Thursday, January 19, 2012

Solat @ Sembahyang @ Selawat (10)

Alhamdulillah. Segala puji2an hanya untuk Allah. Yang telah membenarkan aku terus hidup dan dapat menulis lagi hari ini. Lebih 6 bulan aku tak menulis. Belum sampai seru..hahaha. Namun, pada hari ini 19hb Januari 2012, di malam Jumaat yang berkat ini, telah diperintahkan aku menulis dan membuka seluas2nya rahsia solat, akhirnya. Bersyukur lah kita dengan rahmat dan hidayahNya, semuga dapat kita sama2 kembali kepadaNya dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi.

Surah An Nisa, Ayat 1 “Hai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya dijadikan isterinya (Hawa), dan yang membiakkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan nama-Nya, serta peliharalah hubungan kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu”

Dalam ayat di atas Tuhan sebutkan bahawa manusia itu di jadikan dari “nafsin wahida” atau pun “diri yg satu” iaitu Adam. Daripada Adam, dijadikan pula Hawa. Kemudian, dari Adam dan Hawa lahirlah manusia2 lain samada laki2 dan perempuan. Teruslah membiak makhluk yang bernama manusia itu sehingga ke hari ini sehingga lah hari kiamat nanti. 

Begitu lah cara2 manusia dizahirkan ke dunia ini. Namun jangan lupa, ada satu lagi cara; iaitu kejadian Isa AS yang dizahirkan hanya melalui ibunya, Mariam; tanpa bapa.

Jadi kita boleh buat kesimpulan, bahawa ada 4 cara Allah menzahirkan manusia:-

1.  Dari Kosong = tiada, tanpa laki2 dan perempuan.
2.  Dari 1 Titik = ada, melalui lelaki saja tanpa perempuan
3.  Dari 2 Titik = ada, melalui laki2 dan perempuan
4.  Dari Alif = ada, melalui perempuan saja tanpa laki2.

Namun di dalam Surat Sod, Ayat 71 dan 72, Allah berfirman pula ”Ingatkanlah peristiwa tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah.” “Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari ciptaan-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.”

Melalui ayat2 ini pula, dapat lah kita ketahui bahawa, kejadian manusia adalah terdiri daripada 2 bahagian. Yang pertama, tubuh jasad dari tanah dikenal sebagai JASMANI. Manakala, setelah siap tubuh jasad, Tuhan tiupkan pula roh ciptaanNya yang dinamakan ROHANI. Kesimpulannya, tubuh jasad sebagai sarung atau perumpamaannya body dan enjin kereta, manakala ruh pula sebagai penghidupnya atau perumpamaan petrol/gas yang dibakar yang menghasilkan kuasa kuda. Persoalannya, siapakah pemandu, ROHANI & JASMANI atau KERETA makhluk yang bernama MANUSIA ini? Fikir2kan lah ye.

Soalan lagi, mana satu yang dijadikan dulu? Tubuh atau roh?

Di dalam Surah Al Insan, Ayat 1, Allah SWT sebutkan, “Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa, sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut.”

Tuhan menyatakan di dalam ayat di atas, ketika itu insan masih di dalam wujud roh. Roh atau jiwa dicipta di Alam Lahut tuan2. Sejati nya manusia adalah di dalam wujud roh. Adapun rohani kita ini membawa tujuan atau mission. Tubuh/Jasmani hanya sebagai alat bekerja. Di akhir kita nanti, roh akan dihadapkan di hadapan Allah. Roh2 akan berbaris untuk menjawab dan dipertanggungjawabkan atas apa lakonannya di dunia dulu.

Sesungguhnya, pada roh ada kesadaran dan perasaan dan juga bibit iman.

Surah Al A’raaf Ayat 172 “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: Sesungguhnya kami orang yang lalai tentang (hakikat tauhid) ini.”

Terang dan jelas, dalam ayat di atas, Allah ceritakan masa bila kita mula2 menjadi saksi akan ketuhananNya. Jadi kalau aku tanya korang, masa bila korang naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, sekarang korang boleh jawab tak? Bukan omong2 kosong ye tuan2. Dulu2 lagi di alam lahut, kita dah menyaksikan Dia. Makanya, di dalam roh itu ada bibit iman. Yang mengenal Allah itu rohani kita. Macam aku cakap tadi, roh kita di awal2 kejadiannya, dah beriman dengan Allah.

