Tuesday, December 8, 2009

Syahadah

Alhamdulillah, dah ada lebih 100 orang yang melawat blog aku ni. Baca tak baca tu belakang kira ler. Tapi rasanya kalau dah lawat tu, tentu korang baca kan. Sama2 lah kita cari pengetahuan dan ilmu, InsyaAllah. Yang dah otai tu, boleh buat perbandingan. Kita update pengetahuan kita. Ilmu Allah tak semua kita dapat. Kita share ler sama2. Kalau ada cakap2 aku yang tak betul, mohon dibetulkan. Sila lah komen kat blog aku ni. Jangan segan2. Mudah2an Tuhan jadikan kita orang yang beriman kepada Nya.

Aku sedekahkan bacaan Fatihah buat guru pembimbing ku yang dah bertukar alam. Lama aku tak jumpa dia. Bila teringin nak jumpa, ada je halnya. Bila aku dah bertekad benar2 nak pegi rumah dia, tak jumpa jalan ler pulak. Pelik bin ajaib. Padahal dah berpuluh kali ke situ. Makanya, jangan heran bila mengalami perkara2 macam ni. Last sekali, ada kawan aku ni, confirmkan, rupa2nya dia dah bertukar alam. Kembali ke rahmat Allah. Dengan rahmat Nya kita datang ke dunia ini, dengan rahmat Nya juga kita pulang ke sisi Nya. Berbahagia lah abang di sisi Allah.

Syurga Neraka tu hak Allah. Tak usah la kita pertikaikan. Aku perlu sebut, masuknya kita ke Syurga nanti, adalah semata2 di atas hidayah dan rahmat Allah. Bukan sebab kita kuat solat, kuat beribadah, kuat bersedekah, kuat berceramah dan sebagainya. Makanya, dalam lafaz niat segala ibadah kita, kalau korang perasan la, kita kena sebut "Lillahi Ta'ala". Artinya apa? Kerana Allah! Betol tak? Kalau dah semuanya kerana Allah, maknanya apa?

Maknanya kita "IKHLAS". Satu perkataan yang senang di sebut, tapi susah nak paham. Kenapa aku kata susah? Sebab kebanyakan dari kita, bak kata Zainal Abidin dalam lagunya "Ikhlas tapi jauh". Hehehe. Maksudnya tak ikhlas atau kurang ikhlas lah tu. Aku bagi contoh. Masa kecik2 aku di ajar, kalau kita solat sorang2 kat rumah, kita dapat 1 pahala. Tapi, kalau kita solat berjemaah tak kira la kat rumah ke, kat surau atau masjid, kita dapat 27 pahala. Banyak tu! Sapa tak nak! Imbuhan yang berganda. So untuk mengejar imbuhan yang berganda ini, maka kita pun, bila dengar azan je, bergegas untuk solat berjemaah. Ada yang belum azan dah siap beriktikaf di surau2 atau masjid.

Aku nak tanya. Waktu Zohor dan 'Asar, masa tu kita masih kat ofis kan? Ada tanggung jawab yang kita perlu buat kan? Kalau yang kerja sendiri tu, takde hal ler. Sukati korang la nak duduk berapa jam pun. Jadi, kita pun tinggalkan tanggung jawab kita, untuk mengejar solat jemaah. Kerana apa? Yang ni, korang jawab sendiri lah. Kalau aku yang jawab, korang kata, aku salah, bukan sebab itu. Makanya, di mana keikhlasan kita? Kenapa kita kejar pahala? Tentu la, kerana nak masuk Syurga. Nah. Ini lah masalahnya. Ini yang, budak2 kutu kata "Cakap tak serupa bikin". Kata "Lillahi Ta'ala". Tapi dok kejar pahala. Ada paham?

Bila aku cakap macam ni, tentu ada yang marah. Tentu aku ni anti solat berjemaah. Tak suka pegi surau atau masjid. Malah mungkin ada jugak yang kata aku anti-hadis. Memang pun. Hahaha. Aku tak anti semua tu lah. Tapi memang aku jarang pegi surau dan masjid untuk solat. Sebenarnya, aku bukan la nak menggalakkan orang supaya jangan solat jemaah, jangan solat kat surau atau masjid.

