Wednesday, August 4, 2010

Solat @ Sembahyang @ Selawat (2)


Mahluk bernama Muhammad dalam kedudukan berbaring


Mahluk bernama Muhammad dalam kedudukan berdiri tegak


Alhamdulillah. Segala puji2an hanya bagi Allah, Zat yang Esa. Selawat dan salam buat kekasihNya Muhammad SAW, Sifat yang melengkapkan usul kejadian alam yang seterusnya menyerlahkan jawapan bagi teka-teki “Tuhan hamba” atau “Boss kuli” kepada sesiapa jua yang mendapat hidayahNya. Yang belum dapat, belum faham, tak faham2 dan yang buat2 tak faham atau tak mau faham, sama2lah kita terus berdoa kepada Tuhan semuga terus diberikan hidayahNya untuk mendapat jalan yang lurus lalu sampai ke matlamat kembali kepadaNya di akhir2 kita nanti. InsyaAllah.

Seperti yang dijanjikan, hari ini aku sambung cerita aku bab sembahyang setakat pengalaman dan pemahaman aku. Sekali lagi aku nak ingatkan korang, apa yang aku tuliskan adalah pemahaman aku. Jadi, kalau korang tak setuju pun takpe. Ada aku kisah. Aku bukan nak mengajar korang agama baru atau ajaran sesat. Sapa nak baca, silakan. Tak nak baca, boleh jalan. Haha. Siapa yang dah baca tajuk yang lalu, pasti tahu bahawa aku dah cuba membawa saudara Mahadaya untuk berdialog menggunakan ayat2 AQ dan juga lojik akal. Malangnya, Mahadaya hanya berminat menyampaikan fahamannya saja. Soalan2 ku tak berjawab. Oleh itu, aku rasa tak perlu lagi aku melayan apa2 komennya. Ada lebih baik aku teruskan dengan menulis tentang kefahaman aku tentang Solat.

Macam yang aku sebut dalam tajuk Solat yang lepas, adapun pekerjaan Solat ini telahpun difardukan ke atas makhluk yang bernama Mim Ha Mim Dal = Muhammad di awal2 kejadiannya yang ber Asma’ kan (bernama), ADAM. Setelah sempurna jasad Adam yang Tuhan jadikan dari 4 unsur itu yakni tanah nurani, angin nurani, air nurani dan api nurul-azam lalu Tuhan tiupkan RohNya ke dalam jasad Adam.

Adapun bersekali dengan Roh ini maka hadirlah Nyawa di dalam tubuh jasad Adam melalui Nafas yang sudah tentunya datang dengan izin Tuhan jua. Sebaik saja Nafas ini tiba di hidung Adam dan menjadi Ampas, maka terbersin lah Adam lalu melafazkan Alhamdulillah (Alif Lam Ha Mim Dal). Seterusnya, Ampas menjadi Tanapas di antara ruang dua telinga dan hidung Adam dan akhirnya sampai ke jantungnya menjadi Nupus. Lalu merata lah, Nafas tadi ke seluruh jasad Adam apabila jantungnya mula mengepam darah ke seluruh tubuh Adam sekaligus menggerakkan segala anggotanya yang dilengkapkan dengan segala Sifat2 ma’nawiyah oleh Tuhan.. Maka ber Nyawa lah Adam lalu bangun dia tegak berdiri, lalu ruku’ tunduk kehairanan meraba2 lutut dan kakinya dan seterusnya sujud sebanyak 5 kali berdasarkan lafaz awal “Alhamdu” tadi. Berdasarkan perbuatan sujud 5 kali ini lah, makanya kita makhluk yang bernama Muhammad ini difardukan untuk solat 5 waktu sehari semalam.

Inilah cerita dongeng purba yang disampaikan kepada aku hehe dan terpulang lah kepada korang nak percaya ke tak. Aku tak kisah pun. Dan di akhirnya, Rasullah Muhammad SAW menerima perintah solat ini dari Tuhan ketika Mikrajnya baginda ke langit. Rujuk lah Surah Isra’ mengenai cerita ini.