Namun begitu, roh juga membawa bersamanya qalbu. Dan di dalam tubuh jasmani kita terdapat komponen hawa yang dipanggil hati. Di sinilah berlakunya pertandingan di antara roh dan hawa. Hawa apa? Hawa nafsu la beb. Oleh sebab itu lah Tuhan menurunkan ayat2 AQ sebagai peringatan kepada kita bahawa roh kita ni sedang dicengkam oleh hawa nafsu.

Surah Al Munafiqun Ayat 9 “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi”

Allah mengingatkan kita, jangan sampai harta (termasuk lah kuasa) kamu dan anak2 kamu melalaikan kamu dari zikrillah. Apa maksud Zikrillah? Ingat pada Allah la syeikh. Ingatlah geng bahawasanya, faktor hawa nafsu dan juga dorongan iblis, dapat melalaikan kita dari “ingat pada Allah!”.

Surah Al Hasyir Ayat 19 “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupakan diri mereka. Mereka itulah orang yang fasik”.

Allah dah bagi warning tu, jangan kamu lupa Allah. Kerana kalau kamu lupa Dia, Allah akan buat kamu lupa diri kamu sendiri. Diri yang mana? Dah tentu la diri rohani kamu, kerana rohani yang beriman dengan Allah. Rugi besar tuan2 kalau Allah dah buat kita lupakan rohani kita.

Surah Fussilat Ayat 53 “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata kepada mereka bahawa Al-Qur'an adalah benar. Belumkah cukup bagi mereka bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

Seterusnya Boss cakap, Dia akan perlihatkan ayat2 Nya di seluruh alam maya ini dan juga ayat2 Nya pada diri kita sendiri. Macam mana tu? Macam ni. Maknanya, apa saja kita lihat, kita nampak Dia, ingat kat Dia. Contoh. Bila tengok awek cantik, kita sebut masya Allah, indah betul ciptaanMu ya Allah. Tengok orang nyanyi sedap sangat, kita nampak kehebatan Dia. Menjadikan hamba Allah tu miliki suara paling best. Nampak orang buat dosa. Kita nampak Dia jugak. Ya Allah jauhkan lah aku dari buat benda2 macam tu. Pendek kata apa saja yang kita nampak, kita dengar, semuanya mengingatkan kita kepada Allah Yang Maha Esa. Ada paham? Ini lah yang di katakan syuhud. Ingat dan nampak Dia 24/7.

Macam mana kita nak sampai kepada penyaksian yang sebegitu? Makanya ulama2 tasauf selalu membaca dalil hadis ni. “Man arafa nafsahu wa man arafa rabbahu”. Maksudnya sikit lebih kurang, “Siapa mengenal dirinya, maka kenal lah Tuhan nya”. Makanya, aku suruh korang belajar mengenal diri, nescaya kenal lah Allah. Kalau dah kenal Allah, dah dekat dengan Dia, boleh la mintak macam2 dengan Dia. Tak begitu? Macam korang kenal dengan Najib la, PM kita. Dah rapat, boleh la mintak projek tu projek ni. Takkan dia tak bagi satu pun kan.

Selingan je tu. Makanya keikhlasan tu penting. Kan aku dah cakap kat topik awal2. Nak masuk jalan ni kena ikhlas. Jangan ada maksud lain, walau sebesar hama. Boleh? Jangan ingat nak jadi bomoh la, nak kebal la, nak tarik duit la dan entah apa2 lagi. Sekali korang dah sangkut kat situ2, jenuh la nak lepas dah. Dia akan bagi korang hayal dengan ilmu2 hebat tu.

OK lah. Jauh betul aku menyimpang. Sekarang aku sambung balik bab solat yang tak sudah tu hehehe.

Surah Toha Ayat 14 “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku."