Aku cuma nak beri kefahaman. Apa yang kita maksudkan dengan Lillahi Ta'ala. Biar apa yang kita lafaz dan buat, selari. Kalau kita dah faham dan dapat keikhlasan yang hakiki, cewah2 bahasa, hehe, korang buat lah. Cuma jangan kita tinggal tanggung jawab kita dek kerana mengejar pahala. Maksud aku, kita suci murni kan niat kita. Semata2 kerana Allah. Ini lah yang di katakan, apa pun yang kita buat, akan di kira sebagai ibadah kita di sisi Allah. Waima membuang duri di tengah jalan sekali pun. Dah jauh aku melalut ni. Dah ler. Kena jugak aku tulis pasal IKHLAS ni dalam 1 tajuk lain. Sekarang aku nak citer bab Syahadah dulu.

Yang penting, di akhir2 kita di dunia ni nanti, kita kembali ke sisiNya. Nak ikut highway ke, ikut jalan lama yang bengkang-bengkok ke, terserah masing2. Pilihan kita. Allah dah bagi jalan. Nak tak nak, terserah. Dan sekali lagi, Terimakasih di atas salam yang abang sampaikan melalui kawan saya tu. InsyaAllah akan saya buat pesanan abang tu. Hik hik. Sebak la pulak rasanya.

Abang yang aku sebutkan tu lah yang selama ini membimbing aku di jalan ni. Dia lah orang yang aku jumpa di Mekah tu. Dia lah yang mengIslamkan aku dalam erti kata yang sebenarnya. Aku mengambil 2 kalimah syahadah darinya. Walaupun, waktu bertemu dia di Mekah tu, aku dalam keadaan "zauk" (kalau ikut lagu Scorpion tu, "In Trance" la kot, haha), tapi memang aku kenal dia. Sebab aku pernah jumpa dia sebelum tu kat Kg Medan, Jalan Kelang Lama. Dia ni kerja nya mengurut. Tukang urut lah. Masa aku mula2 kenal dia, aku ikut abang ipar aku berurut. Since, aku dah ikut, lepas siap abang ipar aku berurut, aku pun urut la sekali dengan dia.

Masa dia urut aku tu, takde timbol langsung cerita pasal jalan ni. Setakat borak2 kosong je. Cuma dia ada cakap dengan aku, "kau ni 1 hari nanti, tentu pasang 2 ni". Haha. Maksud dia tu kawin 1 lagi la. Aku sengih je dengar cakap dia tu. Apa tak nya. Bini aku dok pasang telinga kat luar bilik. Kang tak pasal2, jadi hal la pulak. Siap je dia urut aku, kita sambung borak lagi dengan yang lain2 kat luar. Tengah borak2 ni la, abang ni cakap kat bini aku " Laki kau ni nanti, kalau dia nak kawin satu lagi, kau jangan marah. Kau setuju je". Hahaha. Mampus aku. Masa tu bini aku senyum je la. On the way balik rumah, hmm, membebel je dia. Memang dia tak bagi lagi aku jumpa abang tu. Kalau nak urut badan, cari je tukang urut lain. Hehehe. So, memang aku tak pernah jumpa abang tu lepas tu, sampai la aku jumpa dia balik kat Mekah, dalam keadaan yang aku dah sebutkan tadi.

Sebelum aku sambung, elok korang baca maksud 2 Kalimah Syahadah ni. Aku bagi dua huraian kalimah ini. Huraian dari segi Syariah siap dengan syarat2 sah nya sekali (susah jugak nak masuk Islam rupanya) korang baca link ni http://tasekpauh.blogspot.com/2009/05/syarat-sah-dua-kalimah-syahadah.html

Lepas tu, untuk memahami apakah 2 Kalimah Syahadah ini dari segi Hakikat, korang baca lah huraian mantap kat link ni. http://www.angelfire.com/journal/suluk/kalimah1.htm

Kita minum dulu.

