Wednesday, July 28, 2010

Agama Ibrahim? 2

Maaf Geng. Tangguh lagi cerita solat. Biar lah aku settlekan persoalan Mahadaya ni dulu. Kalau tak, tak leh concentrate. hehe. Aku nak tulis kat komen, tak muat. Sebab soalan dan penjelasan aku panjang. Biar jelas sejelasnya. Aku tanya dia 3 soalan. Tapi 1 soalan pun dia tak jawab dengan tepat dan mudah. Aku cut and paste kan, soalan aku kepada dia kat sini dan jawapan dari dia.

Soalan aku.

bedol said...

Mahadaya,

Alhamdulillah begitu cepat kau respon dengan komen. Ini bermakna pemikiran kau masih terbuka untuk mencari kebenaran yang hakiki biarpun melalui penulisan manusia. Syabas.

Sebenarnya segala kemusykilan kau yang kau tuliskan di sini telah aku jawab either di ruangan komen yg lepas atau di muka blog dengan fakta2 dari AQ sendiri. Cukuplah itu sebagai jawapan aku kepada soalan2 atau cadangan2 kau.

Namun untuk terus merangsang minda kau, aku ada beberapa perkara nak tanya kau.

1)Sebelum Ibrahim AS dizahirkan ke bumi oleh Tuhan, ada 5 orang rasul yg telah Tuhan zahirkan. Mereka ini ialah Adam AS, Idris AS, Nuh AS, Hud AS dan Soleh AS. Dan Nuh AS adalah salah seorang rasul yg mendapat julukan Ulul Azmi yakni rasul yg memiliki ketabahan yg luar biasa dlm menjalankan tugas kerasulannya. Rasul2 lain yg juga Ulul Azmi semuanya dizahirkan selepas Ibrahim AS. Soalan aku, rasul2 yg sebelum Ibrahim AS ini membawa agama apa?

2. Aku juga dah melihat blog kau dan membaca terjemahan ayat2 AQ mengikut kepandaian kau. Aku dapati terjemahan kau tidak jauh berbeza dari segi makna dari terjemahan2 yg pernah aku baca baik yg dalam bahasa melayu ataupun bahasa inggeris. Rata2 semuanya sama je. Perbezaan yg kau laung2kan yg aku lihat cuma pada beberapa perkara seperti yg kau sebut, pasal solat pagi, waktu buka puasa, syahadah rasul. Dan seperti yg telah aku jwb, ianya lebih kepada perbezaan pada tafsiran atau pendapat yg berbeza. Aku tetap yakin bahwa solat pagi itu ialah waktu subuh kerana subuh juga sebahagian dari pagi. Dalam bahasa melayu ada perkataan dinihari yg bermaksud awal2 pagi, gelap lagi. pada waktu ini matahari telah mula menyingsing cuma cahayanya belum merata lagi. jadi apa masalahnya? kalau kau nak solat suboh dah terang kau buat lah. aku buat waktu gelap lagi. yg penting buat. samada pendapat kau betul atau aku yg betul, itu lah kerja Tuhan. yg bagi markah. kalau kau nak markah la. bukan kerja kau atau aku. kerja kita sama2 buat, solat.

Mcm tu jugak pasal buka puasa, aku mmg dari dulu buka puasa bila dah gelap. sebab pada aku malam tu gelap. xde dlm bahasa melayu, kalau mlm tu terang lagi. tp kalau org lain nak buka puasa waktu magrib, matahari ada lg, apa salahnya? itu pendapat dia org. sukati dia lah. sekali lagi ianya kerja Tuhan nak bg markah, kalau kau nak markah la. apa ada hal? kan kau yg kata Islam itu mudah. apa yg dikecohkan? mudah2kan lah. Soalan aku, apakah Tuhan dah bagi perintah pada kau untuk sampaikan ajaran2 mengikut pemahaman kau ni kepada umat manusia ke? itu je yg aku betul2 nak tau kalau benar2 Tuhan dah bercakap dengan kau lah.

3. Aku juga baca kat blog kau yg kau sedang mendalami satu ilmu mengenal diri. kau juga sebut selama ni kembar kau yg mengajar kau. Soalan aku, kau tau ke siapa kembar kau ni? kembar kau ni dari jenis apa dan apa kemampuan sebenar dia untuk menyampaikan kebenaran pada kau?