Kalau korang baca betul2 ayat di atas tu, korang nampak tak apa maksudnya? Ce baca part yang last2 tu pasal solat. Allah kata apa? Dirikan lah solat untuk mengingati Aku. Cuba baca banyak2 kali dan fahamkan. Kenapa kita perlu solat? Allah sebut, kita kena solat untuk apa? Ada ke Dia cakap untuk masuk syurga? Atau untuk dapat pahala 24 kali ganda ke? Ada tak? Kalau tak paham jugak, aku bagi tau.

Allah sebut, kerjakan lah solat untuk mengingati Dia! Kalau korang ingat lagi, tadi kat atas, aku dah tulis peringatan Allah. Apa dia? Cuba la scroll atas balik. Allah warning, jangan lah kita lalai dari “ingat akan Dia”. Ada tak Dia sebut, jangan lah lalai dari solat ke, puasa ke, zakat ke, haji ke? Ada? Takde kan. Jadi, ketahui lah wahai tuan2 dan puan2, sahabat2 ku sekelian, bahawasanya solat itu bukan tujuan atau matlamat atau objektif kita. Solat ada lah satu alat atau instrumen. Alat untuk kita ingat akan Allah. Alat untuk kita zikrillah. Tujuan akhirnya kita solat ialah untuk ingat akan Allah. Ok. Dapat dah? Kalau dah dapat aku teruskan.

Dengan solat, hati atau qalbu kita akan menjadi ingat akan Allah. Solat dapat mengaktifkan qalbu untuk ingat Allah. Macam ni la. Contoh dinamo basikal. Dulu2 masa kita naik basikal malam2, bila kita kayuh perlahan, dinamo tu tak cukup power. Jadi, lampu basikal pun takde la terang sangat. Tapi kalau kita kayuh basikal laju2, lampu akan jadi terang benderang kan. Apa sebab? Sebab dinamo charging power kuat. Betul tak?

Macam tu la jugak solat. Allah suruh kita solat untuk kita charging hati/qalbu kita untuk kuat ingat akan Allah. Makin rajin kita solat, makin kuat kita ingat Allah. Semakin banyak kita solat, makin naik roh kita mendaki ingat Allah. Ingat peristiwa Rasulullah mikraj ke langit? Begitulah juga dengan roh kita, semakin ia mikraj mendekati Allah. Begitu juga dengan kerja2/ibadah2 lain dalam rukun Islam seperti puasa, zakat dan haji, semuanya ini adalah instrumen atau alat untuk kita kuat, tetap, istiqamah untuk mengingat Allah.

Dan harus diingat di dalam Surah Al Maun Ayat 4 & 5, Allah sebutkan “Maka kecelakaan besar bagi orang yang solat. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya.”

APAKAH KESEMPURNAAN SOLAT? Sudah tentulah tujuan solat itu. Dan tujuan solat itu adalah untuk mengingati Allah. Sekali lagi Allah gunakan perkataan lalai. Lalai dari mengingati Allah. Lalai dari zikrillah! Ada faham sekarang?

Nak masuk climax dah ni. Akhirnya, ketahui lah tuan2, bahawa sebenarnya ibadah paling pokok itu adalah zikir. Zikir apa? Zikrillah! Zikrillah itu apa? Sentiasa ingat akan Allah. Puji2an kepada Allah. Puji2an itu apa? Selawat lah tu! Perkataan Selawat atau Salawat ( Arab: الصلوات‎ ) diambil dari perkataan solat ( Arab: الصلاة‎ ), bererti doa atau pujian. Sebab itu lah tajuk topik sembahyang ni dari awal lagi aku taruk Solat @ Sembahyang @ Selawat. Faham sekarang?

Zikir yang bagaimana? Apakah membaca zikir yaitu disebut di mulut? Atau zikir di dalam hati yang juga di sebut zikir qalbi atau zikir sir? Di dalam Surah Al Ahzab, ada disebutkan perkataan “zikran kasira” yang bermaksud “ ingat Allah sebanyak2nya”. Macam mana cara kita mengingat? Kalau korang ingat awek korang, ingatan tu di mana? Tentu nya di hati kan. Nampak tak rupa awek lu? Cuba ingat betul2. Nampak tak? Tentu nampak kan.