Alhamdulillah. Esok kita dah nak masuk tahun baru Hijrah 1431. Cepat betul masa berlalu. Sama2lah kita berdoa pada Allah agar sentisa memberi hidayah Nya buat kita untuk mengimani Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Muhammad SAW, juga jangan lupa untuk diri kita sendiri. Fatihah buat ahli keluarga, terutama kedua ibu bapa kita, guru2 yang telah membimbing kita, pendek kata semuanya lah. Kepada yang mungkin jarang atau tak pernah langsung terfikir nak menyambut tahun baru Hijrah ini, mari lah kita sama2 mulakan. Make it a point. Kalau selama ni kita teruja nak menyambut tahun baru Masihi, mari lah kita tukar kepada menyambut tahun baru Hijrah.

Ada kaedah yang di ajarkan untuk kita amalkan setiap menyambut akhir tahun dan awal tahun Hijrah ni. Aku sertakan linknya kat sini. http://matlamat.com/blog/2009/12/azam-tahun-baru-2010/. Buat lah. Jadikan amalan tahunan. InsyaAllah, dapat hidayah.

Sempena nak sambut tahun baru ni, aku berazam nak habiskan tajuk Syahadah ni. Dah seminggu lebih aku rehat minum. Haha. Maaf. Agak sebok dengan kerja. Satu lagi sebab ialah aku nak bagi masa kat korang, baca dan fahami maksud Syahadah tu, kat 2 link yang aku letakkan di atas. Harap korang dah baca lah. Ok aku sambung.

Ada pun Syahadah itu terdiri dari 2 kalimah. Kalimah Tauhid dan Kalimah Rasul. Pada syariatnya, Kalimah Tauhid adalah kita percaya bahawa tiada tuhan lain selain Allah. Cuma Allah saja satu2nya Tuhan yang ada. Ini la yang aku dok sebut2kan dalam tajuk "Percaya dulu" dan "Beriman". Pada kalimah Rasul pula, kita percaya Muhammad itu pesuruh Allah. Kata pesuruh di sini bermaksud untuk menyampaikan apa saja syariat yang Allah perintahkan kepadanya untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Pendek kata, tugas Muhammad bila dilantik menjadi Rasul. Makanya, Baginda dilengkapkan dengan sifat2 wajib bagi Rasul iaitu Sidiq, Amanah, Tabligh, Fatanah. Nak tau apa bendanya ni, korang semak balik kat tajuk "Percaya Dulu". Ada aku sebut kat situ. Ini lah makna syahadah untuk orang umum. Maksud orang umum ni, semua orang la.

Tetapi, pada hakikatnya pula, kepada yang mendalami jalan mengenal diri dan seterusnya mengenal Tuhan, maksudnya dah berbeza. Apa perbezaannya? Kalau tadi, tiada tuhan lain hanya Allah, maka pada hakikatnya maksudnya adalah tiada wujud lain, hanya Allah. Pening2. Macam mana tu? Habis kita ni apa? Tak wujud ke?

Memang kita ini hakikatnya tak wujud atau Wujud yang kosong. Atau Wujud Tiada. Makanya perlu kita berguru di sini. Untuk menjelaskan apa yang tak jelas. Kalau kita belajar sifat 20, wujud di situ bererti Wujud Hakiki atau biasa disebut sebagai "Wajibul Wujud" pada "Ghaibul Ghuyub".

Mari kita lihat apa yang terjadi kepada Nabi Musa sewaktu dia memohon pada Allah untuk melihat atau menunjukkan kewujudan Nya. Peristiwa itu jelas sekali untuk menggambarkan kewujudan Allah ini. Untuk memberi kefahaman kepada Nabi Musa, Allah perintahkan beliau untuk melihat gunung yang ada di hadapannya. Sebaik Nabi Musa melihat ke arah gunung itu, tidak semena-mena gunung itu meletup, hancur jadi abu dan Nabi Musa pengsan melihat kejadian itu. Begitu lah yang terjadi. Sekiranya Allah mengambil sifat WujudNYA di alam fana ini, maka hancur lebur lah segala Wujud yang Kosong ini dek kerana segala wujud makhluk adalah bergantung kepada Wujud Hakiki tadi. Makanya, sedar lah kita semua, bahawa wujud kita ini, kosong semata2.