Cukuplah itu dulu. aku tunggu jawapan kau. walau mcm mana pun aku tetap berlapang dada kerana kita semua sama2 mencari kebenaran. cuma jgn kita lupa akan kehadiran iblis syaitan dan kuncu2nya yg sentiasa menunggu peluang untuk menyesatkan kita ke jalan mereka.

Salam.
July 27, 2010 1:25 AM


Jawapan Mahadaya.

mahadaya said...

Tuan hamba Bedol,

Berkenaan nabi Nuh ada firmannya,

Dia telah mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan ’Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allaha menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepadaNya orang yang kembali. (13) Al Shuara

Tuan hamba nampaknya tidak memahami perjalanan sejarah nabi2 kerana tidak beriman dgn kitab2 terdahulu. Mengikut kitab, Nabi Nuh masih hidup di zaman nabi Ibrahim kerana nabi Nuh hidup 350 tahun lagi selepas banjir besar. Jadi keturunan Nuh di nyatakan tuhan sebagai keturunan yg tuhan muliakan, kemudian keturunan Ibrahim dan kemudian keturunan Amran iaitu keluarga nabi Musa, Harun dan Isa atas segala umat di dunia ini.

Nabi Daud hidup selepas zaman nabi Musa kerana Nabi Daud adalah keturunan yg dibawa lari dari firaun oleh nabi Musa. Dari segi susunan suhuf pula disebut di dlm al quran, suhuf Ibrahim, Taurat, Injil, Zabur dan Al Quran. Semua kitab2 dan suhuf2 menceritakan ttg syariat agama nabi ibrahim setelah kitab2 atau suhuf2 terdahulu di rosakkan oleh musuh2 tuhan.

Mengapa org yahudi, hindu, kristian tidak mengikuti al quran? Ini adalah kerana yahudi tidak menerima nabi yg terakhir dari keturunan arab? Inilah penipuan musuh2 tuhan apabila mencipta agama Islam, nabi bukanlah org Arab dan muhammad itu hanya wujud setelah al quran di bariskan. Ini bermakna sekiranya org yahudi mengetahui bhw al quran membawa semula agama nabi Ibrahim, pastilah mereka mengikutinya.

Bagi orang Kristian pula, mereka keliru dgn watak nabi Isa dan Jesus, padahal watak jesus dicipta setelah merosakkan kitab injil bagi mengelirukan manusia. Org Kristian pasti menerima agama nabi Ibrahim sekiranya kebenaran ini diketahui, namun Islamlah yg menyesatkan mereka.

Bagi Penganut Hindhu pula, mereka masih tercari2 agama Brahma iaitu agama nabi Ibrahim yg sebenarnya. Mereka mengetahui kehebatan kerajaan2 di zaman dahulu dibangunkan oleh penganut agama nabi Ibrahim, namun Islam itu adalah berlawanan dgn apa yg mereka fahami tentang agama nabi Ibrahim. Islam disini menyesatkan manusia kerana penganut hindhu masih mengekalkan pergi ke kuil di waktu pagi untuk solat. Org Islam telah mengubah solat ini ke subuh lantas mewujudkan perbezaan yg mengelirukan.

Di dlm setiap agama yg dicipta musuh2 tuhan masih terdpt beberapa persamaan yg akan membawa manusia semula ke agama tuhan yg satu. Persamaan inilah yg perlu di tonjolkan supaya manusia dpt kembali ke jalan tuhan.

Tuhan firmankan di dlm al quran bhw Kamu tidak dikira beriman selagi tidak menegakkan hukum2 yg terdpt di dlm kitab2 terdahulu. Ini firman yg jelas dan hamba perjuangkan agama yg membawa manusia ke arah keselamatan dan kesejahteraan.

July 27, 2010 9:38 PM

*************************************************************************************

Mahadaya,

Kau sebenarnya langsung tidak menjawab soalan aku. Aku tanya kau rasul2 sebelum Ibrahim AS itu membawa agama apa? Soalan aku cukup mudah. Kau jawab lah dgn mudah.

Tapi kau jawab dengan bagi aku Surah As Syu'aara' Ayat 13.

"Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintah-Mu kepada Harun (supaya ia membantuku)."

Ayat ni takde kena mengena dengan fakta yg kau tulis kat atas ni. Takpe, mungkin kau tersilap ambik ayat. Nanti, bila kau dah jumpa ayat yg betol, kau bagi tau aku.