Begitu lah juga mengingat Allah. Cumanya ingat Allah kita tak ler nampak wajah Allah. Takde nampak gambar apa2. Cuma pasti kamu nanti boleh rasa. Yang disebut rasa sejati. Kat atas tadi aku sebut apa? Sejatinya manusia itu adalah di dalam wujud roh. Ini lah yang berlaku beb. Rasa best jer. Tenang, tenteram, kadang2 meremang2 bulu roma. Kalau belum dapat rasa lagi, gandakan usaha anda. Hehehe. Sampai dapat rasa.

Jangan pulak korang bayangkan “alif lam lam ha” pulak dalam ingatan korang. Ingat tiada sesuatu pun yang serupa denganNya. Biarpun namaNya. Asma’ dan Zat tidak sama tuan2. Dia bebas dari syirik. Bebas dari persamaan dengan apa saja yang kita pernah lihat, dengar, fikir dan apa2 pun.

Aku sertakan beberapa ayat AQ mengenai zikir untuk korang buat kesimpulan zikir bagaimana yang di suruh oleh Allah. Korang nak buat zikir yang macam mana terpulang masing2. Ikut lah guru2 kamu yang tentunya bijak pandai. Ini cara aku. Aku tak suruh ikut pun. 

Ayat2 nya adalah, jeng jeng jeng :-

Surah Al Ahzab, Ayat 21 “Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.”

Surah Ali Imran, Ayat 191 “(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”

Surah Al-Baqarah, Ayat 152 “Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu.’

Surah Al-Ankabut, Ayat 45 “…dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya).’

Surah Ar-Ra'd, Ayat 28 “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Surah An-Nisa’, Ayat 103 “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram maka dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

Surah Al-Juma’ah, Ayat 10 ‘Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masingmasing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dandi akhirat).’

Surah Az-Zumar, Ayat 22 “Adakah orang yang dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap dalam cahaya dari Tuhannya, sama seperti orang yang tertutup hatinya? Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras hatinya dari mengingati Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.”

Zikir itu di hati adik2, abang2 dan kakak oi. Tanpa kalam tanpa suara. Bukan baca atau sebut. Kalau kamu sebut, bagaimana kamu nak berzikir 24/7? Takkan kat ofis korang nak sebut2. Nanti orang2 kat ofis, gila apa dia ni. Isim la tu..hehe. Sambil mengajar, macam mana nak sebut.? Sambil tengok tv, sambil dengar radio, sambil apa2 lagi lah. Macam mana nak “zikran kasira” atau “ingat Allah sebanyak2nya”? Pagi petang siang malam. Dalam duduk berdiri atau berbaring. Atas kuda, dalam kapal terbang, dalam LRT. Sesungguhnya, hati/qalbu yang selalu ingat pada Allah.

Ok aku bagi kaedah. Zikir mulut gunanya untuk mengaktifkan zikir qalbi. Kalau korang baru mula berjinak2 dengan zikir, mulakan dengan zikir sebutan dengan tasbih di tangan. Tujuannya supaya zikir tu melekat di jari. Jangan pakai counter. Tak payah nak kira2 berapa kali satu malam. Belasah je banyak mana pun. Aku suka pakai telunjuk. Sukati lah. Yang dah biasa pakai ibu jari pun boleh je. Bila dah biasa, stop kan sebutan, concentrate di hati.

Bila time korang tak pegang tasbih, contohnya tengah driving ke, lama2 nanti, jari tu akan bergerak sendiri mengikut bacaan di hati. Lama2 nanti, bila zikir tu dah melekat di hati, otomatik jari korang akan berenti sendiri. Hati akan gerak sendiri berzikir. Bila dah lekat di hati, dah dekat la tu nak dapat 24/7. Maknanya 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Dah takde lagi waktu yang kita tidak berzikir. Takde sesaat pun yang kita tidak ingat akan Allah. Kalau nak syok lagi, synchronize kan zikir kamu dengan denyut nadi kamu. Setiap denyut, satu sebutan. Macam mana nak buat? Pegang la nadi kamu di pergelangan tangan tu. Baru la cantik, setiap denyut nafasku, ku sebut nama Mu. Macam lagu Dewa 19 je...hahaha. Tu lah dia maksudnya.

