Sunday, July 25, 2010

Agama Ibrahim?

Nampaknya aku kena tangguh dulu tulis bab sembahyang ni. Bila aku bukak blog ni tadi, ada lagi persoalan yang di timbulkan oleh saudara yang memanggil dirinya "Mahadaya". Kalau korang ada baca topik Sembahyang @ Solat @ Selawat yg lepas, kat bahagian komen bawah tu ada la beberapa persoalan yang mamat ni timbulkan. Jadi, biar lah aku ambik masa sikit, cuba jawab soalan2 dia ni.

Nak jawab kat komen tu, rasanya agak panjang jawapan aku. Lagi pun aku rasa, ada pengetahuan untuk kita sama2 dapat daripada soalan2 dia ni. Sebelum tu, sayugia aku nak bagi tau, Mahadaya ni adalah orang yang sama dengan "Kebenaran Asalama" yang pernah timbolkan persoalan juga kat topik "Syahadah Rasul". Aku cut and paste kan komen dia kat sini untuk senang di lihat.

Mahadaya said...

Namun yg nyata ialah agama bukan tentang pendpt manusia. Agama ialah melakukan apa yg diperintahkan dan di sebabkan inilah juga tuhan menurunkan perintah dan hukum2nya supaya ditaati. Apabila manusia melakukan sesuatu mengikut pendpt sendiri2 disinilah berlaku penyimpangan yg dinyatakan tuhan iaitu mereka memecah2 agama sehingga setiap golongan berbangga dgn apa yg mereka ikuti.
July 15, 2010 2:03

Jawapan: Aku setuju bahawa agama bukanlah tentang pendapat manusia. Tuhan menurunkan agama kepada rasul2Nya, untuk disampaikan kepada umat manusia agar 1) manusia kenal dan tunduk patuh hanya kepada Tuhan Yg Esa dan 2) hidup dalam sejahtera. Proses ini berterusan dari rasulullah Adam AS sehingga lah ke zaman rasulullah Muhammad SAW. Jadi, agama semuanya adalah ayat2 Tuhan. Ayat2 ini termasuklah perintah, amaran, fakta kejadian2 dan cerita2 yang boleh dijadikan iktibar.

Dari ayat2 ini, ada yang terang dan jelas dan ada juga yang tak terang dan tak jelas. Semua ayat2 ini kemudiannya, di jadikan panduan bagi manusia mengenai apa yang halal, haram, wajib, tak wajib, boleh tak boleh, pendek kata dikenali sebagai HUKUM. Dan dari HUKUM2 ini lah ianya di guna pakai oleh kerajaan2, negeri2, bandar2, daerah2, kampung2, rumah2, keluarga2 dan akhirnya individu2 di seluruh pelusuk dunia buat menghukum rakyat2 dan penduduknya malah diri sendiri.

Di dalam proses pengambilan ini lah, ada kemungkinan berlakunya penyimpangan seperti yang saudara Mahadaya sebutkan bersabit dari pendapat2 sendiri berdasarkan pemahaman bahasa, kedudukan geografi,keadaan semasa,personaliti dan pelbagai perkara lagi. Ianya satu proses evolusi dari sedikit, kurang lengkap dan akhirnya menjadi sempurna. Ini dapat kita fahami dari ayat AQ yang aku sertakan di bawah.

Surah Al Mai'dah [Ayat : 3]

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang kafir telah putus asa dari agama kamu. Sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, sebaliknya takutlah kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana lapar sedang ia tidak ingin melakukan dosa, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Persoalannya, apakah penyimpangan ini mengakibatkan terhasilnya satu agama lain? Entah aku tak tau. Cuma aku rasa tidak. Sememangnya Tuhan menyuruh kita membaca, berfikir menggunakan akal, dan seterusnya faham bersesuaian dengan kadar ilmu yang dihidayahkan oleh Tuhan kepada kita, berbeda2 antara satu dengan yang lain.