Berdasarkan lafaz “Alhamdu” tadi aku teruskan penceritaanku seterusnya dengan rajah huruf2 Arab “Mim Ha Mim Dal” dan “Alif Lam Ha Mim Dal” .

Dari 2 rajah yang aku letak kat mula2 tajuk ni, kita dapat lihat rupa tubuh Muhammad di dalam kedudukan berbaring dan tegak berdiri. Dan Muhammad ini lah yang telah difardukan untuk mengerjakan Solat fardu sebanyak 5 kali sehari yakni “Alhamdu”.

Awal2 lagi aku dah nyatakan bahawa memang susah aku nak ceritakan bab Solat ni. Ini kerana di dalam pekerjaan Solat ini terdapat berbagai pecahan lagi yang mengandungi cerita2 lain yang berkaitan dengan ilmu hakikat, ilmu musyahadah, ilmu mengenal diri kenal Tuhan dan apa saja lah nama ilmu ni yang korang panggil dan terma kan. Dan macam aku cakap, habis je cerita bab solat ni, maka habis lah dongengan aku.


Pekerjaan “Alhamdu” yang difardukan



Kalau korang lihat rajah pekerjaan “Alhamdu”di atas, aku telah gabungkan 4 perkara. Bukannya aku saja2 gabungkan benda2 ni. Sememangnya 4 perkara itu ada terdapat di dalam pekerjaan Solat iaitu:-

1.Tentang perbuatan2 di dalam kerja Solat iaitu Niat, Qiam, Ruku’, Sujud dan Duduk di antara 2 sujud.

2.Tentang waktu2 yang difardukan Solat iaitu Suboh, Zohor, ‘Asar, Magrib dan Isya’.

3.Tentang 5 rukun Islam iaitu Syahadah, Solat, Puasa, Zakat dan Haji.

4.Tentang ilmu Tauhid yang meliputi Rahsia, Zat, Sifat, Asma’ dan Af’al.


Makanya, Solat itu amatlah penting bagi kita mahluk yang bernama Muhammad ini sehingga ianya disebut sebagai Tiang Agama. Kalau tiang, maknanya tentu lah penting kan. Kalau takde tiang, macamana nak bina rumah kan. Tanpa tiang pasti runtuh lah rumah yang nak kita bina. Begitu lah penting nya Solat.

Satu lagi perkara yang aku nak sebut kat sini ialah kalau ada antara korang yang pernah bertemu guru2 atau orang2 yang mengatakan bahawa Solat ni tak perlu, atau pakai niat je, haha jaga2, korang lari lah kuat2. Aku bukan apa. Sebab aku dah pernah jumpa orang2 yang macam ni. Walau apa pun alasan dan dalil2 yang dia orang pakai dan sebutkan, korang lupakan je lah. Sebab tu lah awal2 lagi aku dah pesan, sebelum korang masuk bab mengenal diri mengenal Tuhan ni, setidak2nya korang kena ada basic dalam ilmu syariat Islam. Apa ke benda nya ilmu syariat ni? Alah senang je, At least korang tau apa tu Rukun Iman, Rukun Islam, tau serba sedikit ilmu Tauhid dan Fekah. Kalau tak tau, korang klik aja kat link2 yang aku dah letak kat blog aku ni. Semuanya bagus2, Jangan tak baca. Ilmu2 ni lah nanti yang akan korang gunakan sebagai “defence”, kalau2 korang berjumpa dengan orang2 yang hebat2 dan pandai berhujah.

Argument aku dalam bab Solat ni senang je. Cuba korang fikirkan! Siapakah di antara mahluk Tuhan yang engkar tak nak sujud setelah Tuhan perintahkan? Rasa2nya siapa? Haha. Tentu rata2 semuanya tau kan. Dah tentulah iblis, syaitan dan anak, cucu cicitnya. So, sendiri mau ingat la sebelum korang terima argument2 tu. Dan Tuhan juga telah memperkenankan request iblis untuk memanjangkan umurnya hingga hari kiamat nanti. Untuk apa? Untuk kaum2 iblis ni menyesatkan umat manusia atau pun mahluk bernama Muhammad ni iaitu seperti engkau, aku, dia dan mereka2.