Zikir hakiki adalah yg dirasakan. Rasa di mana? Di hati/qalbi, di jiwa, di roh. Korang nak panggil diri sebenar diri ke, diri terperi ke, diri sendiri ke, lantak korang la. Yang penting rasa. Dan akhirnya, tersedar lah kita dari lamunan bahawa ibadah itu adalah sebenarnya di jiwa. Ibadah roh. Lalu tersentak lah hati, bercucuran lah air mata menikmati kelazatan hakiki beribadah. Bodohnya lah aku selama ini. Berpuluh2 tahun mencari, gunung di daki, gua di diami, beribu2 kilometer mencari guru, beribu2 pula wang ringgit di habisi, hanya kerna Mu ya Allah. Rupanya kamu dekat ya Rab. Lebih dekat dari urat leherku.

Lalu akhirnya, eh dah berapa kali akhir da.  Sampai lah kita kepada “solat daim” yakni solat yang berkekalan, sentiasa kita solat tanpa ada sedikit ruang pun yang kita tidak solat. Seperti dalam firman Allah dalam Surah Ma’arij Ayat 23 “Iaitu mereka yang tetap/kekal mengerjakan sembahyangnya”. Ini lah puncak ibadah iaitu zikir qalbu 24/7 yang dimaksudkan solatun dai’mun.

Di dalam kita mengingati Allah 24/7, maka kekal lah kita di dalam solat 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Ini lah yang disebut2 sebagai Solat Daim. Jenis solat yang di idam2kan oleh ramai pencari Tuhan. Kekal lah kita di dalam zikir mengingati Allah tanpa putus.

Persoalannya, apakah setelah kita mencapai tahap Solat Daim ini, maka kita tak perlu lagi solat 5 waktu? Ini lah yang sering menjadi pertikaian di antara ulama2 samada antara syariat dengan hakikat maupun antara aliran2 tarikat hakikat sendiri.

Makanya, di sinilah penting nya ilmu syariat itu di pakai sekali serentak dengan ilmu hakikat, makrifat, tasauf, musyahadah atau apa saja yang korang nak panggil ilmu mengarut ni.  Saranan aku, go back to basic. Check balik, kenapa kita solat? Solat adalah perintah Allah. Jenis manusia dan jin tidak dijadikan semata2 untuk menyembah Allah. Menyembah bermaksud sujud tunduk patuh atas perintahNya. Pekerjaan solat itu terkandung di dalamnya, perlakuan sujud.

Awal2 kejadian Adam, Allah perintahkan semua jin dan malaikat untuk sujud kepada Adam. Bukan untuk menyembah Adam tetapi sebagai patuh kepada perintah Allah. Satu2nya makhluk Allah yang engkar dan tidak mahu sujud ketika itu ialah Azazil, kerana merasakan bahawa statusnya sebagai imam kepada golongan malaikat lebih mulia dari Adam yang dijadikan dari tanah; biarpun ia sendiri adalah dari bangsa jin. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan. Dek kerana keengkarannya itu, Azazil telah terhalau dari syurga dan namanya diubah kepada Iblis.

Jadi, kalau aku tanya korang, siapa kah antara makhluk Tuhan yang tak nak sujud? Iblis lah jawapannya. So, fikir2lah sebelum ada di antara korang yang nak buat hukum sendiri. Ingat cerita aku tadi pasal dynamo basikal? Itu lah gunanya solat iaitu untuk mengaktifkan zikir qalbi. Perintah tetap perintah. Syariat tanpa hakikat sia2. Manakala hakikat tanpa syariat, BATAL. Rasulullah SAW sehingga akhir hayatnya, tetap istiqamah melakukan solat. Begitu juga Syeikh Abdul Qadir Jailani, ketika di datangi Iblis yang berpakaian menyerupai ulamak2 siap berjubah berserban lalu mengatakan “kerana keimanan mu ya Syeikh, hari ini Allah kecualikan tuntutan syariat ke atas mu”. Syeikh dengan mudah mengenali lalu berkata “Nyah kau dari sini iblis laknatullah”.

