Wednesday, August 25, 2010

Solat @ Sembahyang @ Selawat (3)


Alhamdulillah. Segala puji2an hanya buat Zat yang Maha Esa. Syukur ke hadratNya, dah lebih 1000 pembaca yang melawat blog aku ni. Semuga sama2 kita diberi hidayahNya untuk mengenalNya. Sesungguhnya kita hanya dapat mengenal Dia dengan Dia. Tiada cara lain.

Dan satu2 cara yang disampaikan olehNya melalui rasul2Nya ke arah mengenalNya, adalah melalui jalan yang lurus. Apakah jalan yang lurus ini tuan2? Tak lain dan tak bukan ini lah yang dikatakan Islam, Iman, Tauhid dan Makrifat. Ketahui lah bahawa tiada sah Islam melainkan dengan Iman dan tiada sah Iman melainkan dengan Tauhid dan tiada sah Tauhid melainkan dengan Makrifat. Apa ke bendanya ni?

Macam ni lah. Sesungguhnya Islam itu lah Syariat di mana kita dituntut menurut hukum syarak untuk mengerjakan segala yang di suruh dan meninggalkan yang di larang. Ini lah yang ada dalam Rukun Islam kan. Tak begitu? Semuanya adalah perbuatan zahir yang kita kerjakan dengan jasad kita, samada kita buat dapat pahala atau kita tinggalkan juga dapat pahala.

Kenapa pula dikatakan tidak sah Islam melainkan dengan Iman? Kerana selain yang zahir, Iman pula bersangkut paut dengan yang batin iaitu pada hati kita. Bukankah kita beriman dengan semua Rukun Iman itu dengan hati? Beriman ini tidak perlu kepada melihat. Tidak seperti sains, yang perlu kepada pembuktian dan penglihatan fizikal, Iman ini letaknya di hati. Makanya kita dapat beriman kepada Tuhan, Malaikat, Kitab, Rasul, Kiamat dan Qada’ dan Qadar, hanya sekadar mendengar dan membaca cerita2 mengenai semua itu melalui kitab2 dan buku2 cerita. Ini lah bezanya orang yang beragama dan atheis (tak percaya Tuhan). Iman ini lah Tarikat atau jalan kita.

Nah sekarang, tanya pada diri kita sendiri, apakah jalan kita ini jalan yang lurus? Jalan yang lurus pastinya ada tujuan. Malahan jalan yang bengkang-bengkok saja pun tentu ada tujuannya. Lalu, apakah tujuan kita? Pasti tujuan kita hanya lah kepada yang Satu. Nah, ini lah yang dinamakan Tauhid. Maksud lurus itu menuju kepada kebenaran dan kebenaran hanya lah pada yang Satu atau Esa. Ini lah maksud tujuan Surah Al-Ikhlas iaitu menuju dengan keikhlasan kepada yang Esa yang bernama Allah!

Maka, akhirnya, dengan anugerahNya atau hidayahNya, engkau dikenalkan kepada DiriNya olehNya. Ini lah pula yang dinamakan Makrifat.

Biarlah aku susunkan proses ini, dalam konteks sembahyang. Adapun Syariat itu, engkau sembah akan Allah dan engkau kerjakan segala suruhan syarak dan menjauhi segala yang ditegah oleh syarak. Dan Tarikat pula, engkau seolah-olah melihat akan Allah dengan ilmu dan amal dan engkau amalkan barang yang engkau ketahui. Seterusnya, Hakikat itu seperti engkau pandang akan Allah dengan cahaya yang diletakkan oleh Allah di tengah2 hatimu dan akhirnya Makrifat itu pula lengkap meliputi pada sekelian badanmu. Maka lengkaplah proses sembahyang tadi dengan penyaksian di antara Zat dan Sifat beserta dengan puji2anNya.

Eh apa benda yang aku merapu ni? Aku patut sambung cerita sembahyang. Dah melalut pulak. Rezeki korang lah. Pada yang faham, faham lah. Yang tak faham, teruskan beramal, berdoa semuga diberi hidayahNya. Tapi aku rasa, dah mudah dah tu. InsyaAllah, sama2 paham tu.

Sebenarnya, apa yang aku nak katakan adapun Hakikat itu tidak bersalahan dengan Syariat. Semuanya berjalan serentak. Kalau ada orang yang mengatakan ilmu Hakikat itu sesat, maka sesatlah dia dek kerana tidak diberi kefahaman. Ini kerana, Hakikat itu syariat Nabi yang batin dan Syariat itu yakni ilmu fekah adalah syariat Nabi yang zahir dan oleh sebab itulah tiada boleh bercerai Syariat itu dengan Hakikat dek kerana Hakikat itu nyawa dan Syariat itu tubuh.

Ini lah isyarat sabda Nabi SAW, “Dan bermula syariat dengan tiada ilmu hakikat hampa, dan bermula hakikat dengan tiada ilmu syariat batal, itulah sebab tiada bercerai”.

Allah Hu Alm.


1 comment:

  1. SALAM TUAN,BOLEH TANYA SIKIT,ORG YANG DAH TAHU ILMU HAKIKAT,DIA KATA SEMBAHYANG MENYEMBAH DIRI SENDIRI,YANG WAJIB DI BUAT HANYA SOLAT DAIM,SOLAT HATI YANG BERKEKALAN,TOLONG SAYA JAWAB KAN,TOLONG LAH.

    ReplyDelete