Akan tetapi, awas. Jangan pulak kerana korang tu rajin Solat (konon2nya alim la) maka korang mula memandang remeh, pandang rendah, pandang jijik kepada mereka2 yang tak bersolat pulak! Sebenarnya korang tau ke yang dia orang tu Solat ke tak? Korang mungkin rajin tunjuk kat orang yang korang bersolat. Solat berjemaah dan sebagainya. Pada aku yang ni, solat nak tunjuk kat orang. Terkecuali lah niat dalam lubuk hati korang tu sememangnya lillahi Taala, ikhlas untuk Allah saja. Bukan sebab kau tu AJK masjid, bukan sebab segan dengan pak imam, bukan sebab bini kau suruh, bukan sebab kau nak pahala berganda, dan bukan bukan bukan.

Biasanya orang yang korang tengok tak pernah bersolat tu, dia solat sorang2. Sebabnya? Ada banyak sebab. Satunya macam aku sebut tadi nak dapatkan ikhlas sebenar2 ikhlas. Satu lagi sebab, kadang2 pak imam masjid, baca surah cepat sangat. Tak sempat kita habis baca fatihah lagi, imam dah nak rukuk. Maka bercelaru lah bacaan fatihah kita yang tadinya begitu khusyuk dan tawaduk. Dan rata2, orang2 yang dah kenal diri kenal Tuhan ni, dia orang tak join Solat kat surau atau masjid. Pada aku yang penting diri sendiri. Kau yang nak mati, kau jawab la sendiri nanti. Yang penting buat. Kau nak buat 1 waktu pun ok, 2 3 pun ok dan kalau boleh 5 lagi ok. Jangan tak buat langsung beb!

Contohnya, aku sendiri. Aku baca fatihah yang 7 ayat tu, 1 ayat satu nafas. Nak habis 1 fatihah, dekat2 5 minit. Macam mana tu? Tu lah aku cakap. Dan mana nak dapat khusyuk kalau aku asyik dengar orang kat sebelah aku baca bismillah 3 ke 4 kali. Tu belum bau nafas mulut orang sebelah lagi. Perghh. Power betol. Daripada nak Solat ikhlas dah mula hati aku mengata orang. Hahaha. So jawapan nya, Solat sorang2. Tenang2. Aman2. Nanti lah bila aku dah masuk cara2 nak kusyuk dalam Solat nanti, baru korang faham maksud aku ni.

Aku berenti dulu kat sini. Jam dah pukul 4.30 pagi ni. Nak berehat lah. Nanti aku sambung lagi tajuk lain bermula dengan Azan. Sementara tu, korang google2 lah dulu benda2 yang aku sebut kan dalam rajah Alhamdu tu, kalau ada masa.


7 comments:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=nsmrOvWIhKA. bro, try tgk ni n bagi pandangan anda..

    ReplyDelete
  2. ransaturn,

    ilmu tasauf atau hakikat dikemuncaknya wajib menjurus kepada pemurnian akidah yakni tauhid kepada yg satu iaitu Qulhuwallah Hu Ahad. Allah yg Esa. makanya, aku di topik yg awal2 lagi dah aku sebutkan pasal benda ni. biar apa pun agama aku, kamu, dia engkau, mereka2 semuanya menjurus kepada Tauhid yg Esa. Seperti kata Ahmad Deedat dlm youtube tu, Ehud kata Musa, Ehad kata Isa dan Ahad kata Muhammad. Pandang lah yg satu di dalam yg banyak, dan dicerminkan, pandang yg banyak di dalam yg satu. dan itu lah yg Tuhan nak kita lihat dan faham di dalam kerja Haji yg difardukanNya.