Tepuk dada tanya iman. Makanya, abang pembimbing ku berpesan, setelah kamu sampai ke hujung pencarian mu untuk mengenal Tuhan, turun lah kembali ke bawah merendah diri lalu menyesuaikan diri dengan syariat sama seperti orang kebanyakan, kerana keduanya saling lengkap melengkapi. Ingat tuan2, kebanyakan manusia paling mudah di tipu oleh iblis apabila dia merasakan dia lah yang paling alim, pandai, segala cakap semua jadi, semua orang dengar dan sebagainya. Ujian mudah pada sifat2 mazmumah sombong, takabur, riak, ujub, sum’ah dan yang sewaktu dengannya. Terkulai lah kita, sekiranya tidak berhati2.

Sebagai penutup bab solat, ingin aku simpulkan bahawa ajakan “marilah sembahyang dan marilah menuju kejayaan” semasa laungan azan itu bermaksud, solat lah kamu sehingga kamu benar2 dapat mengingati Allah 24/7 atau pun mencapai solat daim. Itu lah kejayaan yang dilaung2kan dan sejahtera lah atas kamu, siapa2 yang berjaya mencapai status tersebut. Allahu Alm. Jazakallah.

20 comments:

  1. Replies
    1. salam tuan leeguy777,

      sama2. panjatkan kesyukuran kpd Nya kerana segala pujian hanya layak untukNya. :)

      Delete
    2. Tinggi tu... Kalau dah sampai makrifat tu bagaimana keadaanya. Adakah tuhan iaitu Allah boleh berkata2 dgn kita dan kita blh mendengar suara tuhan??

      Delete
    3. Tinggi tu... Kalau dah sampai makrifat tu bagaimana keadaanya. Adakah tuhan iaitu Allah boleh berkata2 dgn kita dan kita blh mendengar suara tuhan??

      Delete
  2. alhamdulillah.. update juga.. alhamdulillah.. ya allah.. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. apakhbar saudara bedol....saya nak tahu ...APA ITU ALLAH? DAN MANA SEBENAR-SEBENAR ALLAH?.....APA ITU TUHAN?DAN MANA SEBENAR-BENAR TUHAN?

    ReplyDelete
  4. salam tuan hamba..nya,

    mungkin ayat AQ ini dapat menjawab sebahagian dari soalan2 tuan, insyaallah.

    "Sesungguhnya Akulah Allah tiada Tuhan melainkan Aku oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku." Surah Taha ayat 14.

    ReplyDelete
  5. Cantik sekali huraian . Teruskanlah dakwahmu. Semoga ramai ummat Muhammad yg masih mencari, Akan berjumpa dgn signboard yg mengarah kpd Nya.

    ReplyDelete
  6. Aku Mani Setitik,
    Jadiku Sedetik,
    Aku Yang Ketik,
    Bulatan Tanpa Titik.

    Pati Rahasia Si Maha Diri,
    Titis-menitis jadi-menjadi,
    Si Anak Adam menjadi saksi,
    Berlaksa-kati tiada terperi,
    Hanya tahu Allahu Robbi.

    Salam kerinduan...






    .

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...teruskan usaha anda....

    ReplyDelete
  8. Saudara, saya sedang mendalami ilmu mendekatkan diri denganNya. Iaitu, apa yang saudara sampaikan guru saya ada menyebut perkataan atau ayat yang mana saudara huraikan. Termasuklah yang dikatakan solat daimah, ilmu ana al haq, dan beberapa lagi pada huraian saudara.

    Cuma apa yang saya nak katakan disini, alhamdulillah latihan zikir saya teruskan, dan didapati atau pun sering dengan gangguan terputus dari berzikir. Apakah saya tidak faham dengan pengajian ataupun saya tidak ada susun atur mengenai pengajian?

    Boleh saudara beri pandangan pada saya, apakah yang saya perlu ada atau tindakan dalam diri mendalami pengajian ini?