Bagi yang kurang berfikir, mereka lebih senang bertaklid yakni ikut saja mana satu ilmu atau hukum yang diajarkan kepada mereka oleh ustaz, ustazah, cikgu dan sifu mereka. Ini lah yang dinamakan ilmu ikut2an atau pak turut.

Ada pula satu jenis lagi yang rajin sedikit untuk mengkaji dalil2 dan lojik sesuatu ilmu itu tidak semberono menjadi pak turut. Setelah berpuas hati dengan dalil2 aqli dan naqli, maka baru lah mereka mengiyakan dan mengerjakan apa yang dipelajari dari guru2 itu.

Akhirnya, ada satu golongan lagi yang benar2 ingin mendalami ilmu2 Tuhan dan tidak berpuas hati dengan dalil2 itu. Mereka ini bersungguh2 berdoa meminta kepada Tuhan agar diberikan pemahaman yang "crystal clear" (dengan izin) tentang ayat2 Tuhan itu. Dan sesuai dengan ayat2 Tuhan, Tuhan pasti akan mengajar tentang kebenaran kepada siapa saja yang bersungguh2 memohon kepadaNya. Mereka dari golongan ini bukan sekadar tahu dalil2, bahkan merasakan sendiri bagaimana, kenapa dan mengapa sesuatu perkara itu di suruh, ditegah oleh Tuhan berkat hidayah yang Tuhan berikan kepada mereka.

Maka terhasil lah pengambilan hukum2 dek kerana perbezaan ini. Apakah ianya suatu penyimpangan? Aku rasa tidak kerana rata2 perbezaan2 yang berlaku tidak lah sehingga terhasilnya satu agama baru. Sekiranya ada perbezaan seperti menyatakan bahawa Tuhan itu 2, solat itu tak wajib, atau minum arak itu dapat pahala, maka baru lah boleh dikatakan berlaku penyimpangan. Malah aku sendiri akan cakap ianya ajaran sesat. Jom kita lihat apa kata Tuhan di dalam AQ mengenai perbezaan pendapat ini juga dinamakan "The Rule of Interpretation" oleh Yusof Ali dalam tafsir berbahasa Inggerisnya:-

Surah Ali Imran [Ayat : 7]

"Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Qur'an. Sebahagian besar dari Al-Qur'an itu ialah ayat-ayat "Muhkamat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); itulah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Qur'an untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksud yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datang dari sisi Tuhan kami. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang yang berfikiran."

Jelas, Tuhan menyatakan dalam ayat ini, pasti akan ada perbezaan pendapat dalam mentafsir ayat2Nya yang tidak jelas malah akan ada satu golongan yang akan menggunakan ayat2 ini untuk menyesatkan umat manusia. Tuhan juga menyatakan bahawa tidak akan ada siapa pun yang tahu akan maksud sebenar ayat2 itu melainkan Dia. Tuhan juga mengakhiri ayat ini dengan berkata hanya orang2 yang berfikir saja yang akan dapat mengambil pelajaran dan peringatan.

Nah! Tuhan dah terang2 nyatakan tiada siapa pun yang tahu maksud ayat2Nya kecuali Dia. Maknanya si anu pun tak betul, si poyo pun tak betul. Yang betul, cuma Tuhan. Di sini lah level keimanan dan keyakinan yang tinggi di perlukan lalu terpacul lah lafaz " La haulawala Quwwata illa billa hil ali'yil azhim". Lalu, menolak keakuan dan merendahkan diri, mengatakan "Kau saja yang betul (benar) ya Allah". Aku buat sekadar pemahaman yang kau berikan pada ku.