Anyway, kalau aku ambik pun firman Tuhan yg kau guna kat atas ni, takde pun menyebut pasal Nuh AS membawa agama Ibrahim. Yg Tuhan sebut adalah semua rasul2 itu membawa agama yg sama. Apa yg diwasiatkan pada Nuh itulah juga yg di wasiatkan kepada Muhammad, Ibrahim, Musa dan Isa.

Dan cuba kau perhatikan turutan nama2 rasul dlm ayat tu. Lepas Nuh terus Muhammad lepas tu baru Ibrahim, Musa dan Isa. Kenapa begitu? Sedangkan Muhammad datang last sekali? Tentu ada fakta yg Tuhan tak nak bagi tau kan.

Aku tambah lagi soalan buat merangsang minda kau. Kau kata aku tak beriman dengan kitab2 lain. Itu cuma anggapan kau saja. Aku beriman dengan semua kitab yg Allah sebut dlm AQ. Dan aku mengetahui sejarah nabi2 dan rasul2 seterusnya melalui hadis Rasulullah Muhammad yg kau tak pakai. Soalan aku, kau beriman dengan kitab apa? Kau sebut kat atas ni "seperti disebut dalam kitab", tapi kau tak sebut kitab apa. Cuma bila aku baca blog kau, baru aku tau bahwa cerita2 sejarah yang kau dapat tu semuanya dari Bible bahasa melayu. Ok fair enough.

Aku tambah soalan lagi. Apakah Tuhan menjamin keaslian Bible yg kau baca ni? Sedangkan rata2 seantero dunia telah mengetahui bahawa kitab Injil yg Tuhan turunkan itu telah ghaib dari mukabumi ini. Kalau kau tak percaya, aku sertakan kat sini rumusan kajian para pengkaji sejarah.

Suhuf dan Kitab dalam Penemuan Sejarah dan Arkeologi

Perjalanan panjang kitab Taurat berawal dari wafatnya Nabi Sulaiman tahun 992 SM. Kerajaan beliau selanjutnya terpecah menjadi dua, di utara dinamakan Kerajaan Israel dengan ibukota Samaria, dan di selatan dinamakan Kerajaan Yehuda dengan ibukota Yerusalem. Yerusalem dipercaya sebagai tempat penyimpanan naskah asli Taurat sehingga warga Israel sering beribadah di Yerusalem (Kamal, Asal-usul Kitab Suci:16). Dalam perjalanan selanjutnya, bangsa Israil kembali menyembah berhala, sedangkan bangsa Yehuda mulai melanggar banyak hukum taurat sehingga Allah menghancurkan mereka melalui raja Babylonia dan Nebukanedzar. Setelah semuanya tidak ada yang tertinggal bahkan bahasa Ibraninya sendiri, Nabi Uzair a.s pernah mencoba menulis ulang kitab Taurat Musa dalam bahasa Aram yang kemudian disebut Naskah Septuaginta. Sayangnya kedua naskah tersebut raib pada abad 2 SM.[22]

Dari penjelasan di atas, jelas bahwa kitab Taurat nabi Musa as sudah lenyap sejak abad ke-3 SM. Begitu pula salinan Nabi Uzair dan naskah Septuaginta. Namun sekitar tahun 70-an, muncullah injil penggenap yang disebut Injil Perjanjian Baru dalam tradisi Aquila (130 M), Theodotion (abad ke-2 M) dan Symmakus (abad ke-3 M) yang dilakukan oleh revisionis Septuaginta ortodoks seperti Origenes (232-254), Uskup Mesir Hesikhius, dan Tua-tua Lukian di Anthonia (311).[23]

