Wednesday, January 6, 2010

Syahadah Rasul

Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya' ayat 107:
ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ

"dan tiadalah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam".

(Sila rujuk Al Quran JAKIM untuk melihat ayat di atas)

Aku terpanggil untuk menyambung tulisan aku mengenai Syahadah terutamanya Syahadah Rasul. Kenapa? Kepada sesiapa yang dah baca tajuk "Syahadah" tentu ada melihat komen dari seorang blogger yang menggelar dirinya "Kebenaran Asalama" di akhir tajuk ini. Ada baiknya aku sertakan link ke blognya mengenai Asalama ini buat tatapan korang. Korang buat lah penilaian sendiri sebab aku ni memang sentiasa berlapang dada dengan pendapat2 siapa pun. Tak pernah terfikir di benak hati aku nak menghukum sesiapa pun waima ke atas orang2 yang mengaku diri bukan Islam sekalipun. Bab tu kerja Tuhan. Bukan kerja aku. Dan aku tidak akan sekali2 termampu nak berlagak bijak nak menghukum sesiapa pun. Untuk memudahkan pembacaan, aku copy dan pastekan komen beliau di bawah ini dalam warna merah sebijik seperti komennya tanpa di edit:

Kebenaran Asalama said:

Tuan hamba,
Nabi di suruh menyampaikan perintah tuhan. Apa dia perintah tuhan tu? Jawabnya ialah al quran kerana ianya adalah segala hukum dan ketetapan tuhan. Mengenal tuhan juga melalui kitabnya, jadi jika tuan hamba katakan tuan hamba mengenal tuhan melalui tulisan manusia, hamba katakan itu suatu dusta. Jika segala hukum terdpt di dlm al quran, nabi tidak akan menambah selain dari itu. Tunjukkan hamba di dlm al quran, tuhan benarkan mengucap kalimah syirik iaitu men2kan tuhan dgn nabi dan rasul yg tuhan sendiri ciptakan dari tiada. Apakah nabi boleh mengeluarkan sesuatu hukum yg bercanggah dgn al quran? Jika demikian, siapakah yg tuan hamba ambil menjadi tuhan? Nabi atau Tuhan? Kebenaran itu adalah hak dan ianya tidak selari dgn hawa nafsu dan apa yg manusia mahu. Manusia tidak berfikir untuk mengetahui apa kehendak tuhan dan tidak memerhatikan perintahnya dari itu dptkah keredhaan tuhan? Jadi, bolehkah di salahkan tuhan apabila azab di turunkan padahal petunjuk dan kitabnya ada bersama manusia?

Makanya, biar lah aku mulakan tajuk ini dengan menjawab soalan tuan "Kebenaran Asalama" di atas. Buat pengetahuan korang juga "Kebenaran Asalama" tidak percaya akan tulisan manusia seperti hasil2 karya imam2 terdahulu dan ini termasuk lah hadis2 yang dikumpul oleh para sahabat dulu. Dia hanya berpegang kepada Al Quran yang di panggilnya Al Qurana kerana dia berkebolehan membaca AQ tanpa baris. Nama Tuhan Allah menurutnya adalah Alaha dan Islam padanya ada lah Asalama. Oleh itu, aku gunakan ayat AQ saja untuk menjawab. Aku cuba jawab satu persatu soalan yang di timbulkan nya di bawah:

Tunjukkan hamba di dlm al quran, tuhan benarkan mengucap kalimah syirik iaitu men2kan tuhan dgn nabi dan rasul yg tuhan sendiri ciptakan dari tiada.

Jawapan aku Ayat Al Quran di bawah ini menjawab soalan tuan dengan mudah, terang dan jelas sekali. Tak perlu lah aku bagi penjelasan yang berjela2 sebab maksud ayat tersebut yang di beri oleh JAKIM, anak2 kita pun boleh faham.

Surah Al Imran ayat 81
ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ

"Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firman-Nya): Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan kamu bersungguh-sungguh menolongnya. Allah berfirman (bertanya kepada mereka): Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu? Mereka menjawab: Kami beriqrar (mengakui dan menerimanya). Allah berfirman lagi: Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu".

