizahirkan sekitar tahun 1500SM berasal dari suku Lewi (salah satu kabilah2 Arab) dan beliau ditugaskan untuk membawa Bani Israel keluar dari Mesir sebelum Firaun menyerang mereka. Sekali lagi, adalah bohong jika dikatakan bangsa Arab ini baru wujud pada 1900+ dengan tertubuhnya Arab Saudi.

    Seterusnya, tulisan jawi mula2 dikesan ujudnya di Tanah Melayu pada sekitar 1300 Masihi dgn penemuan batu bersurat bertulisan jawi di Terengganu. jadi, sekali lagi bohong jika kau kata bangsa Melayu yg mewarisi tulisan Aramaya yg tidak terdapat satu penyelidikan pun. faktanya, suku2 kaum kabilah Arab lama, telah wujud dan menggunakan bahasa Arab sejak Sebelum Masihi lagi.

    ReplyDelete
  6. Mengenai hadis yg kau kata "palsu" itu kau baca lah Surah Al-Ma'idah ayat 67

    "Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; jika engkau tidak melakukannya, maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusan-Nya; dan Allah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang kafir."

    Berdasarkan ayat ini lah apa yg di turunkan Tuhan melalui Nabi yg kau kata bodoh tu, dizahirkan sebagai hadis dan sunnah. utk membuktikan bahwa AQ itu adalah mukjizat dari Nya, maka Tuhan memilih Nabi yg buta huruf bagi menyampaikan kalamNya. Terpulang pada kau nak percaya ke tak. ada aku kisah! firman perintahnya memang ada. mamat2 saleh yg dah sah2 kafirun tu buat lebih lagi dari kau. nak bakar AQ lah, buat kartun Muhammad lah. Kerasulan baginda takkan terjejas, walau apa benda pun kau nak kata atau aksikan.

    seterusnya Tuhan kuatkan lagi perintah ini dengan ayat ini:

    Al-Ma'idah [Ayat : 101]

    "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Qur'an, tentulah akan diterangkan kepadamu. Allah maafkan kamu dari perkara-perkara itu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar."

    so, ajaran2 yg disampaikan Nabi kepada umat waktu itu, direkodkan sebagai hadis oleh sahabat2. Kenapa? kerana sahabat2 telah bertanya dgn Nabi pada waktu itu dan Nabi bagi penerangan. kenapa? sebab inilah tugas yg memang Tuhan suruh Nabi buat dalam ayat ini.

    tau tak kenapa Tuhan kata jangan banyak tanya mcm yg kau buat ni? sebabnya juga Tuhan dah bagi dalam ayat ni:

    Al-Ma'idah [Ayat : 102]
    "Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu pernah ditanyakan oleh suatu kaum sebelum kamu, kemudian mereka menjadi kafir kerananya."

    jadi terang dan jelas sebenarnya beb. no issue.

    dan akhir kata, ini firman Tuhan, apabila kau kata kau dah pun mengikut nenek moyang kau. aku tak tau la nabi yg mana satu nenek moyang kau.

    Al-Ma'idah [Ayat : 104]
    "Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah, dan kepada Rasul-Nya, mereka menjawab:Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya. Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk.?"

    see. segala kata2 kau dengan sendirinya terjawab oleh AQ yg agung atas hidayah Tuhan. aku bukak je surah tu, habis semua Dia terangkan.

    terkadang, bisikan syaitan yg memang terrorist, harus kita buktikan dan patahkan dengan kembali kepada AQ dan akal fikiran yg sehat dan waras. apa yg kita rasakan wahyu, ilham atau apa saja, mungkin aja penipu, pembohong. bagaimana nak tau? makanya kenal diri, kenal Tuhan. u won't go wrong. semuga Tuhan beri hidayah pada kita semua untuk kembali ke jalan yg lurus.

    timekasih! dgn gaya alleycats. :)

    ReplyDelete
  7. taurat dan injil memang wajib aku beriman dengannya kerana itu perintah Tuhanku. tapi taurat dan injil yang mana? kedua2 kitab asli yang tuhan aku turunkan pada zaman rasul2Nya, telah dipalsukan. di tokok tambah mengikut kesesuaian hawa nafsu, si pemalsu. kalau kau dapat produce kat aku kedua2 kitab ini yang asli dari Tuhanku, akan aku beriman dengan keduanya. renung2kan, selamat beramal. semuga Tuhan aku bagi hidayah.