Oleh karena itu, satu-satunya bukti arkeologis mengenai lembaran-lembaran kitab kuno adalah apa yang ditemukan di Qumran, Yudea. Naskah tersebut dikenal sebagai naskah ‘Gulungan Laut Mati’ atau The Dead Sea Schroll. Sedangkan suhuf Musa, penulis mendapatkan salinan terjemahnya dari blog Aby Yusuf’s Site. Namun karena sumbernya tidak disebutkan, penulis tidak akan cantumkan di sini. Sedangkan seluruh kitab yang terangkum dalam Perjanjian Baru merupakan hasil kesepakatan konsili Neceae pada 325 M, maka orisinalitasnya perlu dipertanyakan. Kitab baru ini berisikan karangan Matius, Markus, Lukas, dan Yohannes, 13 surat yang ditulis Paulus, 3 surat Yohannes, 1 surat Yakobus, 1 surat Yudas, 2 surat Petrus, 1 surat Lukas kepada orang Ibrani, dan Wahyu kepada Yohannes. Semua surat yang ditulis Paulus, Yakobus, Yohannes, Yudas, Petrus, dan lain-lain jelas bukan firman Tuhan dan biasanya dalam beberapa versi, tulisan yang terakhir ini tidak berwarna merah seperti tulisan empat kitab lainnya. A. Tricot, seperti dikutip Bucaille, menerangkan bahwa Injil Matius, Markus dan Lukas telah disusun setelah 70 M. Kecuali Markus, ketiga Injil tersebut sebenarnya tidak ditulis sebelum tahun itu dan tidak diriwayatkan dalam bentuk tertulis. Oleh karenanya, lagi-lagi orisinalitasnya sangat rendah dan membuka kemungkinan pemalsuan-pemalsuan karena ditulis hampir 50 tahun setelah Yesus diangkat oleh Allah. Bagaimana dengan Markus? Seperti disebutkan di atas, ia sebenarnya bukan sahabat (rasul dalam tradisi Kristen), tapi adalah anak sahabat Yesus, yaitu Zebedeus. Artinya, Kitab Markus sebagai kitab tertua yang ditulis pada tahun sebelum 70, ternyata tidak ditulis oleh murid Yesus sendiri. Hal ini mengakibatkan sebuah kenyataan bahwa, baik Matius, Lukas atau Yahya tidak tahu bagian mana yang merupakan Injil Markus dan mana yang bersumber dari Zebedeus. Dengan begitu, menurut R.P. Kannengiesser, “Orang akan mendapatkan suatu ide yang kongkrit tentang kebebasan para pengarang dalam membentuk susunan literer hikayat-hikayat Bibel sampai permulaan abad ke-2”.[24]

Oleh karena itu peninggalan sejarah yang masih membuka peluang untuk digali isi kebenarannya adalah naskah Qumran. Sayang sampai saat ini masih tidak bisa dikonsumsi oleh publik. Namun menurut Ataur Rahim, penulis Misteri Yesus dalam Sejarah, mengatakan bahwa dokumen-dokumen yang masih memiliki tingkat keaslian lebih baik dari Perjanjian Baru adalah Injil Barnabas dan Injil Hermas. Injil Barnabas ditulis langsung oleh sahabat Yesus. Sebuah keberuntungan, bahwa sebelum konsili Nicaea pada 325 M, Injil Barnabas sempat menjadi injil induk (canonical) dan dengan begini dapat menggambarkan bagaimana tradisi kristen awal. Barnabas yang seorang Yahudi adalah sahabat Yesus yang sepeninggal beliau, mempertahankan ajaran murni Yesus dari setiap bid’ah, terutama upaya-upaya yang dilakukan oleh Paulus dari Tarsus.



Setelah mengetahui asal usul Bible yg ada sekarang ni, kau nak suruh aku beriman dengan Bible? Kau jawab la sendiri. Kalau kau boleh bagi aku Injil yang difirmankan Tuhan kepada Isa AS, insyaAllah aku akan beriman dengan nya.

Bible yg kau baca dan gunakan sebagai sumber ilmu ini, aku dah selalu baca kat hotel2 masa aku outstation dulu. baik yg english, baik yg indonesia. cuma yg bahasa melayu je aku x jumpa sebab hotel2 malaysia letak yg english je. but, knowingly, its not genuine i.e. tulisan manusia2, Tuhan tak jamin keasliannya, ada baik nya lagi aku baca URTV ke Gila2.

Yg mengherankan aku, kau tak percaya hadis sebab argument kau ianya tulisan dan karangan manusia. But now see how u differ in your stand! Bible bahasa melayu tulisan manusia itu kau boleh percaya.

Cukuplah kat situ beb. Dan aku masih setia menunggu jawapan kau untuk soalan aku lagi 2 tu dan soalan2 tambahan tadi.

Salam

11 comments:

  1. Tuan hamba Bedol,
    Pertama sekali ayat Syuara itu tidak menyatakan bhw terdpt nama Muhammad kat situ. Inilah masalah org Islam, byk ayat al quran dia letak nama Muhammad padahal bila di baca takdepun nama tersebut dan hanya 4 tempat saja di dlm al quran di sebutkan nama nabi.

