Wednesday, August 25, 2010

Solat @ Sembahyang @ Selawat (4)


AZAN

Rata2 kita semua tau bahawa apabila kedengaran suara azan di masjid atau surau2, ianya menandakan telah masuk waktu fardhu salah satu sembahyang yang difardhukan oleh syarak. Fardhu2 ini ialah Subuh, Zohor (Jumaat), Asar, Maghrib dan Isya’. Kepada mereka2 yang berpendapat bahawa cuma terdapat 3 sahaja sembahyang fardhu yang diperintahkan Allah dalam AQ, terpulang lah kat korang. Aku tak campur. Hak masing2. Tak payah lah aku pertikaikan. Dan korang pun tak usah lah pertikaikan cara aku. Azan telah mula dilaungkan di zaman awal Islam setelah Rasulullah Muhammad SAW menerima perintah sembahyang ketika beliau Mikraj ke langit.

Menurut sejarahnya, Bilal ibnu Rabah, salah seorang hamba Habsyi yang terawal memeluk Islam, ialah orang yang ditugaskan untuk melaungkan azan kerana kelantangan dan kelunakan suaranya untuk memanggil umat Islam ketika itu ke masjid untuk menunaikan sembahyang secara berjemaah. Makanya, dari sini lah bermulanya perintah untuk berjemaah yang terus menjadi ikutan sehingga sekarang. Malah, di kalangan masyarakat kita telah lekat akan panggilan Bilal untuk mereka2 yang bertugas melaungkan azan pada hari ini atau yang sebenarnya Muazzin atau tukang azan.

Ada dua perkara yang aku nak sebut pasal azan kat sini. Pertama, terdapat kelainan pada bacaan azan ini hanya bagi waktu Subuh. Dek kerana, ketika awal pagi, kita semua masih diulit mimpi kepada yang bermimpi lah, ada terdapat seruan “ solat itu lebih baik dari tidur” bagi azan Subuh. Faktanya, Islam mengajar umatnya untuk bangun awal pagi setelah puas berehat tidur di malam hari. Untuk apa? Pasti ada fadilatnya kan. Bak kata pepatah Jawa “ the morning bird gets all the worm”. Kita didisiplinkan untuk bangun awal pagi, untuk solat berterimakasih syukur kepada Tuhan dihidupkan kembali, setelah dimatikan sekejap di malam hari.

Seterusnya, kita bersedia dan lebih bertenang dan fokus untuk mencari rezki yang halal seawal pagi, kerana masa menyebelahi kita. Jalan pun tak jem lagi beb. Tidak lah kita terkejar2 nak sarapan lah, antar anak sekolah, eh macam2 lagi lah. Banyak kebaikannya tuan2. Sekali lagi kepada mereka2 yang berpendapat bahawa solat Subuh ni sepatutnya pada pagi hari setelah matahari terang-benderang, terpulanglah kat korang. Tak kuasa aku nak sebut. Hak masing2. Yang tu cara korang. Cara aku, Subuh, awal pagi. Mandi awal pagi ni bagus untuk kesihatan. Itu belum lagi, senaman yang kita lakukan ketika solat. Memang amat baik untuk kesihatan jika dilakukan dengan cara yang betul. Satu persatu. Man man beb. Jangan la macam kejar bas ekspres. Menurut kajian, jika kita melakukan solat dengan cara yang betul, kita sepatutnya terhindar dari pelbagai penyakit seperti heart attack dan masalah jantung yang lain, arthritis, buah pinggang, usus, hati, mata, hilang ingatan dan Alzheimer, sakit belakang dan banyak lagi. Nanti lah, kalau ada kesempatan aku ceritakan, satu2 kebaikan pada tubuh badan kita apabila kita melakukan setiap gerak di dalam solat.

Jauh dah aku melalut ni dari cerita azan. Ok lah. Yang kedua aku nak sebut pasal azan, ialah pernahkah korang melihat ketika muazzin melaungkan azan? Pernah tak lihat mereka memalingkan kepala ke kanan dan kiri masa azan? Pernah tak korang bertanya kenapa dia orang buat macam tu? Suka2 agaknya tak? Cuba agak kenapa? Aku bukan apa. Cuma nak merangsang kotak fikiran korang. Bawak2 lah berfikir. Sentiasa bertanya, kenapa itu, kenapa ini. Ini lah cara kita berfikir dan mendapat ilmu. Malu bertanya, sesat jalan kan. Sebelum tanya, fikir lah dulu. Macam aku pernah tulis kat tajuk yang awal2 dulu, kita je yang rasa macam kita berfikir. Sebenarnya, kita bertanya pada diri kita (yang di dalam tu). Yang di dalam tu, siapa? Teruskan berfikir. Ok lah. Korang fikirkan lah.

