Wednesday, July 28, 2010

Agama Ibrahim? 2

Maaf Geng. Tangguh lagi cerita solat. Biar lah aku settlekan persoalan Mahadaya ni dulu. Kalau tak, tak leh concentrate. hehe. Aku nak tulis kat komen, tak muat. Sebab soalan dan penjelasan aku panjang. Biar jelas sejelasnya. Aku tanya dia 3 soalan. Tapi 1 soalan pun dia tak jawab dengan tepat dan mudah. Aku cut and paste kan, soalan aku kepada dia kat sini dan jawapan dari dia.

Soalan aku.

bedol said...

Mahadaya,

Alhamdulillah begitu cepat kau respon dengan komen. Ini bermakna pemikiran kau masih terbuka untuk mencari kebenaran yang hakiki biarpun melalui penulisan manusia. Syabas.

Sebenarnya segala kemusykilan kau yang kau tuliskan di sini telah aku jawab either di ruangan komen yg lepas atau di muka blog dengan fakta2 dari AQ sendiri. Cukuplah itu sebagai jawapan aku kepada soalan2 atau cadangan2 kau.

Namun untuk terus merangsang minda kau, aku ada beberapa perkara nak tanya kau.

1)Sebelum Ibrahim AS dizahirkan ke bumi oleh Tuhan, ada 5 orang rasul yg telah Tuhan zahirkan. Mereka ini ialah Adam AS, Idris AS, Nuh AS, Hud AS dan Soleh AS. Dan Nuh AS adalah salah seorang rasul yg mendapat julukan Ulul Azmi yakni rasul yg memiliki ketabahan yg luar biasa dlm menjalankan tugas kerasulannya. Rasul2 lain yg juga Ulul Azmi semuanya dizahirkan selepas Ibrahim AS. Soalan aku, rasul2 yg sebelum Ibrahim AS ini membawa agama apa?

2. Aku juga dah melihat blog kau dan membaca terjemahan ayat2 AQ mengikut kepandaian kau. Aku dapati terjemahan kau tidak jauh berbeza dari segi makna dari terjemahan2 yg pernah aku baca baik yg dalam bahasa melayu ataupun bahasa inggeris. Rata2 semuanya sama je. Perbezaan yg kau laung2kan yg aku lihat cuma pada beberapa perkara seperti yg kau sebut, pasal solat pagi, waktu buka puasa, syahadah rasul. Dan seperti yg telah aku jwb, ianya lebih kepada perbezaan pada tafsiran atau pendapat yg berbeza. Aku tetap yakin bahwa solat pagi itu ialah waktu subuh kerana subuh juga sebahagian dari pagi. Dalam bahasa melayu ada perkataan dinihari yg bermaksud awal2 pagi, gelap lagi. pada waktu ini matahari telah mula menyingsing cuma cahayanya belum merata lagi. jadi apa masalahnya? kalau kau nak solat suboh dah terang kau buat lah. aku buat waktu gelap lagi. yg penting buat. samada pendapat kau betul atau aku yg betul, itu lah kerja Tuhan. yg bagi markah. kalau kau nak markah la. bukan kerja kau atau aku. kerja kita sama2 buat, solat.

Mcm tu jugak pasal buka puasa, aku mmg dari dulu buka puasa bila dah gelap. sebab pada aku malam tu gelap. xde dlm bahasa melayu, kalau mlm tu terang lagi. tp kalau org lain nak buka puasa waktu magrib, matahari ada lg, apa salahnya? itu pendapat dia org. sukati dia lah. sekali lagi ianya kerja Tuhan nak bg markah, kalau kau nak markah la. apa ada hal? kan kau yg kata Islam itu mudah. apa yg dikecohkan? mudah2kan lah. Soalan aku, apakah Tuhan dah bagi perintah pada kau untuk sampaikan ajaran2 mengikut pemahaman kau ni kepada umat manusia ke? itu je yg aku betul2 nak tau kalau benar2 Tuhan dah bercakap dengan kau lah.

3. Aku juga baca kat blog kau yg kau sedang mendalami satu ilmu mengenal diri. kau juga sebut selama ni kembar kau yg mengajar kau. Soalan aku, kau tau ke siapa kembar kau ni? kembar kau ni dari jenis apa dan apa kemampuan sebenar dia untuk menyampaikan kebenaran pada kau?

Cukuplah itu dulu. aku tunggu jawapan kau. walau mcm mana pun aku tetap berlapang dada kerana kita semua sama2 mencari kebenaran. cuma jgn kita lupa akan kehadiran iblis syaitan dan kuncu2nya yg sentiasa menunggu peluang untuk menyesatkan kita ke jalan mereka.

Salam.
July 27, 2010 1:25 AM


Jawapan Mahadaya.

mahadaya said...

Tuan hamba Bedol,

Berkenaan nabi Nuh ada firmannya,

Dia telah mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan ’Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allaha menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepadaNya orang yang kembali. (13) Al Shuara

Tuan hamba nampaknya tidak memahami perjalanan sejarah nabi2 kerana tidak beriman dgn kitab2 terdahulu. Mengikut kitab, Nabi Nuh masih hidup di zaman nabi Ibrahim kerana nabi Nuh hidup 350 tahun lagi selepas banjir besar. Jadi keturunan Nuh di nyatakan tuhan sebagai keturunan yg tuhan muliakan, kemudian keturunan Ibrahim dan kemudian keturunan Amran iaitu keluarga nabi Musa, Harun dan Isa atas segala umat di dunia ini.

