Salam tahun baru 2014 buat semua.
Pertamanya, ku panjatkan rasa syukur kepada Allah SWT, Zat Yang Maha Indah,
atas limpah dan kurniaNya terus membenarkan aku menulis di tahun ini. Maaf buat
semua pembaca yang mengikuti blog ini, kerana pada tahun 2013, aku langsung
tidak berupaya menulis di blog ini.
Setelah membaca semua komen2
pembaca, sepanjang peninggalan blog ini selama setahun, aku rasa perlu untuk
aku menjelaskan tentang Solat Daim ini. Ini kerana ianya amat berkaitan tentang
hukum solat fardu itu sendiri.
Antara
banyak soalan yang dikemukakan, soalan dari tuan Mohd fouzy ini amat
merisaukan. Soalan nya aku “cut and paste” kan di bawah ini:-
|
SALAM TUAN,BOLEH TANYA SIKIT, ORG YANG DAH TAHU ILMU HAKIKAT, DIA KATA SEMBAHYANG MENYEMBAH DIRI SENDIRI, YANG WAJIB DI BUAT HANYA SOLAT DAIM,SOLAT HATI YANG BERKEKALAN, TOLONG SAYA JAWAB KAN,TOLONG LAH. on Solat @ Sembahyang @ Selawat (3)
Remove content | Delete | Spam
Astaghfirullah.
Subhanallah. Begitulah satu soalan yang amat mengelirukan kerana telah terdapat
jawapan di dalamnya, oleh orang2 yang tahu ilmu hakikat. Ini menurut Mohd Fouzy. Kawan kita ni siap mintak tolong
tu, dua kali pulak tu.
Tidaklah aku
ketahui, siapa orang yang berkata begitu, dari jenis perguruan mana dan
sebagainya. Cukup lah sekadar kita ketahui, perkataan2 yang sebegini bukanlah
asing kepada mereka2 yang membincangkan ilmu hakikat ini di kedai2 kopi atau di
mana jua.
Bagi
menjawab persoalan ini, mari kita perhatikan ayat2 AQ ini.
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan
Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati
Daku."
Di
dalam ayat di atas Allah SWT mengenalkan diriNya dan sekaligus menegaskan,
tiada tuhan selain Dia. Seterusnya, Allah memerintahkan untuk manusia menyembahNya dan bagaimana cara untuk
menyembahNya iaitu dengan mendirikan solat. Aku rasa terjemahan ayat itu amat
jelas dan tak susah untuk kita fahami.
Ayat
ini juga adalah AYAT PERINTAH dari
Allah SWT supaya kita hambaNya yang jenis manusia ini, mengerjakan solat.
Seterusnya, ayat2 ini:-
"Iaitu orang-orang yang
beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta
membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada
mereka."
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan
keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama
orang-orang yang rukuk."
Seterusnya, kalau kita
perhatikan ketiga3 ayat dari Surah Al Baqarah dan juga Surah Toha di atas, kita
dapati kata sembahyang itu didahului dengan kata “berdiri’ iaitu “mendirikan”
atau “dirikanlah”. Ini menunjukkan bahawa pekerjaan solat itu terdapat di
dalamnya perbuatan berdiri. Jelas dan nyata kan.
Jadi apabila terdapat
kata berdiri, itu menunjukkan bahawa apabila kita solat untuk menyembah Allah
SWT, kita perlu berdiri.
Nah, solat yang berdiri
ini hanya terdapat di dalam solat fardhu yang lima (5) itu, atau pun solat2
sunat yang lain yang kita lakukan seperti tahajud, dhuha, hajat dan sebagainya
seperti mana yang di ajarkan Rasulullah SAW melalui sunnahnya.
Sekarang mari kita lihat
pula ayat2 yang dikatakan mengenai solat daim itu.
"Sesungguhnya manusia itu
dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut)(19). Apabila ia ditimpa
kesusahan, dia sangat resah gelisah (20). Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia
sangat bakhil kedekut (21). Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang (22). Iaitu
mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya (23)."
Nah. Sekarang aku nak
soal, ada tak AYAT PERINTAH di dalam
lima (5) ayat2 di atas ni; seperti apa yang terdapat dalam ayat 14, Surah Toha yang
aku bagi mula2 tadi. Cuba korang fikirkan betul2. Ada tak?
Bagi mereka yang
berfikiran waras, tentu jawapannya tak
ada. Hindustan kata Nehi. Tamil kata Ilek. Cina kata Boliau.
Kelima2 ayat di atas
hanya menerangkan tentang bagaimana, kita yang jenis manusia ini Allah jadikan
semulajadi bersifat resah gelisah, bakhil dan kedekut. Dan Allah ajarkan
bagaimana cara nak hilangkan sifat2 resah dan haji bakhil tu. Macam mana cara?