    Mengikut al quran, tiada rasul diantara Nabi Nuh dan Ibrahim kerana kedua2 nabi ini bertemu satu sama lain. Selepas zaman nabi Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakob dan Yusuf barulah rasul2 Hud, Saleh, Syuaib dikirim. Mereka ini berdakwah menggunakan suhuf2 ibrahim yg mengandungi syariat agama. Selepas beberapa ratus tahun kemudian nabi Musa dan Harun berdakwah syariat agama nabi Ibrahim dan diberikan kitab Taurat. Jadi, taurat atau perjanjian lama sebenarnya menceritakan perjalanan agama nabi Ibrahim yg kemudian di rosakkan dgn mengeluarkan perintah agama dan menambah perintah lain bagi mencipta agama Yahudi. Namun sejarah yg terdpt di dlmnya masih ada yg betul dan al quran adalah pembeza bagi kita jadikan landasan mencari kebenaran.
    Di dlm al quran, tuhan firmankan "Kamu tidak dikira beriman selagi tidak menegakkan hukum taurat, injil dan al quran".
    Jadi, apa hukum yg terdpt di dlm kitab taurat. Di dlmnya terdpt kisah tentang kadar zakat dan kadar zakat ini dinyatakan sebyk 10% yg dikeluarkan oleh nabi Ibrahim. Di sebabkan inilah di dlm al quran, tiada di sebut kadarnya kerana jika dinyatakan sudah tentu musuh2 tuhan akan menghilangkannya dari al quran. Inilah cara melindungi al quran dan di dlm al quran ianya di turunkan seperti puzzle supaya musuh2 tuhan tidak melihat di mana hendak di hilangkan ayat2nya.

    Biar hamba berikan sedikit cara yg tuan hamba boleh pandukan supaya difahami. Hanya terdpt satu bahasa saja semua kitab2 diturunkan. Di dlm al quran, tuhan menyatakan bhw kitab taurat turun dlm bahasa al quran. Ini bermaksud bahasa syurga ialah bahasa tertua di dunia. Taurat yg tuan hamba nyatakan di atas adalah kitab yg telah di alih bahasa ke bahasa hebrew dan sudah tentu nama tuhan juga diubah malah dihilangkan. Jadi, semua nabi2 dan rasul2 memahami bahasa kitab2 dan bahasa inilah yg dirosakkan apabila al quran di bariskan bagi menutup atau menghilangkan nama tuhan. Taktik yg sama digunakan sejak dahulu. Bangsa Melayu sebenarnya adalah dari keturunan Iskandar Zulkarnain dan baginda sudah tentu bertutur menggunakan bahasa al quran yang disebut bahasa arabaya. Jadi, perkataan2 Melayu sebenarnya tidak meminjam dari arab tetapi meminjam dari perkataan arabaya yg merupakan bahasa tertua di dunia. Bahasa arab meminjam dari bahasa arabaya dgn cara membariskannya manakala bahasa melayu dgn cara menukarkan cara membaca.
    Contoh:

    Perkataan Hakamata di dlm arabaya menjadi Hikmah di dlm arab kerana mereka meletakkan baris dan mengubah huruf ta menjadi ha. Tetapi bahasa Melayu membacanya sebagai Hikmat.

    Perkataan Hadaya menjadi hidayah di dlm arab dan di dlm bahasa Melayu hidayah difahami tanpa perlu di terjemahkan maksudnya.

    Cara penipuan bangsa arab ini sebenarnya cuba menghilangkan banyak pengertian al quran yg sebenarnya. Sebagai contoh tidak terdpt perkataan Mekah di dlm al quran kerana ianya sepatutnya di baca sebagai Bakata (Asal Engkau). Solawata bermaksud solat di hilangkan bunyi wau dgn meletakkan tanda diatas wau.

    ReplyDelete
  2. Mahadaya,

    Sebenarnya bukan maslah Islam, bila mereka menambah Muhammad dalam terjemahan, cuma untuk menjelaskan dan mengingatkan, bahwa AQ turun di zaman Muhammad, jadi rasul yg dimaksudkan adalah Muhammad,its logical.

    Tentang komen kau yg lain2, x payah la aku nak komen lagi. Kau tidak berminat menjawab kemusykilan2 aku secara ilmiah. Balik2 kau ceritakan cara2 pemahaman kau.