Nabi Daud hidup selepas zaman nabi Musa kerana Nabi Daud adalah keturunan yg dibawa lari dari firaun oleh nabi Musa. Dari segi susunan suhuf pula disebut di dlm al quran, suhuf Ibrahim, Taurat, Injil, Zabur dan Al Quran. Semua kitab2 dan suhuf2 menceritakan ttg syariat agama nabi ibrahim setelah kitab2 atau suhuf2 terdahulu di rosakkan oleh musuh2 tuhan.

Mengapa org yahudi, hindu, kristian tidak mengikuti al quran? Ini adalah kerana yahudi tidak menerima nabi yg terakhir dari keturunan arab? Inilah penipuan musuh2 tuhan apabila mencipta agama Islam, nabi bukanlah org Arab dan muhammad itu hanya wujud setelah al quran di bariskan. Ini bermakna sekiranya org yahudi mengetahui bhw al quran membawa semula agama nabi Ibrahim, pastilah mereka mengikutinya.

Bagi orang Kristian pula, mereka keliru dgn watak nabi Isa dan Jesus, padahal watak jesus dicipta setelah merosakkan kitab injil bagi mengelirukan manusia. Org Kristian pasti menerima agama nabi Ibrahim sekiranya kebenaran ini diketahui, namun Islamlah yg menyesatkan mereka.

Bagi Penganut Hindhu pula, mereka masih tercari2 agama Brahma iaitu agama nabi Ibrahim yg sebenarnya. Mereka mengetahui kehebatan kerajaan2 di zaman dahulu dibangunkan oleh penganut agama nabi Ibrahim, namun Islam itu adalah berlawanan dgn apa yg mereka fahami tentang agama nabi Ibrahim. Islam disini menyesatkan manusia kerana penganut hindhu masih mengekalkan pergi ke kuil di waktu pagi untuk solat. Org Islam telah mengubah solat ini ke subuh lantas mewujudkan perbezaan yg mengelirukan.

Di dlm setiap agama yg dicipta musuh2 tuhan masih terdpt beberapa persamaan yg akan membawa manusia semula ke agama tuhan yg satu. Persamaan inilah yg perlu di tonjolkan supaya manusia dpt kembali ke jalan tuhan.

Tuhan firmankan di dlm al quran bhw Kamu tidak dikira beriman selagi tidak menegakkan hukum2 yg terdpt di dlm kitab2 terdahulu. Ini firman yg jelas dan hamba perjuangkan agama yg membawa manusia ke arah keselamatan dan kesejahteraan.

July 27, 2010 9:38 PM

*************************************************************************************

Mahadaya,

Kau sebenarnya langsung tidak menjawab soalan aku. Aku tanya kau rasul2 sebelum Ibrahim AS itu membawa agama apa? Soalan aku cukup mudah. Kau jawab lah dgn mudah.

Tapi kau jawab dengan bagi aku Surah As Syu'aara' Ayat 13.

"Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintah-Mu kepada Harun (supaya ia membantuku)."

Ayat ni takde kena mengena dengan fakta yg kau tulis kat atas ni. Takpe, mungkin kau tersilap ambik ayat. Nanti, bila kau dah jumpa ayat yg betol, kau bagi tau aku.

Anyway, kalau aku ambik pun firman Tuhan yg kau guna kat atas ni, takde pun menyebut pasal Nuh AS membawa agama Ibrahim. Yg Tuhan sebut adalah semua rasul2 itu membawa agama yg sama. Apa yg diwasiatkan pada Nuh itulah juga yg di wasiatkan kepada Muhammad, Ibrahim, Musa dan Isa.

Dan cuba kau perhatikan turutan nama2 rasul dlm ayat tu. Lepas Nuh terus Muhammad lepas tu baru Ibrahim, Musa dan Isa. Kenapa begitu? Sedangkan Muhammad datang last sekali? Tentu ada fakta yg Tuhan tak nak bagi tau kan.

Aku tambah lagi soalan buat merangsang minda kau. Kau kata aku tak beriman dengan kitab2 lain. Itu cuma anggapan kau saja. Aku beriman dengan semua kitab yg Allah sebut dlm AQ. Dan aku mengetahui sejarah nabi2 dan rasul2 seterusnya melalui hadis Rasulullah Muhammad yg kau tak pakai. Soalan aku, kau beriman dengan kitab apa? Kau sebut kat atas ni "seperti disebut dalam kitab", tapi kau tak sebut kitab apa. Cuma bila aku baca blog kau, baru aku tau bahwa cerita2 sejarah yang kau dapat tu semuanya dari Bible bahasa melayu. Ok fair enough.

Aku tambah soalan lagi. Apakah Tuhan menjamin keaslian Bible yg kau baca ni? Sedangkan rata2 seantero dunia telah mengetahui bahawa kitab Injil yg Tuhan turunkan itu telah ghaib dari mukabumi ini. Kalau kau tak percaya, aku sertakan kat sini rumusan kajian para pengkaji sejarah.