Caranya, dengan mengerjakan solat.
Dan seterusnya Allah sambung lagi. Solat
yang macam mana? Jawapannya solat yang berkekalan. Apa itu solat yang kekal?
Solat yang sering2 dibuat lah. Solat yang kita sering buat solat apa? Solat
fardhu lah lima (5) waktu. Jadi kena lah buat selalu. Jangan copot sana, copot
sini. Baru lah namanya solat yang berkekalan. Solat Daim.
Banyak toke2 dan taiko2
ilmu hakikat suka mengambil ayat Solat
Daim tu sendiri2. Sendiri2 ni maksud aku, mereka cuma ambil ayat 23, Surah
Ma’arij tu je. Yang di dalam nya ada disebut “solatihim da’i’mun”. Dorang tak baca
macam yang aku taruk kat atas ni lima (5) ayat berturutan.
Pada aku ayat tu tak
berdiri dengan sendiri macam tu je. Sebabnya? Sebab bagi aku, Allah bagi
masalah2 dalam tiga (3) ayat pertama tu. Kemudian Allah bagi solusi nya dalam
dua (2) ayat terakhir tu. Tak begitu? Baru la masuk pada lojik akal. Baru lah
ada makna. Kalau korang baca ayat 23 tu je, dan buat kesimpulan sendiri pakai
ayat tu je, tentu la mula meraban kemana2.
Nanti ada pulak yang
cakap, dulu penulis kata, solat daim tu adalah zikir qalbu “24jam sehari/7hari
seminggu” seperti yang tertulis dalam topik Solat @ Sembahyang @ Selawat (10). Sekarang
cakap lain pulak. Nak kona baring ler tu. Hehehehe. J
Takde kona2 baring2 kat
sini. Kalau korang baca balik topik tu, dari awal2 lagi aku cerita pasal kenapa
kita kena solat. Solat tujuannya adalah “zikrullah” yang bahasa melayu nya
bermaksud “ingat Allah”. Makin banyak kita ingat Allah, makin dekat lah kita
dengan Allah.
Dan selain dari solat
fardhu yang lima (5) waktu tu, Allah juga suruh kita ingat Allah semasa solat, selepas
solat, semasa berdiri, duduk atau berbaring. Maksudnya setiap masa “24jam sehari/7hari seminggu”. Sebab tu lah
kita perlu ada “zikir qalbi” atau “zikir nafas”. Kalau tidak macam mana kita
nak sentiasa ingat Allah sampaikan masa tidur pun boleh ingat Dia?
Ada orang kata “zikir
qalbi” atau “zikir sir”, ni lain dari “zikir nafas”. Lantak korang lah nak
panggil apa pun. Pada aku sama je. Yang penting korang buat. Argue banyak2 pun
tak guna kalau tak buat.
Ada jugak yang kata ingat
Allah tu bukan pakai sebut; samada sebut kuat2 atau sebut dalam hati. Cuma
sekadar ingat je. Kalau sebut tu bukan ingat. Sebut dan ingat dua perbuatan
yang berbeza. Ada gak lojiknya. Pada aku simple je. Kalau aku sebut, tentu
mudah aku nak ingat. Sebab hukum akal ni, benda yang kita selalu sebut, tentu
mudah kita nak ingat.
Masa aku study dulu, macam
tu la cara aku menghafal. Dah aku tulis nota, aku baca balik nota tu. Kadang
baca kuat2, kadang baca dalam hati. Lepas tu, taruk tepi nota tu, aku tuliskan
balik apa yang aku ingat. Cun2 aku boleh ingat apa yang aku baca kat nota tu.
Jadi pada aku, sebut dengan ingat ni bak kata omputeh, comes together. So it
works for me. Dan dalam hal ingat Allah ni, ini pendapat aku.
Jadi, macam aku cakap
tadi, sukati korang lah nak buat macam mana dan nak panggil apa. Tak begitu. Aku
tak suruh ikut aku. Ini cara aku. Pengalaman aku. Ilmu Allah maha luas tak
bertepi. Korang dapat lain cara, aku dapat lain cara. Hidayah dari Allah. Yang
penting, apa pun yang kita dapat, wajib; mesti; harus, kita test balik dengan
AQ. Kerana AQ juga adalah Al Furqan. Yang bermaksud PEMBEDA, antara yang Haq
dengan Bathil. Kalau berlawanan dengan AQ, tolak jauh2.
Sebagai contoh, soalan
yang aku sebut kat atas topik ni lah. Mamat tu sebut,
ORG YANG DAH TAHU ILMU HAKIKAT,DIA KATA SEMBAHYANG MENYEMBAH
DIRI SENDIRI,YANG WAJIB DI BUAT HANYA SOLAT DAIM,SOLAT HATI YANG BERKEKALAN
Setelah korang baca, panjang
lebar aku berceloteh kat atas ni, apa pendapat korang tentang statement kat
atas ni? Benarkah, solat tu menyembah diri sendiri? Aku nak tanya, mana ayat AQ
yang sebutkan macam ni?