Kalimah "La ila ha illa Allah" itu lah yang dinamakan Nafi dan Isbat. Di dalam "Laila ha" kita menafikan wujud yang lain yakni "wujud makhluk". Manakala, di dalam " illa Allah" kita mengisbatkan yang ada cuba "Wujud Hakiki". Makanya jika kita berzikir kalimah "La ila ha illa Allah" kita sebenarnya membaca zikir Nafi Isbat. Zikir ini lah aku amalkan dulu2 waktu mula2 aku nak masuk jalan ni.

Bagi Kalimah Rasul pula, pada hakikatnya, dia lah perantara di antara Wujud Hakiki dengan wujud makhluk tadi. Aku bagi yang mudah, biar korang senang faham. Wujud Hakiki itu Allah. Pengantaranya atau Rasulnya itu Muhammad. Dan Wujud Makhluk itu Adam. So, amacam. Boleh Faham? Kalau tak faham, aku teruskan lagi.

Allah yang Memerintah. Muhammad yang menyampaikan perintah. Adam yang menjalankan perintah. Tak faham lagi? Aku bagi lagi.

Allah tetap Allah. Tuhan yang Maha Esa.

Pernah dengar Muhammad Awal, Muhammad Akhir? Muhammad Zahir, Muhammad Batin? Tugas Muhammad ialah pesuruh. Pesuruh untuk apa? Untuk menyampaikan. Menyampaikan apa? Perintah dari Allah.

Adam itu apa? Yang Allah jadikan dari tanah. 7 jenis tanah yang di campurkan dan di bentuk menjadi tubuh badan manusia, yang dinamakan Adam. Dan Adam itu bahasa Arab yang bermaksud "tiada". Apa tugas Adam? Menjalankan perintah. Perintah siapa? Perintah Allah. Perintah Allah datang dari siapa? Dari pesuruh atau rasul. Siapa pesuruh? Muhammad!

Masih pening2 lalat? Tak usah pening2. Sebenarnya dah agak jelas aku terangkan ni. Kalau korang baca kitab atau bertanya dengan otai2 ilmu hakikat, takkan sejauh ni dia orang nak cerita. Tapi kalau korang masih pening jugak lagi, makanya cari lah guru. Guru yang dapat mengijazahkan Syahadah kepada korang. Yang boleh mengupas Syahadah sejelas2nya. Maknanya belum ada hidayah dari Allah nak bagi pemahaman.

Aku tak pandai. Aku tukang karut je. Setakat tu je aku boleh cerita. Merepek boleh la. Hahaha. Dan korang kena tau bahwa Syahadah ini lah yang kita wajib faham sefahamnya, kerana hidup dan mati kita bernaung di bawahnya. Kalau korang ada guru, tentu guru2 ni akan cakap, "pegang lah Syahadah ni kemas2. fahami sefaham2nya". Sebab dengan syahadah lah kita ni Islam. Masuk Islam. Jadi, masuk lah Islam dengan kefahaman yang jelas.

Dan jangan lupa, masa kita nak mati, atau nak balik nanti, atau nak bertukar alam, tak kira la korang nak guna term yang mana satu, bini kita, anak2 kita, kawan2 kita, orang sekeliling kita, semuanya sebok suruh kita mengucap. Mengucap apa? Mengucap syahadah. Kenapa? Sebab kita lupa ke? Bukannya susah. Pendek je kalimah nya. Apa yang susah sangat? Tapi kenapa banyak orang yang susah nak ucapkannya waktu itu? Makanya, kita fikir2kan lah. Kenapa boleh susah nak ucap kalimah yang mudah ini.

Awal2 masuk Islam, kita disuruh mengucap Syahadah. Akhir2 kita nak meninggal, orang suruh kita mengucap Syahadah lagi. Begitu lah pentingnya Syahadah kan. Tak percaya lagi? Makanya sekiranya Syahadah itu bukan saja kita ucapkan di bibir, tetapi terpahat teguh di dalam diri sebenar diri kita dengan kefahaman yang jitu, Insya Allah. Tak payah ucap lah.