    ReplyDelete
  8. Apa kabar? Apa yg ribut ni..? Yg kecoh2 pasal Al-Quran dan hadis sahih x sahih ni kenapa la pulak..? Mcm ni la.. Hadis dan Al-Quran ni wujudnya datang dari mulut siapa? Blm ada sejarah atau mana2 riwayat menyatakan yg Allah turunkan atau pekik dari langit menyebut ayat2 ini. X da sejarah sapa2 pun mendengar suara Allah atau Jibril yg membaca ayat2 dlm Al-Quran.. Siapa yg menuturkan ayat2 ini? Bukan kah kedua2nya dtg atau
    Keluar dari mulut atau kata2 Muhammad SAW..? Cuba la guna akal..kaji sejarah mcmana Al Quran ini di kumpulkan..? Bila ianya dibukukan seperti sekarang ini? Rasullulah ke yg memperkenalkan Al-quran yg berbentuk buku skrg ni? Sahih x sahih hadis pula ada cara2 nk menentukanya.. Kalau u all boleh buktikan yg selalu sebut firman Allah tu.. Datang dari Allah.. Silakan? Apa maksud perkataan firman tu?? Fikir.. Jgn dok nk berperang sesama sendiri benda yg kt luar kotak.. Fikir cari jawapan yg asli.. Yg didalam kotak.. Isinya.. Bkn dok sibuk ckp pasal kulit. Sbb tu islam hari ini bertelagah sesama sendiri.. Tidak bersatu.. Sbb dok bergaduh benda kulit.. Isi x mahu fikir.. Kalau tuan2 faham isi insya Allah x kecoh mcm ni..Bedol.. U punya blog ni bagus.. Sy suka baca sbb itu kefahaman u.. I respect that.. Tp hendak lah u berfikiran terbuka.. Sebagai blogger u kena bertanggungjwp atas apa yg u tulis.. Sorry to say this.. Ini soal hidup dan mati.. Dunia dan akhirat.. Kan baik kalau kita muzakarah dgn baik dan beradab.. U punya blog ni yg bkn islam pun baca.. Kita sama2 bertukar pendapat.. Apa yg saudara tahu, mgkin kami semua x tahu.. Dan bukan semua saudara tahu.. Kita sma2 belajar sesama sendiri.. Ilmu Allah luas.. X da siapa yg boleh mengaku dia dh Phd ilmu Allah.. Minta maaf byk2 jika teguran sy menyinggung saudara. Disini kita bukan nk menang bahas..! Cuma nk kongsi pendapat dan bermuzakarah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan pencinta ilmu,

      sekali lagi salam. tiada ribut, tiada taufan di sini. sekadar perbincangan dan penghujahan di antara sy dan tuan mahadaya. sesungguhnya untuk mencari kebenaran, proses berhujah ini amat diperlukan. bukan untuk mengatakan aku betul, engkau salah. di akhir2nya, kebenaran akan terserlah. itu lah tujuan perbincangan/berhujah, utk mencari kebenaran.

      sedikit pembetulan dari sy, mengenai komen tuan. tuan katakan "X da sejarah sapa2 pun mendengar suara Allah atau Jibril yg membaca ayat2 dlm Al-Quran.. Siapa yg menuturkan ayat2 ini? Bukan kah kedua2nya dtg atau
      Keluar dari mulut atau kata2 Muhammad SAW..?"

      sy cadangkan tuan membaca surah Al-Qasas dan Thoha. mungkin tuan dpt memahami bagaimana Allah berkata2 dgn Rasulullah Musa AS.

      sy juga tertarik dgn kata2 tuan "Fikir.. Jgn dok nk berperang sesama sendiri benda yg kt luar kotak.. Fikir cari jawapan yg asli.. Yg didalam kotak.. Isinya.. Bkn dok sibuk ckp pasal kulit."

      sy harap dpt tuan jelaskan apakah maksud tuan "yg didalam kotak..Isinya.." apakah isi yg tuan maksudkan?

      semoga kita2 sama2 diberi hidayah oleh Allah.

      Delete