Seterusnya kat statement tu
lagi, sebab solat tu adalah menyembah diri sendiri, jadi; solat fardhu tu dah
tak wajib. Yang wajib di buat hanya solat daim, iaitu solat hati yang
berkekalan. Betul ke pendapat ni?
Pandai2 la korang fikir
dan jawab sendiri. Kalau tak terjawab jugak, korang cari lah tok2 guru yang
hebat2 kat luar tu, pegi tanya. Hahahaha J.
Sebenarnya dalam topik2
yang lepas, ada dua tiga kali aku sebutkan tentang geng2 yang berpendapat macam
tu. Dan apa saranan aku bila korang jumpa orang2 yang macam ni? Aku suruh lari kuat2,
jauh2 kan. Kenapa aku suruh korang lari jauh2? Sebab aku cakap, Nabi Muhammad
SAW, sampai akhir hayatnya pun, baginda tetap mendirikan solat.
Ini boleh
dibaca dari riwayat2 hidup baginda. Tak pernah pun baginda Rasulullah
mengajarkan sahabat2 zaman tu, supaya tinggalkan solat fardhu dan buat solat
daim atau solat hati je.
Dan ilmu hakikat ni, ada
ke masa zaman Nabi? Kalau ada, awat yang kalut sangat ni? Jawab lah sendiri.
Ingat terror dan hebat sangat lah iya. Sampai nak lawan Nabi. Hahaha. Nabi pun solat
sampai akhir hayat. Siapa kita2 ni nak bandingkan dengan Nabi Muhammad SAW,
kekasih Allah yang dah dijamin syurga? Sendiri mau ingat la beb. Bawak2 cermin
diri tu balik.
Mana dia diri yang
disembah tu? Ce citer ce citer. Kikikikiki. Aku sebut hahahaha, dengan kikikiki
tu bukan apa. Tu iblis setan yang ketawa tu.
Tuhan suruh sembah Dia. Dia
itu adalah Zat yang bernama Allah. Tu dah terang dan jelas!!! Yang korang nak
sembah diri sendiri tu pasal apa? Cakap je la yang korang dah jadi tuhan, kan senang.
Aku rasa la. Mungkin ada yang dah jadi tuhan. Sebab tu korang sembah diri
sendiri.
Ni yang nak gelak kuat2 ni. Hahahahaha. Panjang sikit gelaknya. Korang tengok
dalam cermin, macam mana rupa tuhan? Macam muka korang ke? KahkahkahkahJ. Kalau korang dah jadi tuhan,
aku nak mintak wang RM1 juta, boleh? Sekarang mintak, sekarang dapat, boleh?
Qun faya qun.
Kenapa boleh jadi macam
ni bro? Jangan macam tu bro. Kalau korang tak nak solat, cakap je la korang
malas. Dosa tinggal solat takde la besar sangat. Tanggung sendiri2. Allah boleh
ampunkan lagi. Jangan la cakap korang dah jadi tuhan pulak. Ni dah syirik bro.
Allah tak ampunkan yang ni. Allah dah sebut dalam AQ yang ni. Bukan aku cakap. Menyatu dengan tuhan ke?
Ada sapa nak bagi
pandangan? Ustad2, Syeikh2, Habib2, Maulana2? Aku tak layak. Aku anak kampong,
tiada apa2. Nyanyi sikit lagu Sabah. Takde kelulusan nak jawab. Astaghfirullah al azim. Bawak mengucap
banyak2. Istighfar banyak2. Masuk Islam balik.
Meh aku citer kan sikit
kenapa. Jom kita tengok ayat2 AQ lagi.
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya (36). Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (37).
(Az-Zukhruf 43:36 & 37)
Itulah kata Allah SWT, kepada mereka2 yang berpaling dari ajaranNya. Apakah ajaranNya? Itulah yang kita sebut ILMU SYARIAT. Solat, puasa, zakat, haji, sedekah, tolong anak yatim, orang miskin. Jangan berjudi, jangan minum arak, jangan berzina, jangan mengumpat, jangan fitnah eh banyak lagi lah. Pendek kata, semuanya lah "amal makruf nahi munkar". Bahasa melayu nya, buat yang disuruh, tinggalkan apa yang ditegah. Kan semua ni ajaran Allah.