Dapat je Assalamualaikum, kita pun jawab Waalai kum salam. Sama2 lah kita.











7 comments:

  1. Tuan hamba,
    Nabi di suruh menyampaikan perintah tuhan. Apa dia perintah tuhan tu? Jawabnya ialah al quran kerana ianya adalah segala hukum dan ketetapan tuhan. Mengenal tuhan juga melalui kitabnya, jadi jika tuan hamba katakan tuan hamba mengenal tuhan melalui tulisan manusia, hamba katakan itu suatu dusta. Jika segala hukum terdpt di dlm al quran, nabi tidak akan menambah selain dari itu. Tunjukkan hamba di dlm al quran, tuhan benarkan mengucap kalimah syirik iaitu men2kan tuhan dgn nabi dan rasul yg tuhan sendiri ciptakan dari tiada. Apakah nabi boleh mengeluarkan sesuatu hukum yg bercanggah dgn al quran? Jika demikian, siapakah yg tuan hamba ambil menjadi tuhan? Nabi atau Tuhan? Kebenaran itu adalah hak dan ianya tidak selari dgn hawa nafsu dan apa yg manusia mahu. Manusia tidak berfikir untuk mengetahui apa kehendak tuhan dan tidak memerhatikan perintahnya dari itu dptkah keredhaan tuhan? Jadi, bolehkah di salahkan tuhan apabila azab di turunkan padahal petunjuk dan kitabnya ada bersama manusia?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. saudara SAQ @ kebenaran asalama

    terimakasih atas komen saudara. oleh kerana saudara mengajak berbincang tentang ilmu Tuhan, i beg to differ kerana Tuhan mengajar ku begitu. nabi2 tidak di suruh menyampaikan perintahNya. hanya Muhammad yang ditugaskan buat kerja ni. perintahNya untuk siapa? tentu sekali untuk tubuh badan Adam. bahkan nabi2 itu juga terdiri dari Muhammad dan Adam, cuma mereka dipanggil Ibrahim atau Musa atau SAQ dimana nama2 ini juga diberi oleh bapa2 mereka di atas perintah Tuhan. sesungguhnya tanpa Muhammad, si Adam tidak akan kenal Tuhan. perintah Tuhan tidak sekadar untuk solat, puasa dan ritual2 yang lain saudara. Tuhan memerintah semua mahluknya pada setiap masa dan ketika tak pernah terlepas mahluknya dari perintahNya. seperti yang saudara sebutkan dlm blog saudara, samada kita mahu jadi malaikat atau iblis, itu terserah kepada kita, makanya manusia itu diberi akal untuk memilih berbuat dosa atau pahala dan seterusnya untuk ke syurga atau neraka.

    jika saudara mengatakan kalimah rasul itu syirik, itu ada lah kerana saudara tidak diberi faham oleh Tuhan seperti yg saya fahami. saya tidak akan cuba memahamkan saudara dan saudara juga tidak perlu memahamkan saya. boleh saja kita membaca tulisan2 tangan manusia asal saja jgn kita lupa merujuk akhirnya kepada Tuhan akan kebenaran tulisan2 itu.

    bagi saya, Tuhan tetap Tuhan dan Muhammad itu hambanya yang dipilihNya untuk menyampaikan perintah. tidak timbul saya mengambil Muhammad sebagai Tuhan. tanpa Muhammad, siapa kah yang akan mengatakan Tuhan itu Tuhan di kalangan mahlukNya? makanya Muhammad itu diberi tugas menyampaikan perintah. sesungguhnya, kalau saja seluruh umat manusia tidak mahu beriman kepada Tuhan, Tuhan tetap Tuhan yang Esa dan Maha Berkuasa. Dia tidak perlu dan tidak minta dipuja2, disembah dan sebagainya kerana Dia berdiri dengan sendiri.