Suhuf dan Kitab dalam Penemuan Sejarah dan Arkeologi

Perjalanan panjang kitab Taurat berawal dari wafatnya Nabi Sulaiman tahun 992 SM. Kerajaan beliau selanjutnya terpecah menjadi dua, di utara dinamakan Kerajaan Israel dengan ibukota Samaria, dan di selatan dinamakan Kerajaan Yehuda dengan ibukota Yerusalem. Yerusalem dipercaya sebagai tempat penyimpanan naskah asli Taurat sehingga warga Israel sering beribadah di Yerusalem (Kamal, Asal-usul Kitab Suci:16). Dalam perjalanan selanjutnya, bangsa Israil kembali menyembah berhala, sedangkan bangsa Yehuda mulai melanggar banyak hukum taurat sehingga Allah menghancurkan mereka melalui raja Babylonia dan Nebukanedzar. Setelah semuanya tidak ada yang tertinggal bahkan bahasa Ibraninya sendiri, Nabi Uzair a.s pernah mencoba menulis ulang kitab Taurat Musa dalam bahasa Aram yang kemudian disebut Naskah Septuaginta. Sayangnya kedua naskah tersebut raib pada abad 2 SM.[22]

Dari penjelasan di atas, jelas bahwa kitab Taurat nabi Musa as sudah lenyap sejak abad ke-3 SM. Begitu pula salinan Nabi Uzair dan naskah Septuaginta. Namun sekitar tahun 70-an, muncullah injil penggenap yang disebut Injil Perjanjian Baru dalam tradisi Aquila (130 M), Theodotion (abad ke-2 M) dan Symmakus (abad ke-3 M) yang dilakukan oleh revisionis Septuaginta ortodoks seperti Origenes (232-254), Uskup Mesir Hesikhius, dan Tua-tua Lukian di Anthonia (311).[23]

Oleh karena itu, satu-satunya bukti arkeologis mengenai lembaran-lembaran kitab kuno adalah apa yang ditemukan di Qumran, Yudea. Naskah tersebut dikenal sebagai naskah ‘Gulungan Laut Mati’ atau The Dead Sea Schroll. Sedangkan suhuf Musa, penulis mendapatkan salinan terjemahnya dari blog Aby Yusuf’s Site. Namun karena sumbernya tidak disebutkan, penulis tidak akan cantumkan di sini. Sedangkan seluruh kitab yang terangkum dalam Perjanjian Baru merupakan hasil kesepakatan konsili Neceae pada 325 M, maka orisinalitasnya perlu dipertanyakan. Kitab baru ini berisikan karangan Matius, Markus, Lukas, dan Yohannes, 13 surat yang ditulis Paulus, 3 surat Yohannes, 1 surat Yakobus, 1 surat Yudas, 2 surat Petrus, 1 surat Lukas kepada orang Ibrani, dan Wahyu kepada Yohannes. Semua surat yang ditulis Paulus, Yakobus, Yohannes, Yudas, Petrus, dan lain-lain jelas bukan firman Tuhan dan biasanya dalam beberapa versi, tulisan yang terakhir ini tidak berwarna merah seperti tulisan empat kitab lainnya. A. Tricot, seperti dikutip Bucaille, menerangkan bahwa Injil Matius, Markus dan Lukas telah disusun setelah 70 M. Kecuali Markus, ketiga Injil tersebut sebenarnya tidak ditulis sebelum tahun itu dan tidak diriwayatkan dalam bentuk tertulis. Oleh karenanya, lagi-lagi orisinalitasnya sangat rendah dan membuka kemungkinan pemalsuan-pemalsuan karena ditulis hampir 50 tahun setelah Yesus diangkat oleh Allah. Bagaimana dengan Markus? Seperti disebutkan di atas, ia sebenarnya bukan sahabat (rasul dalam tradisi Kristen), tapi adalah anak sahabat Yesus, yaitu Zebedeus. Artinya, Kitab Markus sebagai kitab tertua yang ditulis pada tahun sebelum 70, ternyata tidak ditulis oleh murid Yesus sendiri. Hal ini mengakibatkan sebuah kenyataan bahwa, baik Matius, Lukas atau Yahya tidak tahu bagian mana yang merupakan Injil Markus dan mana yang bersumber dari Zebedeus. Dengan begitu, menurut R.P. Kannengiesser, “Orang akan mendapatkan suatu ide yang kongkrit tentang kebebasan para pengarang dalam membentuk susunan literer hikayat-hikayat Bibel sampai permulaan abad ke-2”.[24]

Oleh karena itu peninggalan sejarah yang masih membuka peluang untuk digali isi kebenarannya adalah naskah Qumran. Sayang sampai saat ini masih tidak bisa dikonsumsi oleh publik. Namun menurut Ataur Rahim, penulis Misteri Yesus dalam Sejarah, mengatakan bahwa dokumen-dokumen yang masih memiliki tingkat keaslian lebih baik dari Perjanjian Baru adalah Injil Barnabas dan Injil Hermas. Injil Barnabas ditulis langsung oleh sahabat Yesus. Sebuah keberuntungan, bahwa sebelum konsili Nicaea pada 325 M, Injil Barnabas sempat menjadi injil induk (canonical) dan dengan begini dapat menggambarkan bagaimana tradisi kristen awal. Barnabas yang seorang Yahudi adalah sahabat Yesus yang sepeninggal beliau, mempertahankan ajaran murni Yesus dari setiap bid’ah, terutama upaya-upaya yang dilakukan oleh Paulus dari Tarsus.



Setelah mengetahui asal usul Bible yg ada sekarang ni, kau nak suruh aku beriman dengan Bible? Kau jawab la sendiri. Kalau kau boleh bagi aku Injil yang difirmankan Tuhan kepada Isa AS, insyaAllah aku akan beriman dengan nya.

Bible yg kau baca dan gunakan sebagai sumber ilmu ini, aku dah selalu baca kat hotel2 masa aku outstation dulu. baik yg english, baik yg indonesia. cuma yg bahasa melayu je aku x jumpa sebab hotel2 malaysia letak yg english je. but, knowingly, its not genuine i.e. tulisan manusia2, Tuhan tak jamin keasliannya, ada baik nya lagi aku baca URTV ke Gila2.

Yg mengherankan aku, kau tak percaya hadis sebab argument kau ianya tulisan dan karangan manusia. But now see how u differ in your stand! Bible bahasa melayu tulisan manusia itu kau boleh percaya.

Cukuplah kat situ beb. Dan aku masih setia menunggu jawapan kau untuk soalan aku lagi 2 tu dan soalan2 tambahan tadi.

Salam

Sunday, July 25, 2010

Agama Ibrahim?

Nampaknya aku kena tangguh dulu tulis bab sembahyang ni. Bila aku bukak blog ni tadi, ada lagi persoalan yang di timbulkan oleh saudara yang memanggil dirinya "Mahadaya". Kalau korang ada baca topik Sembahyang @ Solat @ Selawat yg lepas, kat bahagian komen bawah tu ada la beberapa persoalan yang mamat ni timbulkan. Jadi, biar lah aku ambik masa sikit, cuba jawab soalan2 dia ni.

Nak jawab kat komen tu, rasanya agak panjang jawapan aku. Lagi pun aku rasa, ada pengetahuan untuk kita sama2 dapat daripada soalan2 dia ni. Sebelum tu, sayugia aku nak bagi tau, Mahadaya ni adalah orang yang sama dengan "Kebenaran Asalama" yang pernah timbolkan persoalan juga kat topik "Syahadah Rasul". Aku cut and paste kan komen dia kat sini untuk senang di lihat.

Mahadaya said...

Namun yg nyata ialah agama bukan tentang pendpt manusia. Agama ialah melakukan apa yg diperintahkan dan di sebabkan inilah juga tuhan menurunkan perintah dan hukum2nya supaya ditaati. Apabila manusia melakukan sesuatu mengikut pendpt sendiri2 disinilah berlaku penyimpangan yg dinyatakan tuhan iaitu mereka memecah2 agama sehingga setiap golongan berbangga dgn apa yg mereka ikuti.
July 15, 2010 2:03

Jawapan: Aku setuju bahawa agama bukanlah tentang pendapat manusia. Tuhan menurunkan agama kepada rasul2Nya, untuk disampaikan kepada umat manusia agar 1) manusia kenal dan tunduk patuh hanya kepada Tuhan Yg Esa dan 2) hidup dalam sejahtera. Proses ini berterusan dari rasulullah Adam AS sehingga lah ke zaman rasulullah Muhammad SAW. Jadi, agama semuanya adalah ayat2 Tuhan. Ayat2 ini termasuklah perintah, amaran, fakta kejadian2 dan cerita2 yang boleh dijadikan iktibar.

Dari ayat2 ini, ada yang terang dan jelas dan ada juga yang tak terang dan tak jelas. Semua ayat2 ini kemudiannya, di jadikan panduan bagi manusia mengenai apa yang halal, haram, wajib, tak wajib, boleh tak boleh, pendek kata dikenali sebagai HUKUM. Dan dari HUKUM2 ini lah ianya di guna pakai oleh kerajaan2, negeri2, bandar2, daerah2, kampung2, rumah2, keluarga2 dan akhirnya individu2 di seluruh pelusuk dunia buat menghukum rakyat2 dan penduduknya malah diri sendiri.

Di dalam proses pengambilan ini lah, ada kemungkinan berlakunya penyimpangan seperti yang saudara Mahadaya sebutkan bersabit dari pendapat2 sendiri berdasarkan pemahaman bahasa, kedudukan geografi,keadaan semasa,personaliti dan pelbagai perkara lagi. Ianya satu proses evolusi dari sedikit, kurang lengkap dan akhirnya menjadi sempurna. Ini dapat kita fahami dari ayat AQ yang aku sertakan di bawah.

Surah Al Mai'dah [Ayat : 3]

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang kafir telah putus asa dari agama kamu. Sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, sebaliknya takutlah kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana lapar sedang ia tidak ingin melakukan dosa, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Persoalannya, apakah penyimpangan ini mengakibatkan terhasilnya satu agama lain? Entah aku tak tau. Cuma aku rasa tidak. Sememangnya Tuhan menyuruh kita membaca, berfikir menggunakan akal, dan seterusnya faham bersesuaian dengan kadar ilmu yang dihidayahkan oleh Tuhan kepada kita, berbeda2 antara satu dengan yang lain.

Bagi yang kurang berfikir, mereka lebih senang bertaklid yakni ikut saja mana satu ilmu atau hukum yang diajarkan kepada mereka oleh ustaz, ustazah, cikgu dan sifu mereka. Ini lah yang dinamakan ilmu ikut2an atau pak turut.

Ada pula satu jenis lagi yang rajin sedikit untuk mengkaji dalil2 dan lojik sesuatu ilmu itu tidak semberono menjadi pak turut. Setelah berpuas hati dengan dalil2 aqli dan naqli, maka baru lah mereka mengiyakan dan mengerjakan apa yang dipelajari dari guru2 itu.

Akhirnya, ada satu golongan lagi yang benar2 ingin mendalami ilmu2 Tuhan dan tidak berpuas hati dengan dalil2 itu. Mereka ini bersungguh2 berdoa meminta kepada Tuhan agar diberikan pemahaman yang "crystal clear" (dengan izin) tentang ayat2 Tuhan itu. Dan sesuai dengan ayat2 Tuhan, Tuhan pasti akan mengajar tentang kebenaran kepada siapa saja yang bersungguh2 memohon kepadaNya. Mereka dari golongan ini bukan sekadar tahu dalil2, bahkan merasakan sendiri bagaimana, kenapa dan mengapa sesuatu perkara itu di suruh, ditegah oleh Tuhan berkat hidayah yang Tuhan berikan kepada mereka.

Maka terhasil lah pengambilan hukum2 dek kerana perbezaan ini. Apakah ianya suatu penyimpangan? Aku rasa tidak kerana rata2 perbezaan2 yang berlaku tidak lah sehingga terhasilnya satu agama baru. Sekiranya ada perbezaan seperti menyatakan bahawa Tuhan itu 2, solat itu tak wajib, atau minum arak itu dapat pahala, maka baru lah boleh dikatakan berlaku penyimpangan. Malah aku sendiri akan cakap ianya ajaran sesat. Jom kita lihat apa kata Tuhan di dalam AQ mengenai perbezaan pendapat ini juga dinamakan "The Rule of Interpretation" oleh Yusof Ali dalam tafsir berbahasa Inggerisnya:-

Surah Ali Imran [Ayat : 7]

"Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Qur'an. Sebahagian besar dari Al-Qur'an itu ialah ayat-ayat "Muhkamat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); itulah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Qur'an untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksud yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datang dari sisi Tuhan kami. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang yang berfikiran."

Jelas, Tuhan menyatakan dalam ayat ini, pasti akan ada perbezaan pendapat dalam mentafsir ayat2Nya yang tidak jelas malah akan ada satu golongan yang akan menggunakan ayat2 ini untuk menyesatkan umat manusia. Tuhan juga menyatakan bahawa tidak akan ada siapa pun yang tahu akan maksud sebenar ayat2 itu melainkan Dia. Tuhan juga mengakhiri ayat ini dengan berkata hanya orang2 yang berfikir saja yang akan dapat mengambil pelajaran dan peringatan.

Nah! Tuhan dah terang2 nyatakan tiada siapa pun yang tahu maksud ayat2Nya kecuali Dia. Maknanya si anu pun tak betul, si poyo pun tak betul. Yang betul, cuma Tuhan. Di sini lah level keimanan dan keyakinan yang tinggi di perlukan lalu terpacul lah lafaz " La haulawala Quwwata illa billa hil ali'yil azhim". Lalu, menolak keakuan dan merendahkan diri, mengatakan "Kau saja yang betul (benar) ya Allah". Aku buat sekadar pemahaman yang kau berikan pada ku.

Pada aku, kau nak pakai ahli sunnah wal jamaah ke, syi'ah ke, wahhabi ke, malah qadiani sekalipun, terpulang. Apa ilmu Allah bagi kat korang, silakan. Pakai lah. Bukan kerja dan tugas aku nak katakan kau betul ke tak, sesat atau apa lagi. Dan kalau ada golongan yang cuba memecah2 agama dan berbangga dengan pegangan yang mereka ikuti, ya biar saja lah. Agama ini milik Tuhan, bukan milik mereka, bukan juga milik kamu, juga bukan aku. Aku yakin dan pasti, takkan terdaya mereka nak memecahkan agama Tuhan. Cuba lah! hehe.

Aku tetap berpegang teguh dengan Islam yang Tuhan aku ajarkan pada aku. Ini lah pendirian aku dalam persoalan ini. Yang nak pakai aku, yang nak jawab nanti pun aku. Nak masuk syurga neraka pun aku jugak. So, sukahati aku lah!


Soalan lagi

Mahadaya said...

Bagaimana pula di dlm al quran, tuhan menyuruh mengikuti agama nabi Ibrahim yg lurus. Jika firman tuhan begitu, sudah tentu al quran itu membawa semula syariat agama yg telah dirosakkan musuh2 tuhan dan nabi hanya membawa al quran sebagai membetulkan syariat dan bukan membawa agama baru. Dan agama yg tuhan redha menurut al quran ialah agama nabi ibrahim dan agama selain agama nabi ibrahim tidak akan diterima.
July 15, 2010 2:05 AM

Jawapan: Aku mulakan dengan soalan. Di mana kah ajaran2 agama ini di turunkan? Bergantung kepada Tuhan ataupun ikut suka Tuhan lah. Bagi rasul2 yang tidak di turunkan kitab Tuhan kepadanya, ajaran ini di beri melalui wahyu, ada yang dipanggil suhuf di tuliskan dan ada juga yang tidak di tulis dan terus di ajarkan kepada pengikut2nya. Daripada 25 rasul yang perlu kita ketahui ( ni yang ustaz aku ajar masa sekolah dulu), cuma 4 je yang diberi kitab oleh Tuhan.

Pertama, Daud AS, diberikan Zabor. Ke2, Musa AS diberikan TAURAT. Ke3, Isa AS diberikan INJIL dan akhirnya ke4, Muhammad SAW diberikan ALQURAN. Kesemua kitab2 ini turun beribu2 tahun yang lalu,dan kita tidak berpeluang untuk menelaah kandungan asli kitab2 ini kecuali Al-Quran yang dijamin Tuhan kandungannya.

Nah, daripada semua kitab2 ini, tahu kah kita agama apa yg Tuhan bagi pada Daud, Musa, Isa dan Muhammad? Jawapnya tak tau. Sebab Tuhan tak sebut pun nama agama. Kalau Tuhan dah sebut dari dulu, tentunya Daud AS dah bawak agama Islam sebab dia yang mula2 dapat kitab. Cuma dalam AQ je akhirnya Tuhan sempurnakan agama ni dan bagi nama ISLAM seperti yang dinyatakan dalam Surah Al Ma'idah Ayat 3 yang aku dah quote kat atas tadi. Aku ambik excerpt je and paste kan kat sini balik:

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu."

Sememangnya, agama yang di bawa Muhammad SAW dengan izin Allah melalui perantaraan AQ adalah kesinambungan agama yang Allah turunkan dari Adam AS sehinggalah Muhammad SAW. Ianya satu proses melengkapkan dan akhirnya agama itu disempurnakan dan diberi nama ISLAM (bukan Asalama, yg ni pegangan aku). Allah juga redha Islam itu menjadi agama bagi kita umat manusia. Kalau ada sesiapa yang mengatakan Muhammad itu membawa agama baru, maka itu adalah suatu dusta.

Sememangnya Allah jua ada menyatakan di dalam ayat2nya seperti berikut:


Surah Al Baqarah [Ayat : 130]

"Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi Nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang yang soleh."


Surah Al Baqarah [Ayat : 135]

"Dan mereka berkata: Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk. Katakanlah wahai Muhammad bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang musyrik."



Surah Al A'raaf [Ayat : 158]

"Katakanlah: Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimah-Nya (Kitab-kitab-Nya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk."



Surah As Sa'af [Ayat : 7]

"Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada agama Islam dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang zalim"


Surah As Sa'af [Ayat : 8]

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian)."


Surah As Sa'af [Ayat : 9]

"Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar, supaya Ia memenangkannya atas segala agama yang lain, walaupun orang musyrik tidak menyukainya."


Surah At Taubah Ayat : 33]

"Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk dimenangkan atas segala agama yang lain, walaupun orang musyrik tidak menyukainya."


Allah menyebutkan ianya agama Ibrahim kerana Ibrahim AS adalah manusia yang mula2 dikenali sebagai Bapa Tauhid. Sila lah baca sejarah Ibrahim AS memecahkan semua berhala2 di rumah berhala yang diketuai oleh bapanya. Mengikut sejarah yang Allah nyatakan di dalam AQ, Ibrahim AS juga sepanjang hidupnya dari kecil hingga dewasa asyik tenggelam dalam pencariannya mencari Tuhan yang sebenar dari bulan, bintang, matahari sehinggalah datang hidayah Allah kepadaNya.

Kalau nak dikatakan agama Islam itu milik Ibrahim, pada aku ianya tidak tepat. Agama itu milik Tuhan. Dan semua rasulNya membawa agama yang satu iaitu Islam. Memang Allah sebutkan agama Ibrahim dalam surah AlBaqarah tetapi Allah juga sebut dalam Surah As Saff dan At Taubah di atas dimana Muhammad SAW ditugaskan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk DIMENANGKAN atas agama yang lain.

Seperti yang aku dah sebut dalam menjawab soalan pertama di atas, Tuhan menurunkan agama kepada rasul2Nya, untuk disampaikan kepada umat manusia agar 1) manusia kenal dan tunduk patuh hanya kepada Tuhan Yg Esa dan 2) hidup dalam sejahtera. Proses ini berterusan dari rasulullah Adam AS sehingga lah ke zaman rasulullah Muhammad SAW. Jadi, agama semuanya adalah ayat2 Tuhan dan semua rasul membawa agama Tuhan yang akhirnya disempurnakan dan dinamakan Islam dan Allah sekaligus redha Islam menjadi agama bagi seluruh umat manusia. Dan penyempurnaan ini berlaku di zaman Muhammad SAW. Dan sebenarnya ada dalil hakikat yang lebih jitu lagi kenapa Muhammad dizahirkan pada akhirnya setelah beliau awal2 mendahului di alam batin yang mana tak perlu aku sebutkan di sini kerana Mahadaya hanya berpegang kepada dalil2 AQ sahaja.

Pada aku tafsiran ini lebih tepat berdasarkan semua ayat2 Tuhan di atas. Aku, rasa la! Tapi kalau Mahadaya tak setuju, ya terpulang. Aku tak perlu paksa kau untuk setuju, dan begitu juga sebaliknya.

Malah Tuhan tidak pernah prejudis terhadap umat dan kaum2 sebelum Muhammad seperti dinyatakan dalam ayat ini:

Surah Al-Baqarah Ayat 62

"Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati".

Akhir pena, perhatikan lah kebenaran di dalam ayat2 di bawah ini:-


Surah Al Qafirun Ayat : 2 - 6

"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku."

Allah Hu Alm.

Thursday, July 1, 2010

SOLAT @ SEMBAHYANG @ SELAWAT

Alhamdulillah. Segala puji2an hanya bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bertemu kita kembali. Lama sungguh aku tak menulis kat sini. Dah lebih dari 2 bulan. Bulan May dengan June langsung takde posting kat sini. Bukannya malas. Tapi tak sampai seru. Tak lah. DisebokkanNya kita dengan hal2 keduniaan. Sebagai khalifah kecil kat dunia ni sesuai dengan tahap2 khalifah kita, kenalah kita setllekan benda2 tu dulu. Ye lah jenuh aku pikir nak tulis apa. Kononnya macam aku yang pikir. Macam bagus je. Hehe. Tiada daya upaya aku nak berfikir benda2 tu. La haula wala kuwata illa billa hil ali yil azhim.

Kalau korang perasan, aku memang susun tajuk2 dalam blog ni mengikut susunan Rukun Islam. Aku dah tulis pasal Syahadah. Seterusnya tentu lah pasal Sembahyang. Kalau di lihat tajuk di atas, sengaja aku letak Sembahyang atau solat atau selawat. Sembahyang dengan solat dah agak jelas benda yang sama. Manakala selawat pulak, ada juga golongan yang berpendapat sebenarnya solat itu adalah selawat. Jika kita amati ayat2 AQ yang mengandungi perintah2 solat, korang dapat lihat ejaan Arab solat itu iaitu Sod, Lam, Wau, Ta. Jadi bunyi nya seharusnya So La Wat. Bukan So Lat. Kita lihat di sini huruf Wau itu tidak dibunyikan. Ini lah pendapat golongan tersebut.


Pada aku perbezaan pendapat begini tak seharusnya jadi masalah. Solat ke Solawat ke, yang penting kita buat. Rata2 kebanyakan kita diajar atau belajar dan faham bahawa Solat itu adalah sembahyang. Dan Selawat pula adalah puji2an pada Allah SWT dan Rasulullah Muhammad SAW. Jadi pada aku takde bezanya kerana dalam sembahyang kita juga memuji Allah dan Muhammad. Dalam selawat begitu juga.

Macam aku cakap tadi yang penting kita buat. Kalau kita buat sembahyang dan selawat, kedua2nya, kan lebih baik lagi. Pada yang nak pahala, dah tentu banyak pahala kan kalau buat dua2. Katalah aku ambik maksud itu sebagai solawat, mungkin aku cuma buat selawat je. Jadi aku mungkin tak buat sembahyang.

Aku nak ajak korang berfikir. Kalaulah maksud ayat perintah itu bermaksud selawat dan bukan sembahyang, di mana pulak datangnya perintah sembahyang? Sedangkan sembahyang itu salah satu Rukun Islam.

Malah di dalam Surah Huud ayat 114 ianya begitu spesifik diperintahkan oleh Allah

“Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang dan pada ketka yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. ”

Kata “dirikanlah” di sini bermaksud berdiri. Dan perbuatan berdiri ini hanya ada dalam sembahyang. Tidak dalam selawat. Selawat biasa orang buat lepas sembahyang. Sambil duduk. Sambil baring. Sambil bawak kereta.

Katalah korang mengambil cara aku, iaitu solat itu ialah sembahyang, dah tentu kita akan buat dua2 perbuatan iaitu sembahyang dan selawat kerana selawat itu terdapat di dalam pekerjaan sembahyang.

Now, lets say, korang ambik maksud solat itu adalah selawat, dah tentu korang akan cuma buat selawat kerana dalam selawat tidak terdapat pekerjaan sembahyang.

Nah sekarang, katalah maksud yang sebenar2nya perintah Tuhan di dalam AQ itu ada lah bermaksud sembahyang, mereka yang mengerjakan perbuatan sembahyang telah terselamat kerana menjalankan perintah yang betul. Tetapi, mereka2 yang hanya berselawat dan tidak mengerjakan perbuatan sembahyang tentulah tak selamat kerana tidak menjalankan perintah yang betul.

Seterusnya, katalah maksud yang sebenar2nya perintah Tuhan itu pula, adalah bermaksud selawat, mereka yang mengerjakan perbuatan sembahyang masih tetap terselamat kerana macam aku cakap tadi, di dalam pekerjaan sembahyang juga terdapat selawat. So korang pikir2 lah sendiri, mana yang lebih baik dalam scenario yang aku sebutkan di atas.

Aku sebutkan benda2 ni bukan apa, kerana ada sebahagian golongan yang tidak mahu berpegang kepada hadis (bukan semua) yang menggunakan lojik akal, berpegang kepada definasi solat itu sebagai selawat dan ada yang mengatakan solat atau sembahyang itu tidak perlu. Jadi fikir2kan lah. Cukuplah di situ pasal ni.

Dan kepada mereka2 yang juga menolak hadis dan hanya berpegang kepada AQ, yang berpendapat bahawa fardhu sembahyang itu cuma 3 waktu sahaja (iaitu dua tepi siang dan satu bahagian malam – zohor, asar dan isya’, cuba2 lah baca link yang aku sertakan di sini. Aku harap mereka berpuas hati dan benda ni tak dijadikan isu lagi. Dah terang dan jelas bahawa sembahyang itu 5 waktu. Macam aku tulis dalam topic yang lalu, wak jowo kata Isya’, Subuh, Lohor, Asar dan Magrib maka jadi lah ISLAM. Betul ke? Korang tanya la wak2 jowo dan ustaz2 yang bijak pandai. Aku tak tau.

Kalau korang nak tau, sebenar2nya, 5 waktu ini dah Allah perintahkan di awal2 kejadian Adam AS lagi di mana sebaik saja roh dimasukkan ke dalam jasad Adam, dan tiba di bahagian hidung dan mulutnya, maka bersin lah Adam dan menyebut “Alhamdulillah”. Seterusnya apabila merata roh itu di seluruh jasad Adam, dia pun menelek akan dirinya yang sempurna itu lalu sujud kepada Allah sebanyak 5 kali sebagai tanda taat dan syukur terhadap kejadiannya. Daripada peristiwa ini kemudian makhluk yang berbangsa "Mim Ha Mim Dal (Muhammad) di syariatkan pekerjaan 5 waktu ini yang dinamakan "Alif Lam Ha Mim Dal" (Alhamdu) iaitu perkataan pertama yang disebutkan Adam sebaik saja roh dimasukkan ke dalam jasadnya. Betul ke apa yang aku cakap ni? Entah. Aku temberang je. Korang tanya lah ustaz2 dan tuan2 guru yang bijak pandai. Aku ni bodoh dan jahil bab2 ni.

Ok lah aku teruskan lagi. Ada cerita baik beb. Kepada peminat2 buku Hakikat Insan, aku dah jumpa buku aku. Aku jugak jumpa buku Ana-al-Haq sekali. Rupa2nya bini aku simpan. Bukan la hilang ke mana2. Bersempena penemuan semula ini, insyaAllah akan aku ungkapkan, serba sedikit ilmu2 yang di tuliskan dalam buku itu sewaktu aku menulis topic sembahyang ini. Sekadar pada pemahaman aku yang tak tau apa2 ni la. Selebihnya korang cari la guru mursyid yang dapat membimbing korang.

Sebenarnya memang sukar nak tulis bab sembahyang ni. Bukan apa, teramatlah panjang nya bab ni kerana apabila habis aku sentuh bab sembahyang ni, maka habis lah dongeng2 aku kat blog ni. Kenapa pulak? Mungkin ada korang yang bertanya. Ini kerana, boleh di katakana segala2nya intipati ilmu hakikat atau mengenal diri/mengenal Tuhan atau ilmu musyahadah, ada terkandung di dalam sembahyang. Kalau aku sentuh syariatnya tanpa cerita hakikatnya, tentu tak lengkap kan. InsyaAllah aku cuba ceritakan serba sedikit pengalaman dan pemahaman aku akan bab sembahyang ni. Makanya, sembahyang itu di katakan oleh bijak pandai dahulu kala Tiang Agama.

Kalau orang nak buat rumah dah tentu kena dirikan tiang dulu. Tiang kayu ke, konkrit ke, besi ke, tak kira lah yang pasti kena ada tiang dulu. Kalau tak macam mana nak pasang alang rumah, pasang dinding, atap, siling, dan lain2 lagi. Dan tiang ni kena di pasang kuat2, kalau tidak roboh rumah tu nanti. Ini penting sebab, bila dah siap rumah, macam mana nak betulkan tiang lagi. Sebab tiang2 ni biasanya duduk dalam dinding dah. Yang tinggal kat luar biasanya cuma tiang2 depan rumah kat kawasan porch kereta tu. Aku nak korang pikir lagi. Setelah siap rumah, perlu tak kita nak buat tiang lagi? Kalau tak perlu buat tiang baru, perlu tak kita kuatkan tiang2 yang lama? Terpulang lah jawapan masing2.

Aku mulakan dengan bacaan Al-Fatihah setiap satunya kepada the magnificent 7. Bukan super heroes tu la. Korang cari la sendiri kepada siapa2 kah yang biasa kita hadiahkan Fatihah mengikut turutan ke-afdhal-an nya. Fuh. Susah betul nak sebut. Betul ke sebutan tu hehe. Juga Fatihah buat Tuan Hj Ahmad Laksamana, juga datoknya Allahyarham Tuan Guru Haji Othman Yaakub @ Raden Purba Jaya, juga moyangnya Aruah Raden Warjono, serta Allahyarham Tok Kenali dan Tok Kemuning yang mana mereka lah yang mengajar ilmu musyahadah kepada Tn Hj Ahmad Laksamana. Kepada mereka2 yang otai dalam ilmu ini, sudah tentu nama2 yang aku sebutkan ni tidak asing kepada mereka. Al-Fatihah.