Jadi Allah sebut, siapa yang tinggalkan
ajaranNya, Allah akan adakan syaitan bagi nya. Syaitan itu akan menghalang dia
dari jalan yang benar. Yang paling bahaya tu, Allah kata, orang itu menyangka,
dia dapat petunjuk dari Allah. Tapi sebenarnya, tipuan syaitan. Orang tu tak
sedar langsung dia kena tipu. Kalau macam tu jawabnya, susah lah dia. Budak2
kutu cakap naya bro. Macam mana nak buat kalau Allah sendiri yang sesatkan dia?
Bala besar tu bro.
Nauzubillahi min zaliq.
Semoga Allah jauhkan kita dari perkara begini dan terus beri hidayah pada kita
agar jangan termasuk dalam golongan yang macam ni. Insyaallah Amin.
Sebenarnya Allah dah bagi
greenlight kat iblis dan syaitan awal2 lagi. Kita yang selalu terlupa benda ni.
Iblis
berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat
(maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari
menjalani) jalanMu yang lurus (16). Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka
serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan
Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur" (17)
Perhatikan ayat2 ini. Iblis dah mintak
permission awal2 lagi masa zaman Tok Adam kita. Dan Allah perkenankan. Iblis
cakap, dia akan datang dari depan, belakang, kanan dan kiri kita. Kalau kita main
chess ni, kita dah kena check. Tapi jangan risau. Belum check mate lagi!
Kenapa aku kata belum check mate? Boleh jalan lagi.
Sebab ada lagi dua (2) tempat yang iblis lupa
nak mintak dan dia tak datang dari situ. Dari mana? Itu lah dari atas dan
bawah. Betul tak? Cuba korang baca balik ayat2 tu. Kalau ikut ilmu fizik, kita
ada enam (6) sisi di sekeliling kita. Depan, belakang, kanan, kiri, atas dan
bawah. Cukup enam (6). So, dari dua (2) sisi ni, iblis tak boleh datang kat
kita iaitu atas dan bawah. Ada paham? J
Jadi apa kah maksud atas dan bawah ni? Kenapa
iblis terlupa? Kenapa Allah sediakan dua sisi atas dan bawah ni, untuk kita
melepaskan diri dari gangguan iblis?
Makanya
itu lah sebab kenapa kita di perintahkan solat. Subhanallah. Allah Maha
Mengetahui. Semuanya telah disusun begitu rapi dan complete. Jangan lah kita
ragu2 lagi. Yakin lah dengan ilmu Allah. Itu lah Pengajaran Nya yang Allah
sebut jangan kita berpaling darinya.
Bagaimana? Dengan solat itu, kita bergerak
dari atas turun ke bawah, dan naik dari bawah ke atas lagi, berulang2. Tak
betul ke? Siap menonggeng lagi dalam sujud. Subhanallah, Alhamdullah. Thank you
Allah.
Dan
akhirnya, dengan zikrullah, zikir qalbu atau nafas tadi, kita menyedut nafas
dari Allah, ke atas dan ke bawah. Inhale and exhale. Cuba tarik nafas, ke mana
rasanya? Tentu lah ke atas kan. Dan bila kita lepas nafas ke mana? Mesti ke
bawah lah. Jangan
tipu. Hehehehe. Yang ni ketawa aku. J
Jadi, zahir dan batin kita complete/lengkap
menjalani pergerakan atas dan bawah ini.
Solat fardhu, buat lah hari2. Jangan tidak. Kalau tak nak buat atau nak buat sikit2 pun, its ok. Tanggung je la dosanya beb. Tapi, jangan jatuh hukum dah tak wajib solat. Ayat Allah dah jelas. Usah lah kita ubah2.
Bab bernafas pun buat la jugak. Memang
kena buat pun. Boleh ke tak bernafas barang seminit? Kalau kau kata boleh, ok, cuba pulak 5 ke 10 minit. Kalau boleh, wa tabek lu beb. Cuma bezanya, masukkan zikrullah dalam nafas tadi, dengan kesedaran. Tak susah mana pun. Latih hari2 tentu boleh.
Jadi, kepada tuan Mohd Fouzy, jawapan aku kepada
soalan tuan di atas tadi, adalah; semua yang di atas ataupun orang banjar cakap
all the above J. Tuan buat lah kesimpulan sendiri. Boleh
kan? Rasa nya terang dan jelas aku story.
So, masih tak yakin lagi dengan ilmu Allah? Korang
jawab lah sendiri2. Aku tak layak nak jawab. Siapa lah aku, tanpa DiriMu.
Sendiri pakai, sendiri rasa. Pandai2 la korang.
Insyaallah, soalan2 lain yang aku rasa
penting akan aku cuba jawab sekiranya aku mampu dan dapat menerangkan apa yang tak terang
buat semua pembaca blog ini.
Akhir kata, rasanya masih belum lewat untuk aku ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul
Muhammad SAW yang kita kasihi. Selawat lah banyak2, kerana Allah SWT turut
berselawat ke atas baginda.
Wassalamu aj’main amin.