    Tuhan mengajar dan memahamkan kita sesuai dengan ilmu dan permintaan kita kepadaNya. sesungguhnya ilmu Tuhan itu amat luas dan tak bertepi. beriman lah kita kepadaNya sesuai dengan pemahaman masing2 yang diberiNya. tidak timbul "engkau salah, aku betol" kerana siapa lah kita nak mempersoalkan perintah2 Tuhan yang datang kepada kita pada setiap detik dan ketika.

    ReplyDelete
  4. Minta maaf sy mencelah.. Sy tidak sehebat kalian berhujah dan ilmu sy tidaklah setinggi kalian berdua. Pada pendapat saya.. Setelah kita ucapkan shahadah.. Kita telah menafikan bahawa tiada tuhan... Ini lah yg kita nafi.. Melainkan Allah.. Itu lah isbat. Maafkan sy.. Setahu saya tuhan itu adalah yg disembah oleh org bkn islam. Yg mempunyai mata x dapat melihat, ada telinga x blh mendengar..tuhan ini lah yg kita nafi.. Dan kita mengaku hanya Allah yg esa.. Adakah Allah dgn tuhan itu taraf atay sama erti? Kalau sama cuba kita tukarkan Kalimah Allah kepada tuhan. Apa maknanya? Tidak tuhan melainkan tuhan? Atau tiada Allah melainkan Allah? Kan pelik bunyinya tu..? Jadi hati2 dengan apa yg kita tulis atau lafazkan..Bagi umat Islam,lazimnya ketika mereka sedang sakit secara spontan
    mereka akan merintih dan menyebut nama "Allah..Allah. .Allah.." dengan jelas dan
    penuh pengharapan dan tidak mungkin ada yang menyebut Tuhan..Tuhan. .Tuhan" pada
    ketika itu.Begitu juga apabila kita terpandang kalimah Allah di langit misalnya,
    sudah tentu kita akan berkata bahawa kita telah melihat kalimah Allah dan bukan
    kalimah Tuhan tetapi mendukacitakan kerana ramai dikalangan kita yang lebih
    banyak dan suka menyebut perkataan Tuhan berbanding menyebut nama Allah dalam
    perbualan seharian sedangkan sepatutnya kita bersyukur dan berbangga untuk
    sentiasa menyebut nama Allah.Kita membantah apabila sekumpulan penganut kristian
    memohon untuk menggunakan nama Allah dalam amalan agama mereka sedangkan kita
    sendiri lebih suka menyebut perkataan Tuhan berbanding nama Allah itu sendiri.
    Adakah kita malu untuk menyebut nama Allah atau kita merasakan hubungan kita
    dengan Pencipta kita itu
    begitu jauh sekali? FikirkanlahBagi umat Islam,lazimnya ketika mereka sedang sakit secara spontan
    mereka akan merintih dan menyebut nama "Allah..Allah. .Allah.." dengan jelas dan
    penuh pengharapan dan tidak mungkin ada yang menyebut Tuhan..Tuhan. .Tuhan" pada
    ketika itu.Begitu juga apabila kita terpandang kalimah Allah di langit misalnya,
    sudah tentu kita akan berkata bahawa kita telah melihat kalimah Allah dan bukan
    kalimah Tuhan tetapi mendukacitakan kerana ramai dikalangan kita yang lebih
    banyak dan suka menyebut perkataan Tuhan berbanding menyebut nama Allah dalam
    perbualan seharian sedangkan sepatutnya kita bersyukur dan berbangga untuk
    sentiasa menyebut nama Allah.Kita membantah apabila sekumpulan penganut kristian
    memohon untuk menggunakan nama Allah dalam amalan agama mereka sedangkan kita
    sendiri lebih suka menyebut perkataan Tuhan berbanding nama Allah itu sendiri.
    Adakah kita malu untuk menyebut nama Allah atau kita merasakan hubungan kita
    dengan Pencipta kita itu
    begitu jauh sekali? Fikirkanlah

    ReplyDelete
  5. Tuan pencinta ilmu,

    Yg Hebat itu hanya Allah. Makhluk ini tiada hebatnya.

    Di dalam surah Thoha ayat 12, Allah berfirman

    "Inni anna rabbuka," yg bermaksud: "Sesungguhnya Aku Tuhanmu"

    Jadi, menurut AQ, Tuhan itu ada. cuma di sini Dia tidak bernama.