Pada aku, kau nak pakai ahli sunnah wal jamaah ke, syi'ah ke, wahhabi ke, malah qadiani sekalipun, terpulang. Apa ilmu Allah bagi kat korang, silakan. Pakai lah. Bukan kerja dan tugas aku nak katakan kau betul ke tak, sesat atau apa lagi. Dan kalau ada golongan yang cuba memecah2 agama dan berbangga dengan pegangan yang mereka ikuti, ya biar saja lah. Agama ini milik Tuhan, bukan milik mereka, bukan juga milik kamu, juga bukan aku. Aku yakin dan pasti, takkan terdaya mereka nak memecahkan agama Tuhan. Cuba lah! hehe.

Aku tetap berpegang teguh dengan Islam yang Tuhan aku ajarkan pada aku. Ini lah pendirian aku dalam persoalan ini. Yang nak pakai aku, yang nak jawab nanti pun aku. Nak masuk syurga neraka pun aku jugak. So, sukahati aku lah!


Soalan lagi

Mahadaya said...

Bagaimana pula di dlm al quran, tuhan menyuruh mengikuti agama nabi Ibrahim yg lurus. Jika firman tuhan begitu, sudah tentu al quran itu membawa semula syariat agama yg telah dirosakkan musuh2 tuhan dan nabi hanya membawa al quran sebagai membetulkan syariat dan bukan membawa agama baru. Dan agama yg tuhan redha menurut al quran ialah agama nabi ibrahim dan agama selain agama nabi ibrahim tidak akan diterima.
July 15, 2010 2:05 AM

Jawapan: Aku mulakan dengan soalan. Di mana kah ajaran2 agama ini di turunkan? Bergantung kepada Tuhan ataupun ikut suka Tuhan lah. Bagi rasul2 yang tidak di turunkan kitab Tuhan kepadanya, ajaran ini di beri melalui wahyu, ada yang dipanggil suhuf di tuliskan dan ada juga yang tidak di tulis dan terus di ajarkan kepada pengikut2nya. Daripada 25 rasul yang perlu kita ketahui ( ni yang ustaz aku ajar masa sekolah dulu), cuma 4 je yang diberi kitab oleh Tuhan.

Pertama, Daud AS, diberikan Zabor. Ke2, Musa AS diberikan TAURAT. Ke3, Isa AS diberikan INJIL dan akhirnya ke4, Muhammad SAW diberikan ALQURAN. Kesemua kitab2 ini turun beribu2 tahun yang lalu,dan kita tidak berpeluang untuk menelaah kandungan asli kitab2 ini kecuali Al-Quran yang dijamin Tuhan kandungannya.

Nah, daripada semua kitab2 ini, tahu kah kita agama apa yg Tuhan bagi pada Daud, Musa, Isa dan Muhammad? Jawapnya tak tau. Sebab Tuhan tak sebut pun nama agama. Kalau Tuhan dah sebut dari dulu, tentunya Daud AS dah bawak agama Islam sebab dia yang mula2 dapat kitab. Cuma dalam AQ je akhirnya Tuhan sempurnakan agama ni dan bagi nama ISLAM seperti yang dinyatakan dalam Surah Al Ma'idah Ayat 3 yang aku dah quote kat atas tadi. Aku ambik excerpt je and paste kan kat sini balik:

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu."

Sememangnya, agama yang di bawa Muhammad SAW dengan izin Allah melalui perantaraan AQ adalah kesinambungan agama yang Allah turunkan dari Adam AS sehinggalah Muhammad SAW. Ianya satu proses melengkapkan dan akhirnya agama itu disempurnakan dan diberi nama ISLAM (bukan Asalama, yg ni pegangan aku). Allah juga redha Islam itu menjadi agama bagi kita umat manusia. Kalau ada sesiapa yang mengatakan Muhammad itu membawa agama baru, maka itu adalah suatu dusta.

Sememangnya Allah jua ada menyatakan di dalam ayat2nya seperti berikut:


Surah Al Baqarah [Ayat : 130]

"Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi Nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang yang soleh."


Surah Al Baqarah [Ayat : 135]

"Dan mereka berkata: Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk. Katakanlah wahai Muhammad bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang musyrik."



Surah Al A'raaf [Ayat : 158]

"Katakanlah: Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimah-Nya (Kitab-kitab-Nya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk."