    The truth is, aku dah banyak bertemu dengan org2 yg macam kau. Yg merasa dirinya terpilih dan mendapat ilmu pembukaan dari Tuhan. One genius yg Tuhan berikan ilmu IT which even Bills Gate pun xde lagi ilmu tu, whom is a close friend of mine, juga mempunyai cara tersendiri memahami ayat2 AQ.

    Dah lama aku simpan benda ni. Tapi sebab kau terus2 menyatakan cara kau benar, mungkin kau boleh lawati website kawan aku ni http://malay.endera.info/index.html. Dia juga menyatakan AQ telah dipalsukan. Dan dia juga mempunyai cara tersendiri membaca dan memahami AQ. In fact, his arguments are more logical berserta byk fakta2 lagi dan sistematik. So, terpulang pada kau lah.

    Kalau kau mahu berdiskusi secara ilmiah, aku soal kau jawab satu persatu, aku akan layani kemusykilan kau. Tapi kalau aku saja yg jawab, kau enggan menjawab, cukup sampai di sini saja. Semuga Tuhan merahmati dan memberi hidayahNya buat aku dan kamu.

    But kepada pembaca2 lain yg mengikuti blog aku ni, tetapkan iman sebelum korang make any attempt to read these kind of blogs or websites. Just a word of caution. Ingat,iblis dan kuncu2nya sentiasa mencari peluang menyesatkan kita lebih2 kepada kita yg mencari kebenaranNya. Nauzubillah!

    ReplyDelete
  3. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. - Al-i-Imran:7

    ReplyDelete
  4. Kebenaran adalah yg haq dan ianya tidak akan berubah walau semua manusia tidak mempercayainya. Di dlm al quran menyatakan bhw org2 beriman itu dilebihkan dari seluruh alam. Apa maksudnya dan apa contohnya? Baiklah kajilah sejarah dan anda akan menemukan persamaan di dlm semua pengikut agama nabi Ibrahim iaitu mereka menjadi raja2 dunia. Walau musuh2 tuhan cuba menukarkan kebenaran namun al quran adalah sumber kebenaran yg mutlak. Apakah agama nabi daud dan nabi sulaiman yg kerajaannya dari penjuru ke penjuru dunia? Apakah agama Raja Iskandar Za Al Qaranayana yg menguasai Masyrik dan Magrib? Siapakah org2 Aryan di India yg teknologinya melebihi pengetahuan kita walau di zaman ini? Siapakah yg membangunkan empayar Sriwijaya dan Malaka? Di zaman kegemilangan Melayu, Raja Malaka merupakan raja segala raja sehingga negara china dtg menyembah duli dan membyr ufti.
    Ini semua adalah contoh2 kehebatan penganut agama nabi Ibrahim. Nabi yg membawa al quran adalah raja Ahmad dari kerajaan Melayu yg terakhir dan diberi gelaran oleh tuhan. Beliau merupakan keturunan Raja Iskandar yg hebat. Selepas kewafatan beliaulah, al quran di rosakkan dgn meletakkan baris dan mencipta watak Muhammad. Jadi, seluruh kitab2 sebenarnya adalah menceritakan ttg agama tuhan sebelum di rosakkan dan diciptakan agama2 lain. Adakah anda ada melihat adanya seorang pemerintah ulung di zaman Islam? Tanyalah diri anda sendiri kerana di dlm al quran, org2 beriman tidak berasa sedih hati dan risau dgn kehidupan dunia kerana menyakini tempat mereka iaitu syurga telah menjadi tempat kembali yg pasti.

    ReplyDelete
  5. Bedol, teruskan penulisan. Aku suka baca post ko sbb pengalaman ko ada sikit persaamaan dengan aku. Cuma aku xde guru..hehee

    ReplyDelete
  6. Mahadaya,

    Akhirnya kau tersebut juga kata2 ini. Aku copy dan paste kan dari komen kau di atas.

    "Jadi, seluruh kitab2 sebenarnya adalah menceritakan ttg agama tuhan sebelum di rosakkan dan diciptakan agama2 lain."