    Pernah tak kau ke kuil hindu atau buddha? aku berpeluang melawat kuil yg terbesar dan tersuci di myanmar dan melihat bagaimana begitu khusyuknya sami2 di situ bersembahyang di depan patung2 buddha. tanpa tauhid yg jitu, akidah kita boleh goyah. apa benarkah mereka menyembah patung? cuba lah kau tanyakan pada sami2 tu. pasti jawapan mereka tidak. kata mereka, Tuhan yg mereka sembah. aku tak berani nak komen malah bukan kerja aku nak menghukum. cuma pada aku, biar berapa besar patung pun yg ada kat situ, aku cuma nampak yg satu, Allah yg Esa.

    aku tak bermaksud bahwa semua agama itu sama dan semuanya boleh. ianya terpulang kepada individu2 samada mereka berjaya mencapai tahap pemurnian tauhid itu. akan tetapi, sudah pastilah Islam is the best, kerana Tuhan dah jamin dan hanya dalam Islam kita boleh mencapai jadi orang 'alim (ariffin billah) dengan tidak membuang dunia. dunia dan akhirat berjalan sekaligus. kau lihat saja ulama2 agama lain, mereka2 ini tak boleh kawin, berpuasa terus2an, vegetarian, banyak pantang larangnya. kalau kita lah buat gitu, dah lama jadi wali beb. dan Islam, tidak menidakkan nafsu manusia,pakailah sebaik2 di dunia cuma control lah ia, untuk menuju ke akhirat. Tuhan dah bagi jalan terbaik, kenapa nak pilih yg 2nd or 3rd best? akhir kata, hidayah milik Tuhan dan suka Dia lah nak bagi pada siapa kan, sesuai dengan qada' dan qadar yg telah tertulis di awal2 dulu ketika rohnya bersumpah dengan Tuhan.

    ReplyDelete
  3. Clean n clear! hehe.. Islam adalah PELENGKAP. Kata kunci.

    ReplyDelete
  4. Ape ni... ?

    Pakai ikut suka jer.. Alhamdu, adalah alhamdu.. takder kaitan dengan solat 5 waktu, masa, sah solat, rukun islam dan ilmu tauhid semua tuh..

    Ini Pendapat aku la.. nak berbahas tak reti..

    ReplyDelete
  5. Salam bang.

    Hmmm... Miim, Haa, Miim, Daal ni mmg bentuk batang tubuh manusia/insan..

    Baginda Ali sewaktu mengucapkan Syahadah yang berbunyi:

    "Ash-hadu Allaa Ilaahaa Illa Allah wa Ash-hadu Anna Muhammadurrasul Allah",

    baginda pengsan/fana'/karam ketika lafaz tersebut sampai pada:

    ...wa Ash-hadu ANNA MUHAMMAD...

    Barulah Baginda Ali rasa & tahu siapakah sebenarnya Miim, Haa, Miim, Daal itu...

    Sebab itu Baginda digelar Karamullah...

    Sekadar menyampaikan...


    Wassalam...

    ReplyDelete
  6. Nabi Muhammad ada bersabda bahawa iman tak akan lengkap kecuali setelah mencintai Nabi melebihi segala yang ada di dunia (ibu-bapa, keluarga, harta benda). Saidina Umar pun mengakuinya tetapi dengan pengecualian terhadap dirinya sendiri. Lalu Nabi pun berkata ia masih belum lengkap sebab Umar masih mencintai diri sendiri lebih dari Nabi. Umar terdiam lalu dia pun mengakui mencintai Nabi melebihi dirinya juga.
    Tapi saya mendapat ilham yang Umar mungkin sudah kenal dirinya yang sebenar. Umar itu adalah Muhammad itu sendiri. Jadi Nabi sebenarnya tak membantah pengakuan Umar tadi cuma Nabi ingin menyedarkan beliau yang dirinya adalah Muhammad itu sendiri. Ini cuma spekulasi saja. Wallahua'lam.

    ReplyDelete