Surah As Sa'af [Ayat : 7]

"Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada agama Islam dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang zalim"


Surah As Sa'af [Ayat : 8]

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian)."


Surah As Sa'af [Ayat : 9]

"Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar, supaya Ia memenangkannya atas segala agama yang lain, walaupun orang musyrik tidak menyukainya."


Surah At Taubah Ayat : 33]

"Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk dimenangkan atas segala agama yang lain, walaupun orang musyrik tidak menyukainya."


Allah menyebutkan ianya agama Ibrahim kerana Ibrahim AS adalah manusia yang mula2 dikenali sebagai Bapa Tauhid. Sila lah baca sejarah Ibrahim AS memecahkan semua berhala2 di rumah berhala yang diketuai oleh bapanya. Mengikut sejarah yang Allah nyatakan di dalam AQ, Ibrahim AS juga sepanjang hidupnya dari kecil hingga dewasa asyik tenggelam dalam pencariannya mencari Tuhan yang sebenar dari bulan, bintang, matahari sehinggalah datang hidayah Allah kepadaNya.

Kalau nak dikatakan agama Islam itu milik Ibrahim, pada aku ianya tidak tepat. Agama itu milik Tuhan. Dan semua rasulNya membawa agama yang satu iaitu Islam. Memang Allah sebutkan agama Ibrahim dalam surah AlBaqarah tetapi Allah juga sebut dalam Surah As Saff dan At Taubah di atas dimana Muhammad SAW ditugaskan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk DIMENANGKAN atas agama yang lain.

Seperti yang aku dah sebut dalam menjawab soalan pertama di atas, Tuhan menurunkan agama kepada rasul2Nya, untuk disampaikan kepada umat manusia agar 1) manusia kenal dan tunduk patuh hanya kepada Tuhan Yg Esa dan 2) hidup dalam sejahtera. Proses ini berterusan dari rasulullah Adam AS sehingga lah ke zaman rasulullah Muhammad SAW. Jadi, agama semuanya adalah ayat2 Tuhan dan semua rasul membawa agama Tuhan yang akhirnya disempurnakan dan dinamakan Islam dan Allah sekaligus redha Islam menjadi agama bagi seluruh umat manusia. Dan penyempurnaan ini berlaku di zaman Muhammad SAW. Dan sebenarnya ada dalil hakikat yang lebih jitu lagi kenapa Muhammad dizahirkan pada akhirnya setelah beliau awal2 mendahului di alam batin yang mana tak perlu aku sebutkan di sini kerana Mahadaya hanya berpegang kepada dalil2 AQ sahaja.

Pada aku tafsiran ini lebih tepat berdasarkan semua ayat2 Tuhan di atas. Aku, rasa la! Tapi kalau Mahadaya tak setuju, ya terpulang. Aku tak perlu paksa kau untuk setuju, dan begitu juga sebaliknya.

Malah Tuhan tidak pernah prejudis terhadap umat dan kaum2 sebelum Muhammad seperti dinyatakan dalam ayat ini:

Surah Al-Baqarah Ayat 62

"Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati".

Akhir pena, perhatikan lah kebenaran di dalam ayat2 di bawah ini:-


Surah Al Qafirun Ayat : 2 - 6

"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku."

Allah Hu Alm.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Mahadaya,

    Alhamdulillah begitu cepat kau respon dengan komen. Ini bermakna pemikiran kau masih terbuka untuk mencari kebenaran yang hakiki biarpun melalui penulisan manusia. Syabas.

    Sebenarnya segala kemusykilan kau yang kau tuliskan di sini telah aku jawab either di ruangan komen yg lepas atau di muka blog dengan fakta2 dari AQ sendiri. Cukuplah itu sebagai jawapan aku kepada soalan2 atau cadangan2 kau.

    Namun untuk terus merangsang minda kau, aku ada beberapa perkara nak tanya kau.