    Itulah kehebatan Tuhan. Akhirnya, yang hak tetap terserlah. Benar lah. Agama itu adalah agama Tuhan. Bukan Ibrahim. Ibrahim hanya menyampaikan agama Tuhan seperti nabi2 dan rasul2 yg lainnya. Dan agama Tuhan ini lah yang dinamakam Islam oleh Tuhan dan disempurnakan di zaman Muhammad. Kalau kau nak panggil nama Asalama pun, terpulang lah kat kau. Nama lain, tapi maksudnya sama.

    Mengenai kerajaan Melaka, aku tak tau lah kalau fakta kau tu betul. Setahu aku, melalui apa yang aku belajar kat sekolah dulu, Melaka masih membayar ufti kepada raja Siam. Begitu juga, raja2 melayu yang lain. Dan ketika Parameswara membuka Melaka, dia masih belum beragama.

    Jangan menidakkan fakta sedara. Malaysia diangkat dan dihormati sebagai negara Islam yang hebat di zaman ini. Dr Mahathir contohnya seorang pemimpin Islam yang hebat di zamannya walaupun aku lebih suka kepada Pak Lah.

    Akhir kata, sesungguhnya aku tidak berasa sedih hati dan risau dgn kehidupan dunia ini kerana di kiamat ku nanti, tempat kembali ku dah terang dan jelas hanya kepada Dia, bukan syurga seperti yang kau inginkan.

    Maaf sedara. Kenali lah kembar anda dengan sebenar2 kenal kerana itu lah ujian pertama dari Tuhan.

    Dan kepada sedara ransaturn, salam pengenalan dan aku mengalu2kan kesudian tuan membaca blog ini. Salam kasih sayang buat anda berdua.

    ReplyDelete
  7. #
    Assalamualaikum...Aku ingin tahu kenapa kau pilih agama Ibrahim...aku sering mendapatkan mimpi atas petunjuk Allah dan itu terulang-ulang...Islam adalam bentuk pemerintahan Allah, Nasrani bentuk Kerajaan Allah dan Yahudi bentuk Pengadilan Allah...bantu aku untuk menyebarkan agama ibrahim ini.....aku akan jelaskan kepadamu tentang mahdi yang ku dapat selama ini...wassalam
    #
    setan dan iblis ada dibalik perpecahan ketiga sistem suci yang bersumber dari langit ini....

    ReplyDelete
  8. Saudara Mahadaya: Tuhan tak ada musuh... setiap yang terjadi itu adalah kehendak Tuhan Dan kalau Tuhan ada musuh... Dia bukan Tuhan...

    ReplyDelete
  9. salam tuan2 semua,

    persoalan yang tuan2 bincangkan ini amat2 merbahaya dari sudut akidah/iqtiqod umat islam sehinggakan ada yg tampil menidakkan kebenaran rasulluLLAH khotamu nubbuwah.

    saya jua terpanggil bukanlah berhasrat utk memalingkan tuan2 kepada apa yg saya pegang selama ini spertimns tuan bedol saya jua beranggapan bahawa jikalau tiada ilmu yg diperturunkan daripada azal oleh ALLAH SWT di dlm bab penkajian al-quran maka baiklah berhati-hati didlm mengeluarkan ajaran, fahaman kpd masyarakat. kerana ia akan lebih memecah belahkan terutamanya di dlm bab bermazhab.

    suka ambe nyatakan ambe di sini teramat2 jahil apatah lagi utk mengkaji al-quran itu secara bersendirian. hendaknya kita ini berguru di dlm mengaji dan mengkaji asbabulnuzul yg mulia itu. kerana dia bersifat batin bukan hanya disyiarkan secara lahiriah semata-mata.

    hamba bukan nak menuduh sesiapa didlm soal ini akan tetapi berfikir lebih jauh dan tajam itu terlebih dituntut apabila kita ingin mengutarakan doktrin, kepercayaan, dan pemahamman.setiap huruf dan perkataan terdapat kebenaran yg bukan sekadar di dlm bentuk penulisan dan fahaman semata2. perlulah berfakta atau bukti yang sahih. disisi nabi2 ia digelar sebagai "mukjizat" dan disisi pewaris nabi pula ia digelar "karomah". perkara dipandang sama akan tetapi berbeza jua kepada kedudukan masing2.

    tuan2 jua harus menjadi peneliti sejarah bukankah di dlm sejarah itu ada bentuk2 kesinambungan kepada al-quran.

    apapun berhati2lah, hisab diri sebelum mengeluarkan pendapat kerana bukan semua pendapat itu tepat.

    ReplyDelete