Perhatikan ayat terakhir di atas. Bukan saja Nabi2 di suruh beriman kepada Rasul Muhammad (jangan lupa bahwa AQ diturunkan melalui Muhammad, jadi yang dimaksudkan di sini tentu saja Muhammad), malah Tuhan sendiri turut menjadi saksi bersama2 Nabi2 itu. Dan oleh kerana Muhammad itu Rasul yang akhir, cuba kita fikirkan waktu dan ketikanya Tuhan mengambil perjanjian setia ini dari Nabi2. Masa bila? Nabi ada banyak beb. Bermulanya dari Adam sampai lah kepada Isa, semuanya Nabi belaka. Muhammad belum dizahirkan lagi la tuan2 dan puan2. Ni citer sapa ni? Citer katun ke? Ayat AQ beb. Tak percaya lagi? Terpulang la. Subhanallah! Maha Suci Allah dan Maha Bijaksana Nya Dia yang mengajar manusia samada secara tersurat dan tersirat kecuali kepada mereka yang tidak mahu berfikir atau pun yang rajin berfikir tapi suka berfikir ke lain.

Terang2 Tuhan tanya pada manusia (Nabi2 pun manusia ma) sudahkah kamu mengakui keRasulan Muhammad. Sekarang, aku pulak nak soal tuan "Kebenaran Asalama". Kalau Tuhan dah suruh Nabi2 beriman sungguh2 dengan Muhammad malah Dia suruh sungguh2 tolong Muhammad lagi; dan Tuhan sendiri turut menjadi saksi kepada keRasulan Muhammad, apakah aku menjadi syirik kerana menjadi saksi kepada keRasulan Muhammad dengan mengucapkan Syahadah Rasul? Aku harap ko pikirkan la sendiri termasuk la korang semua. Ini bukan kata2 aku, bukan kata2 Imam Bukhari, bukan juga kata2 Muhammad, Isa, Ibrahim, Musa atau Daud. Ini lah firman Tuhan yang aku panggil Allah di dalam kitab yang aku panggil Al Quran. Terpulang lah pada korang nak cakap apa pun. Ko gantung aku sekalipun, ini lah pegangan aku dan aku tetap beriman dengan nya sehingga lah Muhammad ku di jemput Nya. Subhanallah! Alhamdulillah!

Apakah nabi boleh mengeluarkan sesuatu hukum yg bercanggah dgn al quran? Jika demikian, siapakah yg tuan hamba ambil menjadi tuhan? Nabi atau Tuhan?

Untuk soalan ni, aku terpaksa jawab dengan soalan jugak. Nabi mana yang tuan kata dan maksudkan mengeluarkan hukum yang bercanggah dengan Al Quran? Dan untuk soalan yang satu lagi, sudah tentu lah Tuhan aku bernama ALLAH bukan Alaha bukan Jesus bukan Krishna...bukan..bukan...bukan. Malah blog aku ni pun menceritakan pasal pengalaman aku mencari dan mengenal Tuhan aku yang bernama ALLAH. Terang dan jelas kan!

Aku nak pesan lagi, untuk korang yang benar2 nak mengenal diri dan seterusnya mengenal Tuhan, pesan aku, jangan lah ada perasaan buruk sangka terhadap siapa pun. Terutamanya kepada para ilmuwan Islam dahulu kala, imam2, wali2, para sahabat Nabi dan khalifah2 yang 4. Sentiasa lah berbaik sangka, InsyaAllah kita selamat. Aku dah bagi guide di awal2 blog aku lagi. Pegang lah Qul Hu Allah tu kemas2. Secondly, pegang Syahadah kemas2. Kalau ada apa2 ilham yang bertentangan dengan 2 perkara tu, korang abaikan je la. Tuhan nak test je tu. Jangan korang layan dengan berfikir benda2 karut tu. Dan perlu diingat, Tuhan test guna apa? Dah tentu la guna iblis syaitan beb. Yang tu memang job description dia orang. Sudahnya meraban tak tentu pasal.

Akhir kata, aku nak bagi pencerahan lagi. Kat atas tadi aku ada tanya, masa bila Tuhan mintak perjanjian setia dari Nabi2 tu (Adam hingga lah ke Isa) ? Ada sebab aku mulakan tajuk ni dengan ayat AQ Surah Al-Anbiya' ayat 10.

Sekali lagi aku nak mengajak korang berfikir. "Muhammad itu di utuskan sebagai rahmat untuk sekelian alam". Bukan saja untuk umat manusia. Dia adalah rahmat untuk segala apa jua yang ada di alam ini. Termasuk malaikat, manusia, jin, iblis, syaitan, binatang, tumbuh2an, langit, matahari, bulan, bintang, laut, dan ..... eh apa saja la yang boleh kita fikirkan yang ada di alam ini.

Apa ke bendanya yang segala makhluk, benda, perkara yang ada di sekelian alam ini perlukan? Apa rahmat yang Muhammad bagi pada semua benda2 ni? Kalau nak tau, hehehe, kita minum dulu.