    Kemudian, guru saya keadaan ini sedang diuji. Besar ujiannya, tidak mampu jika saya ditempatnya, termasuk fitnah, sakit dan kesempitan hidup. Dari pengajiannya, saya faham bagaimana suatu ketika dahulu mengenai sirah Rasulullah saw berdepan dengan pecanggahan pendapat dan pembawakan baginda untuk semua orang tahu akan ISLAM. Saya rindukan pengajian, saya jadi kosong pada tika ini, kerna kekangan keadaan. Sebab itu, diantara page saudara ni saya mencari. Saya ada dengan sahabat saya, yang dikatakan awal pada saya mengikuti pengajian dia cebiskan pada saya mengenai ilmu "ana al haq", tinggi pemahaman dan penerimaan itu. Disebabkan itu, bila bertemu dengan sahabat lain yang berkongsikan mengenai ilmu allah ini, saya jadi geram nak belajar lagi nak faham lagi, dan rasakan zurp! dalam diri yang mencari diri diri yang terperi. Maaf, rasa macam luah perasaan pulak. :D

    ReplyDelete
  9. salam tuan bang cik am. alhamdulillah, syukur kerana gerak Nya, kita bertemu di sini. pada pendapat saya yang tak tau apa2 ini, mungkin itu lah ujianNya yang sedikit untuk tuan mengenaliNya. seperti yang tuan sebutkan, ujian yang lebih besar lagi kini ditempoh oleh guru tuan.

    sebenarnya, seperti yang sering disebut2 oleh mereka2 yang arif dalam bidang ini, kita mengenal Dia hanya melalui Dia juga. Saya tak tau setakat mana pengetahuan atau ilmu yang tuan miliki. tetapi, rasa kosong yang tuan alami itu lah sebenarnya yang kini menjadi batu loncatan untuk tuan teruskan pencarian itu. sekiranya tuan berada di dalam kekangan masa, wang ringgit atau apa saja, ketahui lah, itu juga adalah ujian buat tuan. teruskan istiqamah dengan pencarian tuan.

    satu proses yang biasa kita dengar sentiasa disebut2 orang iaitu usaha, doa, tawakal dan redha. tawakal dan redha itulah yang amat sukar ditempuhi kerana di situ terdapat ujian "ikhlas" yakni lillahi ta'ala. selagi tuan berada di dalam ke"aku"an (its always u) dan bukan ke"dia"an (its always Him..maaf ini satu terma baru..hehe), mungkin tiada keikhlasan di situ.

    saya juga baru diberitahu, kemungkinan tuan masih belum faham akan 2 kalimah syahadah. maaf sekiranya pendapat ini membuat saudara berkecil hati. mungkin, tuan perlu memohon penjelasan dari guru tuan dengan sejelas2nya akan apa itu syahadah. ramai di antara kita yang sebenarnya tidak faham perkara pokok ini kerana selalu meng-agak2. insyaallah. semoga kita sama2 terus di beriNya hidayah untuk kembali kepadaNya.

    ReplyDelete
  10. awalnya btaubtlh sbnar2 taubat, kenalilh muhammad sbnar2 muhamad, elakkn diri hari2 jd tuhan, tiada iqtirod dlm sgala hal ilmu allh n rasulnya...insyaallh....

    ReplyDelete
  11. AllahummassollialaMuhammadim wa ala alihi Muhammadim wassallim.

    ReplyDelete
  12. Assalam...ingin saya bertanya dimanakah letaknya hati dan mata hati sebenarnya?

    ReplyDelete
  13. terimakasih tuan.minta no hp boleh?

    ReplyDelete
  14. maaf bertanya,ada hamba allah memberitahu sy solat itu sunat yg wajib hanya mengigati Allah sepanjang masa. beliau mendalami ilmu² makrifat bersama beberapa org guru. tpi ia memberitahu jgn jadikan alasan solat itu sunat untuk tidak solat..apa betul solat itu sunat ? mohon pencerahan

    ReplyDelete
  15. Ohh bang bedul.. mane postingnya?? xyah la tggu target tu.. post je pape yg patut..allah kan ade..adoii..

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete