Wednesday, August 25, 2010

Solat @ Sembahyang @ Selawat (4)


AZAN

Rata2 kita semua tau bahawa apabila kedengaran suara azan di masjid atau surau2, ianya menandakan telah masuk waktu fardhu salah satu sembahyang yang difardhukan oleh syarak. Fardhu2 ini ialah Subuh, Zohor (Jumaat), Asar, Maghrib dan Isya’. Kepada mereka2 yang berpendapat bahawa cuma terdapat 3 sahaja sembahyang fardhu yang diperintahkan Allah dalam AQ, terpulang lah kat korang. Aku tak campur. Hak masing2. Tak payah lah aku pertikaikan. Dan korang pun tak usah lah pertikaikan cara aku. Azan telah mula dilaungkan di zaman awal Islam setelah Rasulullah Muhammad SAW menerima perintah sembahyang ketika beliau Mikraj ke langit.

Menurut sejarahnya, Bilal ibnu Rabah, salah seorang hamba Habsyi yang terawal memeluk Islam, ialah orang yang ditugaskan untuk melaungkan azan kerana kelantangan dan kelunakan suaranya untuk memanggil umat Islam ketika itu ke masjid untuk menunaikan sembahyang secara berjemaah. Makanya, dari sini lah bermulanya perintah untuk berjemaah yang terus menjadi ikutan sehingga sekarang. Malah, di kalangan masyarakat kita telah lekat akan panggilan Bilal untuk mereka2 yang bertugas melaungkan azan pada hari ini atau yang sebenarnya Muazzin atau tukang azan.

Ada dua perkara yang aku nak sebut pasal azan kat sini. Pertama, terdapat kelainan pada bacaan azan ini hanya bagi waktu Subuh. Dek kerana, ketika awal pagi, kita semua masih diulit mimpi kepada yang bermimpi lah, ada terdapat seruan “ solat itu lebih baik dari tidur” bagi azan Subuh. Faktanya, Islam mengajar umatnya untuk bangun awal pagi setelah puas berehat tidur di malam hari. Untuk apa? Pasti ada fadilatnya kan. Bak kata pepatah Jawa “ the morning bird gets all the worm”. Kita didisiplinkan untuk bangun awal pagi, untuk solat berterimakasih syukur kepada Tuhan dihidupkan kembali, setelah dimatikan sekejap di malam hari.

Seterusnya, kita bersedia dan lebih bertenang dan fokus untuk mencari rezki yang halal seawal pagi, kerana masa menyebelahi kita. Jalan pun tak jem lagi beb. Tidak lah kita terkejar2 nak sarapan lah, antar anak sekolah, eh macam2 lagi lah. Banyak kebaikannya tuan2. Sekali lagi kepada mereka2 yang berpendapat bahawa solat Subuh ni sepatutnya pada pagi hari setelah matahari terang-benderang, terpulanglah kat korang. Tak kuasa aku nak sebut. Hak masing2. Yang tu cara korang. Cara aku, Subuh, awal pagi. Mandi awal pagi ni bagus untuk kesihatan. Itu belum lagi, senaman yang kita lakukan ketika solat. Memang amat baik untuk kesihatan jika dilakukan dengan cara yang betul. Satu persatu. Man man beb. Jangan la macam kejar bas ekspres. Menurut kajian, jika kita melakukan solat dengan cara yang betul, kita sepatutnya terhindar dari pelbagai penyakit seperti heart attack dan masalah jantung yang lain, arthritis, buah pinggang, usus, hati, mata, hilang ingatan dan Alzheimer, sakit belakang dan banyak lagi. Nanti lah, kalau ada kesempatan aku ceritakan, satu2 kebaikan pada tubuh badan kita apabila kita melakukan setiap gerak di dalam solat.

Jauh dah aku melalut ni dari cerita azan. Ok lah. Yang kedua aku nak sebut pasal azan, ialah pernahkah korang melihat ketika muazzin melaungkan azan? Pernah tak lihat mereka memalingkan kepala ke kanan dan kiri masa azan? Pernah tak korang bertanya kenapa dia orang buat macam tu? Suka2 agaknya tak? Cuba agak kenapa? Aku bukan apa. Cuma nak merangsang kotak fikiran korang. Bawak2 lah berfikir. Sentiasa bertanya, kenapa itu, kenapa ini. Ini lah cara kita berfikir dan mendapat ilmu. Malu bertanya, sesat jalan kan. Sebelum tanya, fikir lah dulu. Macam aku pernah tulis kat tajuk yang awal2 dulu, kita je yang rasa macam kita berfikir. Sebenarnya, kita bertanya pada diri kita (yang di dalam tu). Yang di dalam tu, siapa? Teruskan berfikir. Ok lah. Korang fikirkan lah.

Sama tak jawapan yang kau dapat dengan yang aku dapat? Pada pendapat aku, Zat mencari Sifatnya. Korang baca lah pasal Zat, Sifat, Asma’, Af’al dalam posting aku yang dulu2. Dia jumpa. Lepas tu, Sifat pulak mencari2 Zat. Tapi tak jumpa2. Sifat ingat Zat menyorok. Cari punya cari, last last, Zat menyatakan DiriNya. Aku lah Allah. Lailaha illa Allah. Entah betul entah tidak, aku tak tau lah. Korang fikir lah sendiri pulak. Hehe.

Cukup sampai di sini....sayang. Dah pukul 7.20 pagi ni. Aku tak tidor lagi. Wassalam.

Solat @ Sembahyang @ Selawat (3)


Alhamdulillah. Segala puji2an hanya buat Zat yang Maha Esa. Syukur ke hadratNya, dah lebih 1000 pembaca yang melawat blog aku ni. Semuga sama2 kita diberi hidayahNya untuk mengenalNya. Sesungguhnya kita hanya dapat mengenal Dia dengan Dia. Tiada cara lain.

Dan satu2 cara yang disampaikan olehNya melalui rasul2Nya ke arah mengenalNya, adalah melalui jalan yang lurus. Apakah jalan yang lurus ini tuan2? Tak lain dan tak bukan ini lah yang dikatakan Islam, Iman, Tauhid dan Makrifat. Ketahui lah bahawa tiada sah Islam melainkan dengan Iman dan tiada sah Iman melainkan dengan Tauhid dan tiada sah Tauhid melainkan dengan Makrifat. Apa ke bendanya ni?

Macam ni lah. Sesungguhnya Islam itu lah Syariat di mana kita dituntut menurut hukum syarak untuk mengerjakan segala yang di suruh dan meninggalkan yang di larang. Ini lah yang ada dalam Rukun Islam kan. Tak begitu? Semuanya adalah perbuatan zahir yang kita kerjakan dengan jasad kita, samada kita buat dapat pahala atau kita tinggalkan juga dapat pahala.

Kenapa pula dikatakan tidak sah Islam melainkan dengan Iman? Kerana selain yang zahir, Iman pula bersangkut paut dengan yang batin iaitu pada hati kita. Bukankah kita beriman dengan semua Rukun Iman itu dengan hati? Beriman ini tidak perlu kepada melihat. Tidak seperti sains, yang perlu kepada pembuktian dan penglihatan fizikal, Iman ini letaknya di hati. Makanya kita dapat beriman kepada Tuhan, Malaikat, Kitab, Rasul, Kiamat dan Qada’ dan Qadar, hanya sekadar mendengar dan membaca cerita2 mengenai semua itu melalui kitab2 dan buku2 cerita. Ini lah bezanya orang yang beragama dan atheis (tak percaya Tuhan). Iman ini lah Tarikat atau jalan kita.

Nah sekarang, tanya pada diri kita sendiri, apakah jalan kita ini jalan yang lurus? Jalan yang lurus pastinya ada tujuan. Malahan jalan yang bengkang-bengkok saja pun tentu ada tujuannya. Lalu, apakah tujuan kita? Pasti tujuan kita hanya lah kepada yang Satu. Nah, ini lah yang dinamakan Tauhid. Maksud lurus itu menuju kepada kebenaran dan kebenaran hanya lah pada yang Satu atau Esa. Ini lah maksud tujuan Surah Al-Ikhlas iaitu menuju dengan keikhlasan kepada yang Esa yang bernama Allah!

Maka, akhirnya, dengan anugerahNya atau hidayahNya, engkau dikenalkan kepada DiriNya olehNya. Ini lah pula yang dinamakan Makrifat.

Biarlah aku susunkan proses ini, dalam konteks sembahyang. Adapun Syariat itu, engkau sembah akan Allah dan engkau kerjakan segala suruhan syarak dan menjauhi segala yang ditegah oleh syarak. Dan Tarikat pula, engkau seolah-olah melihat akan Allah dengan ilmu dan amal dan engkau amalkan barang yang engkau ketahui. Seterusnya, Hakikat itu seperti engkau pandang akan Allah dengan cahaya yang diletakkan oleh Allah di tengah2 hatimu dan akhirnya Makrifat itu pula lengkap meliputi pada sekelian badanmu. Maka lengkaplah proses sembahyang tadi dengan penyaksian di antara Zat dan Sifat beserta dengan puji2anNya.

Eh apa benda yang aku merapu ni? Aku patut sambung cerita sembahyang. Dah melalut pulak. Rezeki korang lah. Pada yang faham, faham lah. Yang tak faham, teruskan beramal, berdoa semuga diberi hidayahNya. Tapi aku rasa, dah mudah dah tu. InsyaAllah, sama2 paham tu.

Sebenarnya, apa yang aku nak katakan adapun Hakikat itu tidak bersalahan dengan Syariat. Semuanya berjalan serentak. Kalau ada orang yang mengatakan ilmu Hakikat itu sesat, maka sesatlah dia dek kerana tidak diberi kefahaman. Ini kerana, Hakikat itu syariat Nabi yang batin dan Syariat itu yakni ilmu fekah adalah syariat Nabi yang zahir dan oleh sebab itulah tiada boleh bercerai Syariat itu dengan Hakikat dek kerana Hakikat itu nyawa dan Syariat itu tubuh.

Ini lah isyarat sabda Nabi SAW, “Dan bermula syariat dengan tiada ilmu hakikat hampa, dan bermula hakikat dengan tiada ilmu syariat batal, itulah sebab tiada bercerai”.

Allah Hu Alm.


Wednesday, August 4, 2010

Solat @ Sembahyang @ Selawat (2)


Mahluk bernama Muhammad dalam kedudukan berbaring


Mahluk bernama Muhammad dalam kedudukan berdiri tegak


Alhamdulillah. Segala puji2an hanya bagi Allah, Zat yang Esa. Selawat dan salam buat kekasihNya Muhammad SAW, Sifat yang melengkapkan usul kejadian alam yang seterusnya menyerlahkan jawapan bagi teka-teki “Tuhan hamba” atau “Boss kuli” kepada sesiapa jua yang mendapat hidayahNya. Yang belum dapat, belum faham, tak faham2 dan yang buat2 tak faham atau tak mau faham, sama2lah kita terus berdoa kepada Tuhan semuga terus diberikan hidayahNya untuk mendapat jalan yang lurus lalu sampai ke matlamat kembali kepadaNya di akhir2 kita nanti. InsyaAllah.

Seperti yang dijanjikan, hari ini aku sambung cerita aku bab sembahyang setakat pengalaman dan pemahaman aku. Sekali lagi aku nak ingatkan korang, apa yang aku tuliskan adalah pemahaman aku. Jadi, kalau korang tak setuju pun takpe. Ada aku kisah. Aku bukan nak mengajar korang agama baru atau ajaran sesat. Sapa nak baca, silakan. Tak nak baca, boleh jalan. Haha. Siapa yang dah baca tajuk yang lalu, pasti tahu bahawa aku dah cuba membawa saudara Mahadaya untuk berdialog menggunakan ayat2 AQ dan juga lojik akal. Malangnya, Mahadaya hanya berminat menyampaikan fahamannya saja. Soalan2 ku tak berjawab. Oleh itu, aku rasa tak perlu lagi aku melayan apa2 komennya. Ada lebih baik aku teruskan dengan menulis tentang kefahaman aku tentang Solat.

Macam yang aku sebut dalam tajuk Solat yang lepas, adapun pekerjaan Solat ini telahpun difardukan ke atas makhluk yang bernama Mim Ha Mim Dal = Muhammad di awal2 kejadiannya yang ber Asma’ kan (bernama), ADAM. Setelah sempurna jasad Adam yang Tuhan jadikan dari 4 unsur itu yakni tanah nurani, angin nurani, air nurani dan api nurul-azam lalu Tuhan tiupkan RohNya ke dalam jasad Adam.

Adapun bersekali dengan Roh ini maka hadirlah Nyawa di dalam tubuh jasad Adam melalui Nafas yang sudah tentunya datang dengan izin Tuhan jua. Sebaik saja Nafas ini tiba di hidung Adam dan menjadi Ampas, maka terbersin lah Adam lalu melafazkan Alhamdulillah (Alif Lam Ha Mim Dal). Seterusnya, Ampas menjadi Tanapas di antara ruang dua telinga dan hidung Adam dan akhirnya sampai ke jantungnya menjadi Nupus. Lalu merata lah, Nafas tadi ke seluruh jasad Adam apabila jantungnya mula mengepam darah ke seluruh tubuh Adam sekaligus menggerakkan segala anggotanya yang dilengkapkan dengan segala Sifat2 ma’nawiyah oleh Tuhan.. Maka ber Nyawa lah Adam lalu bangun dia tegak berdiri, lalu ruku’ tunduk kehairanan meraba2 lutut dan kakinya dan seterusnya sujud sebanyak 5 kali berdasarkan lafaz awal “Alhamdu” tadi. Berdasarkan perbuatan sujud 5 kali ini lah, makanya kita makhluk yang bernama Muhammad ini difardukan untuk solat 5 waktu sehari semalam.

Inilah cerita dongeng purba yang disampaikan kepada aku hehe dan terpulang lah kepada korang nak percaya ke tak. Aku tak kisah pun. Dan di akhirnya, Rasullah Muhammad SAW menerima perintah solat ini dari Tuhan ketika Mikrajnya baginda ke langit. Rujuk lah Surah Isra’ mengenai cerita ini.

Berdasarkan lafaz “Alhamdu” tadi aku teruskan penceritaanku seterusnya dengan rajah huruf2 Arab “Mim Ha Mim Dal” dan “Alif Lam Ha Mim Dal” .

Dari 2 rajah yang aku letak kat mula2 tajuk ni, kita dapat lihat rupa tubuh Muhammad di dalam kedudukan berbaring dan tegak berdiri. Dan Muhammad ini lah yang telah difardukan untuk mengerjakan Solat fardu sebanyak 5 kali sehari yakni “Alhamdu”.

Awal2 lagi aku dah nyatakan bahawa memang susah aku nak ceritakan bab Solat ni. Ini kerana di dalam pekerjaan Solat ini terdapat berbagai pecahan lagi yang mengandungi cerita2 lain yang berkaitan dengan ilmu hakikat, ilmu musyahadah, ilmu mengenal diri kenal Tuhan dan apa saja lah nama ilmu ni yang korang panggil dan terma kan. Dan macam aku cakap, habis je cerita bab solat ni, maka habis lah dongengan aku.


Pekerjaan “Alhamdu” yang difardukan



Kalau korang lihat rajah pekerjaan “Alhamdu”di atas, aku telah gabungkan 4 perkara. Bukannya aku saja2 gabungkan benda2 ni. Sememangnya 4 perkara itu ada terdapat di dalam pekerjaan Solat iaitu:-

1.Tentang perbuatan2 di dalam kerja Solat iaitu Niat, Qiam, Ruku’, Sujud dan Duduk di antara 2 sujud.

2.Tentang waktu2 yang difardukan Solat iaitu Suboh, Zohor, ‘Asar, Magrib dan Isya’.

3.Tentang 5 rukun Islam iaitu Syahadah, Solat, Puasa, Zakat dan Haji.

4.Tentang ilmu Tauhid yang meliputi Rahsia, Zat, Sifat, Asma’ dan Af’al.


Makanya, Solat itu amatlah penting bagi kita mahluk yang bernama Muhammad ini sehingga ianya disebut sebagai Tiang Agama. Kalau tiang, maknanya tentu lah penting kan. Kalau takde tiang, macamana nak bina rumah kan. Tanpa tiang pasti runtuh lah rumah yang nak kita bina. Begitu lah penting nya Solat.

Satu lagi perkara yang aku nak sebut kat sini ialah kalau ada antara korang yang pernah bertemu guru2 atau orang2 yang mengatakan bahawa Solat ni tak perlu, atau pakai niat je, haha jaga2, korang lari lah kuat2. Aku bukan apa. Sebab aku dah pernah jumpa orang2 yang macam ni. Walau apa pun alasan dan dalil2 yang dia orang pakai dan sebutkan, korang lupakan je lah. Sebab tu lah awal2 lagi aku dah pesan, sebelum korang masuk bab mengenal diri mengenal Tuhan ni, setidak2nya korang kena ada basic dalam ilmu syariat Islam. Apa ke benda nya ilmu syariat ni? Alah senang je, At least korang tau apa tu Rukun Iman, Rukun Islam, tau serba sedikit ilmu Tauhid dan Fekah. Kalau tak tau, korang klik aja kat link2 yang aku dah letak kat blog aku ni. Semuanya bagus2, Jangan tak baca. Ilmu2 ni lah nanti yang akan korang gunakan sebagai “defence”, kalau2 korang berjumpa dengan orang2 yang hebat2 dan pandai berhujah.

Argument aku dalam bab Solat ni senang je. Cuba korang fikirkan! Siapakah di antara mahluk Tuhan yang engkar tak nak sujud setelah Tuhan perintahkan? Rasa2nya siapa? Haha. Tentu rata2 semuanya tau kan. Dah tentulah iblis, syaitan dan anak, cucu cicitnya. So, sendiri mau ingat la sebelum korang terima argument2 tu. Dan Tuhan juga telah memperkenankan request iblis untuk memanjangkan umurnya hingga hari kiamat nanti. Untuk apa? Untuk kaum2 iblis ni menyesatkan umat manusia atau pun mahluk bernama Muhammad ni iaitu seperti engkau, aku, dia dan mereka2.

Akan tetapi, awas. Jangan pulak kerana korang tu rajin Solat (konon2nya alim la) maka korang mula memandang remeh, pandang rendah, pandang jijik kepada mereka2 yang tak bersolat pulak! Sebenarnya korang tau ke yang dia orang tu Solat ke tak? Korang mungkin rajin tunjuk kat orang yang korang bersolat. Solat berjemaah dan sebagainya. Pada aku yang ni, solat nak tunjuk kat orang. Terkecuali lah niat dalam lubuk hati korang tu sememangnya lillahi Taala, ikhlas untuk Allah saja. Bukan sebab kau tu AJK masjid, bukan sebab segan dengan pak imam, bukan sebab bini kau suruh, bukan sebab kau nak pahala berganda, dan bukan bukan bukan.

Biasanya orang yang korang tengok tak pernah bersolat tu, dia solat sorang2. Sebabnya? Ada banyak sebab. Satunya macam aku sebut tadi nak dapatkan ikhlas sebenar2 ikhlas. Satu lagi sebab, kadang2 pak imam masjid, baca surah cepat sangat. Tak sempat kita habis baca fatihah lagi, imam dah nak rukuk. Maka bercelaru lah bacaan fatihah kita yang tadinya begitu khusyuk dan tawaduk. Dan rata2, orang2 yang dah kenal diri kenal Tuhan ni, dia orang tak join Solat kat surau atau masjid. Pada aku yang penting diri sendiri. Kau yang nak mati, kau jawab la sendiri nanti. Yang penting buat. Kau nak buat 1 waktu pun ok, 2 3 pun ok dan kalau boleh 5 lagi ok. Jangan tak buat langsung beb!

Contohnya, aku sendiri. Aku baca fatihah yang 7 ayat tu, 1 ayat satu nafas. Nak habis 1 fatihah, dekat2 5 minit. Macam mana tu? Tu lah aku cakap. Dan mana nak dapat khusyuk kalau aku asyik dengar orang kat sebelah aku baca bismillah 3 ke 4 kali. Tu belum bau nafas mulut orang sebelah lagi. Perghh. Power betol. Daripada nak Solat ikhlas dah mula hati aku mengata orang. Hahaha. So jawapan nya, Solat sorang2. Tenang2. Aman2. Nanti lah bila aku dah masuk cara2 nak kusyuk dalam Solat nanti, baru korang faham maksud aku ni.

Aku berenti dulu kat sini. Jam dah pukul 4.30 pagi ni. Nak berehat lah. Nanti aku sambung lagi tajuk lain bermula dengan Azan. Sementara tu, korang google2 lah dulu benda2 yang aku sebut kan dalam rajah Alhamdu tu, kalau ada masa.