Jam dah pukul 5.16 pagi la. Besok aku keje. Rehat dulu jap ye. Sementara tu, korang baca la ayat tu berkali2 dan pikirkan lah. Kalau rajin ko baca la pasal Hakikat Muhammad atau Nur Muhammad. Klik je kat link tu. Selamat membaca!


10 comments:

  1. aku rasa dia tu tgh mabuk...boleh pulak dia fikir mcm tu...ni dh kira sesat...
    asalama la...allaha la..apa ni....
    x pcya hadis pulak tu....
    masa kecik2 x blaja agama kot...
    x pon x pnh pg smyg jmaat..hehe

    aku komen sbg seorg yg krg ilmu.harap maaf

    ReplyDelete
  2. bro,tak abis pasal alam tu.hang baru citer pasal alam syariat(alam misal jer tu).lu bagi tau la alam malakut,alam jabarut,alam sir,al

    ReplyDelete
  3. Siapa kita utk menghukum org lain sesat.. Biarkan dia dgn pendapat kita. Yg pastimya selagi Allah itu diertikan tuhan selagi itulah jgn menghukum org lain sesat.. Tiada perkataan tuhan dlm AlQuran.. Org melayu je sebut tuhan.. Apakah erti atau makna tuhan.. Dari mana dtgnya perkataan tuhan ni? Adakah tuhan itu dgn Allah sama? Allah itu sama dgn tuhan? Kalau sama cuba sebut tiada Allah melainkan tuhan.. Atau tiada tuhan melainkan tuhan..? Fikir2kan lah.. Syirik juga boleh berlaku secara percakapan atau pun perbuatan.. Master dulu shahadah.. Kerana shahadah lah menentukan kita dimana di akhirat kelak.. Sbb itulah saudara hanya mimpi org tua menyuruh saudara bershahadah sahaja. Bukan amalan2 lain.. Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Manshur telah mengkhabarkan kepada kami Mu'adz bin Hisyam dia berkata, telah menceritakan kepada kami bapaku dari Qatadah dia berkata, telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik bahawa Nabi Allah (dalam satu perjalanan), sedangkan Mu'adz bin Jabal dibonceng di atas kenderaan beliau, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu memanggil: "Wahai Mu'adz!" Mu'adz menyahut, "Aku penuhi panggilanmu wahai Rasulullah". Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memanggil lagi: "Wahai Mu'adz!" Aku menyahut lagi, "Aku penuhi panggilanmu wahai Rasulullah". Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memanggil: "Wahai Mu'adz!" Aku menyahut lagi, "Aku penuhi panggilanmu wahai Rasulullah." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kemudian bersabda: "Barang siapa yang mengucap dua Dakwaah Syahadat iaitu: tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Allah dan bahawa Muhammad hamba dan utusan-Nya nescaya dia selamat dari api Neraka." Kemudian Mu'adz berkata, "Bolehkah aku memberitahu perkara ini kepada manusia agar mereka sebarkan berita gembira ini?" Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kalau (berbuat) begitu, maka mereka akan bersandar dengannya." Lalu Mu'adz menyebarkan khabar tersebut menjelang kematiannya khuatir menanggung salah (kerana menyembunyikan hadis)." Dan inilah dalil yg amalan lain tidak dihitung..Kami tidak mengadakan sebarang penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.” (Surah al-Kahfi, 18: 105).” Fikir2 kan lah..

    ReplyDelete
  4. Al hallaj di bunuh kerana menegakan kebenaran
    Nyawa nya jadi taruhan bagi ku air mata pn belum cukup untuk di nilai dgn kebesaran perjuangan Allah huuu Akkhhbarrrr aminn aminnnnn ya Allah .

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Huhuhu.... Masing2 nk bg tau yg tersirat yg diri dh makrifah... Hemmm.... Syabass

    ReplyDelete
  8. Huhuhu.... Masing2 nk bg tau yg tersirat yg diri dh makrifah... Hemmm.... Syabass

    ReplyDelete
  9. Huhuhu.... Masing2 nk bg tau yg tersirat yg diri dh makrifah... Hemmm.... Syabass

    ReplyDelete
  10. 1xbet - Best Bet in 1xBet - Download or Install for Android
    1xbet poormansguidetocasinogambling.com is the best betting app in the world created for esports. It is a 1xbet 먹튀 one of the safest kadangpintar and most casinosites.one trusted names among players. It 토토사이트 offers a user friendly interface

    ReplyDelete