Saturday, October 10, 2009

Basmalah


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani.



Sesungguhnya bermula Al Quran itu dengan ayat Basmalah iaitu ayat pertama dari Surah Al Fatihah. Mudah kata, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Kerana pemurah dan pengasih Nya Allah, maka segalanya dizahirkan dan dinyatakan Nya di alam ini sehingga Dia Nya tiada nyata.

Dan adalah lahirnya aku di dunia ini, bersabit dari kasih sayang ibu dan bapaku di atas perkenan Pemurah dan Kasih dari Allah. Dari perlakuan kedua ibu bapa ku, maka lahir lah aku.

Basmalah terdiri dari 19 huruf. Banyak yang telah di perkatakan mengenai angka 19 ini. Terpulang lah pada ilmu yang kita semua pelajari dan fahami. Kepada yang belajar ilmu usul, pasti mendalami.

Buat aku, Basmalah terlupus di dalam Alif yang tersembunyi. Dan Alif pula hilang di dalam titik. Tak usah pening2. Apa pun yang tersurat atau tersirat, intipati Basmalah ini adalah Kasih Sayang. Kenapa kasih sayang? Kerana dengan kasih sayang ini lah, manusia di bumi ini dapat hidup harmoni. Jika ada kasih sayang antara suami isteri, pasti bahgia kan. Kalau antara adik beradik berkasih sayang, tentu seronok. Juga antara kawan dan teman, pasti gembira dan berkekalan dengan kasih sayang.

Lawan kepada kasih sayang adalah benci, hasad dengki, cemburu, tamak, haloba, khianat, bangga diri, ujub, takabur dan berbagai lagi sifat2 buruk yang diberi oleh Allah kepada kita bersekali dengan sifat2 yang baik. Cuba perhatikan kenapa hidup manusia ini penuh pancaroba? Tiada sebab lain! Manusia lebih suka melayan sifat2 buruk ini daripada hidup dengan kasih sayang. Maka berbangkit dari sifat2 buruk ini, lahirlah perbuatan sakit menyakiti, bunuh membunuh, bomoh membomoh dan macam2 lagi.

Lalu, iblis ketika bermohon tangguh kepada Allah, meminta agar diberi peluang untuk menyesatkan umat Adam. Permintaan yang di luluskan oleh Allah sehingga hari Kiamat nanti. Apakah sasaran utama iblis dan puak2nya dalam tugasnya menyesatkan manusia? Dah pasti, melalui sifat2 buruk manusia ini. Di mana duduknya sifat2 ini di dalam manusia? Jawapannya adalah hati. Di hati lah tempat segala sifat manusia itu bermukim. Jadi tumpuan iblis dan anak cucunya, tentu lah hati manusia.

Makanya, untuk mula menempuh jalan mengenal Tuhan, sudah pasti tuan2 akan di suruh mengamalkan zikir2 terpulang kepada guru2 tuan2. Kenapa zikir? Ya sudah tentu buat memukul hati. Zikir lazimnya di gunakan untuk memukul nafsu yang berpusat di hati. Mereka yang belajar, pasti tau akan tingkatan2 nafsu ini. Terus lah kita berzikir untuk memukul nafsu, sehingga berjaya mencapai tingkat nafsu yang paling aman.

Mereka yang berjaya menguasai nafsu, pasti lah hidupnya akan aman tenteram, walau apa jua melanda hidupnya. Di akhir2 bab memukul nafsu ini, kita akan merasa satu keinginan untuk hidup dengan penuh kasih sayang. Sayang pada isteri, anak2, kawan2, jiran2, dan siapa saja yang kita temui.

Akhir bicara, buat aku, Tuhan mahu kita berkasih sayang walau dengan siapa saja malah dengan binatang, pokok, tumbuh2an sekali pun. Dengan kasih sayang, segalanya akan aman. Dan fahami lah, tugas iblis dan puak2nya sebenarnya adalah untuk menghalang manusia daripada hidup dengan kasih sayang. Apabila timbul perasaan benci, cemburu, dengki dan sebagainya ini di dalam diri kita, maka bermula lah episod perbuatan2 keji seperti maki hamun, pukul memukul, bunuh membunuh, perang antara umat manusia, bomoh membomoh dan macam2 ada.

So, mari lah kita berkasih sayang. Akan lebih enak hidup ini. Allah Hu Alm.

5 comments:

  1. Di awal anda tulis "Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang."

    Ape beza Pengasih & Penyayang. Bukan ke same 2?

    Yang sebetulnye.. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

    Satu je surah dalam Quran yg tiade ayat ini iaitu Surah At-Taubah.

    ReplyDelete
  2. Benar dan sudah pun saya tukar. Cuma, ayat Basmalah ini adalah sebahagian dari Surah Al Fatihah. Tidak terdapat di lain2 ayat.

    ReplyDelete
  3. Eh kenape pula tiada ayat Bismillahirrahmanirahim di surah2 laen di dalam Al-Quran? Amek contoh Al-Baqarahla, permulaan ayat ape? Bismillah.....
    Sebenarnya ada saudara..setiap surah di dalam Al-Quran ada ayat Bismillah, kecuali At-Taubah sahaja.
    Tujuan Ayat At-Taubah tidak dimulai Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ialah kerana At-Taubah bermakna bertaubat. Jika kita melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah, dan kita bertaubat, dan pada waktu yang sama, kita mengingati bahawa Allah itu Maha Pengampun, tentu kita akan melakukan kesalahan itu lagi, kerana itulah Surah At-Taubah tidak dimulakan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

    Saya lakukan semua ini mengharapkan keredhaan-Nya, saudara juga perlu begitu.

    Have a nice day encik bedol :)

    ReplyDelete
  4. Sila tuan rujuk AlQuran. Kalau nak mudah klik je link AlQuran JAKIM di blog saya ni. Ayat Basmalah adalah ayat (1) Surah Fatihah. Cuma menjadi kelaziman bagi semua, membaca Basmalah sebelum membaca surah.

    U have a nice day too. Memang kita semua mengharapkan Hidayah Nya.

    ReplyDelete
  5. yup betul tu saudara bedol..
    ayat basmallah dikira ayat pertama hanya pada ummul quran..
    surah lain mmg ada basmallah,tp bukan dikira ayat pertama bg setiap surah selain al fatihah..
    al-baqarah contohnya,ayat pertamanya adalah Alif Lam Mim..
    tp permulaan al baqarah ad basmallah juga bertujuan supaya segala tujuan adalah kerana Allah..

    ReplyDelete