Sama tak jawapan yang kau dapat dengan yang aku dapat? Pada pendapat aku, Zat mencari Sifatnya. Korang baca lah pasal Zat, Sifat, Asma’, Af’al dalam posting aku yang dulu2. Dia jumpa. Lepas tu, Sifat pulak mencari2 Zat. Tapi tak jumpa2. Sifat ingat Zat menyorok. Cari punya cari, last last, Zat menyatakan DiriNya. Aku lah Allah. Lailaha illa Allah. Entah betul entah tidak, aku tak tau lah. Korang fikir lah sendiri pulak. Hehe.

Cukup sampai di sini....sayang. Dah pukul 7.20 pagi ni. Aku tak tidor lagi. Wassalam.

4 comments:

  1. "Cari punya cari, last last, Zat menyatakan DiriNya. Aku lah Allah. Lailaha illa Allah."

    Bahaya tu bro. ada yang salah faham kang..hehehe..

    ReplyDelete
  2. mcm ni bro, kalau rasa2 salah faham, istigfar banyak2, then syahadah banyak2. masuk Islam balik hari2. tapi rasa2nya tak kot. utk memudahkan, begini. pada peringkat Zat, yg lain fana. hanya Zat yg boleh memandang pada sifat, asma' dan af'al. maknanya top to bottom. tapi, dari bawah ke atas, mmg tak nampak. manakan nak nampak,semuanya di liputiNya. mudah2an, dipermudah.

    ReplyDelete
  3. Maaf sy imgin bertanya bab azan ni..saudara pernah ke dengar bilal azan? Betul ke bilal azan sama dgn azan yg kita dengar sekarang ni? Cuba dgr azan yg dilaung2kan dimasjid2 dan di tv hari ini.. Allahu akbar..( Allah Maha Besar..) ada ke pd sifat 20 Maha Besar ni? Besar mana? Kalau boleh sebut besar mesti ada perbandingannya.. Yg ini BESAR. Yg ini pun besar jugak.. Besar mana? Kalau saudara dengar betul2 azan yg sekarang ni berkumandang.. Yg tertinggal.. X cukup sifat atau perkataan atau huruf yg tercicir.. Cuba dengar betul2.. Sama2 lah kita kaji dan fikir.. Jgn dok ikut je..

    ReplyDelete
  4. tuan pencinta ilmu,

    sudah tentu lah sy tidak pernah mendengar laungan azan oleh Bilal ibnu Rabah. sy dizahirkan pada abad ke 19. akan tetapi, pada batinnya, sy difahamkan bagaimana kah datangnya perkataan Akbar itu. malah, apabila tuan bertanyakan soalan ini, sy dapat agak apakah persoalannya.

    Akbar bukan lah salah satu dari sifat Allah juga bukan terdiri dari salah satu nama2 Allah yg disebut dlm AQ.

    "Dan Tuhanmu, besarkanlah!". (Al-Muddathtir 74:3).

    Ini lah asal nya laungan "Allahu Akbar" itu di mana Allah memerintahkan orang2 yg berselimut supaya bangun dan berilah peringatan kepada umat manusia bahawa Tuhanmu iaitu Allah Maha Besar.

    AKBAR mengikut bahasa arab bermaksud "paling/maha/ terbesar" dan ianya adalah terbitan dari "root" word "KABIR" yang bermaksud besar. Kabir juga adalah salah satu nama Allah.

    dimana kah kebesaran Allah? Akbar itu lah yg menyatakan kebesaranNya yg bermaksud MAHA BESAR. jika tuan menyatakan itu, ini, sana, situ pun besar, perkataan Maha itu lah yg membezakan kebesaran Allah.

    menarik saranan saudara, sama2lah kita kaji dan fikir. jgn dok ikut je.

    harap tuan dapat tuliskan di sini, apa pula pendapat saudara mengenai hal ini, agar dapat sy ketahui apa kah yg tertinggal, yg x cukup sifat atau pun yg tercicir.

    semoga kita sama2 diberi rahmat di atas perkongsian ini.

    ReplyDelete