    1)Sebelum Ibrahim AS dizahirkan ke bumi oleh Tuhan, ada 5 orang rasul yg telah Tuhan zahirkan. Mereka ini ialah Adam AS, Idris AS, Nuh AS, Hud AS dan Soleh AS. Dan Nuh AS adalah salah seorang rasul yg mendapat julukan Ulul Azmi yakni rasul yg memiliki ketabahan yg luar biasa dlm menjalankan tugas kerasulannya. Rasul2 lain yg juga Ulul Azmi semuanya dizahirkan selepas Ibrahim AS. Soalan aku, rasul2 yg sebelum Ibrahim AS ini membawa agama apa?

    2. Aku juga dah melihat blog kau dan membaca terjemahan ayat2 AQ mengikut kepandaian kau. Aku dapati terjemahan kau tidak jauh berbeza dari segi makna dari terjemahan2 yg pernah aku baca baik yg dalam bahasa melayu ataupun bahasa inggeris. Rata2 semuanya sama je. Perbezaan yg kau laung2kan yg aku lihat cuma pada beberapa perkara seperti yg sebut, pasal solat pagi, waktu buka puasa, syahadah rasul. Dan seperti yg telah aku jwb, ianya lebih kepada perbezaan pada tafsiran atau pendapat yg berbeza. Aku tetap yakin bahwa solat pagi itu ialah waktu subuh kerana subuh juga sebahagian dari pagi. Dalam bahasa melayu ada perkataan dinihari yg bermaksud awal2 pagi, gelap lagi. pada waktu ini matahari telah mula menyingsing cuma cahayanya belum merata lagi. jadi apa masalahnya? kalau kau nak solat suboh dah terang kau buat lah. aku buat waktu gelap lagi. yg penting buat. samada pendapat kau betul atau aku yg betul, itu lah kerja Tuhan. yg bagi markah. kalau kau nak markah la. bukan kerja kau atau aku. kerja kita sama2 buat, solat.

    Mcm tu jugak pasal buka puasa, aku mmg dari dulu buka puasa bila dah gelap. sebab pada aku malam tu gelap. xde dlm bahasa melayu, kalau mlm tu terang lagi. tp kalau org lain nak buka puasa waktu magrib, matahari ada lg, apa salahnya? itu pendapat dia org. sukati dia lah. sekali lagi ianya kerja Tuhan nak bg markah, kalau kau nak markah la. apa ada hal? kan kau yg kata Islam itu mudah. apa yg dikecohkan? mudah2kan lah. Soalan aku, apakah Tuhan dah bagi perintah pada kau untuk sampaikan ajaran2 mengikut pemahaman kau ni kepada umat manusia ke? itu je yg aku betul2 nak tau kalau benar2 Tuhan dah bercakap dengan kau lah.

    3. Aku juga baca kat blog kau yg kau sedang mendalami satu ilmu mengenal diri. kau juga sebut selama ni kembar kau yg mengajar kau. Soalan aku, kau tau ke siapa kembar kau ni? kembar kau ni dari jenis apa dan apa kemampuan sebenar dia untuk menyampaikan kebenaran pada kau?

    Cukuplah itu dulu. aku tunggu jawapan kau. walau mcm mana pun aku tetap berlapang dada kerana kita semua sama2 mencari kebenaran. cuma jgn kita lupa akan kehadiran iblis syaitan dan kuncu2nya yg sentiasa menunggu peluang untuk menyesatkan kita ke jalan mereka.

    Salam.

    ReplyDelete
  3. Tuan hamba Bedol,
    Berkenaan nabi Nuh ada firmannya,
    Dia telah mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan ’Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allaha menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepadaNya orang yang kembali. (13) Al Shuara
    Tuan hamba nampaknya tidak memahami perjalanan sejarah nabi2 kerana tidak beriman dgn kitab2 terdahulu. Mengikut kitab, Nabi Nuh masih hidup di zaman nabi Ibrahim kerana nabi Nuh hidup 350 tahun lagi selepas banjir besar. Jadi keturunan Nuh di nyatakan tuhan sebagai keturunan yg tuhan muliakan, kemudian keturunan Ibrahim dan kemudian keturunan Amran iaitu keluarga nabi Musa, Harun dan Isa atas segala umat di dunia ini.