    Dan seterusnya, dalam surah Thoha ayat 14 yg bermaksud:

    "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

    Dalam ayat ini pula, Tuhan menyatakan nama, sifat dan perbuatanNya.

    Tuhan itu Pemerintah dan Pemerintah itu bernama Allah. terdapat dua alam yg berbeza di sini. di sini lah terletaknya perbezaan zat, sifat, asma' dan af'al.

    dan berkenaan syahadah pula, bukan saja tuhan lain tiada wujud, malah makhluk jua tiada wujud.

    Allah Penguasa segala ilmu.


    ReplyDelete
  6. "Tiada @ 'adum" ialah cermin wujud mutlak. Daripadanya terzahir bayangan dan cahaya Allah.
    "Negatif" ialah cermin,"Mungkin" ialah bayangan, Wajibul Wujud -
    "Pasti Ada" adalah orangnya.Dalam cermin terbayang Wajibul Wujud. Sekiranya tidak ada "Tiada", bagaimana yang "Positif" itu terbayang? Apabila seorang itu mengetuk pintu dan ditanya "Siapa itu?" dia berkata, "tidak ada siapa, hanya Aku". Dia tidak menafikan wujud dirinya tetapi menafikan yang lain supaya wujudnya itu dapat ditegaskan dengan lebih kuat lagi. Demikianlah "Tidak ada Tuhan melainkan Allah". Jika "yang lain" tidak wujud, bagaimanakah ianya menjadi cermin wujud Allah?

    Apabila 'adum dalam Zat, Harta terpendam itu ternampak keluar.

    Penyembahan "yang terhad" oleh "yang terhad" adalah syirik.

    Dalam La ilaha, "yang terhad" itu dinafikan dan dalam Illallah, "yang tidak terhad" itu dipastikan (diisbatkan)

    Cinta adalah kemahuan untuk manifestasi (penzahiran). Jika Cinta ini tidak ada, Dia akan terpendam dalam ilmu selama-lamanya. Dia adalah harta yang tersembunyi yang suka diketahui.

    Matlamat hakikat adalah syariat. Laila ha Illallah ialah matlamat syariat. Muhammad Rasulullah adalah matlamat hakikat.

    "Tiada tuhan selain Allah."La" atau " tidak" adalah memfanakan diri dan dunia, kekal (baqa) dengan Allah.Hakikat Muhammad ialah peringkat pertama yang dalamnya Zat mengetahui DiriNya.

    Selagi bayangan wujud anda ada dalam cermin itu, selagi itulah yang anda sembah itu ialah fikiran anda sendiri iaitu "selain dari Allah". Mereka jadi objek penyembahan anda dan bukan wujud Haq.

    Selagi bayangan wujud anda ada dalam cermin ilmu anda, anda adalah diri anda sendiri; selagi yang disembah itu fikiran anda sendiri, anda akan terhijab dari "Wujud Hakiki".

    "Selain dari Allah" adalah "Ghayr" yang bermaksud khayalan "yang lain" yang sebenarnya tidak wujud. Khayalan ini mengambil bentuk, misalnya mimpi, nampak meskipun tidak berwujud. Khayalan ini dinamakan Iblis.

    Haq tersembunyi dalam Ruh.Ruh tersembunyi dalam Qalb(hati) dan Qalb tersembunyi dalam badan (Qalib). Oleh itu perhatikan Yang Benar di samping badan dalam pandangan.

    "Tiada tuhan selain Allah" adalah pengakuan,
    "Muhammad Rasullullah" adalah penerimaan.

    Akhir Kalam, selamat memahami.

    ReplyDelete
  7. tuan tukangFX,

    salam pengenalan dari saya. saya yakin tuan boleh menerangkan perkara2 yg tuan tuliskan di sini dalam gaya bahasa yg lebih mudah lagi buat kemudahan audience di blog ini. insyaallah. maaf kerana terlepas pandang komen tuan selama ini.

    jazakallah khairan kathira.

    ReplyDelete