    Nabi Daud hidup selepas zaman nabi Musa kerana Nabi Daud adalah keturunan yg dibawa lari dari firaun oleh nabi Musa. Dari segi susunan suhuf pula disebut di dlm al quran, suhuf Ibrahim, Taurat, Injil, Zabur dan Al Quran. Semua kitab2 dan suhuf2 menceritakan ttg syariat agama nabi ibrahim setelah kitab2 atau suhuf2 terdahulu di rosakkan oleh musuh2 tuhan.

    Mengapa org yahudi, hindu, kristian tidak mengikuti al quran? Ini adalah kerana yahudi tidak menerima nabi yg terakhir dari keturunan arab? Inilah penipuan musuh2 tuhan apabila mencipta agama Islam, nabi bukanlah org Arab dan muhammad itu hanya wujud setelah al quran di bariskan. Ini bermakna sekiranya org yahudi mengetahui bhw al quran membawa semula agama nabi Ibrahim, pastilah mereka mengikutinya.

    Bagi orang Kristian pula, mereka keliru dgn watak nabi Isa dan Jesus, padahal watak jesus dicipta setelah merosakkan kitab injil bagi mengelirukan manusia. Org Kristian pasti menerima agama nabi Ibrahim sekiranya kebenaran ini diketahui, namun Islamlah yg menyesatkan mereka.

    Bagi Penganut Hindhu pula, mereka masih tercari2 agama Brahma iaitu agama nabi Ibrahim yg sebenarnya. Mereka mengetahui kehebatan kerajaan2 di zaman dahulu dibangunkan oleh penganut agama nabi Ibrahim, namun Islam itu adalah berlawanan dgn apa yg mereka fahami tentang agama nabi Ibrahim. Islam disini menyesatkan manusia kerana penganut hindhu masih mengekalkan pergi ke kuil di waktu pagi untuk solat. Org Islam telah mengubah solat ini ke subuh lantas mewujudkan perbezaan yg mengelirukan.
    Di dlm setiap agama yg dicipta musuh2 tuhan masih terdpt beberapa persamaan yg akan membawa manusia semula ke agama tuhan yg satu. Persamaan inilah yg perlu di tonjolkan supaya manusia dpt kembali ke jalan tuhan.
    Tuhan firmankan di dlm al quran bhw Kamu tidak dikira beriman selagi tidak menegakkan hukum2 yg terdpt di dlm kitab2 terdahulu. Ini firman yg jelas dan hamba perjuangkan agama yg membawa manusia ke arah keselamatan dan kesejahteraan.

    ReplyDelete
  4. Bagi saya..ape yg Al-Quran katekan itulah yang terbaik..Nabi Muhammad saw adelah penutup para Nabi dan Rasul..dan ajaran baginda adalah yang paling lengkap sekali..baik dari segi syariat dan hakikatnya..jadi tentang ajaran Rasul2 terdahulu sume dah jadi history dan setiap Rasul ade membawa syariatnya sendiri..jadi apebile lahir Rasulullah SAW..ajaran Rasul terdahulu automatikally dah expired..sbb itu nape org pertikaikan nape pengikut hawariyun boleh minum arak..tp bile smpi Nabi saw diharamkannya arak..sbbnye ade diatas itu..syariat Nabi Isa dah expired..jadi istilah ahli kitab pun tidak timbul lg..spttnye kite x perlu keliru pun dgn ahli kitab nih..kalo tak beriman Nabi saw..automatically ko jd org kafir..watpe nk carik jauh2..pegang jela ajaran Nabi Muhammad SAW..kan senang citer..

    ReplyDelete